Menjadi isteri yang mempersona suami?
Itu perkara biasa yang telah banyak dibincangkan dalam diskusi dan kesempatan. Tetapi tahukah anda wahai para suami, para isteri juga menginginkan lelaki yang mempersona sebagai suaminya.
Meski gambaran suami yang dikatakan mempersona itu boleh dikatakan subjektif, berbeza antara setiap perempuan dengan perempuan lain, tetapi dapat dikatakan secara umum kaum perempuan memerlukan pesona yang dapat lebih membuat mereka setiasa mencintai suaminya.
Boleh jadi selama ini si suami menyangkakan bahawa isteri kita mencintai kita kerana dia telah mendampingi, melayani, melahirkan dan mengasuh anak-anak kita.
Mungkin hal itu benar, tetapi untuk membuat perasaan isteri tidak berubah, tetap selalu mencintai kita dari waktu ke waktu memerlukan lebih banyak proses, perbuatan, tingkah laku yang semuanya bermula pada satu titik iaitu kita terus mempersona, sehingga dia menganggap kita layak untuk mendapat cintanya untuk selamanya.
Dibawah ini terdapat beberapa saranan yang dapat membantu kita untuk mempersona diri dimata isteri:
Mempersona dengan menjaga penampilan luar
Tidak disangsikan lagi bahawa penampilan luar dapat membangkitkan pesona pada jiwa perempuan. Suami yang dapat menjaga kebersihan dirinya, rapi dan wangi umumnya lebih mempersona berbanding suami yang comot, selekeh dan tidak menjaga kebersihan.
Bukankah Rasulullah SAW bersabda bahawa kebersihan itu cabang iman?
Umar bin Khattab ra pun pernah berkata, “Perempuan menyukai kalau suaminya berhias untuk dirinya, sebagaimana lelaki suka isterinya berhias untuk dirinya.”
Tidak Kaku dan Romantis
Suami seperti ini selalu mahu belajar memahami perasaan isterinya, mempunyai banyak cara dan gaya dalam mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada isterinya, juga tidak segan untuk menyatakan cintanya dengan kata-kata.
Berfikiran Terbuka
Suami seperti ini tidak segan mengungkapkan harapan, keinginan dan perasaannya agar isteri mengerti dan dapat melakukan hal yang sesuai dengan yang dikehendakinya.
Dia bukan suami yang diam dan membiarkan isterinya dalam kesulitan memendam apa yang diinginkannya.
Matang adalah Mempersona
Kebanyakan perempuan menginginkan suaminya adalah orang yang siap melindungi, membimbing dan dapat menjadi tempat bersandar. Lelaki yang matangseperti ini lebih mempersona perempuan berbanding yang masih kekanak-kanakan dan emosional.
Mengambil Berat dengan Keluarga
Adalah benar suami memiliki tanggungjawab dalam masalah nafkah, tetapi kesibukannya dalam pekerjaan atau hal lain tidak membuatkannya menjadi orang yang tidak acuh terhadap isteri dan anak-anaknya.
Dia mahu menemani anaknya belajar dan tidak keberatan mengantar isterinya pergi ke mana – mana.
Dapat Berkongsi Rasa
Suami yang mempersona mahu belajar bagaimana dapat merasakan apa yang sedang dirasakan isterinya.
Dia mahu mendengar dengan penuh perhatian ketika isteri sedang menceritakan permasalahannya, bersama merasakan kegelisahannya dan dapat membantu menenteramkannya atau mengatasi masalahannya.
Dia adalah tempat mengadu isterinya yang setia dan dapat dipercaya.
Mencintai Ibu bapa, Saudara dan Keluarga Isteri
Suami akan semakin mempesona isteri bila mencintai orang tuanya, menyayangi saudara-saudaranya dan bersikap baik kepada keluarganya. Dan jika sentiasa bersikap demikian maka percayalah isteri juga pun akan berusaha keras untuk mencintai orang tua kita dan bersikap baik pada saudara dan keluarga kita.
***
Jangan ragu dan gusar untuk melakukan tips – tips diatas. mulakan sekarang juga maka anda akan takjub mendapati limpahan cinta isteri yang seolah-olah tanpa batasan, kerana begitulah sifat dan karakter perempuan, dia akan memberi lebih dari apa yang anda berikan kepadanya!
No comments:
Post a Comment