Monday, January 31, 2011

Pernahkah Kita Berterima Kasih Kepada Mereka yang terdahulu (Siapa Mereka)

Assalamu Alaikum warahmatullahi Ta'ala wabarakatuh

Setiap kali berkunjung ke Pekan Kajang atau melintasi masjid jamek pekan kajang, sentiasa terpandang sebuah papan tanda yang bertajuk Barangsiapa Yg Tidak Berterima Kasih Kepada Manusia Dia Tidak Bersyukur Kepada Allah. Cukup menarik maksud hadith ini, namun adakah kita terfikir akan maksud hadith ini.

Adakah kita hanya patut berterima kasih kepada Kerajaan sahaja yang memberikan segala kemudahan kepada kita (baca kerajaan malaysia,amanah rakyat,duit rakyat) . Atau lebih jauh lagi daripada itu????

Berterima kasihkah kita kepada ibubapa kita yang melahir dan membesarkan kita dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah kita dewasa dan memberikan kita segala kasih sayang dan pendidikan secukupnya, serta pakaian yang sebaik-baiknya untuk kita seharian dan di musim perayaan.

Berterima kasihkah kita kepada guru-guru kita di sekolah yang mendidik kita mengenali huruf-huruf abjad dari A hingga Z dan mengenalinombor-nombor yang membolehkan kita sekarang mengenali dunia tanpa sempadan. Sehingga kita menjadi seorang yang dikenali sebagai guru, kerani , kontraktor dan sebagainya.

Berterima kasihkah kita kepada guru-guru agama yang mendidik kita al-quran secara formal atau tidak formal (secara kampong) yang membolehkan kita mengenal huruf-huruf hijaiyyah (alif hingga ya) dan juga ilmu-ilmu agama yang membolehkan kita mengenali diri kita sendiri dan mengenali Penciptanya (Allah S.W.T.).

Berterima kasihkah kita kepada ramai yang terlibat di dalam membesar dan mendidik kita secara tidak langsung.

1. Petani

Yang membajak sawah dan menanam padi dan menjadikan ia sebagai makanan yang membesarkan kita, tanpa penglibatan mereka di manakah makanan yang kita makan setiap hari. Tidak perlu berterima kasihkah kepada mereka kerana makanan yang makan setiap hari itu kita beli dengan hasil peluh kita sendiri?

2. Tukang Kebun


Yang menjaga dan mengindahkan persekitaran sekolah supaya kelihatan cantik dan indah yang membolehkan kita menghirup udara segar dan nyaman yang membantu kecerdasan minda kita dalam pembelajaran dan pelajaran kita.


3.GURU


Yang menjadikan kita mengenal huruf abjad dan bilangan 1,2,3, sehinggalah kita boleh mengenal dunia luar yang serba indah. -/mencari keredaan

No comments:

Post a Comment