“Abah……abah cepat la temankan adik main basikal, abah sudah janjikan nak temankan adik main basikla kat taman”. Biasanya dia bermain bersama dengan abagnya sahaja tetapi hari ini entah tetiba lak nak aku temankan dia main basikal di taman, mungkin semalam aku berjanji dengannya.
Anak bongsu lelaki ku wlaaupon baru berumur 3 tahun lebih tetapi kepetahan mengalahkan kanak-kanak yg lebih usia darinya.
“Kejap la adik abah nak buat kerja kejap je ni, nanti abah sudah siapkan kerja ni nanti abah temanakan adik main basikal”sambil pantas tangan ku menekan keyboard komputer membaca email-email dari kawan ku disamping menjawab komen-komen didalam facebook. aku melirik jam diatas meja.mmm suadah pukul 5 petang rupanya……aaaaa kejap lagi laaaaa sembahyang asar!! yang masih belom ku tunaikan lagi……..menarik benar post hari ini berkaitan dengan politik semasa tanah air…….isu-isu panas la katakan yang melanda negara sejak akhir2 ini…..biasalah parti mana-mana pon sama…..
“Abah cepat la abah”
Laung anak ku dari ruang tamu mengingatkan aku sekali lagi, aku dalam keadaan dengar tak denagar kerana terlalu asyik untuk meberi komen di face book ku…..hehehe tergelak aku seorang diri kerana kelucuan bila membaca beberapa komen dari mereka yang pro kerajaan dan pro pembangkang….kemudian isteri yang baru pulang dari kerja menegur ku kerana tersengih2 sorang diri biasalah time2 gini pukul 6 petang isteriku baru sampai ke rumah yelah jalan biasanya sesak berbanding dengan ku jam 3.30 petang sudah sampai dirumah kerana memang aku bekerja shif
“Abang nape adik muncung je tu bang….pergi lah temankan dia tu, dia nak main basikal kat taman tu, abang kan dah janaji gan dia semalam kan” tegur isteri ku sambil membawa sebakul kain kotor untuk dibasuh….” Mmm kejap laa nak baca ni” isteri ku berlalu untuk melakukan rutin petang nya sambil mengeleng kepala …..
Kemudian adik datang kearah ku kemudian menarik tangan ku “cepat lah abahhhhh….nanti tak sempat nanti….” Sambil membuat muka muncungnya kerana merajuk “ok dik sikit je lagi nanti kita pergi ye” dengan muka sedih tanpa sepatah jawapan terus dia berlalu pergi……setelah selesai aku membaca beberapa post terus aku menutup komputer ku dan berwuduk kemudian mendirikan sembahayang asar……
Tiba di rakat keempat dikejutkan dengan bunyi dentuman di depan rumah ……dan isteri ku menyerit “ Ya Allah!!! Abang cepat adik bang”…..pantas aku meluru dan memeluk adik….darah keluar dari hidung dan mulut nya….dalam dakapan adik meninggalkan kami sekeluarga menemui Ilahi…ajal dan maut memang telah ditetapkan tetapi atas disandarkan atas pada ku atas kerana kelekaan ku.masih tergiang ditelinga ku "Abah cepatla nanti tidak sempat nanti” – Adik maafkan abah!! penyeasalan ku yang tiada gunanya lagi.
No comments:
Post a Comment