Cuaca petang itu sangat dingin dan tenang. Hembusan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa amat menyegarkan namun masih belum cukup untuk menyejukkan hati Adam yang sedang berbual dengan Sufian di bawah pohon teja berdekatan padang bola itu.
“Pian, aku rasa macam malas la nak sekolah lagi…”
ujar Adam dengan wajah yang sugul sambil jari-jemari menarik-narik rumput di hadapannya itu.“kau kenapa? Kau ada masalah ker?”
Sufian merenung wajahnya, inginkan kepastian. Dia sememangnya terkejut dengan kata-kata sahabatnya itu.“semalam aku bergaduh dengan Cikgu Diana. Entah la…aku rasa Cikgu Diana tu, macam tak suka dengan aku jer. Asyik-asyik aku yang di denda. Kerja sekolah orang lain takder pulak dia nak check.!”
Diwajahnya jelas menampakkan rasa ketidaksenangan hatinya terhadap cikgu muda yang garang itu.
“releks la Adam. Bukan kau jer yang kena, di kelas aku tu, ramai lagi budak-budak lain yang dia suka marah.
Sufian cuba menyejukkan hatinya.Kadang-kadang aku pun kena jugak.”
“kau lain, kau budak pandai, aku ni bodoh. Aku orang susah, kau orang kaya, Cikgu Diana tentu suka dengan kau.”
Balas Adam lagi. Kali ini suaranya sedikit bernada cemburu.
“eh, mana ada. Dia layan semua orang sama la. Aku rasa kau jer yang sensitif.”
Ujar Sufian menyangkal kata-kata Adam.“kau takkan faham Pian. Cuma aku jer paham apa yang aku alami. Dah la, aku nak balik. Nanti Pak Mail cari aku pulak."
Adam terus berlalu. Dia berlari-lari anak merentasi padang bola itu menuju ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Syifa’. Sejak berumur sembilan tahun, Adam sudah mula tinggal di situ. Ibu bapanya dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya namun dia sendiri tidak pernah dibawa ke kubur orang tuanya itu walaupun sekali Cuma.Kini, Adam merupakan senior di rumah ana-anak yatim itu. Sudah 6 tahun dia tinggal di situ. Pak Mail yang merupakan seorang warden di situ sangat mengenalinya. Hubungan dia dan Adam juga lebih mesra jika dibandingkan dengan anak-anak yatim yang lain.
Adam seorang yang peramah, mudah mesra dan sangat penyayang. Namun, sejak Cikgu Diana mengajar di kelasnya baru-baru ini, Adam kelihatan sangat tertekan dan sikapnya juga berubah. Dia lebih banyak memencilkan diri dari bergaul bersama anak-anak yatim yang lain.
Entah mengapa, hati Adam berasa sedih mengenangkan sikap Cikgu Diana terhadapnya. Dia sudah membenci Cikgu Diana sejak pertama kali guru itu memarahinya di dalam kelas hanya kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan dia sengaja tidak mahu siapkan tugasan tersebut tetapi dia terlupa. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja subjek Bahasa Melayu yang diajar guru itu. Maka setiap harilah Adam terpaksa mendengar leterannya.
Hari semakin hari, kebencian kian subur di hatinya. Semalam dia didenda oleh Cikgu Diana kerana mendapat ‘D’ dalam karangan. Bukan setakat denda sahaja, malah dia terpaksa menyiapkan 5 buah karangan dalam masa seminggu. Itu menyebabkan Adam semakin tertekan. Dia tidak tahu mengapa cikgu muda itu sering menyiksanya begitu.
Selesai solat isyak, Adam terus berlalu ke katilnya yang terletak di Kamar Baihaqi. Dia cuba melelapkan mata. Namun kata-kata Cikgu Diana pagi tadi benar-benar mengganggu fikirannya.
“kalau awak malas macam ni, saya yakin awak akan gagal dalam PMR nanti!”
Marah Cikgu Diana. Wajahnya masam dan bengis sekali.
Adam mendiamkan diri. Di dalam hati, dia hanya menyumpah-nyumpah cikgu itu.
“awak dengar atau tidak apa yang cikgu cakap ni?”
Soal Cikgu Diana dengan suara yang tinggi. Adam terkejut, namun dia hanya mengangguk lesu.
“cikgu tak faham dengan sikap kamu ni Adam. Kamu bukannya tak pandai, tapi malas berusaha. Cubalah berubah Adam. Awak asyik main dalam kelas. Buku langsung tak baca. Awak nak jadi apa?”
Bebel cikgu muda itu lagi.
Adam hanya mendengar leteran guru itu bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
“awak tu anak yatim, jangan berlagak macam awak anak orang kaya…..”
Bentak cikgu Diana. Dia semakin marah dengan kelakuan pelajarnya yang langsung tidak memberi respon terhadap kata-katanya itu.
Telinga Adam semakin panas mendengar leteran Cikgu Diana.
“kalau cikgu tak suka dengan saya, cikgu cakap jer lah…tak payah nak kutuk-kutuk saya macam ni!”
Balas Adam. Dia sendiri terkejut dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan kata-kata cikgu Diana itu.
Pintu bilik tiba-tiba dikuak. Adam terkejut dari lamunannya menyebabkan bayangan dan kata-kata Cikgu Diana jauh menghilang.
* * *********
“tolong siapkan semua kerja rumah yang cikgu beri. Cuti sekolah tiga hari ni gunakan dengan berfaedah. Cikgu tak mahu ada diantara kamu semua yang tidak menyiapkan kerja rumah yang cikgu beri. Adam, lepas ni jumpa cikgu di bilik guru!”
Pesan Cikgu Diana tegas sambil matanya menjeling ke arah Adam yang duduk di bahagian belakang kelas.
Selepas tamat waktu belajar hari itu, semua pelajar berpusu keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Adam bersama Sufian dan beberapa orang rakannya yang lain berjalan seiringan. Tiba-tiba bahu Adam disentuh seseorang. Dia segera menoleh ke belakang.
“kurang asam betul kau ni, terkejut aku. Ingatkan siapa tadi….”
Adam menarik nafas lega setelah melihat sahabatnya Fauzi tersengeh-sengeh menampakkan giginya yang sedikit rongak itu.
“Cikgu Diana panggil kau. Dia suruh kau jumpa dia di bilik guru sekarang” Fauzi menyampaikan pesanan.
“ah, pedulikanlah orang tua tu. Bosan aku!” Balas Adam tidak berminat untuk berjumpa guru yang dibencinya selama ini.
“laaa…kau ingat kau sorang jer bosan, aku lagi la.. Bengang giler aku ngan cikgu tu. Asyik-asyik bagi kerja sekolah. Dah ler kerja matematik banyak nak kena siapkan, lepastu kena pergi kelas tambahan lagi. Dia ingat kita ni robot ker, nak siapkan kerja sekolah banyak-banyak…!” Kudin menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
“kau pun tak suka jugak ker?” Adam meminta kepastian. Selama ini dia berfikir bahawa Cikgu Diana hanya menderanya seorang sahaja, rupa-rupanya kawannya si Kudin juga sama sepertinya.
“bukan Kudin sorang jer, aku pun sama.” Sampuk Syahmi.
Mereka masing-masing bercerita tentang Cikgu Diana. Ketegasannya menyebabkan mereka benar-benar tertekan dan timbul rasa benci berbanding guru-guru lain. Disamping terkenal dengan sikap garangnya, Cikgu Diana juga berani merotan pelajar-pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan bermain di dalam kelas. Malah, jika ada pelajar yang ponteng, tidak hadir atau tertidur di dalam kelasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk merotan mereka.
“Adam…aku rasa tindakan kau ni tak baik la. Cikgu Diana mesti tengah tunggu kau. Baik kau pergi jumpa dia!” Nasihat Sufian. Dia tahu, tindakan Adam itu akan lebih memburukkan keadaan.
“malas lah aku nak pergi. Tadi dekat kelas aku kena perli, entah-entah kejap lagi, kena maki pulak.” Balas Adam terus beranggapan buruk.
“kau ni Dam…tak pergi lagi, mana kau tahu? Tak baik tau tak buruk sangka dengan orang!” Sufian sedikit marah. Dia beriya-iya menyuruh Adam bertemu Cikgu Diana. Untuk mengambil hati Sufian, Adam dengan langkah malas berpatah semula menuju ke bilik guru.
“kenapa lambat?Awak tahu tak cikgu dah lama tunggu?Awak ingat cikgu tak ada kerja lain lagi ker, ha?” Marah Cikgu Diana.
‘kalau dah ada kerja, siapa suruh tunggu!’ ngomel Adam sendiri.
“Jangan pentingkan diri Adam. Cikgu tak ada banyak masa ni, jadi cikgu nak serahkan buku aktiviti ni untuk awak siapkan sepanjang cuti ni. Tolong jawab betul-betul!”
“tapi cikgu? Kenapa saya sorang jer yang kena buat?” Adam kelihatan tidak berpuas hati.
“kalau awak nak jadi orang yang Berjaya, buat apa yang cikgu suruh. Lagipun ini sebagai hukuman untuk awak kerana tidak siapkan kerja sekolah semalam.” Balas Cikgu Diana serius.
Adam semakin tidak berpuas hati. Buku yang berada dalam tangannya itu dihempas ke meja. Tindakan Adam itu mengejutkan Cikgu Diana yang sedang sibuk berkemas untuk pulang.
“kenapa dengan awak ni? Tak puas hati dengan cikgu ker?” Soal Cikgu Diana sambil matanya memandang tepat ke wajah Adam.
“cikgu tak adil. Cikgu selalu hokum saya kalau saya tak siapkan kerja sekolah. Tapi kalau orang lain tak buat, cikgu tak marah pulak!” Adam mengeluarkan apa yang terbuku selama ini di hatinya.
Cikgu Diana hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Sedikitpun dia tidak terkilan mendengar kata-kata Adam itu.
“ awak tetap kena siapkan semua latihan yang cikgu beri. Jangan lupa. Kalau tak faham, telefon cikgu.” Pesan Cikgu Diana dan terus berlalu meninggalkan Adam sendirian yang masih digemburi perasaan tidak puas hati itu.
******* * *******
Kelas pada hari itu dimulai dengan subjek Matematik namun guru yang mengajar tidak hadir. Rata-rata pelajar mengambil peluang itu untuk menyiapkan latihan Bahasa Melayu termasuklah Adam kerana sebentar lagi kelas Bahasa akan bermula.Adam menyelak helaian kertas soalan. Masih ada beberapa soalan karangan yang belum disiapkannya. Dia semakin buntu menjawab soalan latihan yang diberi. Fikirannya semakin kosong. Dia tidak dapat memikirkan idea untuk menulis karangan. Fikirannya hanya terbayang wajah bengis Cikgu Diana dan rotan yang bakal menyirat tangannya nanti.
Jam semakin suntuk. Lagi sepuluh minit kelas akan bermula. Dalam keadaan yang terdesak itu, Adam hanya mampu menyerah. Soalan yang dijawab ternyata tangkap muat sahaja. Malas, dia pasrah dengan hukuman yang bakal diterimanya nanti.
Sungguh tidak disangka, Cikgu Diana tidak hadir hari itu. Adam begitu gembira sekali. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Oleh kerana tiada guru yang masuk mengajar, Adam bersama beberapa orang kawannya yang lain berkumpul di tepi kelas 3Ad-Dailami. Mereka berbual-bual rancak hingga menyentuh tentang Cikgu Diana.
“korang tau kenapa cikgu tu asyik marah-marah jer?” Soal Adi.
“entah, kau rasa kenapa?” Soal Kudin kembali.
“ha….kalau korang nak tau, dia ada anak yang terencat akal menyebabkan dia asyik marah-marah tak tentu pasal!”
Mendengar kata-kata Adi itu, mereka semua ketawa terbahak-bahak. Tetapi Adam hanya mendiamkan diri kehairanan.
“korang ni biar betul. Mana kau tahu dia ada anak OKU?Dia kan belum kahwin lagi!?” Adam menyoal ingin tahu.
Seronok sekali mereka mengutuk dan mengata-ngata tentang Cikgu Diana. Terasa puas dan sakit hati mereka sedikit terubat. Namun Adam masih berasa tidak puas hati.
“korang pasti ker?” Soalnya lagi.
“pasti, hari tu aku tengok sendiri dia bawak budak terencat tu ke hospital. Kebetulan mak aku jururawat kat situ, so aku tanya la mak aku untuk kepastian. Ternyata betul sangkaan aku tu.” Cerita Adi bersungguh-sungguh.
Mendengar penjelasan Adi, Adam mula mengerti. ‘ memang Cikgu Diana ni dah tak betul. Patut lah asyik marah-marah jer.’ Ngomelnya sendiri. Namun jauh dilubuk hatinya tersimpan satu perasaan belas dan simpati.
**** * ****
Seperti yang dijangka, setelah Cikgu Diana menyemak latihan yang dibuatnya, dia lantas dipanggil guru itu.“nampaknya awak sangat lemah dalam penulisan. Mulai petang ni, saya akan buat kelas tambahan untuk awak.”
Kata-kata cikgu itu benar-benar mengejutkannya.
“tapi cikgu, petang-petang saya ada latihan bola. Mana boleh saya….”
“boleh kalau awak ada kemahuan.” Cikgu Diana pantas memotong alasan yang diberinya.
“cikgu, saya tak boleh buat macam tu. Saya kena pergi latihan, tolong lah cikgu.” Rayu Adam. Suaranya berbaur rasa tertekan dengan keputusan guru itu.
“ini arahan pengetua Adam, bukan dari cikgu.” Terang cikgu Diana.
“itu semua alasan cikgu, sebenarnya cikgu memang tak suka dengan saya kan? Cikgu buat semua ni sebab cikgu nak hukum saya kan?” Soal Adam berani.
“Adam, sebab cikgu sayang dengan Adamlah cikgu sanggup luangkan masa cikgu untuk buat semua ni. Cikgu ada banyak lagi tugas lain tapi cikgu tak kisah untuk luangkan masa mengajar Adam. Cikgu nak Adam berjaya, berjaya seperti Sufian, Razak, Amirah, dan kawan-kawan lain.”
“cikgu hipokrit. Cikgu memang bencikan saya tau.” Bentak Adam lagi.
Cikgu Diana hanya mendiamkan diri. Terasa ada air bertakung di kelopak matanya. Cikgu Diana memalingkan wajahnya ke dinding dan cuba buat-buat sibuk.
“habis sekolah nanti datang jumpa saya. Kita mulakan kelas tambahan hari ni. Cikgu akan beritahu Ustaz Ahmad dan Pak Mail nanti. Awak boleh balik sekarang.”
Sebak sedikit suara Cikgu Diana memberi arahan. Dia cuba bersikap tegas kerana tidak mahu diketahui anak muridnya tentang kesedihannya ketika itu.
Dia tahu, Adam pasti benci dengan dirinya. Namun, itu adalah amanat dan tanggungjawabnya sebagai guru untuk mendidiknya hingga berjaya.
Adam mati akal. Dia tidak berupaya melawan kata-kata Cikgu Diana. Namun dia nekad untuk tidak menghadiri kelas itu walau apapun yang berlaku.
Tengah hari itu, selepas bunyi loceng, Adam terus meluru keluar dari sekolah. Dia bersama Kudin dan Adi ke bandar untuk bermain bola. Walaupun hatinya asyik teringatkan Cikgu Diana yang pasti menunggunya untuk sessi kelas tambahan tengah hari itu, namun dia terus bermain tanpa sedikitpun ada rasa bersalah.
Di bilik guru, Cikgu Diana terus menunggunya. Hingga jam melewati pukul 3.30 petang, Cikgu Diana akhirnya pulang ke rumah. Dia tahu, Adam sengaja melarikan diri kerana bencikannya. Cikgu Diana berfikir sendiri.
Mungkin ketegasannya selama ini disalah ertikan oleh Adam. Dia sayang pada Adam seperti adiknya sendiri. Kerana Adam merupakan anak yatim piatu yang tidak mempunyai sesiapa di dunia inilah, dia mahu mendidik dan mencurahkan ilmu sepenuhnya untuk melihat Adam berjaya suatu hari nanti.
Hari semakin hari kelakuan Adam semakin biadap dengannya. Semua tugasan yang diberinya dijawab dengan tidak bersungguh-sungguh. Malah, Adam berani melawan kata-katanya dan membuat acuh tidak acuh sahaja ketika di dalam kelas. Sungguh sikap Adam itu benar-benar mengecewakannya.
Di dalam kelas pagi itu, Cikgu Diana tidak banyak bercakap. Dia hanya menulis di papan hitam dan meminta pelajar menyalinnya. Seketika dia keluar dan menuju ke bilik air membasuh mukanya agar segar kembali.
Beberapa hari ini dia kurang tidur kerana menjaga Alia di hospital. Namun, dia masih meluangkan masa untuk kelas tambahan yang dijanjikan. Dia berharap Adam berubah fikiran dan menghadiri kelas itu walau beberapa hari yang lalu penantiannya masih sia-sia.
Sambil menunggu, Cikgu Diana menyemak buku pelajar-pelajarnya. Matanya juga semakin mengantuk dan berkali-kali dia terlelap seketika. Tanpa disedari, Adam mengintainya melalui tingkap. Dia pelik dan hairan dengan perubahan Cikgu Diana yang tidak banyak bercakap dan mengarahnya membuat latihan itu ini.
Melihat keadaan Cikgu Diana yang kurang bermaya itu menyebabkan hatinya rasa bersalah. Walaupun dia senang tidak ditekan oleh guru itu membuat latihan dan kerja sekolah lagi, jauh di hatinya terasa kesal dan bersalah atas apa yang dilakukannya pada cikgu itu.
****** * *****
Adam bersama Kudin menuju ke pusat Bandar. Mereka ingin bermain game di sebuah cyber café di situ seperti kebiasaannya.Walaupun dia memberitahu Pak Mail dan Ustaz Ahmad yang merupakan pengetua rumah anak yatim itu untuk menghadiri kelas tusyen, namun apa yang dilakukan adalah sebaliknya.
Hingga lewat petang, mereka merayau-rayau di Bandar tanpa arah tujuan. Sedang mereka melepak di sebuah kedai, Adam terlihat kelibat Cikgu Diana masuk ke dalam sebuah hospital swasta sambil menolak kerusi roda yang diduduki seorang kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak itu cacat dan mengalami ‘Down Syndrome’. Hatinya begitu tertarik untuk mengetahui apa yang dilakukan guru itu.
“Din, aku balik dulu lah..ada hal la.” Ujar Adam tiba-tiba sambil mata menjeling ke arah kelibat cikgu itu.
“laaa baru kejap jer kita lepak, releks lah…” balas Kudin seperti tidak membenarkan Adam pergi.
“aku betul-betul ada hal ni…aku balik dulu ok, kita jumpa esok.” Jawab Adam terus berlalu.
Dia masuk ke dalam hospital itu dan tercari-cari kelibat Cikgu Diana. Tiba di satu ruang, Adam terlihat Cikgu Diana bersama kanak-kanak itu sedang memasuki wad pesakit perempuan. Dia terus mengekori Cikgu Diana.
“kakak, maafkan saya kerana lambat datang hari ni. Saya ada kelas tambahan di sekolah tadi.” Cikgu Diana bersuara lembut.
“kak, tengok ni…saya bawak Alia sekali.” Sayu sekali suara Cikgu Diana ketika bercakap dengan seorang wanita lewat 30-an yang sedang sakit tenat itu.
“Alia…salam dengan mama sayang.” Pintanya sambil menarik tangan kanak-kanak itu agar menyambut salam wanita tersebut. Seketika wanita itu mencium dan memeluknya erat.
“Diana…tolong jaga Alia. Kakak tidak akan lama lagi di sini..!" Ucapnya dengan suara yang lemah sekali.
“Diana janji kak…Diana janji…..” Cikgu Diana menangis sambil mengangguk berkali-kali. Jari-jemarinya menggenggam tangan wanita itu.
Adam terkejut. Pertama kali dia melihat Cikgu Diana menangis dan itu menambahkan rasa bersalah dan simpatinya pada guru yang selama ini dibencinya itu. Adam tidak mampu menahan rasa sebaknya lagi. Dia berlalu dari situ dan terus pulang.
Sepanjang malam ingatannya hanya pada Cikgu Diana. Sungguh cikgu itu memiliki hati yang mulia kerana sanggup menjaga seorang anak yang cacat otaknya.
Selama ini dia hanya memikirkan sesuatu yang negative sahaja tentang guru itu. Adam nekad, dia tidak mahu membuatkan guru itu sedih lagi. Dia akan mengikuti kelas tambahan tersebut dan membuat semua latihan dan kerja sekolah yang diberi. Janjinya sendiri.
Keesokannya, selesai waktu persekolahan, Adam bergegas ke bilik guru dan hayunan kakinya terus menuju ke tempat duduk Cikgu Diana. Kelihatan cikgu itu sudah berada di mejanya.
Dia hanya termenung sendiri memandang sejambak bunga di hadapannya seolah-olah tiada semangat di dalam dirinya seperti kebiasaan.
Adam menghampiri meja cikgu itu dengan dada yang sedikit berdebar. Dia menarik nafas panjang lantas menghembuskannya perlahan.
“cikgu….maafkan saya kerana lambat. Saya datang nak belajar dengan cikgu…!” Ucap Adam perlahan sambil berdiri di sebelah guru itu. Cikgu Diana memalingkan mukanya memandang Adam. Matanya kelihatan sedikit bengkak. Adam yakin, pasti Cikgu Diana menangis semalam.
“Adam…..?” Terpacul soalan itu dari mulutnya. Dia terkejut dengan kehadiran Adam dan ternyata penantian dan kesabarannya selama ini terbalas jua.
Adam mengangguk. Dia menarik kerusi lalu duduk di situ sambil mengeluarkan buku karangan dari begnya dan diletakkan di atas meja.
Cikgu Diana hanya memandangnya tanpa sepatah kata. Hanya matanya sahaja yang berkaca-kaca dengan takungan air mata. Pastinya itu air mata kemenangan bagi kesabaran seorang guru melayani karenah pelajar yang nakal.
“maafkan saya cikgu!”
Cikgu Diana tidak dapat menahan rasa sebaknya. Dia menangis gembira mendengar kata-kata Adam. Dan dalam tangisan itu, jelas terpamer satu senyuman yang penuh dengan harapan, harapan seorang guru untuk melihat pelajarnya Berjaya.
“SELAMAT HARI GURU!”
No comments:
Post a Comment