Tuesday, April 27, 2010

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home

Wednesday, April 21, 2010

HIDUP SEBAGAI GURU




Rupanya ini berkat perjalananku ke Pusat Sumber IPGM Kampus Sultan Mizan. Mulanya niat di hati nak mengulangkaji maklumlah minggu exam, ada satu paper lagi. Dan kini baru aku akui pepatah Melayu “Jauh perjalanan Luas Pemandangan”. Terima kasih untuk anugerah yang ALLAH berikan. Pertemuan dengan pensyarahku amat bermakna. Baru kini aku fahami hati seorang ayah.

Mulanya, aku amat tertekan berada dalam dunia perguruan. 5 tahun setengah, lama tu. Hidup ku terasa gelap, suram, keceriaan dan kegembiraan ku telah diragut. Aku nak jadi anak yang solehah. Lalu,aku turuti jalan yang di pilihkan untukku. Berada dalam bidang yang bukan menjadi pilihanku. Akhirnya,kini aku berbangga kerana aku akan memulakan langkah dan perjuangan bersama guru-guru yang lain.

Guru amat bermakna dalam hidup seorang insan. Ibu bapa adalah pencorak anak-anak tetapi gurulah pengukuhnya. Kenapa? Cuba bayangkan berapa lama tempoh kita di sekolah berbanding tempoh kita di rumah? Kita lebih lama di sekolah untuk belajar kan?? Di situlah guru harus memainkan peranan. Masa yang ada bukan hanya untuk mengajar tetapi juga untuk mendidik mereka dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Ada yang menjadi guru kerana hanya itu sahaja peluang kerja yang mampu menjanjikan pekerjaan. Namun, hati mereka kosong untuk mendidik. Banyak keluhan yang aku dengar.

“Bosanlah duduk kat maktab..”
“Jom,kita lepak dulu”
“Exam lama lagi”
“Dahl ah maktab ni tercorok kat hujung dunia…Jauh dari Bandar…Tension aku”
“Cuba cakap,apa lagi yang aku boleh buat?Study?Main?Hari-hari benda yang sama….Bosan tahu tak!!!!”

Itulah antara keluhan dan bisikan-bisikan di hati insan yang jiwanya perlukan makanan. Sebenarnya, dunia pendidikan tidak semudah apa yang orang lain fikirkan. Tapi, bagi aku ianya sesuatu yang menarik untuk dikaji dan di terokai. “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”, Betul tak?

Dalam dunia pendidikan ini, aku bukan sahaja belajar membentuk diriku tetapi juga belajar untuk mencipta peluang dan impian. Aku juga belajar untuk meneroka sifat-sifat manusia. Mulanya,aku seorang yang agak susah untuk berbicara dengan orang lain, pemarah, pantang disentuh terus melenting. Dan kini, Alhamdulillah. Aku berbangga dengan diriku. Aku sudah mampu bersabar dengan ragam dunia,aku juga mampu berdiri teguh takala ujian menimpa. Itulah kekuatan yang ku perolehi

Dalam apa jua bidang, professional dan personal harus di bezakan. Andai anda telah atau bakal memilih bidang pendidikan, tekadkanlah hati. Betulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi anak-anak didik yang bukan sahaja cemerlang fizikal tetapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita di tanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita. Kita ada jawapan yang kukuh….

“AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURIDKU UNTUK MENGABDIKAN DIRI MEREKA PADA-MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN… ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN TELAH MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA-MU YA ALLAH….”

Tapi,cuba bayangkan andai tinggal selangkah lagi langkah kita untuk memasuki syurgaNya, Tiba-tiba….

“Nanti dulu YA ALLAH….Jangan benarkan orang itu masuk ke syurga”. Tercengang sendiri…Mengapa perjalanku dihalang…

“Mengapa kau melarang guru mu ini untuk memasuki syurgaKu?”

"Kalau KAU ingin tahu….Guru ini tidak pernah menegur kesilapanku…Dia hanya mengajar aku ilmu dunia….Dengan ilmu itu,aku semakin jauh dariMu….Kehadirannya hanya untuk mengajar…Cukup bulan dapt gaji…Tapi,akhlak kami tetap rosak"

Ya Allah…..Apa perasaan kita ketika itu????Ingin mengulang semula masa lampau???Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh sebab itu, wahai insan bernama guru. Kukuhkanlah dirimu dengan AL-QURAN dan Al-Sunnah untuk menjadi panduan hidupmu agar anak-anak yang akan lahir daripada hasil tanganmu kelak merupakan anak-anak yang soleh solehah.

Akan lahirlah lebih ramai SALAHUDDIN AL-AYYUBI, anak-anak seperti di Palestin yang tidak pernah takut pada Yahudi dalam menegakkan ISLAM. Merekalah yang akan menyambung perjuanganmu dalam membela ad-din tercinta. Jadilah contoh yang terbaik kepada anak-anak didikmu. Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa pilihan yang dibuat oleh insan bernama ibu dan bapa selalunya adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kerana pengalaman mereka, perhubungan mereka dan mereka juga lebih dulu tahu tentang ragam dan sepak terajang dunia ini.

SIAPA PUN DIRIMU….KAMU ADALAH SEORANG GURU…GURU KEPADA DIRI…GURU KEPADA KELUARGA….GURU KEPADA MASYARAKAT…DAN GURU YANG MEMBAWA ISLAM….

Al-Fatehah untuk guru-guru kita yang telah banyak menabur jasa dan bakti….Al-Fatehah…..

Tuesday, April 20, 2010

"Maafkan Saya, Cikgu!"





Cuaca petang itu sangat dingin dan tenang. Hembusan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa amat menyegarkan namun masih belum cukup untuk menyejukkan hati Adam yang sedang berbual dengan Sufian di bawah pohon teja berdekatan padang bola itu.

“Pian, aku rasa macam malas la nak sekolah lagi…”
ujar Adam dengan wajah yang sugul sambil jari-jemari menarik-narik rumput di hadapannya itu.

“kau kenapa? Kau ada masalah ker?”
Sufian merenung wajahnya, inginkan kepastian. Dia sememangnya terkejut dengan kata-kata sahabatnya itu.

“semalam aku bergaduh dengan Cikgu Diana. Entah la…aku rasa Cikgu Diana tu, macam tak suka dengan aku jer. Asyik-asyik aku yang di denda. Kerja sekolah orang lain takder pulak dia nak check.!”

Protes Adam.
Diwajahnya jelas menampakkan rasa ketidaksenangan hatinya terhadap cikgu muda yang garang itu.

“releks la Adam. Bukan kau jer yang kena, di kelas aku tu, ramai lagi budak-budak lain yang dia suka marah.
Kadang-kadang aku pun kena jugak.”

Sufian cuba menyejukkan hatinya.

“kau lain, kau budak pandai, aku ni bodoh. Aku orang susah, kau orang kaya, Cikgu Diana tentu suka dengan kau.”

Balas Adam lagi. Kali ini suaranya sedikit bernada cemburu.

“eh, mana ada. Dia layan semua orang sama la. Aku rasa kau jer yang sensitif.”

Ujar Sufian menyangkal kata-kata Adam.

“kau takkan faham Pian. Cuma aku jer paham apa yang aku alami. Dah la, aku nak balik. Nanti Pak Mail cari aku pulak."

Adam terus berlalu. Dia berlari-lari anak merentasi padang bola itu menuju ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Syifa’. Sejak berumur sembilan tahun, Adam sudah mula tinggal di situ. Ibu bapanya dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya namun dia sendiri tidak pernah dibawa ke kubur orang tuanya itu walaupun sekali Cuma.

Kini, Adam merupakan senior di rumah ana-anak yatim itu. Sudah 6 tahun dia tinggal di situ. Pak Mail yang merupakan seorang warden di situ sangat mengenalinya. Hubungan dia dan Adam juga lebih mesra jika dibandingkan dengan anak-anak yatim yang lain.

Adam seorang yang peramah, mudah mesra dan sangat penyayang. Namun, sejak Cikgu Diana mengajar di kelasnya baru-baru ini, Adam kelihatan sangat tertekan dan sikapnya juga berubah. Dia lebih banyak memencilkan diri dari bergaul bersama anak-anak yatim yang lain.

Entah mengapa, hati Adam berasa sedih mengenangkan sikap Cikgu Diana terhadapnya. Dia sudah membenci Cikgu Diana sejak pertama kali guru itu memarahinya di dalam kelas hanya kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan dia sengaja tidak mahu siapkan tugasan tersebut tetapi dia terlupa. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja subjek Bahasa Melayu yang diajar guru itu. Maka setiap harilah Adam terpaksa mendengar leterannya.

Hari semakin hari, kebencian kian subur di hatinya. Semalam dia didenda oleh Cikgu Diana kerana mendapat ‘D’ dalam karangan. Bukan setakat denda sahaja, malah dia terpaksa menyiapkan 5 buah karangan dalam masa seminggu. Itu menyebabkan Adam semakin tertekan. Dia tidak tahu mengapa cikgu muda itu sering menyiksanya begitu.

Selesai solat isyak, Adam terus berlalu ke katilnya yang terletak di Kamar Baihaqi. Dia cuba melelapkan mata. Namun kata-kata Cikgu Diana pagi tadi benar-benar mengganggu fikirannya.

“kalau awak malas macam ni, saya yakin awak akan gagal dalam PMR nanti!”

Marah Cikgu Diana. Wajahnya masam dan bengis sekali.
Adam mendiamkan diri. Di dalam hati, dia hanya menyumpah-nyumpah cikgu itu.

“awak dengar atau tidak apa yang cikgu cakap ni?”

Soal Cikgu Diana dengan suara yang tinggi. Adam terkejut, namun dia hanya mengangguk lesu.

“cikgu tak faham dengan sikap kamu ni Adam. Kamu bukannya tak pandai, tapi malas berusaha. Cubalah berubah Adam. Awak asyik main dalam kelas. Buku langsung tak baca. Awak nak jadi apa?”

Bebel cikgu muda itu lagi.
Adam hanya mendengar leteran guru itu bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

“awak tu anak yatim, jangan berlagak macam awak anak orang kaya…..”

Bentak cikgu Diana. Dia semakin marah dengan kelakuan pelajarnya yang langsung tidak memberi respon terhadap kata-katanya itu.

Telinga Adam semakin panas mendengar leteran Cikgu Diana.

“kalau cikgu tak suka dengan saya, cikgu cakap jer lah…tak payah nak kutuk-kutuk saya macam ni!”

Balas Adam. Dia sendiri terkejut dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan kata-kata cikgu Diana itu.

Pintu bilik tiba-tiba dikuak. Adam terkejut dari lamunannya menyebabkan bayangan dan kata-kata Cikgu Diana jauh menghilang.

* * *********

“tolong siapkan semua kerja rumah yang cikgu beri. Cuti sekolah tiga hari ni gunakan dengan berfaedah. Cikgu tak mahu ada diantara kamu semua yang tidak menyiapkan kerja rumah yang cikgu beri. Adam, lepas ni jumpa cikgu di bilik guru!”

Pesan Cikgu Diana tegas sambil matanya menjeling ke arah Adam yang duduk di bahagian belakang kelas.


Selepas tamat waktu belajar hari itu, semua pelajar berpusu keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Adam bersama Sufian dan beberapa orang rakannya yang lain berjalan seiringan. Tiba-tiba bahu Adam disentuh seseorang. Dia segera menoleh ke belakang.

“kurang asam betul kau ni, terkejut aku. Ingatkan siapa tadi….”

Adam menarik nafas lega setelah melihat sahabatnya Fauzi tersengeh-sengeh menampakkan giginya yang sedikit rongak itu.

“Cikgu Diana panggil kau. Dia suruh kau jumpa dia di bilik guru sekarang”
Fauzi menyampaikan pesanan.

“ah, pedulikanlah orang tua tu. Bosan aku!” Balas Adam tidak berminat untuk berjumpa guru yang dibencinya selama ini.

“laaa…kau ingat kau sorang jer bosan, aku lagi la.. Bengang giler aku ngan cikgu tu. Asyik-asyik bagi kerja sekolah. Dah ler kerja matematik banyak nak kena siapkan, lepastu kena pergi kelas tambahan lagi. Dia ingat kita ni robot ker, nak siapkan kerja sekolah banyak-banyak…!” Kudin menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

“kau pun tak suka jugak ker?” Adam meminta kepastian. Selama ini dia berfikir bahawa Cikgu Diana hanya menderanya seorang sahaja, rupa-rupanya kawannya si Kudin juga sama sepertinya.

“bukan Kudin sorang jer, aku pun sama.” Sampuk Syahmi.

Mereka masing-masing bercerita tentang Cikgu Diana. Ketegasannya menyebabkan mereka benar-benar tertekan dan timbul rasa benci berbanding guru-guru lain. Disamping terkenal dengan sikap garangnya, Cikgu Diana juga berani merotan pelajar-pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan bermain di dalam kelas. Malah, jika ada pelajar yang ponteng, tidak hadir atau tertidur di dalam kelasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk merotan mereka.

“Adam…aku rasa tindakan kau ni tak baik la. Cikgu Diana mesti tengah tunggu kau. Baik kau pergi jumpa dia!” Nasihat Sufian. Dia tahu, tindakan Adam itu akan lebih memburukkan keadaan.

“malas lah aku nak pergi. Tadi dekat kelas aku kena perli, entah-entah kejap lagi, kena maki pulak.” Balas Adam terus beranggapan buruk.

“kau ni Dam…tak pergi lagi, mana kau tahu? Tak baik tau tak buruk sangka dengan orang!” Sufian sedikit marah. Dia beriya-iya menyuruh Adam bertemu Cikgu Diana. Untuk mengambil hati Sufian, Adam dengan langkah malas berpatah semula menuju ke bilik guru.

“kenapa lambat?Awak tahu tak cikgu dah lama tunggu?Awak ingat cikgu tak ada kerja lain lagi ker, ha?” Marah Cikgu Diana.

‘kalau dah ada kerja, siapa suruh tunggu!’ ngomel Adam sendiri.

“Jangan pentingkan diri Adam. Cikgu tak ada banyak masa ni, jadi cikgu nak serahkan buku aktiviti ni untuk awak siapkan sepanjang cuti ni. Tolong jawab betul-betul!

“tapi cikgu? Kenapa saya sorang jer yang kena buat?” Adam kelihatan tidak berpuas hati.

“kalau awak nak jadi orang yang Berjaya, buat apa yang cikgu suruh. Lagipun ini sebagai hukuman untuk awak kerana tidak siapkan kerja sekolah semalam.” Balas Cikgu Diana serius.

Adam semakin tidak berpuas hati. Buku yang berada dalam tangannya itu dihempas ke meja. Tindakan Adam itu mengejutkan Cikgu Diana yang sedang sibuk berkemas untuk pulang.

“kenapa dengan awak ni? Tak puas hati dengan cikgu ker?” Soal Cikgu Diana sambil matanya memandang tepat ke wajah Adam.

“cikgu tak adil. Cikgu selalu hokum saya kalau saya tak siapkan kerja sekolah. Tapi kalau orang lain tak buat, cikgu tak marah pulak!” Adam mengeluarkan apa yang terbuku selama ini di hatinya.

Cikgu Diana hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Sedikitpun dia tidak terkilan mendengar kata-kata Adam itu.

“ awak tetap kena siapkan semua latihan yang cikgu beri. Jangan lupa. Kalau tak faham, telefon cikgu.” Pesan Cikgu Diana dan terus berlalu meninggalkan Adam sendirian yang masih digemburi perasaan tidak puas hati itu.

******* * *******



Kelas pada hari itu dimulai dengan subjek Matematik namun guru yang mengajar tidak hadir. Rata-rata pelajar mengambil peluang itu untuk menyiapkan latihan Bahasa Melayu termasuklah Adam kerana sebentar lagi kelas Bahasa akan bermula.

Adam menyelak helaian kertas soalan. Masih ada beberapa soalan karangan yang belum disiapkannya. Dia semakin buntu menjawab soalan latihan yang diberi. Fikirannya semakin kosong. Dia tidak dapat memikirkan idea untuk menulis karangan. Fikirannya hanya terbayang wajah bengis Cikgu Diana dan rotan yang bakal menyirat tangannya nanti.

Jam semakin suntuk. Lagi sepuluh minit kelas akan bermula. Dalam keadaan yang terdesak itu, Adam hanya mampu menyerah. Soalan yang dijawab ternyata tangkap muat sahaja. Malas, dia pasrah dengan hukuman yang bakal diterimanya nanti.

Sungguh tidak disangka, Cikgu Diana tidak hadir hari itu. Adam begitu gembira sekali. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Oleh kerana tiada guru yang masuk mengajar, Adam bersama beberapa orang kawannya yang lain berkumpul di tepi kelas 3Ad-Dailami. Mereka berbual-bual rancak hingga menyentuh tentang Cikgu Diana.

“korang tau kenapa cikgu tu asyik marah-marah jer?” Soal Adi.

“entah, kau rasa kenapa?” Soal Kudin kembali.

“ha….kalau korang nak tau, dia ada anak yang terencat akal menyebabkan dia asyik marah-marah tak tentu pasal!”
Mendengar kata-kata Adi itu, mereka semua ketawa terbahak-bahak. Tetapi Adam hanya mendiamkan diri kehairanan.

“korang ni biar betul. Mana kau tahu dia ada anak OKU?Dia kan belum kahwin lagi!?” Adam menyoal ingin tahu.

Seronok sekali mereka mengutuk dan mengata-ngata tentang Cikgu Diana. Terasa puas dan sakit hati mereka sedikit terubat. Namun Adam masih berasa tidak puas hati.

“korang pasti ker?” Soalnya lagi.

“pasti, hari tu aku tengok sendiri dia bawak budak terencat tu ke hospital. Kebetulan mak aku jururawat kat situ, so aku tanya la mak aku untuk kepastian. Ternyata betul sangkaan aku tu.”
Cerita Adi bersungguh-sungguh.

Mendengar penjelasan Adi, Adam mula mengerti. ‘ memang Cikgu Diana ni dah tak betul. Patut lah asyik marah-marah jer.’ Ngomelnya sendiri. Namun jauh dilubuk hatinya tersimpan satu perasaan belas dan simpati.

**** * ****

Seperti yang dijangka, setelah Cikgu Diana menyemak latihan yang dibuatnya, dia lantas dipanggil guru itu.

“nampaknya awak sangat lemah dalam penulisan. Mulai petang ni, saya akan buat kelas tambahan untuk awak.”

Kata-kata cikgu itu benar-benar mengejutkannya.

“tapi cikgu, petang-petang saya ada latihan bola. Mana boleh saya….”


“boleh kalau awak ada kemahuan.” Cikgu Diana pantas memotong alasan yang diberinya.

“cikgu, saya tak boleh buat macam tu. Saya kena pergi latihan, tolong lah cikgu.” Rayu Adam. Suaranya berbaur rasa tertekan dengan keputusan guru itu.

“ini arahan pengetua Adam, bukan dari cikgu.” Terang cikgu Diana.

“itu semua alasan cikgu, sebenarnya cikgu memang tak suka dengan saya kan? Cikgu buat semua ni sebab cikgu nak hukum saya kan?” Soal Adam berani.

“Adam, sebab cikgu sayang dengan Adamlah cikgu sanggup luangkan masa cikgu untuk buat semua ni. Cikgu ada banyak lagi tugas lain tapi cikgu tak kisah untuk luangkan masa mengajar Adam. Cikgu nak Adam berjaya, berjaya seperti Sufian, Razak, Amirah, dan kawan-kawan lain.”

“cikgu hipokrit. Cikgu memang bencikan saya tau.” Bentak Adam lagi.

Cikgu Diana hanya mendiamkan diri. Terasa ada air bertakung di kelopak matanya. Cikgu Diana memalingkan wajahnya ke dinding dan cuba buat-buat sibuk.

“habis sekolah nanti datang jumpa saya. Kita mulakan kelas tambahan hari ni. Cikgu akan beritahu Ustaz Ahmad dan Pak Mail nanti. Awak boleh balik sekarang.”


Sebak sedikit suara Cikgu Diana memberi arahan. Dia cuba bersikap tegas kerana tidak mahu diketahui anak muridnya tentang kesedihannya ketika itu.

Dia tahu, Adam pasti benci dengan dirinya. Namun, itu adalah amanat dan tanggungjawabnya sebagai guru untuk mendidiknya hingga berjaya.

Adam mati akal. Dia tidak berupaya melawan kata-kata Cikgu Diana. Namun dia nekad untuk tidak menghadiri kelas itu walau apapun yang berlaku.

Tengah hari itu, selepas bunyi loceng, Adam terus meluru keluar dari sekolah. Dia bersama Kudin dan Adi ke bandar untuk bermain bola. Walaupun hatinya asyik teringatkan Cikgu Diana yang pasti menunggunya untuk sessi kelas tambahan tengah hari itu, namun dia terus bermain tanpa sedikitpun ada rasa bersalah.

Di bilik guru, Cikgu Diana terus menunggunya. Hingga jam melewati pukul 3.30 petang, Cikgu Diana akhirnya pulang ke rumah. Dia tahu, Adam sengaja melarikan diri kerana bencikannya. Cikgu Diana berfikir sendiri.

Mungkin ketegasannya selama ini disalah ertikan oleh Adam. Dia sayang pada Adam seperti adiknya sendiri. Kerana Adam merupakan anak yatim piatu yang tidak mempunyai sesiapa di dunia inilah, dia mahu mendidik dan mencurahkan ilmu sepenuhnya untuk melihat Adam berjaya suatu hari nanti.

Hari semakin hari kelakuan Adam semakin biadap dengannya. Semua tugasan yang diberinya dijawab dengan tidak bersungguh-sungguh. Malah, Adam berani melawan kata-katanya dan membuat acuh tidak acuh sahaja ketika di dalam kelas. Sungguh sikap Adam itu benar-benar mengecewakannya.

Di dalam kelas pagi itu, Cikgu Diana tidak banyak bercakap. Dia hanya menulis di papan hitam dan meminta pelajar menyalinnya. Seketika dia keluar dan menuju ke bilik air membasuh mukanya agar segar kembali.

Beberapa hari ini dia kurang tidur kerana menjaga Alia di hospital. Namun, dia masih meluangkan masa untuk kelas tambahan yang dijanjikan. Dia berharap Adam berubah fikiran dan menghadiri kelas itu walau beberapa hari yang lalu penantiannya masih sia-sia.

Sambil menunggu, Cikgu Diana menyemak buku pelajar-pelajarnya. Matanya juga semakin mengantuk dan berkali-kali dia terlelap seketika. Tanpa disedari, Adam mengintainya melalui tingkap. Dia pelik dan hairan dengan perubahan Cikgu Diana yang tidak banyak bercakap dan mengarahnya membuat latihan itu ini.

Melihat keadaan Cikgu Diana yang kurang bermaya itu menyebabkan hatinya rasa bersalah. Walaupun dia senang tidak ditekan oleh guru itu membuat latihan dan kerja sekolah lagi, jauh di hatinya terasa kesal dan bersalah atas apa yang dilakukannya pada cikgu itu.

****** * *****



Adam bersama Kudin menuju ke pusat Bandar. Mereka ingin bermain game di sebuah cyber café di situ seperti kebiasaannya.

Walaupun dia memberitahu Pak Mail dan Ustaz Ahmad yang merupakan pengetua rumah anak yatim itu untuk menghadiri kelas tusyen, namun apa yang dilakukan adalah sebaliknya.

Hingga lewat petang, mereka merayau-rayau di Bandar tanpa arah tujuan. Sedang mereka melepak di sebuah kedai, Adam terlihat kelibat Cikgu Diana masuk ke dalam sebuah hospital swasta sambil menolak kerusi roda yang diduduki seorang kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak itu cacat dan mengalami ‘Down Syndrome’. Hatinya begitu tertarik untuk mengetahui apa yang dilakukan guru itu.

“Din, aku balik dulu lah..ada hal la.” Ujar Adam tiba-tiba sambil mata menjeling ke arah kelibat cikgu itu.

“laaa baru kejap jer kita lepak, releks lah…”
balas Kudin seperti tidak membenarkan Adam pergi.

“aku betul-betul ada hal ni…aku balik dulu ok, kita jumpa esok.”
Jawab Adam terus berlalu.

Dia masuk ke dalam hospital itu dan tercari-cari kelibat Cikgu Diana. Tiba di satu ruang, Adam terlihat Cikgu Diana bersama kanak-kanak itu sedang memasuki wad pesakit perempuan. Dia terus mengekori Cikgu Diana.

“kakak, maafkan saya kerana lambat datang hari ni. Saya ada kelas tambahan di sekolah tadi.” Cikgu Diana bersuara lembut.

“kak, tengok ni…saya bawak Alia sekali.” Sayu sekali suara Cikgu Diana ketika bercakap dengan seorang wanita lewat 30-an yang sedang sakit tenat itu.

“Alia…salam dengan mama sayang.” Pintanya sambil menarik tangan kanak-kanak itu agar menyambut salam wanita tersebut. Seketika wanita itu mencium dan memeluknya erat.

“Diana…tolong jaga Alia. Kakak tidak akan lama lagi di sini..!" Ucapnya dengan suara yang lemah sekali.

“Diana janji kak…Diana janji…..” Cikgu Diana menangis sambil mengangguk berkali-kali. Jari-jemarinya menggenggam tangan wanita itu.

Adam terkejut. Pertama kali dia melihat Cikgu Diana menangis dan itu menambahkan rasa bersalah dan simpatinya pada guru yang selama ini dibencinya itu. Adam tidak mampu menahan rasa sebaknya lagi. Dia berlalu dari situ dan terus pulang.

Sepanjang malam ingatannya hanya pada Cikgu Diana. Sungguh cikgu itu memiliki hati yang mulia kerana sanggup menjaga seorang anak yang cacat otaknya.

Selama ini dia hanya memikirkan sesuatu yang negative sahaja tentang guru itu. Adam nekad, dia tidak mahu membuatkan guru itu sedih lagi. Dia akan mengikuti kelas tambahan tersebut dan membuat semua latihan dan kerja sekolah yang diberi. Janjinya sendiri.

Keesokannya, selesai waktu persekolahan, Adam bergegas ke bilik guru dan hayunan kakinya terus menuju ke tempat duduk Cikgu Diana. Kelihatan cikgu itu sudah berada di mejanya.

Dia hanya termenung sendiri memandang sejambak bunga di hadapannya seolah-olah tiada semangat di dalam dirinya seperti kebiasaan.

Adam menghampiri meja cikgu itu dengan dada yang sedikit berdebar. Dia menarik nafas panjang lantas menghembuskannya perlahan.

“cikgu….maafkan saya kerana lambat. Saya datang nak belajar dengan cikgu…!” Ucap Adam perlahan sambil berdiri di sebelah guru itu. Cikgu Diana memalingkan mukanya memandang Adam. Matanya kelihatan sedikit bengkak. Adam yakin, pasti Cikgu Diana menangis semalam.

“Adam…..?” Terpacul soalan itu dari mulutnya. Dia terkejut dengan kehadiran Adam dan ternyata penantian dan kesabarannya selama ini terbalas jua.

Adam mengangguk. Dia menarik kerusi lalu duduk di situ sambil mengeluarkan buku karangan dari begnya dan diletakkan di atas meja.

Cikgu Diana hanya memandangnya tanpa sepatah kata. Hanya matanya sahaja yang berkaca-kaca dengan takungan air mata. Pastinya itu air mata kemenangan bagi kesabaran seorang guru melayani karenah pelajar yang nakal.

“maafkan saya cikgu!”

Cikgu Diana tidak dapat menahan rasa sebaknya. Dia menangis gembira mendengar kata-kata Adam. Dan dalam tangisan itu, jelas terpamer satu senyuman yang penuh dengan harapan, harapan seorang guru untuk melihat pelajarnya Berjaya.

“SELAMAT HARI GURU!”

Manisnya Taubat



Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

Jawab mereka,
"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..
alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"


"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"

"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat.

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS.

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,

"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".



Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh,
bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Monday, April 19, 2010

Siapa Yang Sedang Kau Maksiati

Dalam melayari sebuah kehidupan bernama insan dan juga hamba ini, kita sering melihat perkara mungkar dan amal ma'aruf. Maka disini akan kita lihat dengan jelas wujudnya dua golongan manusia.

Pertama golongan yang cintakan kebaikan, gemar melakukan kebajikan dan suka dalam menjalani kema'arufan.

Manakala golongan kedua ialah golongan yang cintakan kemungkaran, gemar melakukan keburukan dan suka dalam menjalani perkara maksiat serta dosa.

Jelas golongan ini wujud disekeliling kita termasuk juga diri kita sendiri. Tambahan lagi, maksiat kini semakin berleluasa. Tetapi kita perlu ingat, Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa musibah atau kemaksiatan yang dilakukan, tidak hanya akan menimpa para pelakunya sahaja tetapi akan menyeluruh kepada masyarakat sekitarnya.

Allah berfirman: "Dan takutlah kalian terhadap fitnah ( musibah, petaka, bencana, siksa ) yang benar-benar tidak hanya menimpa orang-orang zalim di antara kalian secara khusus. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha dahsyat siksa-Nya." (Surah Al-Anfal:25)

Subhanallah, sesungguhnya sebuah peringatan yang Allah berikan bukanlah sebuah peringatan yang dahsyat. Janji Allah benar-benar pasti. Maka musibah akan menimpa, bala bencana pasti akan menimpa negeri kita, bila kemurkaan dilakukan, bila maksiat dibiarkan, bila dosa atau pahala diacuhkan, bila pelakunya di agungkan, bila perbuatannya didokong dan dikendalikan, sungguh musibah pasti akan menghampiri kita.

Daripada ayat Allah tadi, jelas menunjukkan kepada kita, musibah tidak hanya akan menimpa pelakunya sahaja bahkan keseluruhan masyarakat disekelilingnya. Lalu bagaimana diri kita, yang mengaku cintakan kebenaran, para pendokong kema'arufan, para penggemar kebajikan, para pelaku kebaikan. Adakah kita terlepas dari kemungkaran? Apakah amal baik kita sudah terbebas daripada dosa?

Ayat Allah ini diperkukuhkan lagi dengan sebuah kisah, di mana Allah memerintah malaikat untuk menurunkan bala di sebuah negeri. Lalu malaikat pun turun ke bumi untuk menurunkan bala, tetapi malaikat ternampak seorang yang kuat ibadahnya kepada Allah di dalam negeri itu. Lalu malaikat naik semula bertemu dengan Allah dan menceritakan tentang perkara tadi. Maka Allah memerintahkan malaikat untuk menurun bala terlebih dahulu kepada orang alim tadi.

Sungguh naif, bila kita mengaku diri kita sebagai seorang da'ie bila mana diri kita terjerumus dengan dosa dan maksiat, sungguh malu bila kita mengaku kita cintakan kemakrufan bila mana diri kita masih terlena dengan realiti dunia, sungguh zalim bila kita mengaku gemar melakukan kebajikan dalam diam kita melakukan keburukan. Atau bahkan kitalah yang sebenarnya menjadi kunci asbab turunnya musibah, dek kerana kita tahu, tapi kita melanggar dan melakukan maksiat.

Memang manusia tidak terlepas dari sifat pelupa dan salah, bukan mudah untuk bebas dari kemungkaran dan keburukan dek hawa nafsu yang menjadi musuh utama, kecuali mereka yang Allah lindungi dan kasihi, dipayungi rahmat kerana sentiasa hatinya menyebut dan mengingati Allah.

Sungguh beruntung mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap amal perbuatannya.

Nasihat seorang ulama ada mengatakan: Jangan engkau melihat akan kecilnya suatu kesalahan. Akan tetapi lihatlah kepada siapa engkau bermaksiat. Wallahua'lam...


Sunday, April 18, 2010

CERITA TIGA BERADIK: TIADA LAGI HARI IBU




“assalamualaikum.. along, angah, adik, bangun.. subuh dah ni..” Mak memberi salam dan mengetuk pintu untuk mengejutkan Si Tiga Beradik seperti biasa.

“eh? tak berkunci pintu ni..” getus hati Mak kehairanan lalu menguak pintu bilik kayu itu.

“ASSALAMUALAIKUM MAK! SELAMAT PAGI! SELAMAT HARI IBU!” teriak Si Tiga Beradik serentak, memecah sunyi pagi subuh itu. Mak yang masih di muka pintu tersenyum lalu mendekati Si Tiga Beradik dan memeluk mereka.

“terima kasih.. sayang anak-anak mak..” Mak meluahkan rasa hatinya kepada Si Tiga Beradik, namun hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

Melihatkan anak-anaknya dah bangun, mak pun kemudiannya berlalu pergi untuk menunaikan solat subuh. Si Tiga Beradik memandang sesama sendiri sambil mengenyitkan mata.

“MISI SUPRISE BERJAYA!” serentak lagi teriakan mereka sambil menunjukkan ibu jari masing-masing.

***

Selesai solat subuh secara berjemaah, Si Tiga Beradik masuk ke bilik. Abah juga terus bangun meninggalkan sejadah. Mungkin ada kerja yang ingin dilakukan. Namun, Mak seperti biasa tidak berganjak dari kain sejadahnya dan masih dalam telekung putih yang dihadiahkan oleh Si Tiga Beradik setahun yang lepas.

Tidak lama kemudian kedengaranlah alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh suara merdu Mak. Dibaca ayat demi ayat dengan penuh khusyu’, tadabbur, dan bertajwid. Dan seperti kebiasaannya, alunan merdu yang menghiasi seisi rumah itu ditamatkan tatkala jam menunjukkan pukul 7 pagi.

“sodaqallahul azim..” Mak menamatkan bacaannya dengan iringan ‘alarm clock’ yang berbunyi sebanyak tujuh kali. Selepas melipat kain telekungnya, Mak bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Suasana pagi masih belum terang. Matahari masih belum naik. Mak memetik suis menghidupkan lampu dapur yang dalam kesamaran.

“SARAPAN DAH SIAP!” tiba-tiba Si Tiga Beradik muncul. Dapur menjadi terang benderang. Si Tiga Beradik tercongok di tepi meja makan sambil menunjukkan ke arah meja. Mak yang tadinya terkejut dengan teriakan Si Tiga Beradik mengalihkan pandangannya ke meja. Beberapa pinggan kuih muih sudah terhidang di atas meja. Satu jag air teh pun telah siap dibancuh.

“jom makan, sayang..” Abah pula tiba-tiba muncul di belakang Mak dan memegang bahu Mak lembut. Abah memimpin tangan Mak ke meja bagaikan raja yang mengiringi permaisurinya ke meja santapan. Romantik sungguh. Mak tersenyum lagi. Hampir-hampir matanya berkaca-kaca. Namun keterharuan itu diluahkan dengan lisan penghargaan.

“terima kasih, bang..” sambil Mak mendakap Abah. “terima kasih along, angah, adik..” Mak mengusap kepala Si Tiga Beradik pula.

*******

Si Along memberhentikan lamunannya. Kalau boleh plot di atas yang dirancangnya tadi dapat dijayakan bersama-sama Si Angah dan Si Adik pada Hari Ibu esok. Tapi....

***

Si Angah meletakkan pen dan merenung kertas di hadapannya. Kalau boleh cerita di atas yang ditulisnya dapat menjadi kenyataan pada Hari Ibu esok bersama-sama dengan Si Along dan Si Adik. Tapi....

***

Si Adik terjaga daripada tidurnya. Kalau boleh mimpinya di atas tadi dapat menjadi realiti pada Hari Ibu esok bersama-sama Si Along dan Si Angah. tapi....

***

Tapi.... Si Tiga beradik sedar. Apa yang dilamunkan bukanlah untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang ditulis bukanlah cerita untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang dimimpikan pun bukanlah realiti untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas.

Kini.. Si Tiga Beradik sedar. Tiada lagi layanan dan hadiah Hari Ibu yang dapat mereka berikan. Hanya satu sahaja tanda kasih sayang dan terima kasih mereka kepada Mak yang dapat mereka buktikan. Hanyalah dengan menjadi anak-anak yang soleh yang tidak kan pernah lupa untuk terus mendoakan ibu mereka di sana.

Si Tiga Beradik berpandangan sesama sendiri, dengan mata yang berkaca, dan dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan mereka berdoa.... Ya Allah, rahmatilah ibu kami!

Merebut Saham Anak Muda




Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!” seorang guru persatuan berucap di pentas. Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman. “Ghurur!” kata sesetengah orang.

Perbuatan meremehkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak-anak muda itu sering digambarkan sebagai golongan yang berpemikiran singkat, tidak berfikir panjang, mengikut perasaan, belum mengenal realiti kehidupan, malah soal siapa makan garam dulu pun boleh dijadikan persoalan. Malah, alasan yang sama itu jugalah yang digunakan oleh kaum musyrikin semasa mengungkapkan tentang Ibrahim alayhi al-Salaam ketika berhala-berhala mereka dicela.

“(Setengah daripada) mereka berkata: “Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala)
[Al-Anbiya’ 21: 60]


Sebagaimana yang diungkapkan oleh ahli Tafsir, kaum musyrikin itu dengan sengaja menggunakan ungkapan ‘pemuda’ atau al-fata kerana mahu meremehkan Ibrahim. Baginda dilabel sebagai anak muda, yang selalunya bertindak secara tidak matang, melulu dan boleh diabaikan sahaja mesejnya.

KELEBIHAN USIA MUDA


Tetapi menjadi orang muda bukan sesuatu yang kurang atau hina.

Kanak-kanak sentiasa tidak sabar mahu menjadi anak muda kerana mengimpikan apa yang hanya dimiliki oleh si anak muda. Orang tua juga terbuai-buai perasaannya apabila mengenangkan usia muda kerana memikirkan apa yang pernah dimilikinya pada usia itu. Usia muda adalah usia yang dicemburui oleh mereka yang tidak memilikinya.

Potensi!

Itulah nilai pada seorang anak muda. Potensi untuk impian dan harapan, hampir tanpa mengenal batasan. Bahkan usia muda itu yang menjadi usia pilihan bagi ahli Syurga.

Abu Sa`id dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Apabila ahli Syurga memasuki Syurga, seorang penyeru akan berkata: (kamu menerima satu janji daripada Allah) bahawa kamu akan terus hidup di dalamnya dan kamu tidak akan mati, kamu akan sihat di dalamnya dan kamu tidak akan sakit, kamu akan kekal muda di dalamnya dan kamu tidak akan menjadi tua, kamu akan sentiasa berasa tenang bahagia dan kamu tidak akan dirundung duka
[Muslim]


Usia emas itu hakikatnya adalah usia muda.

DI SISI ALLAH

Ada tiga kalimah serangkai yang memberikan makna si anak muda.

Pertamanya adalah ghulam. Keduanya adalah fata. Ketiganya adalah syaab.

Seorang anak muda bernama Ibrahim yang diperlekeh oleh kaum Musyrikin kerana menghina berhala sembahan mereka, digelar sebagai fata.

Ia disanggah oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala apabila kalimah yang sama (fata) digunakan pada memuji Ashaab al-Kahf:

Sesungguhnya mereka itu anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk
[al-Kahf 18: 13]


Allah Ta’aala gunakan kembali perkataan ‘anak muda’ (fata) itu sebagaimana yang kaum Ibrahim gunakan. Tetapi konotasinya berbeza. Jika anak muda dianggap sebagai ‘orang singkat’ oleh kaum Ibrahim yang musyrik, anak muda dipuji sebagai insan penuh potensi dan simbol survival perjuangan Tauhid di dalam kisah Ashaab al-Kahf.

Semuanya terletak pada nilai iman dan amal soleh. Apabila anak muda itu beriman, dan mereka berusaha pada mengisi makna iman itu, Allah Subhanahu wa Ta’aala memuji mereka dan menambahkan Taufiq-Nya dengan petunjuk dan bimbingan.

Pemuda beriman…nikmat besar bukan hanya pada tuan empunya diri, malah nikmat kepada umat sejagat.


MESRAKAN, JANGAN LAGAKAN

Anak muda dan warga tua, setiap kelompok daripada keduanya memiliki apa yang tidak dimiliki oleh kelompok yang satu lagi.

Anak muda memiliki semangat, kesungguhan pada mendapatkan sesuatu, tubuh badan yang sihat bertenaga serta daya responsif yang optimum. Tetapi mereka harus akur dengan beberapa kelemahan yang ada. Kelemahan yang bukan disengaja, tetapi dek perjalanan hidup yang belum panjang untuk sampai kepada memilikinya.

Itulah pengalaman.

Anak muda kurang pengalaman. Sedangkan pengalaman adalah guru yang berbeza berbanding ilmu. Jika ilmu mengajar manusia menjadi alim (berilmu), pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana).

Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta’aala sering menggabungkan nama-Nya ALEEM dengan HAKEEM. Seandainya kombinasi ini mahu diteladani oleh manusia, ia mengajar kepada kita bahawa berilmu sahaja tidak memadai. Kesarjanaan bukan jaminan untuk bertindak tepat kerana apa yang harus datang sama adalah hikmah kebijaksanaan. Ilmu menganugerahkan kesarjanaan, masa dan pengalaman menganugerahkan hikmah kebijaksanaan.

Itulah kekurangan anak muda. Masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, dan ilmu yang ada belum dimatangkan dengan pengalaman yang perlu.

Berbeza dengan orang tua yang lebih dewasa. Mereka menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia. Banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai kepada natijahnya.Cause and effect banyak yang sudah dilangsaikan dan semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua. “Kalaulah aku buat begini…” kata seorang tua. “Kalaulah aku tidak buat begitu…” keluh seorang yang lain.

Ungkapan-ungkapan itu datang setiap kali seorang tua menoleh ke belakang melihat kembali jejak perjalanan hidupnya. Tetapi kesedaran tentang betul dan salah itu terperangkap di dalam berkalau-kalau, kerana orang tua banyak kekangan. Tubuh badannya semakin lemah, daya bertindaknya mengalami kemerosotan, dan setelah selesa dengan apa yang menjadi kebiasaan, daya responsif terhadap seruan juga tidak pantas lagi.

Justeru bagi si anak muda, berdampinglah dengan orang tua. Bertalaqqilah kalian menadah pengalaman mereka. Minta nasihat dan bimbingan mereka, sabarkan diri dengan kerenah mereka.

Manakala bagi yang telah tua ditelan usia, jangan dibawa pengalaman ke kubur tanpa tinggalan, berdampinglah dengan anak muda. Jangan lokek berkongsi pengalaman dengan mereka. Betulkan silap mereka, tunjukkan potensi mereka. Dalam semua itu, sabarkan diri dengan kerenah mereka.
Jangan pula dimatikan potensi mereka. Seperti ungkapan Nelson Mandela: "When the water starts boiling it is foolish to turn off the heat"

KESAKITAN PROSES MENDIDIK ANAK MUDA

Mengenangkan pada besarnya makna usia muda, mereka menjadi sasaran semua. 90% manusia berfikir dan bertindak menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepada orang muda. 10% manusia berfikir tentang cara untuk menyelamatkan mereka. Segelintir manusia, memindahkan fikiran itu kepada tindakan.

Tatkala anak muda diasak dengan pelbagai seruan, kelompok orang berusia yang mahu berusaha mendidik anak muda tidaklah ramai. Kekurangan ini diberatkan lagi oleh kesakitan-kesakitan yang mungkin dialami semasa mendidik golongan anak muda. Mereka itu ada kecenderungan yang ada kalanya memang mudah melukakan orang tua yang lebih berusia.

1. Tak Reti Bahasa

Slm ust. Ana pelajar di Universiti ***. Ana pembaca setia blog anta. Jadi ana nak jemput anta datang berceramah di tempat ana. Berapa cas yang anta kenakan?”

Ia adalah salah satu email yang pernah saya terima daripada seorang mahasiswa. Dengan jarak usia yang mungkin mencecah 15 tahun, di'ana anta'kan oleh seorang anak muda mungkin boleh mengguris rasa dan menghilangkan mood untuk positif kepadanya. Malah silibus sekolah juga ada memberikan saranan tentang keelokan bahasa pada panggilan, juga bahasa surat rasmi. Saya sendiri dek tidak mengetahui sama ada yang menghantar email itu seorang yang lebih muda atau lebih tua, saya tidak lokek pada memanggilnya TUAN secara kasual sebagai tanda hormat dan memilih perkataan yang ’selamat’.

Tetapi anak muda sering salah bahasa. Cakapnya tidak tengok kiri dan kanan. Malah terus bertanyakan rate ceramah, benar-benar mewujudkan rasa tidak selesa. Namun, itulah harga pada usaha mendidik anak muda.

2. Common Sense Belum Terbina

Sebelum sampai rumah untuk ambil ustaz, bagilah miss call, ok” saya menghantar sms kepada AJK program. Mereka akan menjemput saya di rumah sebelum subuh untuk dibawa mengendalikan sebuah sesi Training of Trainers (TOT) yang dijadualkan pada jam 6:30 pagi di Cheras. Saya mengingatkan mereka supaya memberikan saya miss call kerana saya tidur lewat malam itu kerana anak yang meragam. Bimbang tidak sedar dengan deringan jam.

Keesokan paginya, saya terbangun jam 4:30 kerana anak menangis mahukan susu. Selepas susu dibancuh, saya bangkit menuju bilik air sambil tangan mencapai telefon. Terkejut benar kerana ada beberapa miss call sudah terpampang dan di hadapan rumah saya ada sebuah kereta sedang menanti.

Antumkah itu?” saya menelefon mereka. “Ya ustaz. Kami takut tak jumpa jalan!” jawab mereka. Subhanallah! Bimbang terlewat kerana mencari arah ke rumah saya, mereka bertolak awal dan tiba di hadapan rumah saya jam 4:30 pagi! Sedangkan lokasi program hanya 15 minit dari rumah. Terkulat-kulatlah saya bersiap dengan kepala yang agak pening kerana baru dua jam melelapkan mata.

Tiba di lokasi program tepat jam 5 pagi. Saya positifkan sahaja peristiwa itu dengan mengambilnya sebagai suatu suruhan daripada Allah agar saya panjangkan Qiamullail pagi itu. Demikianlah harga yang perlu dibayar semasa berurusan dengan Tarbiyah si anak muda.

3. Kuat Mendesak

Ustaz tolong sambung hujah saya. Kawan saya ini seperti hendak murtad!” saya dikejutkan dengan panggilan telefon dan kemudiannya sms pada jam 2 pagi. Siapalah ‘budak’ ini? Berdebat jam 2 pagi dan kemudian mengejutkan saya untuk mempertahankannya yang kehabiskan hujah.

Ustaz, saya ingin tahu bolehkah kita menyertai perarakan St. Patrick’s Day? Tolong jawab email saya ini secepat mungkin kerana kami perlu membuat keputusan bagi persiapan kelas”, email seorang pelajar dari bumi Shamrock Ireland. Mungkin dia menyangka saya tiada kerja lain. Duduk di rumah melayan hotline telefon dan oncall 24/7!

Anak muda selalu menggelar diri mereka sebagai kelompok pendesak. Desakan mereka bukan sahaja digeruni pemerintah, malah ustaz-ustaz juga sering ditekan dengan desakan yang tidak tentu hujung pangkalnya.

Saya positifkan sahaja kelakuan anak muda yang menyakitkan itu, bahawa mereka adalah kelompok yang berkeinginan tinggi, iaitu sesuatu yang sukar untuk dicari di celah-celah angguk warga tua yang tersandar di dinding mendengar kuliah.

BERSABARLAH

Mendidik anak muda, adalah persiapan diri saya sendiri pada mendidik anak-anak yang semakin meningkat usia. Ia penuh cabaran ia penuh kesakitan. Namun, fadhilatnya amat besar. Mendidik anak muda adalah pelaburan besar kita untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

Justeru itu, selesai mengungkapkan kisah pemuda Ashaab al-Kahf, Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan peringatan kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para murabbi umat akan hakikat ini:

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran
[Al-Kahf 18: 28]


Bersabarlah dengan kerenah anak muda itu. Mereka tidak menginginkan apa-apa kecuali keredhaan-Nya. Maafkan kekurangan mereka, kuatkan semangat mendidik mereka. Jangan dicari habuan dunia, biar pun mendidik anak muda tidak menjadikan dirimu kaya raya.

Sesungguhnya pelaburan saham terhebat yang boleh engkau lakukan, adalah pada menumpahkan ilmu, pengalaman, nasihat, bimbingan dan panduan, kepada ANAK MUDA. Jika anak muda selalu susah mendapatkan khidmat orang tua-tua, saya berusaha menjadikan diri mengisi kelompongan itu. Mahukah kalian menyertainya?

Anak Kecil : RM10?

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.


"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!"
Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.


Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:

قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ

Ditanya orang akan Rasulullah SAW,

" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Friday, April 16, 2010

Kak, Perlukah Cinta?



Idea Tentang Cinta.

Sejujurnya saya terfikir pasal topik ni sbb terkenangkn kejadian/peristiwa yg sering terjadi di ruangan forum di portal kesayangan saya..www.iluvislam.com. sedar tak sedar sudah lama saya berkenalan dgn web tercinta ini dan hampir selama itu juga saya menjadi moderator di situ..alhamdulillah.

Dan antara 'masalah' yang agak memualkan dan menjengkelkan bagi saya ketika mula-mula bertugas sebagai mod adalah apabila user sering membuka thread baru iaitu thread ulangan dan lagi satu yang paling saya tak tahan adalah membuka thread CINTA/COUPLE…sedangkn dah jelas terang2an di etika/peraturan forum…

“anda dilarang membuka thread baru berkaitan couple tanpa izin mod”

Tapi selalunya mereka yang berkenaan terlupa untuk membaca peraturan, atau mungkin buat-buat tak nampak lalu membuka thread cinta lagi dan lagi hingga pernah satu time, saya memang dah hilang sabar, pantang nampak bab-bab jiwang, soal hati, terus saja locktanpa belas kasihan..

“owh..kejam jugak aku nie..haha!sorry..”

dan di kemuncaknya, ada user membuka thread baru pula..

"Kenapa Banyak Thread Cinta Di Buka?"


Antara Dakwaan.

"entah lah susah nak faham, kenapa topik cinta juga yg menjadi pujaan hati"

Adakah kita lupa bahawa, apabila nabi Adam A.S berada di dalam syurga, beliau mempunyai segala-galanya yang tidak dapat kita bayangkan, tetapi beliau masih rasa kesunyian? lupakah kita cerita itu? Sedangkan kita di cipta berpasangan, bukankah begitu?So apakah yang hendak di hairankan?

Jangan kita fikir, semua di luar sana sama macam kita, semua boleh mencapai cinta yang tertinggi, iaitu cinta pada Allah, kerana banyak remaja kita di luar sana masih goyah pemahaman mereka terhadap Islam, apakah yang perlu kita lakukan sebagai pendakwah muda?

"lupakah anda yg web site ini namanya adalah iluvISLAM..bukanlah iluvYOU..haih."

Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have not seen how the Prophet shed their blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do we call that then?

Think young preacher!! Think!! Others are preaching love, and we are preaching hatreds among us.

Only Allah knows best,
mr X.


Aku Menakwil.

"Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have no not seen how the Prophet shade thier blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do you called that then?"

Adakah anda yang berkata-kata, pernah klik butang ini

Have you?di sini..link mengenai cinta dan couple sudah TERLALU banyak..kata-kata saudara/i seolah-olah menuduh kami menidakkan rasa cinta sesama manusia sedangkn sebenarnya kami telah memberi banyak peluang utk membincangknnya..malah melimpah ruah..

Tolonglah patuhi etika dan peraturan forum…luangkn sedikit masa, baca dan fahamilah..manfaatkan butang search..:)


Kenapa Ada Cinta?

Tak cukup dengan membuka thread baru, kadanga ada juga user yang PM dan YM meminta pandapat saya tentang cinta..masalah cinta..ada jugak yang emel..susah juga bagi saya nak jawab..al maklumlah dah bukan musim/mood ingin bercinta..so nak jawab setiap satu persoalan pun kadang-kadang rasa berat..

Kenapa cinta?

Mungkin kerana zaman remaja adalah zaman yg paling optimum, paling sesuai dan paling masak ranum untuk bercinta..tgk pulak rakan-rakan sekeliling..semuanya berteman, semuanya berdua.. semuanya bercouple…maka perasaan ingin tahu membuak-buak..

“aku pun nak rasa cmne bercinta, cmne ade boifren..cmne ade gulfren..nanti klu tak suka, bleh clash bila2"

Agaknya itulah yang kebanyakan remaja rasakan…inkuiri yang tinggi..perasaan ingin tahu, ingin mencuba dan ingin merasa..namun akhirnya menjerat diri bila soal hati dan perasaan menjadi taruhan..lagi menyedihkan apabila maruah dan masa depan diperjudikan bila sudah mabuk cinta..bila sudah hanyut dalam cinta..mata dan hati menjadi buta… org ckp apa pun dah tak guna, dah tak makan saman..semuanya kerana cinta..

“buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan”

Kenapa Cinta?

Mungkin juga kerana pengaruh tv dan movie..setiap cerita dan kisah yang terpapar di tv dan vcd, semuanya pasti di selitkan dgn kisah-kisah cinta..paling tak leh lawan citehindustan..cikgu kaunselor saya masa sekolah dulu pernah cakap..

“kalu bleh takyah tgk cite hindustan..byk berkhayal..nnt awak pun turut sama berkhayal”

Wohoo!..mungkin jugak betul..berkhayal sekali..depa menyanyi dan menari kat dlm tv..kite kat depan tv pn rasa nak joget sekali goyang-goyang kaki..iya tak? rasa terbuai sekali, oh..indahnya cinta!..dan bila depa sedih, tup3 kite kat depan tv nie pun turut sama meleleh air mata…kan? kan?

"seperti aku jua ada pengalaman serupa.."

Kenapa Cinta?

Mungkin juga kerana fitrah semula jadi manusia..yang di ciptakan berpasang-pasangan..seperti juga adam yang hidup bahagia di syurga..semuanya sempurna..semuanya ada di syurga namun adam tetap juga kesepian..lantas Allah ciptakan Hawa untuknya..sebagai peneman hidup..dan hakikatnya, kita anak cucu nabi adam juga tak lari dari perasaan yang sama..tuntutan hati yang ingin di sayangi dan menyayangi..

“oh..indahnya cinta~!!”

Teringat puisi yang pernah saya cipta suatu masa dulu..

"Cinta..putiknya rindu sudah menyakitkan, apatah lagi bila ianya kembang lalu layu..kelopaknya gugur ke bumi satu persatu…”

Hurmm..jiwang bleh tahan jugak saya nih..but..well…love is pain..dan makin kuat kita sayangkan seseorang itu, makin kuat juga perasaan takut kehilangan..bukankah bila kita cintakan seseorang, akan ada rasa rindu? dan rindu kepada sesuatu yang bukan milik kita, bukankah ianya menyakitkan? selagi dia tidak melafazkan ucapan ijab dan kabul..selagi dia tidak melafazkn akad..maka dia bukanlah milik kita dan kita juga bukan milik dia..maka untuk apa rasa cinta itu? untuk apa rasa rindu yang menyakitkan itu? tiada gunanya..


Cinta Kerana Allah

Ana uhibbuka fillah..aku mencintainya kerana Allah…Alhamdulillah jika ianya benar..tapi banyak mana yg mampu mencintai seseorang kerana Allah..mampu menyintai Allah lebih dari org yg dia cintai? jika anda tidak mampu untuk berbuat demikian..maka batalkan dulu niat untuk bercinta…

“cinta itu manis dan indah namun cinta itu juga mampu menjadi racun yang membinasakan..”

Apakah Hukumnya Bercinta Sebelum Nikah?

Saya bukanlah ustazah…so bab hukum hakam ni saya tak mampu cakap apa.. ada adik-adik bertanya kepada saya soalan yang cenggini..jawapan saya mudah..

“soal hati bukannya bleh di paksa..akak faham..tp kalu bleh, tolak tepi dulu soal cinta dan fokus kepada study dan famili dulu yer, kejar cita-cita sebelum mengejar cinta”

itu la jawapan saya..mungkin fikir nak mudah tapi itulah yang terbaik, insyaAllah..

Aku Insan Lemah

Aku insan lemah…
Yang sering lelah dalam nafasku sendiri
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri
yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi
yang masih tercari-cari..
hidayahMu ya Ilahi

Aku insan lemah…
Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah
Dengarkanlah rintihan lemahku ini
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi
Dalam heningnya suasana malam
Dalam dinginnya embun pagi
Agar diaminkan oleh jutaan malaikat
Agar segala pintaku Engkau berkat

“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati
Sepertimana yang aku harapkan
Sepertimana yang Engkau janjikan”
Kerana aku insan lemah…

Buatmu Teristimewa





Andai kau tiada,
Pasti hidupku tak sempurna,
Walau egoku cuba dipertahankan,
namun tak mampu ku lawan Aku harus mengaku,
Aku takkan hidup tanpamu wanita.

Hadirmu membawa sejuta erti,
Buat manusia bergelar lelaki.

Malah,

Adam mengakui,
Keindahan syurga tiada seri,
Tanpa kehadiran seorang isteri,
Dan keranamu Hawa,
Aku bernafas di atas dunia.

Bermula dari kehidupan di syurga,
Kau buat diriku merasa bahagia,
Tak sanggup ku berpisah dengannya,
Walau untuk hidup di dunia.

Biarlah mataku buta,
Daripada melihat akan kehilangannya,
Andai aku kejam padamu,
Maafkanlah aku,
Aku tak sanggup menyakitimu.

Namun harus ku tahu,
Aku tak mahu bertemankan nafsu,
Lantas kau menjadi mangsaku.

Sesaat aku terkaku,
Lantas ku sedar akan kedudukanku,
Yang tak pantas buatmu,
Harus aku membimbingmu,
Agar dapat ku angkat darjatmu.

Namun aku masih belum mampu,
Menjadi yang terbaik buatmu wanita.




Andai aku melindungimu,
Maka terpeliharalah hidupmu.

Namun,
Sekiranya aku memperjudikan dirimu,
Nescaya celakalah duniamu.

Kau punya hati nurani,
Yang tak mampu ku bohongi,
Mahumu hanya pada cinta,
Yang takkan membuatmu binasa.

Janganlah kau dikaburi cinta,
Dari sang lelaki durjana,
Ku tuliskan isi hati,
Dari nurani sang lelaki.

Dan aku,
Aku akan berjanji,
Akan memimpinmu di suatu hari,
Menemui cinta hakiki,
Percayalah pada diri,
Kerana kau teristimewa di hati ini.

Siapalah aku seorang lelaki,
Tanpa kau di dunia ini.




Meneliti Aib Diri Sendiri




Nukilan ini dari (Hujjatul Islam) Imam Ghazali:

Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu 'anhu berkata : "Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib kepadaku."

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : "Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai."

Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. Akhirnya Salman berkata : "Aku mendengar engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi engkau memakainya di malam hari."

"Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?" Tanya Saidina Umar.

"Tidak"

"Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan," ucap beliau.

Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu 'anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. "Engkau adalah sohibus sir (orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?"

Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hari jernih mampu mengambil pelajaran dari pelbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.

Percintaan Dan Kasih Sayang

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran