Tuesday, January 10, 2012

Tips Gadis(Isteri) Yang Tidak Disukai Para Pemuda (Suami)

eorang pemuda mahu wanita yang didampinginya yakni isteri yang boleh memberikan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan rumah tangganya. Maka sesuailah wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, baik akhlaknya, budi pekertinya, dan bicaranya. Akan tetapi wanita seperti itu sukar diperolehi kerana perubahan zaman kepada era kemodenan telah menyebakan sifat-sifat kewanitaan mulai terhakis sedikit demi sedikit saban hari. Maka lahirlah wanita-wanita yang mempunyai sifat-sifat yang tidak diminati lelaki. Disini saya telah mengolahkan 9 sifat wanita yang tidak diminati oleh para pemuda terhadap seseorang wanita.
Pertama : wanita cemburu
Suka akan cemburu merupakan sifat yang pertama sekali yang tidak diminati oleh seorang suami dari isterinya. Cemburu disini merujuk kepada keraguan atau kurang kepercayaan. Para suami meminta akan sebahagian sifat cemburu itu untuk memperkuatkan ikatan cinta mereka, akan tetapi mereka menolak ketidak percayaan (keraguan) yang boleh menimbulkan pelbagai permasalahan dalam rumah tangga. Para suami menginginkan kepercayaan dari isteri mereka tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan sehingga setiap langkah mereka lalui perlu dicerita dan diungkapkan.

Kedua: wanita keego seperti ratu
Adapun yang kedua adalah wanita yang ego seperti ratu, yang ingin berkuasa, inginkan cinta suaminya hanya kepadanya semata-mata, kepatuhan, dan sentiasa tunduk hanya kepadanya sahaja. Dia akan marah melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain darinya. Seperti cemburu kepada sanak saudara, atau teman-teman suaminya. Tindakan seperti ini kadang-kadang boleh menimbulkan banyak masalah. Dengan sikap sedemikian itu, isterinya telah mengehadkan keperibadian suami, ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan dengan sanak saudara dan teman-teman suaminya . dengan sikap seperti itu, isterinya telah menjadikan suami kurang selesa dan boleh ketahap benci dengan kehidupan rumah tangganya. Sikap seperti itu bukannya dikatakan cinta tetapi lebih kepada penguasaan, pemilikan. Maka wajib bagi isteri ini untuk melakukan perubahan dan sedar akan tingkah laku tersebut. Tidak mungkin si suami akan terlepas dari kerabat saudara mara dan teman-temannya dan begitu juga sebaliknya.



Ketiga : Wanita derhaka
Yaitu isteri yang tidak redha dengan kehidupan rumah tangganya. Dia sentiasa membantah dan membangkang akan suaminya tentang segala sesuatu. Isteri seperti ini tidak bersikap “gonaah” iaitu menerima apa seadanya, sentiasa mahukan tambahan dan lebih dalam segala sesuatu. Dengan sikap seperti ini, dia telah memberi satu tekanan terhadap suaminya bagi memenuhi kesemua keinginannya. Dia tidak perduli darimana dan bagaimana si suami boleh memenuhi kesemua tuntutannya, apa yang penting baginya adalah kehendaknya tercapai dan dipenuhi. Isteri seperti ini dikatakan jenis perosak rumah tangganya sendiri. Dia hanya mencari kebahagian hanya untuk dirinya sahaja terutama dari segi harta dan bukannya cinta. Dia tidak menjaga suami dan rumah tangganya. Pada kebiasaanya keadaan seperti ini akan berakhir dengan penceraian.

Keempat: wanita yang lalai dan alpa
Wanita seperti ini tidak layak untuk digelar isteri. Dia langsung tidak menaruh perhatian terhadap suami dan rumah tangganya. Tidak berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan suaminya. Di sini si suami merasakan tidak mendapat perhatian dan isteri tidak mencintainya atau seperti diri suaminya tidak wujud. Kadang kala boleh menyebabkan si suami bertindak kasar terhadap isterinya bagi tujuan membetulkan keadaan. Akan tetapi jika si isteri tidak berubah juga, maka akan sulit bagi suaminya. Hal ini menjadikan si suami tidak menaruh perhatian terhadap isteri dan tidak mesra dalam segala hal dan boleh berakhir dengan perpisahan. Maka mulai sekarang, sebaiknya isteri mula memberikan perhatian dan memainkan peranan mereka terhadap suaminya.


Kelima: Wanita yang bersifat keanak-anakkan
Yaitu wanita yang sukar untuk berdikari yang suka bergantung kepada ibunya, dan terikat dengannya, bersandar kepadanya dalam segala hal. Dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawap. Kebanyakan ibunyalah yang membuat keputusan dan menentukan segala perkara berkaitan dengan rumah tangganya. Maka anak perempuannya seperti kanak-kanak yang dibawah asuhannya semasa kecil.sifat seperti itu, dia tidak layak menjadi seorang ibu bagi anak-anaknya. Si suami merasakan seperti dirinya menikahi ibu mertuanya kerana ibu mertuanyalah yang banyak membuat keputusan dalam menentukan, dan mengaturkan segala urusan rumah tangga meraka. Maka wajib bagi isteri seperti itu belajar memikul tanggungjawap dan bertindak seperti wanita yang dewasa yang digelar isteri dan ibu kepada anak.

Keenam: Gadis yang mengabaikan Tugas Rumah Tangga
Pada era moden ini, ramai para wanita yakni isteri yang berkerja atau berkerjaya dalam bidang masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan sesetengah pekerjaan memerlukan perhatian yang penuh dan serius. Akan tetapi terdapat perbezaan diantara isteri yang berkerjaya dan isteri yang mengabaikan tanggungjawap rumah tangganya. Terdapat banyak isteri yang bekerja, tetapi mereka dapat melakukan segenap pekerjaan rumah tangga dan memberikan perhatian terhadap berbagai keperluan suami dan anak-anak mereka. Isteri seperti ini tidaklah mengabaikan tanggungjawapnya terhadap keluarga. Maka isteri haruslah bijak menyeimbangkan antara kerjaya dengan suami dan anak-anak. Janganlah menjadikan faktor kerjaya punca berlakunya ikatan kekeluargaan itu tidak mendapat perhatian, kasih sayang sehinggakan si suami merasa kehilangan kemeseraan akhirnya menyebabkan permasalahan dianatar suami isteri.

Ketujuh: Gadis yang Lemah dan berputus asa
Isteri seperti ini pada kebiasaannya pasrah dengan keadaan persekitarannya dari segi keluarga atau teman-temannya. Dia cepat berputus asa dan tidak ada motivasi untuk membaiki pulih keadaan dan lemah untuk membuat keputusan dengan dirinya sndiri. Dia lebih kepada menyendiri dirinya berbanding berbincang atau mengadakan musyawarah atau memberi pendapat. Sifat yang lemah, menurut kata, dan tidak boleh melaksanakan tanggungjawap. Punca berlakunya perkara sedemikian adalah keluarganya sendiri yaitu sikap keras si ayah, dan diamnya si ibu. Maka suami pun kehilangan teman yang boleh di ajak berbincang dan memberi nasihat. Isteri perlulah mengatasi perkara seperti ini sebaik yang mungkin bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Kelapan: Gadis yang cepat berburuk sangka
Adalah tidak baik bagi isteri yang mempunya sifat seperti ini dimana si isteri mudah untuk mengambarkan suaminya dengan gambaran yang tidak bagus.sebagai contohnya, apabila suaminya lambat tiba dirumah apabila sudah tamat waktu bekerja, si isteri meyangkakan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apabila si suami mendapat menyakit, si isteri mula menjauhkan dirinya dan mengabaikan tanggungjawapnya. Isteri semacam ini akan mendorong suami khawatir dan was-was.


Kesembilan: Gadis yang mengejar Sempurna
Yaitu isteri yang suka akan kesempurnaan dalam segenap perkara sehinggakan berlebih-lebihan, ini boleh menyebabkan si suami dan jiran tetangga merasa kurang selesa atau jengkel. Tabiat seperti ini membuatnya bertindak melulu-lulu dalam kehidupan rumah tangganya. Dia menginginkan kesempurnaan dalam semua hal yang dilakukannya. Contohnya, sentiasa mengikuti perkembangan fesyen, baru 5 bulan membeli almari yang baru, dia mahu tukar yang baru kerana ada keluaran yang baru. Perkara seperti ini memungkinkan si suami akan bertindak keras akan perbuatan isterinya. sekalipun perbuatan itu untuk kepentingannya, dan dia tidak lagi mementingkan keridhaan istrinya.

 Wahai saudariku, Sekarang, carilah untuk dirimu, sifat manakah dari kesembilan sifat tersebut yang kamu miliki? Kemudian bersihkanlah dari dirimu agar kehidupan rumah tanggamu selamat dan bahagia.

Sunday, January 8, 2012

Celupan Allah

Pernah, satu masa seorang Badwi menjadi mulia. Sang Nabi S.A.W pedoman murni mengagih-agih harta rampasan perang dan Badwi menolaknya. Katanya, aku tidak berjuang untuk semua emas dan perak. Jerihnya bukan untuk disanjung, susahnya bukan mahu didokong.
Sambil menunjukkan ke lehernya, katanya, "Aku hanya berjuang agar anak panah musuh dibenam dalam tengkukku ini, duhai Rasulullah."
Jelas. Tegas. Ikhlas.
Jawab Rasulullah S.A.W, "Kalau itu yang kamu mahu, moga Allah sampaikan hasratmu."
Kemudian terjadilah lagi peperangan. Berjuanglah para Mukmin mencari syahid, mencari syurga tertinggi langit. Syahadah, yang menjadi janji dengan Allah kini ternampak kesannya. Di medan tarung itu menjadi ramailah manusia yang percaya dan memuncak cintanya.
Seusai jihad, Muslimin mencari Sang Badwi. Ternyatalah telah tembus anak panah musuh di tengkuknya. Badwi telah syahid, terjumpa syurga tertinggi langit. Manusia-manusia yang tercelup dengan celupan Allah itu luar biasa. Cintanya mendasar dalam dan rindunya memusat dendam. Dia bercinta dengan Tuhan, dan cintanya sangat dahsyat. Merasakan kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupannya,dan merindui Allah pada waktu lupanya. Di saat-saat susah dia mencari Allah. Pada waktu-waktu bahagia dia memuji Yang Maha Kaya.
Firman-firman Allah S.W.T, penguasa sekalian manusia,
“Celupan Allah yakni agama Islam, dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.” (Al-Baqarah:138)
"Dan di antara manusia yang menyembah Tuhan selain daripada Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman itu sangat besar cinta mereka kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya milik Allah, dan bahawa Allah sangat berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al-Baqarah:165)
Dan menjadi resam, setiap yang bercinta itu berkorban. Kau sudah tahu cerita Taj Mahal dan Shah Jahan. Kini aku mahu berkisah tentang seorang sahabat namanya Mus'ab bin Umair. Sebelum Islam, beliau pembuat hati menjadi cair. Terlalu tampannya Mus'ab, sehingga para gadis tergila-gilakannya. Popular. Kaya. Dia yang paling ideal, paling sempurna.
Setelah beliau memeluk Islam, beliau syahid di medan Uhud. Saat dia mahu dikapankan, kainnya tidak cukup panjang. Ditutup kepalanya terdedah kaki. Ditutup kaki terdedah kepala. Lantas ditutup kepalanya dan diambil daun-daun kering untuk menutup kakinya.
Itu harganya cinta, teman. Cinta untuk Tuhan. Oh, apa sahaja yang sanggup aku dan kau korbankan? Bila pula kali terakhir aku dan kau meredam cinta-cinta yang memberhala di jiwa, selain cinta dengan Allah? Ujar para pentafsir, celupan Allah itu agama.
Ayuh, kita beragama. Menjaga solat yang lima. Istiqamah dalam membaca al-Quran. Khusyuk dalam rukuk. Menghamba di dalam sujud. Membasah lidah dengan zikrullah. Mencari teman-teman pengingat Allah. Menjadi sibuk dengan kuliah-kuliah. Berdoa, penuh mendesah. Tahajjud, menghapus salah. Dalam jutaan warna yang boleh kau corakkan jiwamu, warnakanlah dengan celupan Allah Yang Satu. Moga akhirnya mati sebagai pemenang.

Glosari

1) Meredam=Menahan
2) Mendesah=Berbicara dengan perlahan

Allah Ajarkan Aku Tetap Di Sini

Allah itu sungguh dekat.Bayangkan putaran matahari, bulan, galaksi, planet-planet semuanya diputar oleh Allah, semua digerakkan oleh Allah. Betapa jauhnya matahari dan bintang dan galaksi-galaksi yang bertebaran di alam semesta. Semuanya digerakkan Allah. Maha Besar Allah, Maha Perkasa Allah. Lihat pula taufan dan puting beliung yang begitu kuat berputar. Lihat angin-angin yang membawa pasir-pasir berterbangan, semuanya diputar oleh Allah. Semuanya digerakkan Allah. Allah menggerakkan semua itu.
Lihat ke dalam diri kita dan lihatlah DNA kita yang sedang diputarkan, sentiasa berputar, lihat pula sel-sel kita, sel darah, sel rambut, semuanya sedang bergerak. Pada hakikatnya digerakkan oleh Allah, pada hakikatnya Allah yang sedang menggerakkan semuanya. Rasa pula denyutan nadi kita, ada yang sedang mengepam jantung kita. Ya. Dia itu Allah, yang sedang mengepam jantung kita. Tidak mungkin jantung itu mengepam sendiri. Ada yang mengepamnya yakni Allah. Allah meliputi semuanya. Allah meliputi kita. Allah Maha Dekat. Berhenti sejenak dan rasakan dekatnya Allah itu.
Di televisyen saya lihat begitu ramai orang membanjiri Dataran Merdeka. Menghitung 10 .. 9 ... 8 ... 7 ... sebagai menghargai detik tahun baru yang akan datang. Saban tahun kita menyambut ketibaan tahun baru. Kita punyai tahun-tahun baru ini kerana adanya bumi yang berputar. Kita merasakan ada hari ini dan hari esok kerana adanya bumi ini.
Sekarang cuba hilangkan bumi ini. Bayangkan kita hidup tidak ada bumi ini, tidak ada putaran bumi. Adakah hari esok? Adakah hari ini? Pasti tidak ada. Yang ada hanya sekarang. Aku tetap di sini sekarang. Saban tahun, umur kita meningkat kita merasakan umur meningkat kerana ada hitungan tahun, jasad pun semakin berubah. Dari kecil sehingga menjadi remaja dan kemudian dewasa dan akhirnya tua tapi kita bukan jasad ini. Jasad ini hanyalah karungan sahaja bagi jiwa dan ruh kita.
Jasad ini sama seperti ciptaan Allah yang lain, contohnya seperti buah limau, akhirnya dia akan tua dan busuk. Nah, cuba juga hilangkan jasad ini. Perhatikan jiwa dan ruh kita. Dia tidak melalui proses tua atau muda, bila jasad sudah tidak berfungsi (sudah mati), jiwa dan ruh tetap ada tetap di sini. Maka pada hakikatnya, aku tetap di sini. Aku yang sebenarnya tidak terbatas oleh ruang, masa, sempadan.

Pada hakikatnya AKU TETAP DI SINI .
Aku tetap bersama dengan Tuhanku di sini. Aku tetap di sini sebagai hamba-Nya. Aku tetap di sini sebagai milik-Nya.
Saya mengelirukan anda? Maaf kalau anda tidak memahaminya. InsyaAllah semoga satu hari anda akan faham. Bagi sahabat yang sudah memahami hakikat ini dan yang dapat memahaminya dari tulisan saya ini, maka kefahaman ini sangat penting di dalam kita berhadapan dengan Allah samada dalam solat atau pada bila-bila masa. Kefahaman ini akan melahirkan rasa ihsan yang berterusan dalam hidup kita. Allah yang sangat dekat dan berada bersama kita di sini.

Antara Solat Dan 'Couple'

Satu situasi yang kita lihat dalam kalangan remaja masa kini sama ada sedar ataupun tidak, adalah budaya'couple' yg begitu diangkat sebagai satu kewajipan berbanding SOLAT. Tidak dinafikan juga ada diantara mereka yang ber'couple' ini juga menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Namun sebahagian besar daripadanya masih lalai daripada menunaikan solat. Apa yangg saya cuba sampaikan kali ini adalah berkenaan perkara yang WAJIB dalam hidup kita, lebih-lebih lagi sebagai seorang remaja muslim.
Persepsi kebanyakkan remaja hari ini mengenai 'couple' adalah adalah 1 budaya yang menjadi kewajipan. Tanpa 'couple', seseorang itu dianggap tidak laku ataupun kolot, kerana tidak mahu bersosial dan sebagainya. Persepsi ini adalah salah sama sekali, bahkan dalam ISLAM sendiri tidak ada satu pun ayat AL QURAN yg mengangkat budaya couple ini sebagai perkara yg WAJIB.

Ada pun munculnya beberapa golongan yg menggunakan ayat Al Quran:
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dapat mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)."
 (Surah Adz-Za'ariyat, ayat 49)
Mereka sewenang-wenangnya menggunakan ayat ini bagi 'menghalalkan' tujuan untuk ber'couple'. Ayat ini juga digunakan untuk meminta nombor telefon supaya dapat berkenalan. Sama ada sedar atau tidak, perbuatan ini sudah menyalahgunakan AL QURAN utk kepentingan diri sendiri. Lihat sambungan ayat diatas:
"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata."
 (Surah Adz-Za'ariyat, ayat 50)
Dalam ayat ke 49 itu tadi, telah dinyatakan mengenai ciptaan ALLAH secara berpasangan agar dapat mengingati kekuasaan-NYA, bukan utk tujuan berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan semata-mata. Ayat ke 50 pula menyeru agar manusia bertaubat dan mentaati perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Ada pun perintah ALLAH dan Rasul-NYA (Nabi Muhammad Salallhu Alahi Wasalam) itu adalah WAJIB, salah satu daripadanya adalah SOLAT!

Tuntutan SOLAT dalam ISLAM

Mendirikan SOLAT (Menunaikan SOLAT) adalah perkara yg menjadi kewajipan bagi seorang muslim. Solat juga merupakan Rukun Islam yg kedua, iaitu selepas mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Solat juga merupakan perkara terpenting dalam membentuk peribadi diri seorang muslim. Perkara kebaikkan akan menjadi sia-sia sekiranya tidak menunaikan solat, kerana solat adalah nadi dan kunci bagi segala amalan kita di dunia ini.
Mari kita perhatikan ayat Al Quran yg berikut:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.".
(Surah Hud, Ayat 114)
Ayat ini menjadi dalil yang jelas menyatakan solat itu adalah WAJIB. Dan disambung pada ayat seterusnya:
"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
ALLAH telah mengingatkan agar hamba-NYA bersabar dalam menunaikan kewajipan dalam agama dan tidak mengeluh dalam beramal. Dalam ayat 116 pula dingatkan agar kita tidak mencontohi umat terdahulu yg telah dibinasakan, walhal mereka itu mempunyai keupayaan untuk melarang org lain utk tidak melakukan mungkar.

Dalam ayat lain juga ada dinyatakan mengenai kewajipan solat ini:
"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
( Surah Al Isra', Ayat 78)
Perihal solat juga ada dinyatakan dalam hadith Rasulullah Salallahu Alahi Wasalam:
Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasalam didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya:
“Bangunlah dan lakukan solat.” Maka baginda (Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam) melakukan solat Zuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Asar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Asar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Isya` ketika syafaq (langit merah) menghilang. Kemudian waktu Subuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Subuh ketika waktu fajar menjelang.
(Hadith Riwayat Ahmad, Nasai dan Tirmizi. )


Begitu jelas dan terang lagikan bersuluh mengenai SOLAT, seperti yang dinyatakan dalam AL QURAN dan Hadith. Solat adalah menjadi penyelamat kehidupan kita di dunia dan akhirat. Solat jugalah menjadi ikatan istimewa antara kita dengan ALLAH, Pencipta kita yang Agung. Fikirkan dahulu soal 'in a relationship' kita dengan ALLAH, insyaALLAH akan diberikan pula olehnya seorang manusia yang menjadi teman 'in a relationship' untuk kita.Lebih manis lagi, ALLAH akan memberikan segala-galanya dengan keadaan HALAL selagi mana kita patuh dengan SYARIAT yang telah ditetapkan oleh-NYA.WALLAHUALAM :)

Dosa Dalam Perkahwinan

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.
Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.
Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?
Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.
Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.
Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
 
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

Memilih Tempat Untuk Mati

Siapakah yang mampu melawan takdir saat malaikat Izrail sudah 'ditugaskan' untuk mengambil nyawa yang dipinjam. Banyak ceritera tentang kematian namun hanya beberapa minit ia terkesan di hati kecil. Kita tidak tahu, 'makwe pakwe' kita pun tidak tahu, ibubapa kita tidak tahu, kawan kita juga tidak tahu. Tiada siapa tahu ajal masing-masing. Hanya Allah yang tahu.
Justeru, ingatlah kematian yang menanti. Bukan mengejar dan mengutamakan dunia lebih daripada akhirat.
Siapa yang tidak lupa kubur dan kerosakan serta meninggalkan kelebihan daripada perhiasan dunia?
Siapa yang mengutamakan benda kekal daripada benda sementara dan rosak?
Siapa yang tidak menghitung harinya dan menganggap dirinya daripada golongan mati?
Buat renungan bersama.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Andaikan dunia ini di sisi Allah SWT menyamai nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir walau seteguk air."
Syahr bin Hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata :
Pada suatu malam Nabi Muhammad SAW sembahyang subuh di tempat pembuangan kotoran, maka melihat ulat bergerak dalam kotoran, maka Nabi Muhammad SAW menghentikan untanya menantikan orang-orang, lalu bertanya kepada orang-orang tersebut"Apakah kamu mengetahui bahawa orang-orang di tempat ini jijik terhadap ulat ini?" Jawab mereka: "Benar, ya Rasulullah."
Maka Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina) di sisi Allah SWT melebihi dari hinanya ulat terhadap orang-orang yang mempunyai tempat ini."
Seorang mukmin meskipun adakalanya mewah dengan nikmat, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat dan kemewahan yang disediakan untuknya di syurga, maka seolah-olah ia berada di dalam penjara.
Nabi Muhammad SAW bersabda : 
"Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."
Sebab seorang mukmin jika mati dan diperlihatkan kepadanya syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya, ia sedar bahawa selama di dunia seolah-olah berada di dalam penjara.Sedang seorang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman-hukuman dalam neraka, maka ia merasakan bahawa ia tadi berada di dalam syurga.
Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara dan tidak akan mencari kesenangan dalam penjara. Maka seorang yang berakal harus perhatikan apa yang telah dijelaskan Allah SWT mengenai dunia dalam ayat-ayat Al-Quran, sebab dalam ayat Al-Quran dan sabda Nabi Muhammad SAW cukup perumpamaan yang jelas supaya orang mukmin jangan tertipu oleh dunia.
Fikirkan Surah Yunus Ayat 24 :
"Sesungguhnya perumpamaan kerosakan dunia ini bagaikan air yang Kami turunkan dari langit maka meresap kedalam tanah dan menumbuhkan makanan orang-orang dan binatang-binatang, sehingga apabila bumi ini telah berhias dengan segala hasilnya dan indah dan pemiliknya telah mengira ia sangat berkuasa atasnya, tiba-tiba datang seksa Allah di waktu malam atau siang hari, maka jadilah semua itu terketam habis, seakan-akan tidak ada apa-apa sejak kelmarinnya. Demikianlah contoh dunia ini. Kami jelaskan bagi orang-orang yang suka berfikir dan memperhatikan."
Yahya bin Mu'adz Arrazi pernah berkata :
"Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabbul a'lamin dan manusia sebagai tanamannya sedang maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malakulmaut itu sebagai pengetamnya dan kubur sebagai lombongnya dan kiamat sebagai lesungnya dan syurga atau neraka tempat pemuasnya, sebahagian syurga dan sebahagian dalam neraka Sa'ir."
Luqmanul hakim berkata kepada puteranya:
"Hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam di dalamnya kebanyakan manusia, kerana itu jadilah perahu di dunia ini taqwa kepada Allah SWT"
Bermakna, andai muatan perahu kita adalah taqwa, maka kita akan selamat daripada lautan fitnah dunia. Pilihlah tempat untuk mati dengan biasakan kaki melangkah ke tempat-tempat beribadah. Belajar itu ibadah. Bekerja itu ibadah. Solat itu ibadah. Segala amalan kita adalah ibadah asalkan niat lillahi taala dan kena caranya.

Wednesday, January 4, 2012

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau..

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1 : Niat.
2 : Menghilangkan najis pada badan.
3 : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitkannya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air dari sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.vInai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab;
* 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati.
* Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, air sungai, air  laut dan air tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh..