Che ambil kesempatan di pagi yang tenang buat ayah untuk cakap skit dengan ayah. Nak habaQ berdepan che rasa mampu la yah. Ayah, che tau sekarang ni beban ayah semakin berat untuk menyara keluarga kita. Oleh sebab itulah che beranikan diri menulis memo ni khas untuk ayah kesayangan che.
Ayah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni che perasan ayah punya bebanan semakin berat. Kalau dulu ayah selalu berada disamping famili, tapi sekarang ayah kurang berada di rumah. Che tau ayah buat part time bawa teksikan. Pandai ayah simpan rahsia, sampai ibu pun tak tau nooo!!. Che faham kenapa ayah buat part time, sebab kemampuan ayah untuk menyara keluarga semakin merosot. Tapi che rasa satu masa nanti ayah patut habaQ kat ibu perkara ni. Ayah, che dah pikiaQ dalam dalam perkara ni. Dan che dah ambil keputusan. Keputusan nii adalah muktamad dari che. Dan che lakukan perkara ni semata-mata nak bantu ayah kesayangan che ni.
Ayah, duit belanja che, ayah buleh potong 50%. Insyaalah che masih buleh cukup dengan 50% dari duit belanja tu. Duit yuran sekolah adik-adik ayah tak perlu bayaQ, biaQ che yang bayaQ. Che bukan berhenti study ayah, tapi che buat part time mengajaQ. Boleh tahan juga la ayah income dia. Cukup untuk diri che dan bantu ayah. Tu sebab kalau cuti pendek che tak balik umah. Che buat part time / overtime macam ayah. hehehe!!!. Ayah jangan habaQ kat ibu tau. Nanti bising lak ibu tu.
Ayah tak perlu risaukan che ya. Che nak bertahan lagu ni pun cuma tinggai beberapa bulan ajer. Lepas ni che nak buat satu langkah yang paling besaQ dalam hidup che dan kita seisi famili. Insyaallah, kalau sampai masa che nak masuk bertanding ayah. Ayah jangan terkejut lak ya. Ni betul ni bukan cobaan. Che dah bosan dah dengan depa ni. Ingat tau ayah kalau jadi che bertanding nanti PRU akan datang ni ayah kena datang bagi sokongan untuk che noo!!.
Ok la ayah yang sebenaQnya banyak lagi che nak habaQ kat ayah tapi cukup dulu setakat ni. Kalau banyak sangat nanti ayah jadi ijau lak hehehehe!!!. Lagi satu perkara lupa nak habaQ kat ayah next PRU ni ayah undi che tau, jangan undi lagi ultramen tora yang dok penaik harga petrol ni naaa!!!.....
ps: Rumah kita banyak semut api, sudah baca harap bakaQ dengan api....
No comments:
Post a Comment