Wednesday, May 19, 2010

Apakah Aras Duit Kewangan Anda?

Mari kita lihat di manakah aras kewangan kita semua pada masa sekarang. Bagaimana untuk mengukurnya dengan menggunakan "Termometer Duit". Termometer Duit adalah salah satu cara di mana kita semua dapat mengenal pasti dengan jelas aras kewangan kita semua.

Berikut adalah 4 aras Termometer Duit anda. Mari kita semua kaji dan nilai di manakah aras sebenar kewangan kita.


Termometer


#1:
Termometer Duit Tahap Rendah! (Financially Not Secure)

Aras Termometer Duit anda berada dalam keadaan kritikal! Ini bukan bermakna anda langsung tidak mempunyai duit, akan tetapi apa yang berlaku adalah nilai simpanan hanya mampu untuk bertahan selama sebulan perbelanjaan sahaja. Bayangkan sekiranya anda dibuang kerja hari ini, anda hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja.

Tahap kritikal inilah yang langsung tidak menjamin kedudukan kewangan anda. Mungkin ada yang mengatakan siput di bawah batu pun boleh hidup, fikirkanlah kembali.

Kalau anda semua nak tahu, memang ramai sebenarnya yang berada dalam aras Termometer Duit Tahap Rendah ini. Cuma kita semua tidak sedar dan mengambil mudah perkara sebegini.

# 2:
Termometer Duit Tahap Selamat! (Financially Secure)

Aras ini adalah tahap kedudukan kewangan anda yang terbaik. Ini bermakna nilai simpanan anda mampu untuk menampung perbelanjaan bukan sahaja anda malah anda sekeluarga selama 6 bulan. Jika anda mempunyai Termometer Duit Tahap Selamat ini, saya ucapkan tahniah kerana amat jarang sekali individu yang berjaya sampai ke tahap ini.

Mengapa kadar simpanan selama 6 bulan ini menjadi matlamat yang paling utama? Ini kerana sekiranya anda mempunyai simpanan selama 6 bulan, anda mempunyai ruang untuk mencari kerja baru ataupun memulakan perniagaan bagi menyambung semula pendapatan sekiranya di buang kerja. Ini adalah matlamat yang anda perlu tetapkan dalam usaha mencapai peringkat seterusnya.

# 3:
Termometer Duit Tahap Tinggi! (Financially Free)

Aras ini merupakan idaman bagi setiap individu kerana anda sudah bebas untuk menentukan kerjaya anda samada ingin terus bekerja ataupun tidak. Akan tetapi amat sedikit sekali yang berjaya mencapai ke tahap ini. Passive Income ataupun pendapatan berterusan anda mampu untuk menampung segala perbelanjaan anda sekeluarga sampai bila-bila.

Kebiasaannya pada tahap ini, pendapatan berterusan membolehkan anda untuk tidak lagi perlu bekerja ataupun menjalankan perniagaan. Akan tetapi, ramai yang mencapai tahap ini masih lagi meneruskan karier ataupun perniaagan kerana mereka mencapai tahap kepuasan yang tinggi untuk tidak terus berhenti. Mereka melakukannya dengan sukarela tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Ini dinamakan nilai self actualization yang tertinggi mengikut konsep teori Maslow.


Passive Income
ataupun pendapatan tetap ini bermaksud anda mempunyai satu pendapatan yang alirannya berganda secara automatik. Sebagai contoh, anda mempunyai rumah untuk disewakan, perniagaan yang mampu dijalankan secara automatik seperti franchise, royalti daripada mengarang sebarang buku ataupun lagu dan sebagainya.

# 4:
Termometer Duit Tahap Maksimum! (Infinite Rich)

Amat jarang sekali individu yang berjaya mencapai Termometer Duit Tahap Maksimum ini. Apa yang boleh dikongsikan di sini adalah bagi mereka yang mencapai tahap ini, duit yang mereka semua miliki amat banyak sekali sampai tak habis nak pakai. Biasanya mereka mempuyai aset bernilai berbillion-billion ringgit. Antara contoh individu yang berjaya sampai ke tahap ini adalah seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.


Tan Sri Mokhtar Bukhari


Inilah antara 4 Termometer Duit yang anda semua perlu fahami dengan betul. Semoga anda semua berjaya menilai di manakah Termometer Duit buat masa ini dan berusaha untuk meningkatkan ke tahap yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment