Saturday, June 26, 2010

Yahudi Atau Nasrani Kah Umat Islam Akhir Zaman?

Dalam sebuah hadith:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikuti mereka.”

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang engkau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".


(H.R. Muslim)

Salah Satu Petanda Kita Berada di Akhir Zaman

Umat-umat Nabi Muhammad s.a.w diakhir zaman, ramai di kalangan mereka menjadi pengikut Yahudi dan Nasrani secara sedar ataupun tidak.

Walaupun tidak menganuti agama Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetapi amalan mereka lebih mirip kepada Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan mereka seharian.

Kita boleh lihat kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w pada hari ini. Kebanyakan kita mengikut cara kehidupan Yahudi dan Nasrani sekalipun dalam urusan kecil dan perkara yang tak munasabah.

Untuk pengetahuan sekalian, Yahudi adalah musuh utama Islam. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika yang kebanyakannya penganut Kristian berjaya dipengaruhi oleh Yahudi yang jumlahnya sedikit sahaja. Bayangkan betapa bijaknya Yahudi hinggakan mampu menjadi penasihat kepada Amerika. Orang-orang Kristian sememangnya sejak dahulu digunakan oleh bangsa Yahudi untuk memerangi Islam. Jadi tidak hairanlah kenapa mereka turut sama bersekongkol menzalimi umat Islam.

Kedua-dua golongan ini sudah lama mengatur rancangan untuk membinasakan negara-negara Islam termasuk Malaysia ini.

Kajian mereka mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh dan mantap sekali.

Mereka mengakui bahawa umat Islam ialah penganut agama yang paling sukar dimurtadkan. Kajian mereka juga merumuskan bahawa formula baru untuk memusnahkan umat islam bukanlah dengan cara menggunakan senjata, kereta kebal atau peluru, tetapi cukuplah sekadar menjauhkan dan memesongkan mereka dari ajaran Islam itu sendiri. Strategi yang digunakan ialah dengan memberikan umat Islam hiburan sebaik-baiknya.

Betapa bijaknya dan kuatnya dakyah Yahudi dan Kristian untuk memesongkan akhidah umat Islam. Jelas pada hari ini rata-rata dari kita sebenarnya telah hanyut dan terus lalai dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Sampai urusan kecil-kecil pun kita nak ikut Yahudi. Hal inilah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita lebih suka meniru secara membabi buta tanpa kita sedar kita telah meletakkan amalan Yahudi mengatasi amalan Islam itu sendiri.

Sambutan hari lahir contohnya: Tidak mahu mengikut saranan Islam (tahlil/doa selamat), malah
mahu juga ikut cara Yahudi seperti upacara potong kek dan tiup lilin dengan iringan nanyian lagu selamat harijadi. Inilah antara benda-benda remeh yang menjadi ikutan umat akhir zaman yang sudah sebati dalam amalan kehidupan kita.

Dalam majlis kahwin contohnya: Dengan band jemputan, DJ, karaoke dll.. penuh dengan suka-ria hiburan yang melalaikan. Itupun kononnya mahu majlis itu mendapat keberkatan dari Allah s.w.t…? Bermimpi di siang hari lah nampaknya mahu dapat keredhaan Allah dengan anjuran majlis sebegitu yang jelas tidak mengikut tuntutan Islam.

Tidak menjadi masalah kalau mahu bersuka ria, asalkan mengikut landasan yang ditetapkan syariat. Jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.

Namun harus diingat, kita sebagai muslim harus mengutamakan apa yang dianjurkan oleh Islam. Sesungguhnya amalan Islam tidak sama dengan orang-orang kafir.

Kalau sudah tahu orang kafir amalannya begitu, kenapa harus diikut?

Allah s.w.t berfirman :

“Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut jejak langkah mereka itu.”


Allah s.w.t telah berpesan pada kita dalam Al-Quran bahawa, “Orang yang bersangatan memusuhi orang-orang yang beriman ialah Yahudi.”

Maka, jelaslah dan WAJIB kita sebagai umat Islam berusaha menentang kaum Yahudi laknatullah yang senantiasa mencari jalan menghapuskan umat Islam.

Bangsa Yahudi dan Nasrani sentiasa berusaha keras untuk menyesatkan umat Islam kerana hasad dengki yang sentiasa berpanjangan dari dahulu hingga sekarang.

Terutama sekali bangsa Yahudi kerana mereka yang paling kuat memusuhi Islam. Kejahatan mereka bahkan sampai ke tahap membunuh nabi-nabi pada satu ketika dahulu. Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dibunuh, Nabi Isa pula hampir dibunuh, dan beberapa orang nabi lagi.

Cuba kita fikir bersama, mengapa Nabi Muhammad s.a.w membuat contoh " Sehinggakan ke lubang Biawak pun kamu akan ikut jejak langkah Yahudi Nasrani "?

Menggambarkan betapa bodohnya umat akhir zaman akibat hilang panduan dari berpegang pada prinsip Islam. Sudah tentulah kerana lalai dari mengerjakan tuntutan Islam disamping ceteknya ilmu agama. Akhirnya, terhakis sedikit demi sedikit aqidah dan akhlak Islamiah yang harus ada dalam diri seorang muslim. Jadi tidak hairan lah mengapa masyarakat kita mudah terpengaruh dengan pengaruh Yahudi. Bukan sahaja di Malaysia bahkan di segenap negara Islam juga sedemikian.

Kenapa pentingnya memelihara akidah?

Akidah adalah asas tunggak ketaqwaan seseorang itu dalam Islam. Sekiranya ibadahnya baik tetapi akidahnya runtuh maka sia-sialah amalannya. Jadi tidak hairan lah walaupun seseorang itu solat lima waktu, namun masih cenderung berkelakuan buruk akibat dari tidak mendalami akidah Islamiah itu sendiri. Jadi sama-samalah kita memelihara akidah dari segi peradaban dalam Islam agar tidak sia-sia ibadah yang kita lakukan.

Hari ini jelaslah apa yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w telahpun berlaku. Dimana-mana saja telah meresap budaya-budaya Yahudi Nasrani dalam kehidupan dan gaya hidup umat Islam kini. Apa yang datang dari Barat semuanya elok dan molek belaka. Umat Islam mengagung-agungkan tamadun Barat.

Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Mahukah melihat anak kita esok juga mengikuti jejak langkah kaum Yahudi Nasrani ini? Bukan masanya kita mengambil remeh perkara ini. Mungkin di kalangan kita masih memandang remeh dan bersikap lepas tangan serta selesa dengan kehidupan masing-masing. Ingatlah, setiap kita akan dipersoal kelak di padang Masyar. Apa yang kamu lakukan semasa didunia dalam menegakkan dan mempertahankan Islam?

Antara pengaruh-pengaruh Yahudi dan Nasrani yang jelas dapat kita lihat hari ini

Melalui hiburan yang melampau dan jelas tidak mengikut syariat Islam.

Lagu, filem, iklan, majalah dan pelbagai lagi, semuanya diterapkan dengan unsur-unsur kelalaian yang menjauhkan diri dari mengingati janji Tuhan di akhirat kelak.

Yang kita ingat cuma mahu berhibur, sibuk mengumpul harta dunia yang tak pernah cukup, sibuk melempiaskan nafsu mengikut keinginan sendiri.

Salah satu kejayaan agenda Yahudi adalah melihat umat Islam sesat daripada matlamat yang berteraskan Islam.

Kalau kita lihat fesyen, lagilah terang-terangan ikut jejak kafir terutamanya cara pemakaian muda-mudi hari ini. Pakaian terdedah sana sini, sendat dan ketat bagi yang wanita. Lelaki pula dengan seluar pendek paras lututnya, subang, rantai, rambut terpacak dll.

Tidak kurang juga dengan yang taksub pada barangan jenama-jenama Barat. Seolah-olah semua yang terbaik dari Barat. Gambaran sebeginilah yang Yahudi mahukan.

Pakaian yang berlandaskan sunnah dipandang jelek. Sehinggakan mula timbul rasa malu untuk berpakaian sopan dan menutup aurat.

Bila ditegur, dijawab dengan bermacam-macam alasan.

"Rilek la.. zaman moden..open minded sikit..""Kena ikut perkembangan fesyen terkini, kita bukan dizaman unta.."

p/s : “Esok mati jawab begitu”

Alasan begini kah hingga sanggup mengenepikan hukum Islam?


24 jam propaganda mereka tersebar dengan misi menyesatkan umat Islam dari pegangan Islam itu sendiri. Sedarkah kita? Kita sendiri juga yang menyokong perlaksanaan program-program yang sudah pun meruntuhkan akhlak muda-mudi kita. Siaran tv yang penuh dengan hiburan melampau. Majalah-majalah yang hanya menceritakan tentang artis-artis dan gosip-gosip yang melalaikan sehingga meresapkan budaya hipokrit dan fitnah dalam masyarakat hari ini.

Kita renung pula sejak kebelakangan ini telah beberapa kali siri penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Dengan iklan dan karikatur yang jelas menghina Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai, bukankah ini kerja Yahudi dan sekongkolnya?

Dimana kita waktu itu? Apa yang kita lakukan dalam mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w?


Begitu juga tatkala saudara seagama kita merana derita kerana dizalimi di Palestin/Gaza.

Apa yang kita lakukan? Sekadar mencaci dan mengutuk untuk seketika?


Adakah kita memberi sesuatu sumbangan yang terdaya kita lakukan untuk saudara-saudara Islam kita disana?

Kita bukan lemah sangat sehinggakan hanya mampu mengutuk dan sumpah seranah. Tetapi memang betul, orang kita bab sumpah seranah memang nombor satu lah.

Di sana-sini orang berjuang dan berjihad untuk Islam, sedangkan kita leka menikmati hidup dengan selesa tanpa ada rasa tanggungjawab. Mungkin juga ramai yang masih lena dengan keselesaan hidup masing-masing. Hanya sibuk menurut nafsu serakah dalam mengumpul harta dan kemewahan. Mencari keseronokan duniawi yang tidak sudah tanpa menoleh pada kesengsaraan orang lain hatta saudara seagama sekalipun.

Apabila ada pihak menyatakan kita perlu boikot barangan yang jelas memberi sumber pada kafir-kafir laknatullah yang menindas umat Islam, ramai yang mengeluh “takut hilang kerja” “kempunan tak dapat makan” “ini strategi pihak-pihak yang dengki pada syarikat berkenaan, jadi tak mengapa abaikan saja”

Dengan alasan yang begitu jijik yang mana mencerminkan betapa rendahnya semangat ukhuwah dalam Islam yang diletakkan dalam diri masyarakat hari ini.

Sudah tiada inisiatif lain kah? Kenapa susah sangat nak tinggalkan produk Amerika / Yahudi?


Tak perlu semua produk kita aim untuk boikot. Yang menjadi sasaran boikot ialah syarikat yang bekerjasama dengan Israel.

Empat syarikat besar dunia iaitu Nestle, McDonald, L'Oreal dan Coca-Cola antara penyumbang dalam dana ketenteraan Zionis Israel yang menganiaya saudara seagama kita di Palestin. Tahu bukan? Atau buat-buat tak tahu? Atau tak mahu ambil kisah? Kita cuma mahu memberi tekanan ekonomi (economic pressure) supaya syarikat induknya tidak menyokong Israel. Itupun susah? Ketepikanlah keinginan hawa nafsu semata-mata untuk dunia. Berkorbanlah untuk Islam dengan memberi sokongan pada saudara-saudara Islam kita yang ditindas dengan bantuan kewangan atau apa saja mengikut kemampuan masing-masing.

Sekarang ini sudah banyak produk-produk Islam di pasaran. Produk-produk yang sudah pasti terjamin halal yang diusahakan oleh usahawan muslim kita.

Tiada alasan lagi kita tidak menyokong usaha-usaha murni golongan yang berpandangan jauh dalam memperjuangkan Islam ini.

Demi kesejahteraan ummah, kita harus berganding bahu untuk merealisasikan impian untuk melihat pembangunan sekaligus kemenangan buat Islam.

Tunjukkan pada mereka masih ada orang-orang Islam yang kuat supaya mereka gerun untuk melakukan sebarangan terhadap Islam.

Semoga terbit sedikit kesedaran dalam diri kita untuk berbuat sesuatu untuk Islam yang dicintai.

Beringatlah sesama kita saudara seagama.

Hapuskan sifat yang secara jelas terbukti menyebabkan kita berbalah sesama saudara seperti :

  • sombong,riak(tinggi diri),dengki,dendam,suka mengumpat, amalan fitnah, suka menghukum sesama manusia, pentingkan diri sendiri dan membezakan darjat serta pangkat

  • sebaliknya terapkan amalan saling bermaafan, saling berpesan pada kebaikan, rendah diri dan jauhi dari menabur fitnah, mengumpat dan hasad dengki yang jelas mengundang perbalahan yang berpanjangan.

Semoga kita terpelihara selagi mana berpegang teguh pada Al-quran dan hadis. Semoga jauh dari tergolong dalam golongan yang sesat.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Insyaallah.. Semoga kita kembali padaNya dalam keadaan beriman..

Yang baik datangnya dari Allah s.w.t. Segala kekurangan dan kelemahan datang dari kelemahan diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment