Sunday, July 22, 2012

Bahaya Duduk Kaki Bersilang


Bahaya Duduk Kaki Bersilang

Pernah tak korang baru 15 minit duduk di kerusi, pastu dah berasa penat dan tukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, korang tukar lagi posisi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan.

Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat. Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran bergerak.


Duduk dengan bersilang kaki akan memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar. Ia mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh. Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’.

Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. So, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik.

Tazkirah Ramadhan : Puasa Dan Kesihatan




Tazkirah Ramadhan : Puasa Dan Kesihatan

BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siangmalah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat (perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

·  Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

·  Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

·  Mengulangi makanan sepanjang malam.

·  Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

·  Tidur selepas kenyang makan.
 

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

·  Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

·  Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

·  Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa



13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
 
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
 
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan, sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa



Perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa

Membatalkan Puasa:

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.

4) Haid atau nifas.

5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).

6) Murtad (keluar dari Islam).

7) Gila (hilang akal).


 
Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.

2) Mengumpat, mengata orang.

3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.

4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.

5) Marah.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan



Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

Cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Nah, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita melambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun. Kerana itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat.

Friday, April 13, 2012

Sayang...Bahagiakah Kita?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...
"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.
Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.
Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.
Bahagia Itu dari Hati yang Tenang
Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.
Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.
Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.
Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.
Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.
Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.
Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

Thursday, April 5, 2012

Memahami Perubahan Anak-anak dan Beberapa Persediaan Untuk Menghadapinya (Siri 1)

Tanpa disedari, anda mungkin termasuk di kalangan ibubapa yang tidak benar-benar bersedia menghadapi perubahan diri dan perkembangan anak-anak.
Anak yang dulunya anda dakap buat kali pertama untuk diazankan, rupa-rupanya begitu cepat berubah dan membesar. Anda tentu masih dapat membayangkan perubahan anak anda iaitu daripada seorang bayi yang hanya tahu tidur dan menghisap susu, dia mula belajar bertatih dan berjalan, selepas itu tahu berkata-kata, dan kemudian pandai meminta itu dan ini.
Anda tentu masih ingat hari pertama menghantarnya ke sekolah rendah, kemudian membantunya menghadapi UPSR. Kemudiannya anda melihat dia membesar ketika di sekolah menengah dan seterusnya di pusat pengajian tinggi.
Hari ini mungkin dia sudah semakin besar dan mampu memandu kereta untuk pulang ke kampung anda. Rupa-rupanya bayi yang asalnya kecil itu telah membesar begitu cepat menjadi seorang remaja yang hebat, sehingga anda merasakan rindu untuk kembali mendokongnya sebagai bayi dan bermain-main dengannya seperti dulu.
Satu kehilangan?
Itulah hakikat fasa perubahan manusia yang perlu diakui oleh kita semua. Sesetengah ibu bapa melihat perubahan yang berlaku kepada anak-anak ini sebagai 'kehilangan' yang berlaku secara sedikit demi sedikit.

Mereka melihat, semakin anak itu membesar, semakin sedikitlah masa yang dapat diluangkan bersama-sama. Semakin anak itu membesar, semakin susah anak itu menerima pendapat dan arahannya. Semakin anak itu membesar, semakin sedikitlah peluang mereka dapat bermain-main dan bermesra dengan anak-anak. Itulah yang mereka rungsingkan.
Akibatnya, mereka secara tidak sedari cenderung untuk menafikan hakikat bahawa anak-anak mereka semakin membesar dari sehari ke sehari. Serta tidak bersedia menyesuaikan pendidikan anak-anak dengan tumbesaran mereka.
Bagi ibu bapa ini, mereka perlu difahamkan bahawa setiap perubahan dan perkembangan pada diri anak-anak adalah ketetapan Allah SWT.
Dia telah menjadikan manusia berubah-ubah mengikut fasa usia masing-masing. Allah berfirman, maksudnya: "Allah adalah yang telah menjadikan kamu dalam (keadaan) lemah, kemudian memberikan kamu kekuatan selepas keadaan lemah, kemudian menjadikan selepas kekuatan, keadaan lemah dan rambut beruban. Dia menjadikan apa yang Dia inginkan. Dan Dialah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa." (Surah Al-Rum, ayat 54)
Allahlah yang sebenarnya berperanan mengubah kejadian manusia ini dari kecil dan lemah hingga besar dan kuat, kemudian kembali menjadi lemah dan tidak berdaya. Peranan ibubapa pula adalah untuk memahami perubahan ini dan bersedia untuk mengadaptasi peranan mereka sebagai ibubapa sesuai dengan perkembangan fizikal, emosi, daya fikir dan jiwa anak-anak.
Pedoman Nabawi
Keperluan mendidik anak-anak mengikut perkembangan usia mereka adalah satu prinsip yang ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW. Baginda memberikan gambaran melalui pendidikan solat yang merupakan pendidikan amali yang terpenting bagi seorang muslim. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat bila dia berumur tujuh tahun, dan pukullah dia jika enggan solat bila berumur sepuluh tahun, dan pisahkan antara anak-anak lelaki dan perempuan (bila mencecah umur sepuluh tahun)."
Secara umumnya arahan Baginda SAW itu menunjukkan bahawa umur tujuh tahun adalah umur yang sesuai untuk memulakan pembelajaran yang serius. Umur sepuluh tahun pula digambarkan sebagai umur yang sesuai untuk mendisiplinkan anak-anak dengan peraturan agama dan kehidupan. Kita diajar bahawa pada umur sepuluh tahun inilah anak-anak baru bersedia untuk dihukum melalui pukulan.
Baginda juga menggambarkan bahawa pada umur sepuluh tahun ini langkah pencegahan kecurangan dan maksiat perlu dilaksanakan. Rasa ingin tahu anak-anak yang sedang membesar itu boleh membawa kepunahan jika ibu bapa tidak menyediakan sempadan dan sekatan. Sebab itulah Baginda bertegas agar anak-anak dipisahkan tempat tidur bila mencapai usia ini.
Arahan Junjungan Nabi ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa peka dengan perkembangan usia anak-anak. Terdapat empat bentuk perubahan pada diri anak-anak yang kadang-kadang kurang diberikan perhatian oleh ibubapa.
Berikut adalah empat aspek perubahan anak-anak yang memerlukan keprihatinan ibu bapa.
4 aspek perubahan yang perlu diberikan perhatian:
Perubahan dari sudut pergantungan  memerlukan perubahan kawalan ibubapa
Perubahan dari sudut kecenderungan memerlukan perubahan pendekatan mendidik
Perubahan dari sudut daya fikir memerlukan perubahan dalam komunikasi
Perubahan dari sudut pergaulan sosial memerlukan perubahan dalam berkongsi kasih
Dalam ruangan ini kami persembahkan dahulu gambaran umum persoalan perubahan anak-anak dan bagaimana menanganinya. Insyaallah dalam catatan akan datang kami akan membincangkan ssatu per satu empat aspek perubahan anak dan bagaimana menanganinya.
Selamat mendidik anak-anak.

Tuesday, April 3, 2012

Lelaki-Lelaki dan Bengkel Besi - Sebuah Cerpen

Dia bertanya, "Ada berapa tempat dalam hidup kamu, yang kamu tersenyum dengan senyuman yang benar-benar daripada hati?"
Untuk soalan itu, saya sering termangu-mangu sendiri. Tidak banyak tempat yang saya benar-benar tersenyum daripada hati, tetapi setidak-tidaknya saya masih tersenyum, dan pada ketika itu, saya ditanyakan lagi satu soalan oleh lelaki tua itu, soalan yang membuatkan termangu saya menjadi menungan yang panjang.
Lelaki dan bengkel besi
Saya adalah lelaki yang hidupnya kasar, sangat kasar sehingga pernah saya diberitahu, lembut embun pagi pun enggan singgah pada tubuh saya. Tidak tahu saya, mengapa kata-kata begitu dilemparkan kepada saya, tetapi untuk setiap kata-kata yang datang kepada saya, saya yakin ia bukan kata-kata untuk mengambil hati.
Saya bekerja sebagai pembuat parang, dan katakan parang jenis apa yang kamu mahukan, saya pasti sediakan. Parang panjang, parang bengkok, parang pendek, ataupun parang-parang yang kamu lihat daripada filem Lord of The Ring. Katakan sahaja, saya pasti usahakan.
Untuk kerja itulah saban hari saya bermain dengan panas api, merah besi dan tajamnya denting tukul. Semua itu menjadikan otot saya padat, bersegi-segi dan urat-urat seperti tali yang berselirat pada tubuh saya.

Itulah dunia, apa sahaja yang mampu diterangi matahari, pasti mampu juga dilindungi bayang. Dan pekerjaan itu menjadikan saya, lelaki yang pendiam. Sangat pendiam dan saya hanya berbicara dengan denting-denting besi.
Pada ketika itu hanya denting besi yang mampu menyelongkar rasa bahagia dalam hati saya. Semakin kuat dentingnya semakin saya berasa bahagia. Dan seperti manusia biasa yang lain, saya juga punya kisah di sebalik bahagia yang saya peroleh daripada dengting besi itu. Kisah yang saya tidak pernah ceritakan kepada sesiapa, tetapi tetap diketahui oleh seorang lelaki tua.
Lelaki tua yang lebih hormatnya adalah adik kepada arwah ayah saya.
Bapa saudara.
Hari itu, pada ketika saya sedang peluh sudah membasahi wajah, hanya kerana bagi menempa parang Barrow, lelaki tua itu datang dengan wajah yang tenang. Dengan kopiah lusuh yang hanya hilang pada ketika mandi dan tidur, dengan baju Melayu cekak belanga ungu yang sudah tidak berbutang dan seluar hitam yang sudah nampak kelabu, dia duduk di pangkin, memerhati dengan pandangan orang yang penuh pengalaman hidup.
Dia tidak saya sambut, tidak saya pedulikan kerana saya sangat tahu, setiap kali dia datang, dia hanya datang dengan niat mengubah hati saya. Bukan sekali dua tetapi berkali-kali, namun kali ini, wajahnya sudah seperti nampak pada penghujung sabar, dan saya tahu, saya hanya perlu bersabar sedikit sahaja lagi bagi memastikan, lelaki tua itu tidak akan datang untuk selama-lamanya ke tempat penuh api ini.
"Sampai bila kamu mahu membuat parang?" Itu soalan pertamanya kepada saya.
Parang yang sudah terlihat bentuknya, saya kembali cucuh ke timbunan arang batu yang merah. Panas api itu sama dengan panas soalan daripada lelaki tua itu. Dan panas itu membuat saya hanya diam berdiri.
"Kamu ada ijazah, dan kamu ada pengalaman kerja yang bagus, mengapa kerja yang begini juga yang kamu kejarkan?" Lelaki tua itu terus bertanya dan saya terus diam memerhatikan bilah parang yang kembali merah.
"Sekiranya bengkel besi itu milik kamu, pak cik faham yang kamu mahu berniaga. Tetapi bengkel ini bukan kamu yang punya. Kamu hanya pekerja kepada Ah Chai, dan paling utama pak cik tahu, kamu tidak ada perancangan apa-apa pada kerja kamu ini. Sangat sia-sia ijazah dan pengalaman kerja kamu."
Saya tahu, diam adalah pertahanan terbaik saya. Saya tahu, dengan diam saya ini, lelaki tua itu akan berlalu, dan bagi mempercepatkannya pergi, bilah parang yang merah itu saya ketuk dengan sekuat hati, biar dentingnya menyerang gegendang telinga lelaki tua itu.
Ting! Ting! Ting! Sekuat hati, itu yang saya niatkan. Ting! Ting! Ting!
Dan sekuat hati juga, lelaki tua itu menarik bilah parang yang merah daripada tangan saya, dan terus dicucuhkannya kepada timbunan arang batu yang menyala di hadapan saya.
"Saya tahu mengapa kamu kerja di sini. Kamu bekerja di sini kerana kamu mahu menebus dosa kamu kepada arwah ayah kamu, dengan menyambung pekerjaannya sebagai tukang besi. Tetapi kamu lupa, ayah kamu menyekolahkan kamu, bukan kerana mahu kamu menyambung pekerjaannya ini, tetapi mahu kamu bekerja yang lebih baik! Dan ini bukan caranya kamu menebus salah kamu kerana kamu tidak pernah bersalah, tetapi kamu cuma tidak dapat menerima ujian hidup." Lelaki tua itu mula bersyarah, dan saya masih tidak menyangka lelaki tua itu masih kuat dan mampu merentap bilah parang daripada tangan saya.
"Mengapa kamu diam?" Lelaki tua itu mula keras suaranya.
"Soal hati, sampai bila pun pak cik tidak akan tahu," jawab saya untuk pertama kalinya.
"Berapa kali pak cik mahu katakan, kamu tidak pernah bersalah ke atas kematian ayah kamu. Kamu tidak pernah bersalah sedikit pun. Tetapi sekiranya kamu berasa begitu, apa yang kamu buat ini tidak akan menyembuhkan luka hati kamu. Biar seribu bilah parang pun kamu siapkan, luka hati kamu tidak akan sembuh, dan tidak akan pernah sembuh!" bidas lelaki tua itu.
Atas kerana hormat, biarpun hati saya sudah diserang rasa tidak senang pada kata-kata dan perlakuan lelaki tua itu, saya tetap mencuba tenang dan diam.
"Kamu mahu memberontak kepada Tuhan?" soalnya, dan soalan itu membuatkan saya berpaling buat pertama kali kepada dia.
"Kata Imam Ghazali, "Cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah 'memberontak' kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Dan kamu ini sudah melakukan lebih daripada kebiasaan hidup. Kamu berhenti kerja, kamu berhenti tersenyum, muram, diam, dan malah sudah jarang betul saya melihat kamu solat."
"Saya yang diuji, bukan pak cik. Sekiranya pak cik berada di tempat saya, tidak mungkin pak cik akan berkata begitu," bidas saya geram dengan suara yang ditahan-tahan agar terdengar masih hormat kepada dia..
"Itu memang benar, tetapi apa yang berlaku ke atas diri kita itu adalah perkara kecil, perkara yang lebih besar adalah apa yang terjadi kepada hati kita? Jadi kematian ayah kamu itu bukan soalnya kerana setiap manusia akan mati, tetapi apa yang terjadi kepada hati kamu. Apa yang terjadi? Apa yang jelas, kamu seperti tidak redha dan hati kamu seperti gagal dalam ujian Tuhan. Jangan sesekali hati kamu gagal pada ujian. Kamu mungkin boleh berkali-kali gagal di luar. Gagal pada pelajaran, gagal pada cinta, gagal pada usaha, gagal pada pekerjaan, tetapi jangan... jangan sesekali gagal pada hati. Kerana pada ketika kamu gagal pada hati, kamu akan hanyut pada kesempitan hidup, dan hanyut pada kegagalan," terang lelaki tua itu.
"Gagal saya, tidak akan membawa pak cik iku sama gagal," hujah saya.
"Kamu adalah anak abang saya, dan kamu sudah saya anggap sebagai anak saya sendiri. Jadi, adakah seorang 'ayah' sanggup melihat anaknya 'gagal'? Tidak, saya tidak sesekali sanggup melihat kamu gagal kerana walaupun saya cuma bapa saudara yang miskin, yang belajar tidak tinggi, tetapi sayang saya kepada kamu, tidak kurang daripada sayangnya ayah kamu kepada kamu!"
Entah bagaimana, seketika kata-kata lelaki tua itu seperti air yang disimbah pada hati saya. Seketika, hati saya seperti lumpur keras yang terkena air, dan mula melembut. Saya diam tetapi diam saya kali ini berbeza, diam yang saya tidak tahu entah apa perasaannya.
"Ada berapa tempat dalam hidup kamu, yang kamu tersenyum dengan senyuman yang benar-benar daripada hati?" soal dia lagi.
"Senyum itu tidak perlu dikira. Sekiranya dikira juga, kita hanya akan berjumpa dengan lebih banyak tangisan," balas saya lalu tersenyum sinis.
"Kamu hanya akan berjumpa tangisan, apabila kamu tidak berjumpa dengan senyuman pada tempat itu. Sekiranya kamu berjaya senyum pada tempat itu, saya yakin kamu tidak akan lagi begini," jelas dia.
Kata-katanya itu membuatkan saya tertarik untuk lebih tahu, namun saya memilih diam kerana hanya itu perkara terbaik yang mampu saya buat. Pada ketika itu juga, lelaki tua itu mengambil bilah parang yang sudah merah dan menukulnya dengan sekuat-kuat hati. Terbit asap dan percik api, dan ia membuatkan saya semakin tertanya-tanya.
"Rasulullah pernah bersabda, "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!" Seperti besi yang kamu tempa ini. Adakah besi yang kamu tempa ini sudah sedia bersih? Pasti ia adalah besi hitam, kotor dan penuh karat. Adakah membasuhnya dengan air akan menjadikan besi itu bersih? Tidak mungkin dan hanya dengan api yang mampu membuatkannya bersih, suci dan lembut bagi ditempa menjadi sesuatu yang berguna."
"Apa kena-mengena dengan saya?" soal saya pantas kerana sudah terlalu jauh dia membawa saya.
"Allah 'mendidik' kita secara langsung dengan ujian-ujianNya. Ujian Allah itu bolehlah dikatakan seperti relau yang berisi api itu, dan besi itu adalah diri kita. Besi yang dibersihkan dan dilembutkan oleh api. Itulah ujian Allah bagi mendidik hati kita supaya tahu maknanya syukur, sabar, redha, merendah diri, ikhlas, dan semua perkara-perkara baik. Itulah diri kamu, kamu sekarang sedang berada di dalam relau, tetapi kamu hanya melihat panasnya api, mengapa tidak melihat apa yang akan kamu peroleh sekiranya kamu sudah siap 'ditempa'? Itulah hikmah, tetapi kamu tetap tidak 'siap' kerana kamu enggan melihat hikmahnya."
Saya pantas berkata, "Bagaimana saya mahu melihat diri saya siap ditempa?"
"Dengan tersenyum kepada ujian-ujian Allah. Senyum bukan kerana putus asa, tetapi senyum kerana reda dengan ujian-ujian Allah. Kamu senyum kerana kamu berbaik sangka kepada Allah, dan kamu senyum kerana kamu tahu ujian-ujian Allah hadir kerana kasih sayang-Nya melebih murka-Nya, dan kamu sedar kamu masih ada peluang bagi kembali ke jalan yang benar, jalan yang diredai Allah."
Saya terdiam dan dia menyambung lagi,
"Itulah tempat, yang apabila kamu mampu tersenyum di situ, kamu akan senang untuk tersenyum di mana-manapun. Kamu tidak akan temukan diri kamu menangis selain tangisan kerana taubat kepada Allah. Walaupun saya tahu, saya tidak mungkin menggantikan ayah kamu dalam hati kamu, saya boleh pastikan, saya juga seperti ayah kamu, mendoakan kamu pada setiap kesempatan.  Jadi, saya mohon untuk kali kamu dengarlah kata saya. Kata seorang lelaki tua yang miskin dan bodoh ini."
Dan seperti biasa lelaki tua itu pergi, tetapi kali ini, perasaan saya sudah tidak seperti biasa kerana ada sesuatu yang tersisa pada hati saya, sesuatu yang saya hanya mampu luahkan menjadi tangisan yang panjang.

Tuesday, March 20, 2012

Dia Pemuda Yang Paling Bersemangat!

Dai'e ibarat tiram di laut. Dihiris pepasir tercalarlah ia. Sungguhpun terluka tetapi dipendam. Sungguhpun pedih tapi tetap disimpan. Namun akhirnya dibalas mutiara berharga. Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah.Menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit iman dan Taqwa dan sedar dirinya bertuhankan Allah.
Mengambil ibrah sirah. Betapa kegilaan pemuda bertubuh Mus'ab Umair menjadi contoh para dai'e dalam meneruskan agenda menegakkan syiar islam di bumi Allah.
Bagaimana semangat pejuangnya mengajak manusia berusrah?Bagaimana pengorbanannya tanpa mengira masa, tenaga dan wang yang dilaburkan?Bagaimana istiqamahnya di jalan dakwah?
Setelah lama islam bergerak. Gerakan menyebarkan islam  makin berkembang. Kiita dahulunya hanyalah satu entiti kecil. Kemudian perlahan-lahan kita membesar, kita berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Bila kita membesar dan terus membesar, kadang-kadang kita jadi cair, kuantiti mengurangkan kualiti, kualiti tenggelam di sebalik timbunan kuantiti. Bahkan kadang-kadang kita hilang jati diri kerana kualiti yang semakin mencair.
Para daie perlu muhasabah.
 Tidak ada salahnya membesar, tetapi yang paling penting ialah kita mesti memfokuskan destinasi dan hala tuju kita. Lebarkan sayap, tetapi kita mesti fokus pada halatuju yang satu.
Apakah hala tuju kita?
Halatuju kita ialah Mardhatillah.
Firman Allah di dalam surah Al Bayyinah ayat 7 hingga 8 : "Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga A'dn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
Firman Allah lagi di dalam surah Al-Fajr ayat 27 hingga 30 : "Wahai jiwa yang tenang!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu."
Saban hari pula kita berdoa, "Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina azabannar".
Bukankah keredaan Allah yang kita cari?
Namun mardhatillah itu sangat luas, maka kita selaku orang-orang yang Allah beri kelebihan melalui ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi, kita kecilkanlah skop mardhatillah itu bersesuaian dengan kemahiran yang kita ada.

Maka objektif kita tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengumpul dan mengajak manusia seramai yang mungkin agar bertaqwa kepada Allah. Dan kita menggunakan kemahiran ilmu untuk menyeru manusia takutkan Allah, mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
Di dalam jangka masa pendek ini para dai'e perlu mengembalikan semula kualiti yang sedang cair. Yang mana puncanya adalah kerana semakin dinginnya proses Tarbiyyah. Untuk itu kita perlu menghangatkan kembali kedinginan tarbiyyah.
Antara langkah yang perlu dititikberatkan dengan menghidupkan usrah bulanan di kalangan dai'e mahupun secara online.Dengan itu mudah-mudahan proses tarbiyyah ini dapat membantu merungkai kecairan yang menimpa kita selama ini.
Renungilah.
Untuk sebuah kapal berjaya meredah lautan yang luas, ianya memerlukan kerjasama sepenuhnya di antara anak-anak kapal dan nakhodanya. Kita perlu kepada kesatuan yang kukuh, bahu-membahu, bertolong-bantu dengan ikhlas. Arahan perlu diberi dengan ketaqwaan dan didengar dengan ketaqwaan. Hendaklah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dan hidup berpandukan alQuran dan sunah Nabi Muhammad SAW.
Hangatkan kembali kedinginan tarbiyyah.

Usah Malu Duhai Anakku

Kanak-kanak sudah menunjukkan tanda-tanda malu sejak berumur empat bulan lagi. Rasa malu itu secara semulajadi semakin berkembang selari dengan tumbesarannya.

Telatah malu ini boleh dikesan bila dia bertemu dengan seseorang yang baru dikenali atau ketika dia menjadi tumpuan dan sebagainya. Kadang-kadang dia memalingkan muka, tersenyum simpul, menundukkan kepala atau menekup tangannya ke muka. Dalam situasi lain pula, kita perhatikan anak-anak ini petah dan ramah bila di rumah, namun senyap dan membisu bila didepan orang ramai. Semua ini adalah tanda-tanda perkembangan perasaan malu dalam diri anak-anak.
Sesetengah ibu bapa tidak menyedari hakikat perasaan malu yang mencengkam anak-anak ini, lantas tidak berusaha untuk mengatasinya. Hasilnya anak-anak itu menjadi pemalu tidak bertempat, tiada ketrampilan diri dan kurang keyakinan diri. Lebih malang lagi mereka menjadi pasif dan enggan bergaul dengan orang ramai. Sedangkan, sebagai seorang muslim dia seharusnya mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk berperanan membimbing dan memimpin masyarakat.
Malu itu iman
Tidak dinafikan bahawa malu itu adalah benteng yang dapat mengelakkan anak-anak dari melakukan maksiat. Bahkan perasaan malu dari melakukan maksiat itu adalah sebahagian dari iman.
Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Para sahabat menjawab: Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah. Baginda berbicara lagi: Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu ialah: engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat, dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu."
Malu yang dimaksudkan di atas ialah malu dari mengingkari perintah Allah dan malu dari melakukan kejahatan. Ini bermakna, perasaan malu yang memang ada dalam diri anak-anak itu perlu dipupuk agar dimanfaatkan untuk menjaga maruah diri, menjauhi maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah. Namun malu itu, di samping boleh menjadi perisai kejahatan, ia juga boleh menjadi penghalang kebaikan.
Biar bertempat
Ibu bapa berperanan untuk membimbing anak-anak menggunakan perasaan malu dengan betul. Pertamanya, mereka perlu tahu bahawa malu itu boleh membawa kebaikan dan keburukan. Mereka perlu diberitahu bahawa ada tika mereka perlu malu dan ada tika mereka perlu membuang perasan malu. Batas-batas syariat perlu diajar, agar mereka boleh tahu mana malu kerana Allah dan mana malu yang semata-mata datang dari perasan.
Setelah itu ibu bapa perlu berusaha untuk mengikis perasaan malu pada tempat dan suasana yang tidak perlu malu. Contohnya, malu untuk berinteraksi dengan tetamu, malu untuk bertanya soalan dalam kelas, malu untuk memberikan pendapat, malu untuk menjadi imam, malu untuk menyertai pertandingan dan sebagainya.
Ibu bapa boleh mengikis perasaan malu dengan mendedahkan anak-anak bergaul dengan orang ramai sama ada rakan sebaya atau dengan orang yang lebih dewasa. Mereka perlu dibiasakan dengan tatabudaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi. Galakkan dia berinterksi dengan berani dan bebas. Selain itu ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di selolah, baik dalam kelas mahu pun dalam aktiviti ko-kurikulum. Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah. Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu.
Kisah Ibnu Umar
Dalam Sahih Bukhari terdapat satu hadis yang mengisahkan Abdullah bin Umar ketika dia masih kanak-kanak. Dia meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata dihadapan sahabat-sahabat: Sesungguhnya ada di antara pohon-pohon, sebuah pohon yang tidak gugur daunnya, dan itulah umpama seorang muslim, maka nyatakan kepada ku apakah pokok itu? Para sahabat masing-masing menyangka pohon itu adalah pohon yang terdapat di pendalaman. Abdullah bin Umar berkata: Saya telah mengagak di dalam hati saya bahawa pohon itu adalah pohon kurma, namun saya malu untuk mengucapkannya. Lalu para sahabat berkata: Beritahulah kami apakah pohon itu ya Rasulullah!. Jawab Baginda: Itulah pohon kurma!.
Abdullah bin Umar berkata dalam riwayat lain: Saya melihat Abu Bakar dan Umar tidak mengatakan apa-apa, maka saya tidak ingin mengatakannya. Apabila pulang, saya memberitahu bapa saya (Umar Al-Khattab) tentang apa yang saya fikirkan dalam hati saya tadi. Lantas, bapaku menjawab: Andaikata engkau menjawab tadi, sesungguhnya itulah yang aku lebih sukai dari mendapat unta merah!.
Nah, lihatlah betapa Sayyidina Umar amat menggalakkan agar anaknya yang masih kecil ini untuk berani menyuarakan pendapatnya. Demikianlah dorongan seorang sahabat besar kepada anaknya agar menjadi berani dan tidak malu

Si kecil yang petah
Terdapat satu kisah menarik pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menunjukkan kejayaan anak kecil mengikis perasaan malunya untuk berbicara di hadapan seorang pemimpin utama negara. Di awal pemerintahan Umar, satu rombongan dari Hijjaz telah datang untuk bertemu baginda. Rombongan itu menyerahkan tugas untuk bercakap mewakili mereka kepada seorang kanak-kanak yang belum sampai usia 11 tahun. Melihat hal itu, Khalifah Umar berkata kepadanya: Berundurlah engkau dulu, agar orang yang lebih dewasa tampil ke hadapan.
Maka berkatalah si anak kecil itu: Moga-moga Allah mengekalkanmu wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dihitung dengan dua anggota yang paling kecil baginya: iaitu hatinya dan lidahnya. Jika Allah sudah mengurniakan si hamba itu lidah yang petah, dan hati yang kuat ingatan, maka sudah tentu dia berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, andaikata semua perkara diukur dengan umur, nescaya ada orang lain yang lebih berhak daripada mu untuk jawatanmu ini!.
Akhirnya Khalifah Umar Abdul Aziz akur kerana sangat kagum dan terharu dengan kebolehan salah seorang rakyatnya yang masih kecil itu. Lantas dia bermadah:
Belajarlah, kerna tiada manusia lahirnya berilmuDan si alim itu tidak sama dengan si jahil dunguSesungguhnya pemimpin yang gersang ilmu itu,Dipandang kecil bila dikelilingi mereka yang serba tahu.
Kisah di atas menggambarkan potensi yang ada pada anak kecil yang berjaya digarap dengan hilangnya perasaan malu. Sesungguhnya ia berlaku hasil didikan ibu bapa yang gigih melatih anak-anak supaya berani, berketrampilan dan tidak malu untuk melakukan perkara yang baik.
Kesimpulannya, ibu bapa yang mahukan anak-anaknya hebat, cemerlang dan memimpin masyarakat suatu hari nanti perlulah mendidik anak supaya tidak malu tak bertempat. Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa. Usaha pendidikan begini penting bukan sahaja untuk kebaikan ibu bapa itu, bahkan juga untuk maslahah ummah yang memerlukan penggerak dan pemimpin ummah yang berkesedaran dan cemerlang.

Dating Dengan Dia

Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating" dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.
"اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ.
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ. أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ.
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya.

"Dating"
Risau hati ini memikirkan untuk "berdating" dengan DIA.
Dah cantik ke aku nie? Perlu pakai mekap tebal-tebal ke atau perlu menambahkan perhiasan lagi ke pada diri ini?
Ye ke perlu semua tu, TIDAK. DIA, Allah tidak melihat semua itu, cantik rupa secara zahirnya dan tak mampu jika nak dilawankan dengan cantiknya hati mu yang tersembunyi di dalam zahir mu itu untuk "berdating" dengan DIA. DIA hanya memerlukan hati mu yang ikhlas semasa bertemu–Nya, ikhlas menghadap–Nya dan ikhlas menyembah-Nya dalam sujud mu.
Berhias? Perlukah?
"Berdating" dengan DIA cukup hanya menutup aurat tak perlulah nak berhias-hias. Malah disuruh–Nya lagi menutup segala perhiasan mu yang tersembunyi kecuali muka dan kedua telapak tangan mu. Aurat mu penting ketika bertemu dengan–Nya.
Mudahnya "berdating" dengan DIA,
Indahnya dapat "berdating" dengan DIA,
Tak rugi "berdating" dengan DIA,
Ini yang membuatkan hati ini lagi bertambah sentiasa ingin sangat "berdating" dengan DIA, "berdating" dengan DIA di dalam solat ku, berbicara, menyembah dan sujud kepada–Nya dan aku ingin DIA menjadi kekasih ku dari awal pertemuan sehinggalah akhir hayat ku, Insyallah.
Ya Allah, izinkanlah untuk aku terus dan sentiasa dapat bertemu dengan mu, tak kira dimana, tak kira ketika.
Aku ingin "berdating" dengan mu setiap masa Ya Allah.

Dia Golongan Syurga?

Punyai teman yang datang daripada pelbagai golongan membuat saya mengerti sesuatu, hidup ini bukan hanya sekadar hitam dan putih.
Lalu hari ini saya mahu bercerita berkenaan seorang teman saya. Seorang teman yang punyai warna yang cemerlang, umpama cemerlangnya bintang kejora di langit hitam.
Dia pemuda yang hanya memahami satu perkara berkenaan hidup, apa yang perlu dibuat untuk esok, fikirkan pada esoknya. Lalu hari ini, khusus untuk hari ini. Hidupnya semudah itu. Tidak ada perkara yang membuatnya rusuh. Semuanya masalah ditangani dengan senyuman. Malah ketika matahari membara di kepalanya pun dia masih mampu tersenyum. Walaupun dia hanya berpakaian yang seadanya. Seluar pendek dan berbaju tidak berlengan.
Katanya, "Matahari memang dicipta untuk memberi cahaya, untuk memberi kepanasan dan bukan untuk meneduhkan. Lalu untuk apa mengeluh dan memberitahu dunia betapa panasnya matahari? Tugas kita manusia ini adalah bersyukur sekiranya sesuatu diletakkan pada tempatnya dan Allah tidak pernah silap meletakkan sesuatu pada tempatnya. Baik panasnya matahari, redupnya awan dan malah rawannya hati, semua itu Allah sudah tetapkan tempatnya. Jika kita mengeluh, umpama kita ini cuba memberitahu Tuhan yang Dia salah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Lalu kamu mahu menyalahkan Tuhan?"
Pelupuk jiwa saya terbuntang mendengar kata-katanya. Sungguh, dia pemuda yang istimewa, dan sungguh, kata-katanya tidak pernah gagal membuat hati saya bergetar.

Namun pada suatu hari saya mengerti sesuatu mengapa dia menjadi pemuda yang sering tersenyum. Mengapa dia menjadi pemuda yang hidupnya hari ini untuk hari ini dan esok untuk esok dan mengapa dia adalah teman yang cemerlang warnanya.
"Mengapa kamu begini?" tanya saya sambil mengaru dahi.
"Mengapa kamu bertanya begitu?" tanyanya pula dan ia sesuatu yang cukup saya tidak gemar. Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Jelas dia penggemar falsafah Yunani.
"Kerana saya melihat ia berbeza," jawab saya.
"Sekarang sudah masanya bulan Ramadan. Lalu apa salah saya berubah begini? Sedangkan artis-artis itu berubah.
Rancangan televisyen dan radio berubah, menu makanan berubah, wajah-wajah masjid berubah, mengapa saya tidak boleh berubah?"
"Tetapi mengapa kamu berubah seperti langit dan bumi?"
Pemuda itu diam sebentar dan menggeleng-geleng kepala lalu berkata lirih, "Kawan, kamu betul-betul tidak mahu saya berubah? Kamu lebih suka saya berseluar pendek separas paha dan tidak berbaju? Kamu lebih suka jika saya tidak menutup aurat?"
"Aduh, jangan meletakkan kefahaman yang salah pada kata-kata saya. Saya senang kamu menutup aurat tetapi mengapa begini?"
Sejak itu saya mengerti mengapa dia adalah teman yang cemerlang warnanya. Mengapa dia sering tersenyum untuk apa sahaja yang datang. Ternyata dia adalah golongan yang terlepas daripada segala jenis hukum ke atasnya. Mungkin dia adalah golongan syurga kerana dia begitu sejak umurnya sembilan tahun, namun Tuhan juga yang lebih tahu.

Monday, March 19, 2012

Senang Jadi Alim. Sukar untuk Tawaduk

Dikisahkan kepada saya daripada seorang ustaz yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan pada suatu malam di restoren makanan Arab di Setiawangsa. Bersama kami juga seorang ustaz muda merangkap tokoh sasterawan yang sedang melanjutkan PhD beliau di sebuah institut pengajian tinggi.
Saya melantunkan buah fikir, "Sekarang ini ramai orang yang alim, mahu masuk universiti pun senang. Ada duit sahaja, semua boleh masuk."
Kedua mereka mengangguk.
Ustaz yang bekerja di syarikat penerbitan kemudian berkata, "Benar, ramai yang dapat berceramah namun sangat sedikit yang mereka sendiri dapat amalkan daripada isi ceramahnya itu."
"Itulah cabaran buat diri kita juga," saya mencelah.
Ustaz yang sedang menyambung PhD banyak diam, sekadar memerhati.
Hanya kemudian dia memberikan komentarnya, "Sebab itulah saya menulis, kerana saya bukan jenis yang pandai bercakap. Dengan menulis idea yang mahu disampaikan akan menjadi lebih halus dan indah."
kami mengangguk.
Saya kemudian teringat kepada seseorang, "Kanda berdua, dalam ramai-ramai ilmuwan, tokoh akademik, ulama, pendakwah dan penceramah yang saya kagumi kerana selain daripada alim dalam semua disiplin ilmu Islam, sifatnya sangat warak dan tawaduk sehingga hari ini antaranya adalah, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri."

Kedua mereka pula mengangguk, sambil tangan laju menyuap mandi berinti daging kambing.
"Benar, beliau juga banyak menulis. Dengar khabar beliau berhenti menjadi pensyarah dengan alasan mahu membaca dan menulis semata-mata. Bayangkan, dia sanggup tinggalkan jawatan pensyarah dengan gaji beribu-ribu kerana sebab tersebut," celah Ustaz PhD.
"Subhana-Allah...."
Saya kemudian berkongsi kepada mereka, "Dulu, masa saya masih bertugas di Masjid Usamah bin Zaid. Imam muda masjid pernah berkongsi cerita saat beliau hadir ke rumah Dr Zul. Kata beliau, masuk sahaja ke ruang tamu rumah Dr Zul, dinding sekeliling dilindungi rak yang berisi kitab-kitab tanpa ada sedikit ruang kosong pun. Kemudian kami diajak makan di bahagian meja makan, pun keadaan yang sama terlihat. Oleh kerana sudah malam, kami dipelawa tidur di rumah beliau dan kami dibawa ke bilik tamu rumah tersebut, sekali lagi kami terkejut kerana ternyata ia dipenuhi dengan buku-buku yang sekali pandang semacam batu-bata tersusun kemas. Selain daripada itu, beliau juga menggaji anak-anak murid beliau bagi menjadi penulis beliau secara tetap di rumah."
"Subhana-Allah...." Serentak.
Ustaz di syarikat penerbitan pula berkongsi cerita beliau kemudiannya, "Pernah kami jemput beliau memberikan ceramah di DBP, sedang beliau berceramah kelihatan semacam beliau dahaga dan sememangnya ada segelas air disediakan di atas podium tersebut. Dia dilihat mencapai air dalam gelas tersebut yang menyuanya ke mulut, hampir sahaja sampai ke mulut dia berhenti secara tiba-tiba. Kami kepelikan dan dia perasan perubahan air wajah kami.
Dia kemudian berkata, "Bukan tidak boleh kalau saya mahu minum sambil berdiri, tidak menjadi dosa besar melainkan tidak beradab sahaja. Namun kalau saya minum juga sambil berdiri, saya akan menjadi sangat malu menjadi penceramah kepada tuan puan pada hari ini, izinkan saya minum air ini dahulu ya, terima kasih." Beliau kemudian membawa gelas air dan duduk atas kerusi yang disediakan kemudian kembali ke podium bagi menyambung ceramah beliau.

Subhana-Allah...."
Kami terus berwacana sambil menyantap makanan Arab. Nasi mandi, syawarma dan jus pisang yang menjadi pilihan. Dalam keadaan sedar kami tahu diri sendiri harus mengoreksi dan sentiasa beristighfar kepada Allah atas ujian yang Allah kurniakan.

Auratmu, Aib Yang Wajib Ditutup

Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat  mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama'  berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan DadaFirman Allah SWT :            
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)

Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak TanganHendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT,
Ertinya : "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa 'yang biasa nampak daripadanya' adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian 'takwa' seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma' Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian TipisDiriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma' binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma') dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini." Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma' r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, "Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya."
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.

Do Not Fret My Dearest Soul

My heart grows discontent with my actions,
Whilst my nafs commands the opposite,
O Soul torn in fractions,
Don't be a hypocrite.
For how long must I fight?
Darkness has engulfed me for too long,
Awaken then before you lose all your might,
Strive to be of the strong.
No matter how many battles you lose,
The war is not lost,
With struggle comes the cruise,
But without it much it will cost.
For how long will the wretched with me play?
This is not for me a game,
No longer will I be for them an easy prey,
Nor am I for them to tame.
I have changed the tide,
After much toil and turmoil,
Yet there is the hint of pride,
To me Lord is my recoil!

In prison is my soul,
Whilst here though refinement is my aim,
Until I leave by the prison's hole,
Return to the One due to whom I came.
O Changer of Hearts,
Grant me gnosis and sincerity,
Teach me the great and noble arts,
Reward me with prosperity.
You transgress with such impunity,
But remember the day inevitable,
Thither you shall have no immunity,
So I covet His Mercy that is unassailable.
The path laid is distinct and clear,
With certitude and perseverance it is pervious,
Free from all smear,
Whilst those who avoid it are devious.
I see everywhere death,
Though those people still breathe and talk,
As cities become like heath,
Whilst they delight and walk.
O those who covert themselves with glamour and gloss,
Caring only for the outward complexion,
Only if you realised your loss,
You would leave people and be full of reflection.
For this world many I did exceed,
For the next I have not,
Many advices I did not heed,
Though tightens around me the knot.
O Succour of the weak,
O Best Friend in whom I have hope,
I am of the weak,
By myself I cannot cope.
At the states of people I feel unimaginable sorrow,
Feel it I must,
Hoping it will be better in the morrow,
O my Protector, remove from their hearts all dust.
The states of the people I feel,
They are a part of me,
When will their hearts heal?
Oh it pains to see.
O people, against temptations resist,
Such a command is for me and you dire,
From the Lord's commands do not desist,
Our souls are not for hire.
Do you think you will be tested?
In this world you will not be rested,
If you have in this world good deeds invested,
In next with garments of honour you shall be vested.
To thee my Lord I present my needs,
Thine aid sufficeth me,
Though I have not prepared many deeds,
I hope to swim in your Generosity's unquenchable sea.
I stand in awe of One Most Pure,
Perceiving His wisdom in what He wills,
For the hearts He is the Eternal Cure,
In Him is my refuge from the world's ills.
The nightingales sing with euphony,
Praising the One who beautified their voices,
I marvel at such perfect symphony,
To their Creator my heart rejoices.

O my tongue, how much damage will you do?
Because of you I have immersed in great debt,
Like you are planning against me a coup,
For my safety of my lasting soul I fret.
Good deeds I do procrastinate,
Whilst involved in the worldly delusions,
For this perplexity I seek a ratiocinate,
Surely from my purpose it is an elusion.
Though more of the world I see,
My heart does not find gratification,
It seeks to drink from an eternal sea,
Indeed in the remembrance of Allah is ratification.
In my Beloved's remembrance my heart finds peace,
Who can explain how I feel?
I cannot stay in one piece,
If it was not for this meal.
Indeed there lies my heart's repose,
But how can I achieve more?
That is the question to pose,
By achieving paradise is the answer for sure.

Secebis Kisah Orang Berilmu…

Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!
Saya masih ingat analoginya, "lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu..."
Dia menyambung, "maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat."
Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.

Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!
Bergaullah dengan ahli ilmu yang sebenar, kita akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan kelembutan hatinya dalam berzikir.
Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.
Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!
Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi 'hati' para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis... Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.
Sering kali mereka menjawab 'wallahuaklam' pada soalan-soalan yang diajukan. Mereka tidak berlagak seperti manusia serba tahu.
Mereka boleh bertukar posisi, bertindak sebagai murid yang banyak mendengar apabila dirasakan orang yang dihadapinya lebih mengetahui. Bukan mudah menjadi 'pendengar' ketika selalu berperanan sebagai 'penutur' tetapi kerana sifat tawaduk mereka, para ulama silam sanggup kelihatan bodoh daripada terus berlagak pandai dan memandai-mandai.
Sesungguhnya, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.
Guru yang mengajar kitab kuning, yang saya ceritakan pada awal tulisan ini hanya menaiki motosikal... tetapi sungguh, saya jarang memandang wajahnya melainkan di situ ada senyuman!

Gurindam Syahwat

Sekian lama cinta disekat
SMS dikirim menggantikan surat
Tibalah masa janji diikat
Terciptalah sejarah di satu tempat
Taman yang indah lagi memikat
Di balik rumpun yang sukar dilihat

Mata bertentang tangan pun berjabat
Dua hati memadu erat
Kasih disulam rindu dirawat
Cinta berganding degupan syahwat
Guruh berdentum hujan pun lebat
Nafas dan nafsu berperang hebat
Tidak tertanggung kasih melarat
Hendak dicanang cinta tersemat


Kini pangkuan semakin rapat
Agungnya cinta tidak bertempat
Tiada diingat Allah dan malaikat
Inikan pula pencegah maksiat
Hilang sudah agama dan adat
Kehendak diri mencalar syariat
Ayah dan bonda dilupa sesaat

Detik berlalu berganti saat
Tubuh yang ramping kini membulat
Tiada lagi t-shirt melekat
Baju yang seksi berganti pelekat
Uda jelita menanggung sarat
Teruna dihubungi tak pernah dapat

Janji dilafaz menjadi jerat
Resah bersulam akalpun tenat
Hilanglah pegangan menggoyahkan syariat
Lalu dibuang penyambung zuriat
Baru terfikir insaf dan taubat
Sayangnya kini sudah terlambat
Takdir tuhan telah tersurat
Saat bertemu di alam akhirat
Bertanyalah Allah soalan yang empat
Adakah hartamu membawa berkat?
Adakah ilmumu menuju manfaat?
Adakah amalmu menjadi rahmat?
Umur mudamu apa kau buat?
Basahkah lidah dengat syahadat

Tika berhimpun bertimbangkan ibadat
Adakah dipilih jalan selamat
Di taman syurga yang harum memikat
Atau neraka di lorong keramat
Berlimpah peluh dan jijik keringat

Wahai sayang sedarlah cepat
Sesungguhnya dunia terlalu singkat
Ayuhlah kita mencari rahmat
Janji Allah segera disemat
Agama tak menghalang cinta sejagat
Kerana itulah nikah disunat
Agar fitrah dibimbing bertempat
Mencari damai beroleh berkat
Diri sekadar memberi nasihat
Kelemahan diri bukanlah azimat
Seandainya terguris hati melarat
Sepuluh jari disusun rapat
Ukhwah terjalin disulam erat
Restu Ilahi sama disemat

Penyejuk Mata, Sumber Ketenangan Hati

Qurratu' Ain
Firman Allah Ta'ala:
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Furqan:74)
Apakah yang dimaksudkan dengan qurratu 'ain? Al-Quran diturunkan sebagai satu kitab dan panduan yang jelas, lagi menjelaskan. Ia diturunkan dalam bahasa Arab, dan tiada yang lebih memahami bahasa Al-Quran, melainkan orang Arab, atau mereka yang mahir dalam bahasa Arab.
Kalimah qurratu 'ain (penyejuk mata) digunakan oleh bangsa Arab sebelum dan semasa Al-Quran diturunkan, dengan membawa maksud:
1. Sesuatu yang memberi kegembiraan, ketenangan hati dan bahagia
Kita lihat pula perkataan yang berlawanan dengannya, di mana dalam masyarakat Arab dahulu, antara perkataan buruk yang boleh diucapkan oleh seseorang kepada orang yang lain adalah "Semoga mata anda menjadi panas." Apakah yang dimaksudkan dengan 'panas' di sini? Dalam kata lain, ia bermaksud "Semoga anda sentiasa dilanda kesedihan, hidup tertekan, dan diselubungi sengsara."
2. Sesuatu yang melindungi dan memberi kerehatan
Masyarakat Arab dahulu, apabila mengembara dengan menggunakan unta, dan apabila dalam pengembaraannya, ribut pasir melanda, mereka akan menutup seluruh tubuh dan muka mereka dengan kain atau pakaian, melainkan mata mereka. Maka mata terpaksa bertahan, sehingga ribut berhenti atau mereka sampai ke tempat perlindungan. Apabila mereka berjaya mencari tempat berlindung dan istirehat, mereka berkata "Mataku kini menjadi sejuk."
Tentang ayat Al-Quran di atas, antara 'ibrah yang boleh kita ambil:
Pertama, 'ibrah yang tersurat, berdoalah kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan pasangan hidup dan anak yang menjadi penyejuk mata, penyenang hati, penenang jiwa. Semoga pasangan hidup dan anak menjadi sumber kegembiraan, ketenangan, bahagia dan kerehatan.
Kedua, 'ibrah yang tersirat, berusahalah menjadi isteri atau suami yang menjadi penyejuk mata, penyenang hati, penenang jiwa kepada pasangan. Jangan hanya berharap dan berkata "Dia sepatutnya menjadi penyejuk mata buat aku." Usahakan dahulu agar diri menjadi penyejuk mata buat dirinya.

Ketiga, buat para suami, berusaha mendidik isteri dan anak dengan didikan Islam, tarbiyyah Islamiyyah. Sediakan ruang untuk mereka menerima didikan Islam yang mendidik akal dan jiwa. Buat para isteri, berusaha mendidik anak, dan sediakan ruang untuk mereka menerima didikan Islam.
Solat Sebagai Penyejuk Mata
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat." (Riwayat Ahmad dan An-Nasaai)
Rasulullah s.a.w pada ketika berlaku sesuatu yang menyedihkan atau mendukacitakan, baginda bersabda:
"Wahai Bilal! Serulah untuk solat (iqamat) dan rehatkanlah kami dengannya." (Riwayat Abu Daud)
Bagaimana dengan kita? Adakah kita menemui ketenangan dan kerehatan dalam solat? Atau resah dan tergesa-gesa ketika solat, hanya tenang dan gembira selepas habis solat? Sama-sama kita muhasabah, sama-sama berusaha meningkatkan kualiti solat kita.
Kualiti solat memberi gambaran tentang hubungan kita sebagai hamba dengan Allah s.w.t. Ya, hubungan dengan Allah. H.D.A = Hubungan Dengan Allah. Hubungan dengan Allah, merangkumi segala bentuk ibadah, khusus dan juga umum.
Hubungan dengan Allah s.w.t. perlu dijaga dan dikukuhkan, barulah mudah untuk kita membina dan memelihara hubungan dengan manusia. Perbaiki hubungan dan urusan dengan Allah Al-Khaliq, insyaAllah mudah untuk kita perbaiki hubungan dengan manusia.
Andai belum kukuh hubungan dengan Allah s.w.t , sukar untuk seseorang itu menjadi penyejuk mata kepada pasangannya, juga sukar untuk seseorang itu memandang dan merasai pasangannya sebagai penyejuk mata, walau sebaik mana pun pasangannya. Sebagai contoh, lihat kepada kisah Fir'aun dan Asiah r.a., juga kisah Nabi Lut a.s. dan isterinya.
Mata yang memandang ke langit yang indah lagi bersih melalui tingkap yang kotor, tidak dapat memandang langit sebagai indah. Hati yang kotor, tidak dapat memandang sesuatu yang baik dan bersih sebagai baik. Apabila hati kita bersih, mudah bagi kita untuk memandang yang baik sebagai baik. Maka, muhasabahlah diri dahulu, jangan terus 'muhasabahkan' pasangan kerana malas muhasabah diri.
Andai solat dan ibadah khusus belum menjadi qurratu 'ain buat kita, kita tidak akan menjadi qurratu 'ain buat pasangan. Suami atau isteri dan anak juga tidak akan menjadi qurratu 'ain buat kita.
Andai hubungan hamba-Tuhan tidak memberi ketenangan kepada diri, hubungan suami-isteri, ibubapa-anak juga tidak akan memberi ketenangan.

Mereka yang tidak mempunyai dan merasai ketenangan pada ibadah khusus dan amal soleh, tidak mampu menjadi dan memberi ketenangan kepada yang lain.
Maka bersihkanlah hati kita, cuci hati, tazkiyyah diri. Kukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t., nescaya dengan izinNya, dipermudahkan kita menjadi penyejuk mata buat pasangan atau bakal pasangan, juga dipermudahkan kita memandang dan merasai pasangan hidup dan anak sebagai penyejuk mata, penyenang hati, penenang jiwa.
Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat "Boleh tak nak tanya pengalaman abang? Macam mana abang tahu yang abang dah sedia untuk kahwin?"
Sebahagian daripada jawapan saya, adalah sepertimana di atas.
Pemilik Cinta
Pemilik cinta kita, yang pertama adalah Allah s.w.t. Cinta insani sesekali tidak boleh mendahului. Cinta insani, tempatnya adalah menuruti cinta hamba kepada Ilahi. Cinta insani, adalah buah kepada cinta hamba kepada Allah s.w.t.
Andai cinta hamba kepada Allah belum berkembang mekar, maka cinta insani tidak akan berkembang mekar. Bajai dan suburkan cinta kepada Allah s.w.t, cinta insani akan lebih mudah mekar, dengan izinNya.
"Kami memohon kepadaMu ya Allah, jadikanlah solat kami sebagai penyejuk mata. Jadikanlah pasangan hidup dan anak kami sebagai penyejuk mata. Dan jadikanlah khidmat kami kepada deenMu sebagai penyejuk mata kami."