Wednesday, November 9, 2011

Berpenampilan Menarik


Penampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama.
Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai  tingkah laku, sifat, kerjaya dan sebagainya. Jadi, apakah fakta sekiranya anda memiliki penampilan diri yang menarik?
(1) Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, peratus seseorang yang berpenampilan menarik berjaya di dalam temuduga adalah tiga atau empat peratus lebih tinggi berbanding  orang yang kurang berpenampilan menarik.
Ini menunjukkan bahawa penampilan mempengaruhi penemuduga dalam memilih pekerja.
(2) Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan lelaki yang berpenampilan menarik adalah lebih tinggi berbanding wanita yang berpenampilan menarik.
(3) Seorang yang berpenampilan menarik mempunya peratus sebanyak lebih 80% untuk mempengaruhi orang lain.
(4) Lelaki yang berpenampilan menarik lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang yang lebih berusia berbanding rakan sebaya atau seseorang yang lebih muda daripada mereka.
(5) Berpenampilan menarik sebenarnya mempengaruhi minda separa sedar orang lain untuk membina kepercayaan terhadap diri anda.
(6) Kajian juga menunjukkan bahawa majoriti seseorang yang memiliki penampilan yang menarik bekerja dalam bidang media massa.
(7) Kepandaian seseorang yang berpenampilan menarik biasanya adalah lebih rendah berbanding mereka yang tidak berpenampilan menarik.
(8) Seorang yang berpenampilan menarik lebih bersifat aktif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi berbanding mereka yang kurang berpenampilan menarik yang lebih pasif dan pendiam.

No comments:

Post a Comment