Si Pengacara Majlis serba salah, mahu disebut atau tidak nama Si Penceramah jemputan dari Negara Arab itu. Bila disebut takut-takut mengguris hati si penceramah. Lalu si Pengacara Majlis terus bertanya kepada si penceramah untuk mendapatkan kepastian.
"This is your name Sir? How to speak your name?", tanya Si Pengacara Majlis.
"Yes. This is my name. Ahmed Bahluul", Si Penceramah menyebut namanya.
Lega si Pengacara Majlis. Nampak gayanya nama "Bahlul" itu tidaklah menjadi kesalahan apabila menyebutnya. Baru pertama kali dalam hidupnya berjumpa dengan manusia yang bernama "Bahlul" itu. Ingatkan hanya di dalam filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sahaja. Tergelak kecil si Pengacara Majlis.
RAGAM SI BERNAMA
Kisah yang berlaku sebelum merdeka. Seorang Ayah ke Balai Polis untuk mendaftarkan anaknya yang baru dilahirkan.
"Apa nama anak kamu?", tanya Pegawai Polis yang berbangsa Benggali itu.
"Alaa.. Emm.. Apa pulak nama Si Atan ni. Tadi dah bincang kat rumah dah. Aduh..", si Ayah terlupa nama anaknya. Panggilan di rumah sahaja yang diingatnya iaitu Atan.
Pegawai Polis tadi mendengar perkataan "Si Atan". Lalu beliau menulis di atas Surat Beranak bayi itu dengan nama "Siatan Bin Abdullah". Si Ayah yang tidak tahu membaca itu beranggapan bahawa proses pendaftaran anaknya telah selesai dan sehingga sekarang nama itu terus berada di dalam kad pengenalan Si Atan itu. Alahai.
Gaya nama telah berubah mengikut zaman. Jika dahulu nama-nama orang Melayu disandarkan kepada nama-nama bunga seperti Melor, Melati, dan Cempaka. Nama lelaki pula ialah Aduka, Teruna, dan Kachiwa. Kini semuanya telah berubah, tiada lagi nama-nama seperti itu. Nama-nama Islam pula mengambil tempat.
Jika dahulu, namanya pendek-pendek seperti Rahmat Bin Ahmad. Sekarang sudah panjang seperti Syarifah Mazlyatun Amirah Puteri Binti Syed Abdul Muluk Kurniya Al-Kudsi. Menyebutnya sudah lelah apatah lagi dilafazkan si bakal suami di hari pernikahan. Terbelit lidah sesemput nafas.
ADA APA DENGAN NAMA?
"Jamal. Tolong senaraikan semula nama pelajar yang ponteng solat Jumaat tadi. Kita akan ambil tindakan ke atas mereka", pinta Presiden Kolej kepada saya.
Saya meminta bantuan seorang rakan untuk menyebutkan nama pemonteng solat Jumaat dan saya pula menulis di atas kertas.
"Umar Bin Haris. Zakaria bin Ahmad. Uzair Bin Ali. Muhammad Salehuddin Bin Abu Bakar....", rakan saya terus menyebut. Dan saya terus menulis sehingga semuanya selesai.
"Nampak gayanya ramai ‘pahlawan-pahlawan' Islam yang tak pergi solat Jumaat ni. Hehe..", saya berkata kepada rakan.
Saidina Umar R.A adalah seorang tokoh Islam yang hebat. Nabi Zakaria a.s adalah seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wataa'la. Hazrat Uzair R.A juga adalah sahabat Nabi Muhammad Sollahu A'lahi Wasalam manakala Salehuddin Al-Ayubi adalah panglima Islam yang membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman musuh. Mereka semua adalah insan-insan yang sangat hebat memperjuangkan Islam, bagaimana pula dengan Umar, Zakaria, Uzair dan Salehuddin yang tersenarai dalam senarai pemonteng solat Jumaat di atas?
Nama hanya sekadar nama. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak mengetahui apa maksud nama yang diberi oleh ibu bapa kita. Tidak semestinya nama yang baik melahirkan manusia yang sebaik namanya. Ada juga yang tidak bernama (nama yang kurang baik) tetapi luhur budinya membela agama. Kerana itulah Ustaz Ann Wan Seng tidak menukar namanya kepada nama Islam kerana baginya nama hanya sekadar nama sahaja.
NAMA SEBAGAI DOA
"Nama Hanya Sekadar Nama"
Walaupun nama hanya sekadar nama, ia bukannya bermaksud tidak perlu meletakkan nama yang baik kepada anak-anak. Cuba bayangkan jika nama anak itu Bebal, setiap hari masyarakat akan memanggilnya bebal, bebal, dan bebal. Akhirnya akan bebal juga si Bebal itu.
Ada juga di kalangan masyarakat yang memanggil dengan gelaran yang tersendiri kepada anak-anak. Sebagai contohnya Boboi dan Girl, gelaran ini sangat popular di kalangan masyarakat dan dapat menunjukkan hubungan kasih sayang sesama keluarga. Tapi yang ditakutinya ialah Boboi ini tetap berperangai boboi walaupun dah berumur 40 tahun dan mungkin dah bercucu. Hehe..
"Boleh saya bercakap dengan Jamal?", ayat biasa apabila telefon di rumah saya diangkat.
Persoalannya, Jamal yang mana? Adik beradik lelaki saya masing-masing mempunyai nama Jamal. Disebabkan itu, pernah suatu hari Bapak berpesan kepada rakan-rakan di sekolah supaya memanggil saya dengan nama Paie. Namun nama Jamal tetap ideal dengan saya sehinggalah sekarang. Jamal (الجمال) bermaksud kecantikan dan bukannya unta! Terima kasih mendoakan saya semakin menawan. Hehe.. Sekadar contoh nama sebagai doa ye.

Dari Abu Darda' r.a : "Sesungguhnya kamu akan diseru di hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama Bapa kamu. Oleh yang demikian, elokkanlah nama-nama kamu" (Riwayat Abu Daud)Kesimpulannya, nama yang kita perolehi sekarang adalah yang terbaik untuk kita. Jangan pula memboikot ibu bapa gara-gara memberi nama yang tidak popular, kelak kita akan binasa kerana melawan ibu bapa pula. Percayalah, nama adalah yang diberikan kepada kita adalah satu amanah untuk kita, amanah untuk merealisasikan maksud nama kita itu, bukannya untuk dibanggakan.
MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA!!
No comments:
Post a Comment