Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.
Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.
Ini kerana, membunuh orang yang tidak berdosa atas nama agama adalah salah sama sekali. Seperti yang sedia maklum bahawa mereka yang terbunuh di Washington atau New York merupakan orang yang beriman dengan Jesus (Kristian), Nabi Musa (Yahudi) dan orang Islam. Menurut Islam, membunuh orang yang tidak bersalah menjadi satu kesalahan yang besar dan azab neraka adalah paling layak baginya kecuali diampunkan Allah. Justeru, adalah mustahil orang yang beriman terjebak dalam perkara yang tidak diredhai ini.
Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Bukankah Rasulullah di utuskan untuk rahmat ke seluruh alam. Bukankah baginda mengamankan antara kabilah-kabilah?
Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Bukankah Rasulullah di utuskan untuk rahmat ke seluruh alam. Bukankah baginda mengamankan antara kabilah-kabilah?
No comments:
Post a Comment