Saturday, May 29, 2010

Cara Pengubatan Rasulullah SAW

LUKA

Dari Abu Hazim bahawa ia mendengar Sahal bin Saad ditanya orang mengenai cara pengubatan luka Rasulullah SAW yang diperolehi baginda semasa perang Uhud. Jawab Sahal : “Muka Nabi luka, dua gigi depannya pecah dan topi penutup kepalanya hancur. Fatimah, puteri Rasulullah SAW yg membasuh luka itu dan Ali bin Abu Thalib menaburkan mijan (sejenis tumbuhan yg berfungsi spt bius). Ketika Fatimah melihat darah yg keluar masih tetap banyak, ia mengambil tikar hashir (tikar yg dibuat drp sejenis pohon bahan baku kertas di Mesir - papyrus) lau membakarnya menjadi abu. Lalu abu tadi ditempelkan ke luka tadi, setelah itu luka tersebut tidak mengeluarkan darah lagi. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Menurut pengarang kitab “al-Qanun” al-Baradi (sejenis pohon papyrus di Mesir) berkhasiat untuk mencegah keluarnya darah luka dan jika ditaburkan ke atas luka, dagingnya akan segera sembuh. Org Mesir sejak dahulukala menjadikannya sebagai kertas. Abunya sangat baik utk menghentikan pendarahan dan mencegah agar luka tidak semakin membesar kerana ia akan mengeringkankannya.

Rasulullah SAW telah mengajar cara mengubati luka seperti berikut ;

Dari Asyah RA ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika seseorang terluka, mempunyai kudis @ luka : maka baginda berbuat dengan jarinya begini - lalu Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya - dan Rasulullah SAW mengucapkan : “Dengan nama Allah pemilik bumi kita, dengan rasa kasih sayang sebahagian kita, semoga sembuhlah penyakit kita dengan izin Allah”. hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hadis ini menerangkan cara pengubatan luka yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dengan menggunakan jari telunjuk yang digoreskan ke tanah, lalu disapukan ke tempat yang terluka dan disertai dengan doa, pasti keberkatannya mampu mengubati sesuatu. Tambahan pula, ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Nampak mudah, sesiapapun mampu melakukannya. Apa yang penting adalah keikhlasan dan keyakinan hati kepada Allah SWT. Kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal, hanya Allah penentu sesuatu….

# Amalan sendiri
Apa yg selalu saya amalkan utk memberhentikan pendarahan ialah dengan mengulum ibu jari kanan sambil membaca ayat ke 14 Surah as-Syam, kemudian tonyehkan ke tempat luka tersebut. Alhamdulillah setakat ini berjaya dengan pertolongan Allah…


Sakit kepala

Bahawa Rasulullah SAW apabila sakit kepala baginda akan melumuri kepalanya dengan daun inai dan mengatakan; Sesunguhnya daun inai ini bermanfaat untuk menyembuhkan sakit kepala.. Insya Allah. Hadis riwayat Ibnu Majah.

Di antara sebab sakit kepala adalah ;

Cara penyembuhan penyakit ini ada beberapa jenis. Ada yang dapat disembuhkan dengan muntah, makan, rehat, menaikkan suhu badan, menjauhkan bunyi bising dsb.

Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata tidak pernah seorangpun yang mengadu sakit kepala kepada beliau kecuali beliau berkata : Berbekamlah ! Dan tidak seorangpun yang mengadu sakit kedua kakinya kepada baginda kecuali beliau berkata : Balutlah/lumurilah dengan inai”. Hadis riwayat Abu Daud.

No comments:

Post a Comment