"Ila berapa tahun lagi ye nak habis belajar?" tanya Kak Zah, ketika dia sedang enak menikmati soto petang itu.
"InsyaAllah, dalam dua tahun lebih lagi" jawab saya ringkas sambil tersenyum.
Perhatian saya lebih bertumpu terhadap Auni, anak bongsu Kak Zah yang baru berusia 2 tahun yang sedang duduk di atas riba saya.
"Ooo..nanti mintak kerja kat Hospital Kulim la,dekat dengan rumah" kata Kak Zah lagi sambil menambah soto. Dia memang gemar masakan emak saya lagipun emak memang rajin menjamu mereka yang berziarah.
"InsyaAllah..tapi ingat nak buka tadika je la. Nak jadi guru tadika" balas saya lagi, sambil membelai tocang rambut Auni yang terpacak atas kepalanya itu.
Kak Zah terdiam. Abang Madi, suami kak Zah mengalih pandangan dari akhbar ke muka saya dengan muka serius. Manakala emak hanya tersenyum. Bersahaja gayanya. Reaksi yang pelbagai atas impian saya yang mungkin nilainya kecil bagi mereka kecuali emak yang sentiasa memahami saya pastinya.
Guru tadika tiada sangat nilainya di hati mereka. Saya tahu perkara yang terdetik di hati mereka. Mereka tidak menganggap guru tadika satu kerjaya yang menarik.
"Takpela..kalau ada rezeki lebih apa salahnya.Boleh jadi sumber pendapatan sampingan." kata kak Zah tiba-tiba memecah keheningan sedetik tadi.
"Aah..betul tu..jadi pendapatan kedua, ok jugak tu." sambung Abang Madi.
Saya hanya terus tersenyum.
Guru tadika, di tadika saya sendiri. Keinginan yang terpendam sejak zaman persekolahan dulu. Jika dulu, memang saya ingin jadikan sebagai penjana sumber pendapatan kedua sekiranya ada rezeki. Namun kini, makin saya meningkat dewasa semakin kuat keinginan saya untuk jadikan impian yang dahulunya kecil itu sebagai cita-cita besar.
Bukan sekadar sumber kewangan kedua yang diimpikan dulu. Nilainya lebih bererti berbanding wang dalam diri saya. Saya sedar saya bukanlah di landasan yang benar ke arah destinasi sebagai guru tadika, kerana saya bukan dalam jurusan pendidikan sekarang. Saya juga sedar saya sepatutnya bekerja sahaja setelah tamat belajar agar kewangan terjamin, dapat membantu emak ayah dan adik-adik, meringankan beban suami dan menghiburkan diri dengan membantu masyarakat dalam bidang kesihatan.
Saya sedar akan risiko untuk menjadi usahawan dengan membuka tadika sendiri sentiasa ada dan saya semestinya perlukan masa dan pengorbanan untuk menunaikan impian kecil yang nilainya amat besar bagi saya ini. Saya sedar akan semua perkara itu. Namun, hati kecil saya lebih sedar akan sebab yang mendorong keinginan saya itu.
Saya anak kepada seorang emak yang bergelar suri rumah tangga sepenuh masa. Dan, saya amat bahagia sepanjang menjadi anak kepada suri rumah. Manakan tidak, setiap masa, setiap hari, saban waktu, kehidupan emak adalah untuk melayani dan menjaga anak-anak. Setiap kali saya perlukan emak, emak sentiasa ada. Setiap makanan yang menjadi isi perut saya adalah air tangan emak.Teman berborak, teman bercanda, teman segalanya, ialah emak.
Saya tidak pernah membesar dengan ketiadaan emak yang keluar pergi bekerja. Dan ayah sebagai seorang suami, saya nampak akan bahagianya ayah pulang disambut emak, makan dilayan emak, keperluan lain disediakan emak. Sehinggakan jika sekali sekala keluar menikmati makanan di luar, ayah akan tetap mahu masakan emak setelah balik ke rumah meskipun hanya lauk pauk biasa.
Justeru, saya bingung apabila memikirkan pengurusan hidup anak-anak saya sendiri kelak jika saya keluar bekerja. Saya bingung memikirkan tanggungjawab saya sebagai isteri solehah tidak tertunai. Sungguh, saya bingung. Mungkin masih terlalu awal dalam perencanaan kehidupan untuk memikirkan hal ehwal rumah tangga. Namun, bak kata Kak Zaffan Khalid iaitu pendebat idola saya, "saat penantian adalah saat pencarian."
Sebelum tiba masanya itu, biarlah saya berusaha merencana mana yang mampu dalam mencari keredhaan Illahi sebagai seorang isteri dan ibu kelak, jua tetap sebagai seorang anak dan menantu. Selebihnya biarlah Dia yang Maha Mengetahui menentukan kerana Dia ialah sebaik-baik perancang.
Akan saya cuba terapkan ilmu OT(Occupational Therapy) paediatric saya untuk kanak-kanak tadika itu dan saya tidak perlu gusar akan masalah penggunaan buaian yang boleh menyebabkan gegaran otak kepada bayi atau sebarang kes-kes lain yang semakin meningkat sekarang akibat kelalaian penjaga kanak-kanak. Gundah sungguh bila difikirkan.
Kanak-kanak akan tamat sesi tadika selalunya seawal jam 11. Maka, jika anak-anak saya telah memasuki alam persekolahan, saya mampu untuk menyediakan santapan tengah hari buat anak-anak malah jua untuk suami. Masa yang selebihnya, dapat saya gunakan untuk bersama anak-anak dan menunggu kepulangan suami tercinta setiap hari.
Untuk emak dan ayah, saya dapat melawat mereka pada bila-bila masa. Cuti tadika yang berdasarkan cuti persekolahan dapat membantu saya melepaskan rindu buat emak ayah selalu. Saya sedaya upaya akan cuba membahagiakan hari tua mereka dengan baik. Impian yang sungguh indah bagi saya,namun realistik kah ia? Sungguh, saya tidak punya jawapan buat masa sekarang.
Saya sedar akan amanah saya untuk menghabiskan pengajian yang masih bersisa 2 tahun lebih ini. Saya sedar akan tanggungjawab saya sebagai seorang anak untuk menjaga kebajikan emak ayah. Saya sedar akan segalanya. Namun, bukanlah sesuatu yang salah untuk saya berangan-angan akan impian itu bukan?
Saya sungguh berharap, impian ini dapat saya tunaikan suatu masa kelak. Mungkin tika itu, ekonomi sudah stabil untuk membenarkan saya menjadi usahawan. Mungkin ketika itu, bahu suami ringan dan senang hatinya memberi keizinan kepada saya. Mungkin ketika itu, emak dan ayah berbahagia melihat impian saya itu menyenangkan hati mereka.
Segalanya mungkin, kerana hanya Allah yang menentukan segalanya.Namun sebagai hambaNya, saya akan terus berusaha sedaya yang mampu agar angan ini bukanlah sekadar angan-angan mat jenin zaman dahulu tetapi biarlah ia menjadi seperti angan-minah-jenin-profesional yang ada usaha, bermatlamat dan bertawakal. InsyaAllah. Moga dipermudahkan.
Rabbi yassir wa la tu'assir.

Sering saya berangan-angan dengan adanya tadika hak milik persendirian, saya tidak perlu menghantar anak-anak saya ke nursery untuk dijaga kala saya keluar bekerja kerana saya hanya perlu bekerja di tadika. Saya akan biarkan anak-anak membesar dalam tadika kecil saya bersama kanak-kanak lai maka tetap ada 'socialization' di situ untuk child development.
Akan saya cuba terapkan ilmu OT(Occupational Therapy) paediatric saya untuk kanak-kanak tadika itu dan saya tidak perlu gusar akan masalah penggunaan buaian yang boleh menyebabkan gegaran otak kepada bayi atau sebarang kes-kes lain yang semakin meningkat sekarang akibat kelalaian penjaga kanak-kanak. Gundah sungguh bila difikirkan.
Kanak-kanak akan tamat sesi tadika selalunya seawal jam 11. Maka, jika anak-anak saya telah memasuki alam persekolahan, saya mampu untuk menyediakan santapan tengah hari buat anak-anak malah jua untuk suami. Masa yang selebihnya, dapat saya gunakan untuk bersama anak-anak dan menunggu kepulangan suami tercinta setiap hari.
Untuk emak dan ayah, saya dapat melawat mereka pada bila-bila masa. Cuti tadika yang berdasarkan cuti persekolahan dapat membantu saya melepaskan rindu buat emak ayah selalu. Saya sedaya upaya akan cuba membahagiakan hari tua mereka dengan baik. Impian yang sungguh indah bagi saya,namun realistik kah ia? Sungguh, saya tidak punya jawapan buat masa sekarang.
Saya sedar akan amanah saya untuk menghabiskan pengajian yang masih bersisa 2 tahun lebih ini. Saya sedar akan tanggungjawab saya sebagai seorang anak untuk menjaga kebajikan emak ayah. Saya sedar akan segalanya. Namun, bukanlah sesuatu yang salah untuk saya berangan-angan akan impian itu bukan?
Saya sungguh berharap, impian ini dapat saya tunaikan suatu masa kelak. Mungkin tika itu, ekonomi sudah stabil untuk membenarkan saya menjadi usahawan. Mungkin ketika itu, bahu suami ringan dan senang hatinya memberi keizinan kepada saya. Mungkin ketika itu, emak dan ayah berbahagia melihat impian saya itu menyenangkan hati mereka.
Segalanya mungkin, kerana hanya Allah yang menentukan segalanya.Namun sebagai hambaNya, saya akan terus berusaha sedaya yang mampu agar angan ini bukanlah sekadar angan-angan mat jenin zaman dahulu tetapi biarlah ia menjadi seperti angan-minah-jenin-profesional yang ada usaha, bermatlamat dan bertawakal. InsyaAllah. Moga dipermudahkan.
Rabbi yassir wa la tu'assir.
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلا
"Dan bertawakallah kepada Allah,Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara"
(Al-Ahzab:ayat 3)
No comments:
Post a Comment