Wednesday, May 19, 2010

Kebebasan Adalah Perhambaan. Perhambaan Adalah Kebebasan.




Salam ukhwah.

Dalam zaman yang semakin moden dan kononnya membentuk pemikiran-pemikiran dan falsafah erti kehidupan baru, para orientalis, orang Islam yang berpemikiran liberal kerap berhujah tentang ketiadaan kebebasan dalam Islam. Digambarkan Islam itu adalah penuh dengan peraturan dan paksaan. Penuh dengan undang-undang. Tekanan untuk menutup aurat yang mereka anggapkan sebagai paksaan. Sungguh pemikiran yang keliru.

Tanpa mengkaji dengan penuh kefahaman terhadap Islam, senang sekali Islam ini dilabel mereka sebagai agama paksaan. Mereka meletakkan sepertinya Islam itu adalah agama perhambaan yang dimana ketinggian manusia direndahkan. Sungguh pelik idealisme ini.

Sebahagian mereka yang kononnya berpemikiran moden, sewajarnya mereka kembali kepada definisi perhambaan dan kebebasan yang mereka sebutkan. Ingin saya katakan, perhambaan adalah kebebasan dan kebebasan adalah perhambaan bergantung pada sudut mana anda melihat.

Adakah muslimah yang memakai hijab itu melakukan dan mengamalkan hijab itu kerna terpaksa? Adakah sehingga suatu ketika dahulu dalam tempoh yang tidak lama, di Turki, muslimahnya dengan lantang dan tegas mempertahankan pemakaian hijab. SIAPA YANG MEMAKSA MEREKA MEMPERTAHANKAN HIJAB? Mereka sendiri yang faham tentang kewajipan menutup aurat dan menjaga aurat mereka dengan betul, sehinggakan mahkamah agung menyalahkan mereka, pegangan diri sebagai seorang muslimah sejati tidak akan pernah tergugat.

Adakah seorang Muslim itu melakukan solat dan ibadah dan lebih penting lagi, menjalankan kehidupannya dengan menjadikan Islam itu sebagai paksi dan panduan adalah atas dasar keterpaksaan? Adakah kefahaman seorang muallaf yang baru masuk Islam juga atas sebab dipaksa dan diperhambakan?. Mereka memahami bahawa dalam kehidupan, Allah dan Rasul berada pada tangga tertinggi dan mereka patuh dan taat dengan rela hati atas kerana kefahaman mereka terhadap Islam itu sendiri. Ketika mereka mengucapkan shahadah dengan rela hati seorang muslim itu sudah ada ikatan contract antara dirinya dengan pencipta tanpa sebarang perantara dalam bentuk paderi atau pun apa sahaja. Hubungan contract yang kekal antara seorang makhluk dengan penciptanya.

Contract yang difahami dan perlu difahami ini menyatakan yang si makhluk ini akan meletakkan Allah dan Rasulnya di tempat tertinggi. Tertinggi pada cinta si makhluk, tertinggi dan satunya Tuhan yang disembah, yang dia meletakkan Allah itu sebagai yang dicinta, yang diingini, yang dirindui dan yang digeruni. Tertinggi dan satunya dalam kehidupan si makhluk ini, dan dia rela melakukan apa sahaja yang diarahkan Penciptanya.

Maka Apakah itu PERHAMBAAN??

Bahkan ini adalah KEBEBASAN!!

Ingin saya nyatakan, manakah lebih baik, menjadi bahan tatapan lelaki yang matanya penuh bernafsu, hatinya bagai serigala, berbanding menutup aurat itu dengan baik dan memberikannya kepada yang hak? Manakah lebih baik antara diperhambakan oleh nafsu tontonan mata yang buas ataupun haq itu dengan bebas diberikan kepada suami yang berhak.

Manakah lebih baik jika kahwin seorang tetapi kemudiannya berzina dengan banyak pasangan sedangkan Islam meletakkan poligami sebagai jalan yang halal dengan syarat keadilan itu dipenuhi? Bukankah dengan berzina yang kononnya adalah kebebasan moden itu kalau dilihat kepada satu sudut sebagai dijadikan hamba kepada nafsu? Adakah menjadi hamba kepada nafsu itu lebih baik berbanding menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya?

Adakah lebih baik membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah itu satu kebebasan sedangkan Islam ini mendisiplinkan ummatnya dengan lima waktu setiap kali untuk bersolat?

Bukankah dengan memperhambakan diri kepada Allah itu adalah membebaskan diri daripada kejahatan syaitan dan tipu daya nafsu yang membaham?? Bukankah memperhambakan diri kepada nafsu yang meracuni akal yang kononnya mantap itu adalah satu perhambaan yang hina dan kononnya 'bebas' daripada Allah yang sewajarnya kita taati??

Fahami erti shahadah itu sendiri maka disitulah terletaknya kebebasan sejati sebagai seorang Muslim, hamba kepada Pencipta yang Esa, ALLAH S.W.T..

No comments:

Post a Comment