Walaupun penat seharian berpuasa, itu bukan alasan untuk berehat dan tidur sepanjang hari. Penulis sendiri rasakan remaja perlu jadi lebih proaktif dan mencari alternatif lain untuk melakukan aktiviti masa lapang yang bersesuaian.
Kalau nak dikaitkan dengan aktiviti sukan, memang ia menjadi satu kepastian untuk mereka yang ingin tubuh badan lebih sihat. Namun, bagi anak muda yang kering idea merancang aktiviti sosial bersama rakan, sebenarnya banyak sekali alternatif lain yang kita selalu terlepas pandang.
Perlu diingatkan juga walaupun anda bebas lakukan apa saja aktiviti tapi perlu berpada-pada lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.
Aktiviti yang terlalu sosial mungkin kelihatan tidak elok pada pandangan masyarakat. Justeru, penulis kongsikan sedikit aktiviti sosial berfaedah yang boleh tingkatkan produktiviti dan menjadikan hari berpuasa anda lebih bermakna.

1. Selain aktiviti riadah, terdapat banyak lagi cara untuk bersosial. Antaranya ialah mengisi masa lapang dengan permainan video. Bagi golongan lelaki, aktiviti ini bukan saja menyeronokkan kerana dapat mengurangkan tekanan tapi juga boleh menghilangkan rasa bosan. Dengan menetapkan masa selama satu hingga dua jam, ia berbaloi untuk menunggu waktu berbuka yang akan tiba.
2. Bagi mereka yang kreatif, apa kata jadikan bakat anda sebagai ‘peneman’ ketika menanti waktu berbuka. Contohnya, perkara yang paling mudah adalah melakukan aktiviti bersama rakan. Mengitar semula barang terbuang dan bentukkan menjadi kotak pensil atau pasu bunga adalah sesuatu yang kreatif dan boleh dilaksanakan bersama-sama untuk menyerlahkan kreativiti sambil menunggu waktu berbuka.
3. Penulis akui remaja masa kini agak kurang minatnya pada budaya membaca. Apa kata gunakan peluang yang ada di bulan mulia ini untuk tanamkan minat itu dalam diri. Anda tidak perlu membaca buku ilmiah dan keagamaan saja tapi juga memilih bahan bacaan yang menjadi kegemaran. Misalnya, anda boleh habiskan waktu lapang dengan membaca artikel yang berfaedah dan buku motivasi.
4. Bagi anak muda yang tidak mempunyai aktiviti pada sebelah petang, waktu itu sebenarnya boleh diperuntukkan untuk sesuatu yang lebih produktif. Misalnya, anda boleh menolong ibu bapa untuk berniaga di bazar Ramadan. Bukan saja mengisi masa lapang tapi juga membekalkan duit poket sendiri untuk digunakan membeli pakaian di hari lebaran nanti.
5. Untuk mereka yang selalu menghabiskan masa untuk memasak di rumah, jangan jadikan penat sebagai alasan untuk terus rehat selepas memasak. Masa lapang yang banyak itu boleh diisi dengan aktiviti mengemas rumah dan kerja tertunggak. Justeru, anda tidak perlu risau dan kelam kabut jika ada tetamu yang ingin bertandang ke rumah.
6. Selain itu, apa kata anda jadikan bulan ini lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya. Jika sebelum ini belum pernah menjejak kaki ke masjid, inilah masanya untuk berbuat demikian. Ajak rakan untuk rapatkan silaturahim dan juga lakukan ibadah bersama-sama untuk lebih keberkatan.

No comments:
Post a Comment