Silamnya kami terlalu gelap,
Menjemput serbuk noda,
Menabur serpih dosa,
Bertamu di kalbu suci,
Berdansa dalam akli
Ufuk merah saksi pertemuan,
Kami terserempak nur,
Nur yang menawan peribadi,
Kami terdengar lirik,
Lirik yang menyapa sukma
Nur lembut bak sutera,
Sapaanya membelai seperti sentuhan ibu,
Dakapannya penuh seperti pelukan kakanda,
Nur...sungguh kami terpaut hati denganmu
Lirik sifatnya berterus terang,
Ada masa lirik berbunyi sayup,
Ada masa lirik menderum keras,
Kejujuranmu lirik...mempesona pandangan kami
Nur...
Lirik...
Kami diterjah risau...
Setelah sekian lama mengatur jejak,
Dalam kesesakan bumi ini kami sunyi,
Dalam keriuhan bumi ini kami tuli,
Kala gusar melantun di minda,
Masihkah kami diberi peluang?,
Masihkah kami diterima nanti?
Kalbu bernoda pasti tetap berbekas,
Dipalit luka zaman silam,
Sungguh!!!
Sungguh kami mahu maju bersama,
Nyata kami mahu seiring
Kami mohon lakaran cinta segenap bumi,
Menadah ziarah kami,
Menampung jaulah kami,
Terimalah wahai penduduk bumi,
Terimalah wahai Pemilik bumi,
Kami merayu...
P/s : Kami yang cuba disimulasikan ialah kita sebagai remaja Islam. Nur yang dimaksudkan adalah cahaya keimanan, manakala lirik pula adalah kalam Allah dalam Al-Quran.
No comments:
Post a Comment