Nurmaisarah, seorang perempuan yang mementingkan ukhwah. Dia lebih selesa digelar Adik. Adik bersahabat dengan Nurfatimah yang digelar Ukh, bermaksud ukhti atau kakak. Persahabatan mereka amat akrab sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Kelmarin, Ukh dan Adik saling berbalas mesej. Mereka membicarakan soal persahabatan antara mereka dan kawan-kawan yang lain. Persahabatan yang kian luput dari ingatan. Persahabatan yang dilanda ombak perbalahan satu ketika dahulu. Lautan persahabatan tidak setenang dulu. Masa berlalu tanpa henti, namun Adik tetap berpendirian tegas akan hal-hal sebegini.
Satu mesej telah menjamah telefon bimbit Ukh. Mesej dari Adik.
Sahabat, kadang kala aku pernah terfikir, "Ya Allah, Engkau mampu menjadikan tsunami. Engkau mampu menjadikan kejadian lain yang tidak tercapai dek akal kami, hamba-hamba-Mu yang kerdil. Engkau mampu melakukan semua hal. Engkau hebat, ya Rabb. Namun mengapa, satu permintaan kecilku untuk melihat ukhwah kami, pelajar-pelajar SKKGB batch 2010 terjalin kembali, tidak termakbul? Mengapa, ya Tuhanku? Aku sedar, imanku tidak seberapa untuk memohon kepada-Mu. Namun, apabila aku memikirkan kembali, aku sedar, setiap takdir yang tertulis ada hikmahnya. Mungkin Tuhan ingin melihat sejauh mana keegoan insan. Mungkin mereka akan sedar setelah melihat jenazah sahabat-sahabat mereka dengan bibir pucat membisu. Mungkin juga setelah melihat sahabat mereka kaku seribu batu. Kembali kepada sejarah sahabatku. Persahabatan bukan sejarah.
Ukh tersentak membaca mesej tersebut. Namun yang benar tetap benar, walaupun pahit untuk ditelan. Setiap patah kata itu adalah kebenaran yang terpaksa diterima. Lantas, Ukh membalas mesej tersebut.
Ya Allah, kami ingin melihat bunga-bunga ukhwah di SKKGB mekar kembali. Kami sedar, kekuasaan-Mu meliputi segala-galanya. Maka dengan rendah hati, kami memohon, Engkau perkenankanlah hajat kami. Engkau makbulkanlah doa kami untuk melihat ukhwah yang sekian lama terputus, terjalin kembali. Amin Ya Rabbal A'alamin...
Kedua-dua sahabat ini berdoa kepada Allah S.W.T agar mereka dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang lain atas keredhaan Illahi. Pada malamnya, Ukh menghantar satu mesej kepada Adik.
'Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yang terjalin antara kami... Tidak!!! Haram untuk seorang muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya, sampai kiamat pun, dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat.' Sematkan kata-kata sebegini di dalam diri anda, harap maklum~hasil nukilan dalam iLuvIslam.
Adik tidak membalas.
Keesokan harinya, satu berita gembira menjamah kedua insan ini. Bermulanya perbicaraan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Adik: Salam wbt. Ukh, ingin tahu sesuatu? Allah cintakan Adik.. Allah kirimkan Ukh untuk Adik. Allah tugaskan Ukh untuk hantar mesej tu... Mesej I luv Islam. Tika semalam, Adik hantar mesej tu kepada sahabat Adik, baru saja dihantar, sedangkan ia belum menerima report, Adik dapat mesej dari dia! Sungguh! Mesej tu hikmat. Ia mampu menyambung kembali ukhwah yang terputus. Syukur, alhamdulillah...
Kegembiraan tergambar di wajah Adik dan Ukh ketika itu. Rupa-rupanya tidak sia-sia Ukh membuka laman web iLuvIslam dan mengambil sepotong ayat dari tajuk cerita yang berjudul 'Kerana CINTA Aku Tinggalkan Cinta'. Alhamdulillah, dengan perasaan yang terharu Ukh membalas mesej tersebut.
Ukh: Wa'alaikummussalam wbt... Alhamdulillah. Syukur pada Allah Tuhan Sekalian Alam.
Adik: Kepiluan saat ini, menjanjikan seribu kebahagiaan kelak. Insya-Allah, semoga lebih ramai lagi yang berubah. Ketika itu, kita akan tersenyum ceria.
Ukh: Ya! Insya-Allah...
Adik: Amin Ya Rabb...
Bermula saat itu, hati berbunga, keriangan kebahagiaan, ukhwah berpanjangan.. Insya-Allah!
No comments:
Post a Comment