Saya sempat belajar pendidikan seni sampai darjah enam (bukan sebab cikgu mati, memang di Sekolah Izzuddin tidak ada subjek pendidikan seni) tapi saya minat pada semua subjek yang memerlukan kesenian. Saya pelajar aliran Sains yang berseni? Mungkin ya, dan mungkin juga tidak. Haha...
Sepanjang hidup saya,
Saya pernah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti ‘seni'.
Masuk pertandingan ‘seni' melukis semasa di tadika.
Masuk pertandingan ‘seni' menulis khat semasa di sekolah rendah.
Masuk persatuan ‘seni' mempertahankan diri, karate-do di sekolah rendah.
(Seni mempertahankan diri termasuk seni juga bukan? Hehe...)
Masuk persatuan ‘seni' silat semasa di sekolah menengah rendah.
Masuk pertandingan ‘seni' nasyid di menengah atas.
Tetapi seni yang paling diminati setakat ini adalah seni berbicara. Saya suka menghayati seni berbicara kerana dengannya saya dapat ‘berhubung' dengan manusia. Walau pada hakikat dan turunan genetiknya saya bukanlah seorang yang peramah, namun seni berbicara adalah seni yang paling unik dalam kita ‘bersinergi' sesama manusia.
Sinergi dalam erti kata;
Perlu-memerlukan,
Bantu-membantu, dan berkasih sayang,
Untuk memakmurkan bumi ini.
Bantu-membantu, dan berkasih sayang,
Untuk memakmurkan bumi ini.
Merujuk kepada Kamus Linguistik, berbicara didefinisikan sebagai satu perbuatan menghasilkan bahasa untuk berkomunikasi atau menyampaikan sesuatu pendapat dan idea melalui lisan. Semua manusia boleh berbicara. Tetapi tidak semua manusia pandai berbicara. Berbicara itu seni.
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja."
Hadith Riwayat Bukhari
Percakapan yang baik bukan terletak pada isinya sahaja, tetapi juga pada sikap atau cara penyampaian.
1. Berbicara dengan sopan/lemah lembut
1. Berbicara dengan sopan/lemah lembut
Maksudnya: "Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."
(Surah Thaha 20 : ayat 44)
Ini adalah didikan Allah kepada Nabi Musa untuk berhadapan dengan manusia paling samseng dalam dunia. Berkatalah dengan lemah lembut, semoga dia ingat ataupun takut.Jadi orang yang ingin menyeru kepada kebaikan dan kebenaran Tuhan, tidak wajar untuk bersikap kasar mahupun sarkastik. Ianya akan lebih ‘menyakitkan’ daripada ‘mengesankan’. Bagaimana kebenaran mahu diterima jika sikap penyampainya menyalahi fitrah dan didikan Tuhan? Kalau mahu berkeras juga, ingatlah: "Kamu tidak sehebat Musa, dan mereka tidak sejahat Firaun, tetapi Musa mendatangi Firaun dengan lemah-lembut."
2. Berbicara dengan suara yang sederhana.
Maksudnya: Dan besederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
(Surah Luqman: ayat 19)
Komentar Imam Hassan Al-Banna dalam salah satu daripada sepuluh wasiatnya, "Jangan menguatkan suara melebihi suara yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu akan mengganggu dan menyakiti." Pembicara yang tidak mengendahkan perasaan dan ‘keperluan' pendengar adalah pembicara yang lemah dan tidak berjaya.
3. Menghormati dengan memandang muka orang yang sedang berbicara.
Ini adalah contoh akhlak Nabi yang sangat menghormati sesiapa sahaja yang datang berjumpa dengannya. Tidak hairanlah ramai manusia terpikat dengan agama ini jika Sang Nabi yang menjadi produk Ilahi.
4. Tidak berbisik di antara dua orang jika ada orang ketiga.
Elakkanlah berbisik, lazimkanlah berterus terang dan telus dalam berbicara. Bergaduh ketika berbicara lebih baik daripada ‘terasa' dan bersangka-sangka. Sesungguhnya kebanyakan daripada prasangka itu adalah dosa.
5. Suasana dan ketika yang sesuai.
Pembicara yang tidak memahami keperluan pendengarnya akan menghilangkan ‘keberkesanan' kata-kata dan isi pembicaraannya.
Kadang-kadang, bercakap berdua lebih baik dari ‘menyindir' di hadapan umum. Kadang-kadang, bercakap sejurus setelah berlaku sesuatu kejadian lebih mengesankan daripada disimpan untuk suatu masa lain. Dan kadang-kadang, sesuatu pembicaraan lebih elok jika tidak diluahkan. Situasi itu berbeza-beza, "Kadang-kadang..." bak kata Nujum Pak Belalang.

No comments:
Post a Comment