Tuesday, February 9, 2010

Sifoo Sejatiku

Hari itu aku berkenalan dengan seorang guru. Guru ini sangat hebat. Kunamakan sifoo ini sebagai Mr.7.

Sebetulnya sudah lama kukenali Mr.7 ini. Tapi tidak kusedari akan kewujudannya. Sebagaimana banyaknya kumbang diluar sana, tapi tidak pernah kutanya namanya =).


Mr.7?

Mr.7?


Mr.7 orangnya cukup pendiam. Jarang sekali terdengar suara. Andai mulutnya dibuka, ringkas sahaja bicaranya.

“Anda mahu belajar, datang“, Itu sahaja pesan Mr.7.

Mr.7 ini nama sebenarnya ‘
kesilapan‘ =)

Ramai orang takut berdepan dengan kesilapan. Seboleh-bolehnya dalam kehidupan ini tidak mahu ada silap.
There’s no room for errors. Semuanya mahu sempurna. Tapi sedikit pesanan dari orang lama, jadilah lebih realistik. To err is human.

Kata Mr.8(yang ni orang betul),

“Success is the result of good judgment.

Good judgment is the result of experience.

Experience is often the result of bad judgment”

Seketika Sahaja Perasaanku Berubah

http://farm3.static.flickr.com/2733/4178677155_58c3d9ce85_o.jpg


“Keretapi ke Pelabuhan Klang akan tiba dalam lima minit lagi.”

Kedengaran suara operator memaklumkan pengumuman yang aku nanti-nantikan. Aku yang keletihan akhirnya dapat menarik nafas lega memandangkan aku terburu-buru takut tertinggal keretapi yang sering kali tergendala.

“Nasib orang tak ramai, dapat juga aku duduk”, kataku sendirian.

Hatiku terasa amat tenang lalu terlelap. Aku terjaga apabila tiba di stesen yang seterusnya, kelihatan seorang pakcik dan beberapa anak kecil memasuki gerabak yang aku naiki. Pak cik itu duduk di sebelah aku. Budak-budak itu kelihatan amat comel dan aktif sekali. Pada awalnya, hilang juga rasa penat melihat wajah mereka.


http://farm3.static.flickr.com/2585/4156000639_9066c53af3.jpg

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

“Pak long nak tahu, ini kali pertama kami naik keretapi, seronok sangat Pak Long, terima kasih Pak Long,” kata salah seorang dari kanak-kanak itu.

Pakcik itu hanya tersenyum. Seronok betul kanak-kanak itu. Mereka berlari-lari bagai berada di dunia sendiri. Tidak lama kemudian, kegembiraan mereka meresahkan hatiku. Suara mereka yang riuh menghilangkan ketenteramanku. Mereka berlari ke sana ke sini menjelikkan diriku. Dengan keadaan diriku yang baru sahaja ingin tenang, akhirnya telah hilang dek kerana kerenah budak-budak itu.

“Ish budak-budak ni, aku dah la penat. Baru je aku nak rasa aman sikit, diorang ni memekak pula,” omelku sendirian.

“Ah, aku dah tak tahan ni, baik aku suruh pakcik ni suruh budak-budak ni diam,” kataku yang sudah tidak dapat menahan lagi melihat kerenah mereka.

“Assalamualaikum pakcik,” kataku pemula bicara.

“Waalaikumussalam,” pakcik itu tersenyum manis.

“Pakcik, saya ingin minta pak cik suruh mereka agar diam boleh? Mereka terlalu bising pakcik, rasanya pakcik juga perasan kan?” aku menyatakan permintaanku.

“Hmm, pakcik mengerti perasaan anak ini, tapi pakcik tidak tahu bagaimana ingin memaklumkan kepada mereka, pakcik rasa serba salah bagi menghilangkan kegembiraan yang sedang mereka nikmati ini.”

“Eh pakcik ni, aku nak dia suruh budak-budak tu diam, dia cakap macam tu pula, kata faham perasaan aku, tapi cakap serba salah, pandai pula pak cik ni nak main-main dengan aku, nasib la pak cik ni lagi tua dari aku,” omelku lagi di dalam hati.

Kemudian, dengan nada yang sungguh sayu, pakcik itu menyambung lagi, “Sebenarnya pakcik baru sahaja pulang daripada menjemput mereka dari rumah mereka, ibu dan bapa mereka telah terlibat dalam kemalangan siang tadi dan telah selamat dikebumikan oleh pihak masjid, mereka masih tidak tahu mengenai kedua orang tua mereka itu, pakcik tidak tahu bagaimana ingin beritahu mereka.”

Tersentak aku mendengar kata-kata pakcik itu, sungguh kasihan pada kanak-kanak itu. Mereka kehilangan kedua orang tua mereka pada usia yang sungguh muda. Perasaanku yang seketika tadi tidak senang dengan kerenah mereka, akhirnya lahir perasaan simpati di dalam hati. Seketika sahaja, perasaanku berubah.

http://farm3.static.flickr.com/2790/4227058946_8709921aab_o.jpg

Monday, February 8, 2010

Biarkan Bayu Bertiup Duka,Teruskan Perjalanan Kita

"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.

Siapa yang menjadikan kita?

Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.

Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.

Nasihat Ayah Ibu Untukmu

+ Anakku..
+ Bila kau sudah maju ke hadapan
+ Sesekali tolehlah ke belakang
+ Agar tidak kau lupa
+ Bagaimana susahnya menjadi
+ Seorang manusia berguna

+ Anakku..
+ Bila kau berjaya ke kemuncak langit
+ Sesekali pandanglah rumput di bumi
+ Agar tidak kau lupa
+ Tanah tempat asalmu

+ Anakku..
+ Bila kau sudah mencapai segalanya
+ Janganlah kau mendabik dada
+ Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
+ Dalam sekelip mata kau akan menjadi
+ Seorang yang meminta-minta

+ Anakku..
+ Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
+ Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
+ Jangan sekali-kali kau lupa
+ Bahawa semua itu hanya sementara

+ Anakku..
+ Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
+ Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
+ Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
+ Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

+ Anakku..
+ Hanya itu nasihat dari ku
+ Buat bekalan di hari depanmu
+ Doaku sentiasa mengiringimu
+ Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
+ Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Sunday, February 7, 2010

Sihat emosi: adakah hanya untuk golongan muda?

BIAR berapa pun usia anda, kebahagiaan emosi tidak seharusnya diambil mudah. Emosi yang sihat berkait rapat dengan setiap tindak-tanduk kita, justeru ia wajar diberi perhatian. Apabila emosi sihat, perasaan serta tindakan juga akan lebih terkawal. Anda akan lebih tabah menghadapi dugaan, mampu menjalinkan perhubungan yang bermakna dan bersemangat kental.

Mental sihat, cergas

Sihat dari segi mental bukan bermakna kita hidup tanpa sebarang masalah dan kedukaan. Sebaliknya apa yang dimaksudkan di sini ialah keupayaan untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan bersandarkan kekuatan yang dimiliki.

Penjagaan fizikal jaminan emosi sihat

Walau berapa pun usia anda, perhatian yang diberikan terhadap kesihatan fizikal, iaitu dengan menjaga tubuh badan akan sekali gus menjadikan mental lebih sihat. Ini kerana sewaktu bersenam, otak dan sistem saraf akan menghasilkan sejenis kimia yang dinamakan endorfin yang mampu menceriakan mood anda! Senaman dapat meredakan tekanan, mengurangkan kerisauan dan kemurungan!

Amalkan corak pemakanan yang seimbang dan pastikan badan mendapat zat makanan yang diperlukan dengan secukupnya. Cara paling mudah ialah dengan mengambil makanan tambahan.
Keluarlah dan luangkan lebih banyak masa di luar rumah setiap hari, walaupun hanya 10 minit. Jadikan waktu bersendirian lebih terisi, produktif dan menyeronokkan dengan belajar menjadi teman kepada diri sendiri atau dengan menyertai sebarang kegiatan yang dapat merangsang pemikiran dan mencergaskan badan.

Anda juga perlukan tidur yang nyenyak. Secara purata, tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam akan membolehkan anda menjalani kehidupan di tahap optimum pada keesokan harinya.

Luahkan perasaan

Berasa sedih adalah lumrah di kalangan mereka yang berusia. Ini mungkin disebabkan seseorang itu tidak lagi mampu berdikari, kehilangan kerjaya, berhadapan penyakit, ketiadaan orang tersayang, hilang upaya untuk bergerak dan sebagainya. Namun demikian, kita tidak harus menganggap kemurungan itu sesuatu yang normal kerana usia lanjut tidak bermakna anda harus hilang segala harapan dan kegembiraan. Apabila ini berlaku, jangan mengambil sikap menyendiri. Ambillah tindakan positif dengan meluahkan perasaan anda kepada seseorang.
Perasaan anda perlu diutamakan

1. Selami jiwa dan perasaan anda.

2. Baja daya kreativiti anda dengan menyertai aktiviti mencabar minda seperti merancang membina sebuah laman yang indah secara berperingkat.

3. Semarakkan rasa kasih sayang dan peliharalah haiwan kesayangan kerana melaluinya anda boleh mencurahkan kasih sayang manakala tanggungjawab terhadap haiwan itu akan menjadikan hidup anda lebih bermakna.

Binalah persahabatan yang ikhlas dan saling menyokong.

Anda mungkin berumur 60-an namun anda masih boleh hidup penuh bersemangat dan bersikap proaktif. Bertindaklah sendiri dan jangan menunggu orang lain memulakan sesuatu. Jika anda sudah melakukan segala-galanya tetapi masih berasa kecewa, ini bermakna anda benar-benar memerlukan bantuan. Bagi warga emas, sebarang tanda-tanda berikut adalah isyarat untuk mendapatkan pertolongan!
• Insomnia (sukar atau tidak dapat tidur)
• Berasa cemas dan risau
• Masalah ingatan
• Perasaan seolah-olah tidak berupaya dan berdaya berbuat apa-apa
• Rasa putus asa

Jika tanda-tanda ini adalah jelas, anda perlu mendapatkan bantuan profesional. Lebih awal anda mendapatkan kaunseling serta terapi, maka lebih cepatlah anda dapat mengatasi masalah tersebut dan memulihkan semangat serta emosi anda.