Tuesday, November 16, 2010

uuu

~"Wahai PUTERIKU... Demi ALLAH… Jgn engkau percaya terhadap kata2 SEBAHAGIAN lelaki... Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK & BUDI BAHASA... Bicara dgnmu seperti seorang SAHABAT... Dan apabila brcinta dgnmu seperti teman akrab... Sebenarnya mereka BOHONG!! Jika engkau mendengar sndiri bualan mereka, pasti engkau takut & ngeri... Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan... Bukan di tangan kaum lelaki" (Ali Thantawi)

‎~ Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita... mudah terpesona dengan apa yg didengarinya... akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap... Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki... mudah terpesona dengan apa yg dilihatnya... hingga kerap terkeliru antara indah hakiki dan palsu... Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya & lelaki perlu menjaga pandangannya...

~ menanti org xhadir paling dibencikerana ia satu penyiksaannamun sabar itu hakikat segala redhazikrullah pula suburkan jiwa

diamkanlah dirimu di saat penyiksaan menanti itu datangdan diamkanlah dirimu dengan isi zikrullah

cintailah sesuatu kerana Allahdan sabarlah serta diam menerima qodonyakerana sesuatu yg berlaku itu bermakna hikmahdan kadang2 menjadi kifarat segala dosa

dan cinta itu sangat gilahati-hatilah dalam menitinyadan ia sangat berbisamaka damaikanlah hatimu dengan zikrulmautagar kau tenang dalam sabardan diammu di saat kau menanti

jika kau tak cinta pada manusiamaka engkau sekali-kali tidak akan sampai padaNyakerana RasulNya juga seorang manusiacintailah Dia serta RasulNya & ia halal bagimu

~Mudahnya wahai lelaki, kamu kata “Sejahat-jahat aku, aku ingin bernikah dengan perempuan baik-baik, bukan yang macam awek aku sekarang”. Percakapan kamu seakan-akan wanita baik-baik tiada hak bersuamikan lelaki baik, seakan-akan wanita tiada hak memilih, seperti kamu yang buat semua keputusan. Jangan mimpi nak jadikan wanita solehah sebagai isteri jika kamu jahat kerana mereka berhak mendapat suami soleh. Pergi! Siapkan diri kamu dengan agama sebelum nak kawen dengan wanita solehah!

~"Perempuan dan laki-laki yang berzina, deralah keduanya, masing-masing 100 kali dera. Janganlah sayang kepada keduanya menjadi halangan dalam menjalankan agama (hukum) ALLAH, kalau kamu betul beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (An-Nur: 2)

~‎"Laki-laki yang berzina hanya mengahwini perempuan yang berzina (pula) atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina hanya dikahwini oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki yang musyrik. Dan yang demikian itu dilarang untuk orang-orang yang beriman" (An-Nur: 3)

~"Perempuan-perempuan yang jahat untuk laki-laki yang jahat. Laki-laki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik. Laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik. Orang-orang ini terlepas daripada tuduhan yang mereka ucapkan. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia" (An-Nur: 26)

~"Katakan kepada laki-laki yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan dan menjaga kehormatannya. Yang demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya ALLAH itu tahu betul apa yang mereka perbuat." (An-Nur: 30)

~"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher dan ke dadanya, dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya, anak-anak saudara perempuan sesama perempuan, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi. Dan tobatlah kamu semuanya kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung!" (An-Nur: 31)

~"Anakku, muhasabahlah dirimu... Perempuan baik utk lelaki yg baik & lelaki baik utk perempuan yg baik... Jika kau inginkan perempuan@lelaki yang baik, maka perbaikilah dirimu... Allah jugalah yg mmberikan kamu apa yg kamu pinta... Maka jadikanlah cintamu kpd Allah sbagai pokok yg membuahkan cinta2 lain... InsyaAllah, kamu tdk akn kcewa bila silap, & kamu akn rasa teramat bhagia bila betul."

~Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh... Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah... Kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa... MENJADILAH... bukan MENCARI...

~Siapalah si tudung labuh yg merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh jgn kau anggap dirimu hebat,maksum atau mulia. Jgn kau riak dan ujub. Jgn kau fikir org lain tidak setaraf. Jgn kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bhw ibadat dan amalan yg kau kumpul tak bererti apa-apa jika niatmu bkn krn Allah... Niatmu utk menunjuk-nunjuk,maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja! DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yg merasa dirimu akan selamat? Yg mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yg merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yg berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jgn kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan,usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jgn mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu...!

‎~ kalau kita nak berubah, atas dasar hati kita, krn Allah, jgn disebabkan kerana seseorg kita berubah... jgn disebabkan bile org suruh baru kita nak berubah... sbb kalau kita berubah bukan kerana Allah, perubahan kita tu xkan kekal lama dan kita xkan istiqomah dgn perubahan kita tu... & mungkin kita akan kembali kpd diri kita yg lama...

~ Bertudung kerana hendak kelihatan cantik, hendak kelihatan baik, hendak tutup 'kekurangan' wajah dan 'kerana-kerana lain' yang bukan kerana Allah (kewajiban menutup aurat), sesungguhnya akan mendedahkan si pemakainya kepada perlakuan-perlakuan negatif... na'uzubillahiminzalik...

~ Segala puja-puji bagi Allah s.w.t. yang telah membersihkan hati para hambaNya dari terpaling kepada kemewahan dunia dan kecemerlangannya...

‎~ Sang jiwapun bolak-balik antara ditolak dan diterima, antara sampai dan tak sampai, seraya karam dalam gelombang Makrifah, dan hangus terbakar oleh api Cinta Ketuhanan...

~ sifat malu menahan daku dari menyingkap rasa rindu... namun isyaratMU memberi erti... itu tak perlu disingkap lagi! ENGKAU hidupkan seorang pencinta, yang hangus-mati oleh rindu... alangkah ajaib hidup ini...

~jika DISALAH GUNA, internet boleh menjadi 'medan pergaulan bebas lelaki & perempuan' jika diguna tanpa batas hingga mendorong berlakunya perkara maksiat (WALAUPUN TIDAK BERJUMPA), hatta termasuk Facebook sekali, jika penggunaannya untuk "berkenal2" antara lelaki & perempuan hingga ke tahap proses2 yang tak sepatutnya...

~menyalin satu sketsa:

"pukul 12am;A: ukhti,nanti kejutkan ana untuk qiam malam ni.. B: akhi,insyaALLAH..

pukul 4am; B: akhi,dah bangun ke? A: alhamdulillah baru je bangun. Btw,jazakillah kerana membantu ana.. B: afwan, ok doakan ana sekali ye. SALAM MUJAHADAH!!

p/s: tiada kena mengena dengan sesiapa, renung-renungkan pro-contra nya.. "

~Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci...

~Sahabat... Janji pada aku dua perkara... Pertama, ingati aku dalam setiap doamu... Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku... Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku... Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu...

‎~Lelaki, berukhuwwah rapat dengan lelaki, dikatakan gay. Perempuan, berukhuwwah rapat dengan perempuan dikatakan lesbian. Tetapi kalau lelaki bukan mahram, berapat-rapatan, bergesel-geselan dengan perempuan bukan mahram, orang kata itu normal? Inilah yang saya panggil sebagai MENTALITI SENGET- Hilal Asyraf

~Kalau hari ini, lelaki mudah ber'dating' dgn kita yg blum sahsbagai pasangannya, peratus utk dia ber'dating' pula dgn prmpuanlain yg tdk halal slps brkahwin dgn kita adlh tinggi. Jgn ber'dating' dgn mana2 lelaki ajnabi. Barulah kita akan dptsuami yg tdk prnah ber'dating' dgn mana2perempuan. Sabar adalah... perlu utk meninggalkan larangan Allah. Jgn trburunafsu, nnti diri yg lesu...

~Perempuan jangan mudah perasan agar diri tidak mudah ditimpa perasaan.Bila sudah ditimpa perasaanlah, ramai perempuan lupa diri dan lupaAllah. Akhirnya menyerah diri. Na'uzubillahiminzalik. Perasan itu sifat mazmumah.Jadi memang patut siapa-siapa yg perasan, terhijab hatinya darimelihat realiti. Ramai lelaki ‘usha...’ perempuan utk menguji merekasahaja. Adakah perempuan itu tahu menjaga diri atau tidak...

~Janganlah kamu BIMBANG andai kamu BELUM BERPASANGAN, tetapi BIMBANGLAH andai IMANMU akan BERKURANG... Janganlah kamu BIMBANG andai kamu TAK RUPAWAN, tetapi BIMBANGLAH andai AKHLAKMU MURAHAN... Kejarlah dan carilah CINTA ALLAHnescaya andai kamu perolehnya seluruh makhluk Allah akan MENYAYANGIMU...

~ “Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka. Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka. Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – Imam As-Syafi'ie

~“Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)” -Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari-

~"Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?" -Saidina Ali-

~Daripada Mu'az bin Jabal, Rasulullah s.a.w. bersabda; "SESIAPA YG MENGHINA SESEORANG KERANA DOSA YANG PERNAH DILAKUKANNYA,MAKA IA TIDAK AKAN MATI SEBELUM MELAKUKAN DOSA TERSEBUT" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.2693)

~“Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah dahulu kebenaran tersebut, nanti kamu akan kenali orangnya”. (Saidina Ali r.a.)

~ ".....Janganlah kamu anggap dirimu bersih, Dia tahu benar siapa yang bertaqwa di antaramu..." (An-Najm: 32)

~Janganlah engkau mengutuk pelaku dosa kerana kelak sebelum mati engkau akan melakukan dosa yang sama... Islam memang melarang kita untuk membenci pelaku dosa... Yang patut dibenci adalah kesalahan yang dilakukan itu...

~Berikan sebanyak mungkin waktu bagi memperbaiki diri sendiri hingga kita tidak punya waktu lagi untuk mengkritik orang lain...

~"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman, sama saja untuk mereka, baik engkau beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah menutup hati dan pendengaran mereka, pada penglihatan mereka ada tutup (tabir) dan untuk mereka siksaan (azab) yang pedih" (Al-Baqarah: 6-7)

~"Kecelakaan yg besarlah bg tiap2 org yg byk berdusta lagi byk b'dosa, dia mendengar ayat2 Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tdk mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dgn azab yg pedih. Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat2 Kami, maka ayat2 itu dijadikan olok2. Merekalah yg memperoleh azab yg menghinakan" (Al-Jatsiyah: 7-9)

~Seseorang manusia yang kita nilai buruk, pasti memiliki sisi baik dalam dirinya... Seseorang yang kita nilai baik, belum tentu tidak memiliki sisi buruk dalam perilakunya...

~Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment