Monday, January 31, 2011
What's Happening in Egypt Today
"This is a country that is falling apart,"-Mohamed ElBaradei- a leading opposition figure
Chaos in Cairo
On Saturday, the tens of thousands of police who normally patrol the streets vanished. Security officials, asked why they disappeared, said that remained unclear. But the police, who are hated by many, may have been seen as just fanning the flames.
protesters take to the street in Egypt
one of the latest news :
1. semua flight ke luar mesir telah dibatalkan
2. semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan
3. harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda
4. huru hara kat airport, dibanjiri manusia
5. dalam masa 24 jam, sekirang tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..
[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
- Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
- Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
- Share this on Facebook.
What's Happening in Egypt????
APA YANG TELAH TERJADI
Isu-isu di Tunisia, Lubnan, dan Mesir berbeza, tapi kemarahan terakhir yang telah lama di pendam selama di semua tiga negara sebagai aduan dibawa ke jalan. Di Tunisia, di mana protes telah menggulingkan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali, demonstrasi diteruskan berusaha untuk menggulingkan sekutu-sekutunya yang masih dalam kedudukan mereka. Sementara itu, kerajaan interim Tunisia telah mengeluarkan surat perintah penangkapan antarabangsa bagi bekas presiden dan ahli keluarganya. Di Lubnan, Sunni penyokong Perdana Menteri terguling Saad Hariri turun ke jalan dalam "hari kemarahan", membakar ban dan menyekat jalan di Tripoli dan Sidon. Saat itu di Mesir, di mana peristiwa yang paling dramatik dianggarkan sebagai protes terbesar dalam satu generasi menggoncang Kaherah. Para demonstran, banyak terpengaruh oleh peristiwa di Tunisia, menyeru menamatkan hampir 30 tahun kuasa oleh Presiden Hosni Mubarak. Dikumpulkan di sini adalah gambar-gambar dari ketiga-tiga negara.
Lagi gambar
Menarik | Sembahyang apabila di seru. Protes tetap protes !
p/s: Dorang jugak telah memutuskan segala sistem perhubungan untuk rakyat, tak kiralah sms, telefon, social network macam facebook, twitter, myspace. Mereka tidak boleh berhubung antara satu sama lain. Semuanya out of service.
Sumber: Boston.com
Di sini, berita yang lebih menarik nabel taggedkan untuk pembaca setia. credit to:amri aziz | wakatabob.blogspot.com
assalamualaikum
kalau anda semua jenis yang tengok berita atau membaca surat khabar tentu anda akan terbaca tentang pergolakan dalaman yang berlaku di Mesir Tunisia dan Lubnan
dan semua pergolakan yang berlaku ini mempunyai sebab dan persamaan yang hampir sama
mari kita lihat
TUNISIA
tunjuk perasaan mula berlaku mereka mula menuntut Presiden Zine El Abidine Ben Ali untuk berundur setelah 23 tahun memerintah Tunisia
pemerintahan beliau yang dianggap "KUKU BESI" kerana rakyat mengalami penyusutan taraf hidup yang tinggi di mana berlaku kenaikan yang tak terkawal bagi harga barangan keperluan seperti susu dan roti
selain itu sikap isteri Zeni yang boros turut menyerlahkan "KUKU BESI "beliau
selain itu dia turut mencuri kekayaan negara Tunisia dengan membawa keluar jongkong emas sebanyak £35juta sebelum diusir
walaupun Zeni sudahpun ditumbangkan dan kerajaan baru dibentuk tetapi tunjuk perasaan terus melakukan demonstrasi kerana enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan
MESIR
keadaan yang lebih kurang sama berlaku bila Presiden Hosni Mubarak dituntut untuk berundur oleh rakyat Mesir itu sendiri
beliau yang telah menimpin selama 30 tahun dikatakan tidak menghiraukan kebajikan rakyat dimana pengangguran dan rasuah berleluasa
tempoh 30 tahun yang terlampau lama ini menimbulkan rasa tak puas hati rakyat
ura ura yang mengatakan bahawa jawatan presiden selepas ini akan diturunkan keapda anaknya menambahkan lagi kemarahan rakyat yang sudah lama terpendam
umpama mencurahkan petrol ke api
situasi kedua dua negara ini hampir sama dalam beberapa aspek
1-kepimpinan yang korup dan mementingkan diri
negara adalah untuk rakyat dan sebagai pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat
sekiranya kebajikan rakyat terabai dan pemimpin itu dibutakan dengan nikmat harta maka rakyat akan merusuk kerana merasakan ketidak adilan
2-tempoh pemerintahan yang terlampau lama
kedua dua presiden ini memimpin sudah terlampau lama
23 tahun bagi Zeni dan 30 tahun bagi Hosni
satu tempoh yang lama dan akan menimbulkan kemarahan rakyat apabila dalam tempoh itu kebajikan mereka terabai
idea idea mereka mungkin tidak lagi relevan dengan kehendak rakyat dan kelemahanpemerintahan merek sudah dikesan rakyat dan bagi rakyat sudah tiba masanya mereka berundur tetapi keengganan mereka mereka berundur kerana kuasa menegangkan keadaan ini
3-kebajikan rakyat yang terabai
kehidupan ekonomi kedua dua negara ini terabai kerana berlaku peningkatan dalam harga barang asas seperti keperluan makanan
kenaikan ini akan mengurangkan kuasa beli rakyat dan rakyat merasakan mereka semakin miskin tetapi pemimpin mereka hidup kaya raya
ketiga tiga faktor umum ini akhirnya membawa kepada situasi yang berlaku di Mesir dan Tunisia
tetapi cuba kita fikir
adakah negara bertuah kita ini akan berlaku keadaan seperti ini
insyaAllah tidak sekiranya pemimpin menjaga kebajikan rakyat dan berkhidmat demi kehidupan rakyat dan bukannya demi kehidupan mereka
saya tidak mahu untuk mengulas secara berlebihn dan menjadi extremis pihak politik di Malaysia (pembangkang dan kerajaan) tetapi tidak kira siapa pun yang memerintah negara ini perlulah memerintah demi kesejahteraan rakyat
contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz
walaupun tempoh pemerintahan beliau amat singkat tetapi sifat baginda yang sanggup bersusah dan berkhidmat ikhlas untuk rakyat telah menjadikan kerajaan ketika itu kuat dan penentangn yang berlaku dapat dikurangkan
sekiranya kerajaan menjaga kebajikan rakyat maka tiada sebab pembangkang untuk membangkang
kepada pemimpin negara yang tercinta ini janganlah dibutakan dengan kuasa dan harta
buruk padahnya
untuk anda dan negara
Mesir Kini Di Tangan Rakyat. Desak Mubarak Undur
Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.
Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.
Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi
Pernahkah Kita Berterima Kasih Kepada Mereka yang terdahulu (Siapa Mereka)
Setiap kali berkunjung ke Pekan Kajang atau melintasi masjid jamek pekan kajang, sentiasa terpandang sebuah papan tanda yang bertajuk Barangsiapa Yg Tidak Berterima Kasih Kepada Manusia Dia Tidak Bersyukur Kepada Allah. Cukup menarik maksud hadith ini, namun adakah kita terfikir akan maksud hadith ini.
Adakah kita hanya patut berterima kasih kepada Kerajaan sahaja yang memberikan segala kemudahan kepada kita (baca kerajaan malaysia,amanah rakyat,duit rakyat) . Atau lebih jauh lagi daripada itu????
Berterima kasihkah kita kepada ibubapa kita yang melahir dan membesarkan kita dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah kita dewasa dan memberikan kita segala kasih sayang dan pendidikan secukupnya, serta pakaian yang sebaik-baiknya untuk kita seharian dan di musim perayaan.
Berterima kasihkah kita kepada guru-guru kita di sekolah yang mendidik kita mengenali huruf-huruf abjad dari A hingga Z dan mengenalinombor-nombor yang membolehkan kita sekarang mengenali dunia tanpa sempadan. Sehingga kita menjadi seorang yang dikenali sebagai guru, kerani , kontraktor dan sebagainya.
Berterima kasihkah kita kepada guru-guru agama yang mendidik kita al-quran secara formal atau tidak formal (secara kampong) yang membolehkan kita mengenal huruf-huruf hijaiyyah (alif hingga ya) dan juga ilmu-ilmu agama yang membolehkan kita mengenali diri kita sendiri dan mengenali Penciptanya (Allah S.W.T.).
Berterima kasihkah kita kepada ramai yang terlibat di dalam membesar dan mendidik kita secara tidak langsung.
1. Petani
Yang membajak sawah dan menanam padi dan menjadikan ia sebagai makanan yang membesarkan kita, tanpa penglibatan mereka di manakah makanan yang kita makan setiap hari. Tidak perlu berterima kasihkah kepada mereka kerana makanan yang makan setiap hari itu kita beli dengan hasil peluh kita sendiri?
2. Tukang Kebun
Yang menjaga dan mengindahkan persekitaran sekolah supaya kelihatan cantik dan indah yang membolehkan kita menghirup udara segar dan nyaman yang membantu kecerdasan minda kita dalam pembelajaran dan pelajaran kita.
3.GURU
Yang menjadikan kita mengenal huruf abjad dan bilangan 1,2,3, sehinggalah kita boleh mengenal dunia luar yang serba indah. -/mencari keredaan
Wanita Perlu Waspada: Jangan Hias Kereta Anda Dengan Anak Patung
Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.
“Selamat Pagi, Cik Kak..”
“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:
“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..
“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”
“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.
“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.
“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.
“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.
Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!! -GB
Wednesday, January 19, 2011
Bayi dilahirkan setelah ibunya disahkan meninggal dunia
Mahmoud Soliman sebagai suami yang berumur 29 tahun tak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan dalam satu masa. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapatkan seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya. Yang mengharukan, Aya Jayne nama bayi tersebut, dilahirkan dua hari setelah Jayne dinyatakan meninggal akibat otaknya tidak boleh berfungsi lagi. Berkat bantuan perubatan, Aya boleh dilahirkan dengan selamat.
Sebenarnya kehamilan Jayne tidak bermasalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengadu sakit kepala. Mahmoud melarikannya ke hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian, doktor menyatakan otak bekas atlet ski ais England ini tidak berfungsi dan dia sudah sahkan mati.
Doktor telah cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan bermacam peralatan. Ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne boleh diselamatkan. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya bioleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne boleh lahir dengan selamat melalui pembedahan cesar.
Aya sempat diletakkan di atas perut ibunya untuk memberi sedikit waktu bagi keduanya untuk bertemu. Setelah itu Aya langsung dilarikan ke unit perawatan intensif. Sedangkan Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan batuan untuk hidup.
Mahmood berkat nama“Aya” berasal dari bahasa Arab yang berarti “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne ketika masih hidup./B104
Bila lelaki kehilangan tulang rusuk
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
* Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*
*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*
*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *
Friday, January 7, 2011
Manusia, Malaikat dan Syaithan.
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...
Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih
Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...
Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....
Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh...best tu....
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...
Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah kejalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah danRasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan didunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Thursday, January 6, 2011
17 Warga Chicago Peluk Islam Setelah Lihat Iklan di Bas.
Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas
"Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sadar bahwa itulah akhir dari pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya," kata Toole.
Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya selebaran dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari risalah itu. "Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca," Toole mengisahkan.
"Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya," sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan "Got Questions? Get Answers"dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.
Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadat pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.
Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.
"Saya sangat berterimakasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam," kata Toole.
GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka bisa belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.
Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. "Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahwa anda telah menemukan rumah yang benar," papar Toole.
Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sampai 20 Oktober lepas. Dan iklan itu diperpanjang sampai 23 November mendatang kerana mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.
Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar sebagai biaya pemasangan iklan 25 bas CTA yang melayani jalantaya di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamanwebnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.
Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehbmeluruskan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.
Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.
Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Kanada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut.