Senaman larian aktiviti riadah yang menarik dan seronok dilakukan setiap hari. Walaupun begitu, ramai antara kita sukar mengekalkan rutin harian ini atas sebab tertentu. HAZRIL MD NOR mahu anda berpegang pada motivasi dan ubah fikiran ke arah positif.
Pada zaman moden, senaman sering kali dilakukan untuk mengekalkan kesihatan dan mencergaskan minda. Ini termasuk senaman berbentuk larian yang biasa dilakukan orang ramai.
Seperti yang kita ketahui, senaman sangat menarik tetapi motivasi memulakan aktiviti itu perlu diutamakan dalam hal ini.Semua orang biasa melakukan senaman harian di padang atau di mana saja tempat rekreasi. Sungguhpun begitu, terdapat juga mereka yang jarang dan tidak pernah melakukan senaman. Untuk membangkitkan semangat mereka supaya bersenam, mereka perlukan motivasi dan nasihat berkesan.
Keupayaan mengekalkan senaman larian sebagai rutin harian tidak mudah dan tidak pula terlalu sukar. Gen Y ada beberapa tips untuk mengelakkan anda berputus asa daripada melakukan senaman ini.

Kaji punca
Mungkin pada awalnya anda seorang yang sibuk bekerja dan mempunyai masa terhad untuk melakukan aktiviti riadah. Kebanyakan senaman dilakukan secara berkala dan tidak menepati matlamat yang ingin dicapai.
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sosial seperti menonton televisyen dan bermain komputer, aktiviti senaman ini amat sukar sekali untuk dilakukan kerana kebanyakannya melakukan senaman hanya bila perlu dan tidak menjadikan ia sebagai hobi atau rutin harian.
Anda juga mungkin seorang yang tidak sukakan sukan dan sukar memaksa diri berkecimpung dalam aktiviti ini. Waktu senaman juga sangatlah singkat dan bersifat terpaksa.
Tetapkan matlamat dan tanggungjawab
Tidak mungkin berlaku sesuatu pekerjaan tanpa matlamat yang betul. Sebagai langkah permulaan untuk menggalakkan diri anda berlari, tetapkan berapa jam waktu untuk melakukan aktiviti itu dalam masa sehari. Bagi hasil yang lebih menarik, pastikan anda menulis semua matlamat itu di kertas dan lekatkan pada pintu bilik anda.
Sesuatu matlamat perlu disertai dengan tanggungjawab. Selepas mencatat waktu dan hari yang sesuai bagi anda melakukan senaman, lahirkan pula rasa bertanggungjawab terhadap perkara yang anda ingin lakukan itu. Jika anda rasa bertanggungjawab, pasti matlamat untuk bersenam itu mudah dicapai.
Andai kata anda seorang yang malas mencipta jadual, gunakan inisiatif lain seperti memikirkan akibat buruk atau masalah kesihatan yang akan timbul jika tidak berlari sungguhpun dalam masa sehari.
Ajak rakan
Berlari bukanlah aktiviti yang memerlukan pasukan tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh mengajak rakan bersama-bersama melakukan aktiviti riadah ini.
Berlari bersama rakan pada waktu pagi atau petang menaikkan semangat anda untuk terus melakukan rutin ini. Dengan adanya rakan, anda pasti rasa lebih selesa dan seronok lebih-lebih lagi jika rakan mempunyai jadual senaman larian yang sama.
Jika anda menikmati senaman bersama rakan, apa salahnya jika anda mencebur diri dalam kelab larian. Kemungkinan besar anda akan mengamalkan rutin ini kerana rakan kelab anda juga berkongsi objektif dan matlamat yang sama, berlari untuk menyihatkan badan.
Selain itu juga, latih diri anda untuk lebih bersosial ketika berlari dengan mengadakan aktiviti riadah lain seperti berjoging pada hujung minggu. Motivasi berkenaan membantu diri anda lebih bersemangat serta menaruh minat yang lebih mendalam pada aktiviti ini.
Mendengar muzik
Kepada mereka yang sering berasa penat dan lelah walaupun melakukan senaman pada masa yang singkat, mendengar muzik boleh membantu anda meneruskan perjuangan.
Lagu dimainkan juga memainkan peranan penting menentukan emosi anda ketika berlari. Rasa penat boleh mengganggu emosi anda dengan membuat anda rasa malas untuk terus berlari. Dengan itu, muzik yang rancak dapat mengatasi masalah ini. Kajian mendapati muzik rancak meningkatkan kadar adrenalin dalam diri seseorang.
Selain itu, mendengar muzik membuatkan anda rasa lebih relaks dan tenang ketika berlari. Abaikan bunyi kenderaan yang bising ketika mendengar muzik.

No comments:
Post a Comment