Apabila berita H1N1 dilapurkan meningkat lagi minggu ini ke tahap 25% ia mendedahkan bahawa masyarakat belum terasa selamat dengan musibah dan bala yang didatangkan Allah yang pernah menggemparkan dunia yang meragut kematiaan sekian ramai termasuk di Negara kita. Setelah sekian lama terasa reda dengan berota ketakutan penyakit misteri itu, setelah kerajaan sendiri menghabiskan duit sekian banyak tetapi masih ada tanda-tanda ianya belum hilang. Sudahlah pelbagai penyakit tradisi yang masih belum ada penyelsaian konkrit kini timbul pula penyakit misteri yang melibatkan air dan tanah iaitu Melioidosis dan Leptospirosis. Apa ke jenis penyakit ini sebenarnya bukanlah kepakaran penulis.
Apa yang ingin dinyatakan disini bagaimana kepakaran manusia, kecanggihan alat serta ilmu pengetahuan yang hebat sehingga kekadang menafikan kewujudan Yang Maha Esa, rupanya dibebankan dengan pelbagai musibah untuk menyedarkan dan menginsafkan manusia bahawa dunia ini ada Pencipta dan Pemilik serta Pengurusnya iaitu Allah SWT. Kesombongan dan ego manusia dengan penemuan pelbagai ubat dan vaksin tidak cukup bahkan didatangkan dengan pelbagai penyakit yang menyibukkan manusia mencari penyelesaian. Tetapi sekadar kudrat akal yang terbatas.
Berbanding umat yang terdahulu dengan kemahiran dan kepakaran yang terhad, timbulnya jenis penyakit yang terbatas. Kini apabila dunia makin canggih, timbulnya penyakit yang lebih canggih. Ketika orang asli yang mendiami dihutan belantara, dengan ilmu dan pengamalan yang terhad amat jarang mereka menghadiri hospital berbanding masyarakat bandar yang hebat materialismenya, kecanggihan hospitalnya semakin sibuk dengan pesakit yang bertali-arus.
KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.
Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom (ILI) Penyakit Serupa Influenza yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya.Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta.
Tiga dari Bakun disahkan dijangkiti melioidosis
Kucing. Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan tiga orang dari Bakun telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan melioidosis. Sehingga pada 24 Julai lalu, 71 orang yang disyaki dijangkiti wabak itu telah dimasukkan kehospital untuk rawatan. Daripada jumlah itu, 12 pesakit disahkan positif, tujuh didapati negatif manakala yang lain masih menunggu keputusan ujian mereka, lapor surat yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Zulkifli Jantan. Beliau juga mendedahkan daripada 12 kes itu, dua pesakit - seorang gadis berusia 11 tahun dari Sibu dan seorang lelaki berusia 56 tahun dari Kuching - telah meninggal dunia.Menurut Zulkifli lagi, daripada 157 pesakit mendapatkan rawatan pada 2009 di hospital-hospital di Sarawak.
Timbalan ketua menteri itu terkeliru antara melioidosis dengan satu lagi wabak iaitu leptospirosis kerana beliau memberikan statistik leptospirosis seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Dalam reaksinya, Chan menafikan laporan yang memetik seorang pengurus sumber manusia di empangan Bakun yang mendakwa sembilan pekerjanya mati akibat jangkitan penyakit itu tahun lalu sebagai tidak benar.
Bukan kematian misteri di Lubuk Yu
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihati orang ramai agar jangan panik berhubung kematian enam orang akibat jangkitan kuman air kencing tikus di Lubuk Yu, Maran, Pahang bulan lepas. Leptospirosis hadir pada kencing tikus manakala melioidosis adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria berkaitan air dan tanah yang senang menular di Malaysia, Australia dan negara-negara Asia Tenggara. Kedua-dua penyakit itu secara tidak langsung diletakkan bersama berikutan kematian beberapa anggota penyelamat di Lubuk Yu. Beliau berkata, keadaan kini adalah terkawal dan tiada kes baru dilaporkan.
Apakah bala semua ini. Bagi kita Islam mengajar bahawa semuanya ditentukan Allah Swt setiap apa yang berlaku samada baik atau buruk, sihat atau sakit, bahgia atau celaka. Tetapi hikmah disebalik itu hendaklah dipetik.
Firman Allah Swt yang maksudnya: "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan) yang demikian itu supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak suka setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Al- Hadid: 22-23)
Di dalam Al-Qur'an ada menyatakan bahawa bala bencana itu ada kaitannya dengan perilaku manusia sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ar-Ruum ayat : 41, tafsirnya:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia: Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat."
Pada dasarnya, penyebab datangnya azab Allah SWT adalah kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat; diantaranya adalah firman Allah SWT:
“Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Qs. al-Qashash [28]: 59). “maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.” (Qs. al-Ahqâf [46]: 35). “Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim).” (Qs. ad-Dukhân [44]: 37).
Ayat-ayat di atas menunjukkan, bahwa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui lisan RasulNya telah diabaikan dan didustakan.
Akan tetapi, ada beberapa riwayat yang menunjukkan, bahwa azab Allah boleh saja mengenai orang-orang mukmin tatkala mereka enggan mencegah kemungkaran padahal mereka mampu melakukannya. Dari Adi bin Umairah dituturkan, bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengadzab orang-orang secara keseluruhan akibat perbuatan mungkar yang dilakukan oleh seseorang, kecuali mereka melihat kemungkaran itu di depannya, dan mereka sanggup menolaknya, akan tetapi mereka tidak menolaknya. Apabila mereka melakukannya, niscaya Allah akan mengadzab orang yang melakukan kemungkaran tadi dan semua orang secara menyeluruh.” [HR. Imam Ahmad].
Semoga semua kita boleh mengambil iktibar dalam meneruskan perjuangan amar ma'ruf dan nahi munkar ini dan khususnya para pemimpin hendaklah mengambil sebaik peringatan. Kekadang akibat kefasikan mereka menyebabkan seluruh rakyat terbeban dengan bala Allah.
No comments:
Post a Comment