Kebiasaannya, pegawai keselamatan yang bekerja pada waktu malam sarat dengan pelbagai kisah seram dan risiko berdepan insiden hantu yang menyeramkan.
Mereka individu paling sesuai untuk kita korek mengenai seribu satu cerita hantu kerana tugasnya yang berjaga ketika semua orang sedang tidur.
Lebih-lebih lagi yang bekerja mengawal sekolah, hospital atau bangunan lama. Bezanya, mereka memang jenis yang berani dan menyifatkan segala kisah seram itu sebagai cabaran dalam kerjanya. Mahu atau tidak, itulah realitinya kerja mereka.
Lain pula bagi mereka yang bekerja di kedai serbaneka, plaza tol atau stesen minyak yang terpaksa berjaga pada waktu malam, selalunya mereka berdepan risiko jenayah rompakan yang acap kali dilaporkan. Ada saja individu yang datang merompak duit di kaunter.

Semua itu cabaran di sebalik kerjaya bagi mereka yang bekerja pada waktu malam.
Bagaimanapun ramai tidak menyedari risiko yang mereka alami sebenarnya lebih serius. Kerja syif malam sebenarnya mampu mengheret seseorang individu itu menghidap penyakit merbahaya yang jarang sekali kita sedar.
Satu kajian di London awal tahun ini mendedahkan yang bekerja syif boleh merosakkan hampir 1,500 daripada 24,000 gen manusia, sekali gus menjelaskan mengapa masalah itu sering dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.
Ini kerana bekerja syif malam menyebabkan seseorang individu itu berdepan masalah menyusun jadual untuk tidur. Sama seperti mereka yang mengembara jauh hingga melangkau masa negara tertentu, masalah ‘jet lag’ atau gangguan ritma harian adalah risiko paling ditakuti.
Kebiasaannya, mereka terpaksa mengorbankan hari pertama dalam jadual kerja syif untuk berasa mengantuk teramat dan kemudiannya tidur pada sebelah siangnya. Hari kedua baru jadual tidur itu semakin baik untuk mengikut tanggungjawab kerja kerana siangnya sudah pun mempunyai rehat secukupnya untuk bertahan selama lapan jam pada malam kedua.
Senario itu memberi tekanan kepada diri secara tidak langsung untuk kita mengubah rutin hidup yang normal.
Gangguan masa tidur akibat bekerja syif termasuk gangguan ritma harian turut dikhuatiri meningkatkan risiko orang ramai menghidap barah payudara, penyakit jantung, kencing manis dan penyakit lain yang mengancam nyawa manusia.
Penyelidik dari Universiti Surrey London dalam laporannya mendapati, gangguan kepada kitaran 24 jam secara semula jadi ke atas badan manusia boleh mengganggu ritma gen manusia. Bagi menilai kesan ke atas manusia dengan ujian gangguan ini, penyelidik menggunakan sebanyak 28 responden yang diletakkan dalam jadual kerja selama 28 jam sehari tanpa kitaran semula jadi cahaya gelap.
Hasil ujian itu mendapati kitaran bangun tidur responden itu tertunda selama empat jam setiap hari sehingga mereka tidur 12 jam lagi selari dengan hari biasa.
Sampel darah turut menunjukkan selepas eksperimen ke atas responden dijalankan, mereka mengalami pengurangan enam kali ganda gen yang memaparkan ‘ritma sirkadian’ atau kitaran aktiviti harian yang dipantau dalam kebanyakan benda hidup dalam tempoh 24 jam.
Tiada siapa sedar akan fakta kesihatan itu namun ia adalah realiti yang boleh mengancam kesihatan sesiapa saja yang bekerja syif malam ini. Remaja khususnya paling terdedah menghidap pelbagai penyakit berkaitan.
Pusat Penyelidikan Tidur di universiti sama turut menemui kira-kira enam peratus daripada gen itu mengalami ‘ritma sirkadian’ yang bermakna aktiviti mereka seharian lebih tinggi pada tempoh masa tertentu berbanding orang lain.
Mereka yang terbabit dalam syif siang sepatutnya bimbang mengenai fungsi lali dan mereka yang bekerja syif malam terbabit dalam mengawal selia gen lain. Kajian ini mempunyai kesan penting kerana ia perlu mencari mengapa ritma ini wujud dan berfikir mengenai kesan seterusnya.
Kajian membuktikan individu yang tidur terlalu sekejap atau tidur pada waktu tidak sesuai berhadapan kesan jangka panjang. Menggantikan tidur tidak dapat menyembuhkan iaitu peningkatan risiko mendapat kencing manis, penyakit jantung dan masalah kesihatan lain.
Masyarakat dunia kini berhadapan masalah kekurangan tidur dan ia cabaran besar kepada penjaga kesihatan. Sejak dulu kajian menunjukkan orang yang tidur kurang daripada lima jam mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes. Diabetes yang dimaksudkan di sini ialah diabetes jenis II yang biasanya menyerang orang dewasa.
Malah, peningkatan risiko mendapat diabetes ini juga dihadapi individu yang bekerja syif. Berdasarkan laporan pakar sains saraf yang menganalisis rekod Kajian Kesihatan Jururawat, kerja syif melebihi tiga malam dalam tempoh sebulan berselang-seli dengan syif siang atau petang juga meningkatkan risiko ini.
Corak pemakanan dan aktiviti fizikal juga menjadi faktor utama penyakit diabetes. Apabila kita penat, memang sukar memaksa diri bersenam atau makan buah jika sampai ke rumah pada jam tiga pagi ketika kita sepatutnya tidur.
Dalam kajian terbaru, menunjukkan tidur memainkan peranan yang lebih kompleks dalam kehidupan seseorang. Apabila kita kekurangan tidur, ritma biologi badan yang normal terjejas menyebabkan berlakunya perubahan fizikal pada badan yang tanpa disedari membantu membuat ‘tangga’ untuk diabetes bersarang dalam badan.
Pada masa sama, kadar metabolisme mereka yang bekerja syif malam dan berdepan masalah kurang tidur ini menurun sebanyak lapan peratus.
Ada satu lagi perkara yang menjadi kebimbangan mengenai kerja syif malam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan kerja syif malam sebagai ‘karsinogen’ kerana terlalu banyak cahaya pada waktu malam boleh menghalang aktiviti hormon untuk membolehkan seseorang tidur dan menindas sel barah.
Tidakkah tubuh seseorang itu boleh mengadaptasi jika dia bekerja syif malam untuk jangka masa yang lama?. Dalam hal ini, keadaan individu yang kerap bertukar syif lebih membimbangkan. Orang yang memang berjaga malam lebih mudah mengadaptasi apabila dikehendaki bekerja syif malam tapi mereka akan menghadapi masalah jika disuruh bekerja siang pada hari cuti.
Bahkan, didapati hampir 30 peratus pekerja syif malam mengalami masalah tidur selepas pulang ke rumah atau ketika mereka penat. Keadaan ini dipanggil ‘gangguan atau penyakit kerja syif.’
Penyelesaiannya?
Ada beberapa saranan buat mereka yang bekerja syif malam untuk menikmati hidup lebih sihat dan sejahtera. Walaupun kita gagal menyatakan alasan ini kepada pihak majikan bagi mengubah waktu kerja, namun mereka masih ada alternatif lain untuk mencari penyelesaiannya.
Faktanya, orang dewasa memerlukan tidur nyenyak selama tujuh hingga sembilan jam sehari. Justeru, individu yang bekerja malam disarankan terus tidur sebaik sampai ke rumah. Jangan pula singgah bertemu kawan atau minum di kedai terlebih dulu kerana anda memerlukan tidur terus sebaik sampai ke rumah.
Kebiasaannya syif malam akan berakhir pada jam 7 pagi. Jangan tunggu lama dan terus pulang ke rumah untuk menikmati tidur yang cukup. Tapi ingat, bangun sebelum matahari hilang dan sebaik-baiknya tengah hari untuk makan dan kemudiannya melakukan aktiviti lain yang boleh merehatkan tubuh.
Padamkan semua lampu agar anda tidur dalam keadaan gelap seperti waktu malam. Ini petua terbaik. Jangan pula tidur dalam keadaan terang kerana anda memerlukan rehat yang seimbang seolah-olah anda menikmati tidur normal sebelah malam. Pastikan bilik tidur anda gelap, sejuk, selesa dan sunyi.
Anda juga disarankan untuk memakai cermin mata kekuningan atau jingga ketika memandu balik bagi mengelakkan cahaya biru daripada memasuki mata dan boleh menyebabkan anda terus berjaga sampai pagi. Biarkan cahaya matahari membantu menyelaraskan jam tidur biologi anda.
Bagi kebanyakan orang, cahaya matahari pada waktu pagi sangat penting. Bagi yang bekerja syif malam, cahaya terang pada waktu petang akan mengubah jam biologi mereka secara semula jadi.
Elakkan minum minuman mengandungi kafein, alkohol dan keadaan tegang sebelum tidur. Alat elektronik pula jangan diletakkan terlalu dekat dengan katil. Sebaiknya tidur dan bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari agar anda berasa lebih cergas.
Bagaimana menghadapi syif malam dengan betul?
Kerja pada waktu malam memang penuh dengan cabaran. Anda mungkin memilih syif pagi tapi malangnya ia penuh dan anda terpaksa bertukar ke syif malam. Usah risau kerana banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk elakkan diri dari rasa mengantuk.
1. Tidur seketika pada waktu tengah hari - Sebelum menghadapi syif malam yang mencabar, pastikan anda mempunyai tidur yang cukup. Pada waktu tengah hari, cuba dapatkan tidur yang singkat untuk mengelakkan anda mengantuk pada waktu malam.
2. Mandi untuk segarkan badan - Sebelum bertolak untuk bekerja di pejabat pada waktu malam, ambil sedikit masa untuk mandi seketika. Selepas mandi badan akan jadi lebih bertenaga untuk melakukan kerja.
3. Lakukan teknik yang boleh merehatkan diri - Sambil sambil menonton televisyen pada waktu tengahari, cuba tonton sambil duduk di kerusi urut. Ia bukan saja memberikan anda kelegaan otot, tapi dapat membantu anda mengatasi masalah lemah lemah sendi dan lemah badan pada waktu malam.
4. Ambil minuman berkafein - Saat anda bekerja pada syif malam, pasti rasa mengantuk itu hadir. Jangan lupa untuk mengambil secawan kopi bagi mengelak anda dari tertidur. Selain itu, cuba kunyah gula-gula getah pada setiap masa. Ia dapat “mengganggu” waktu tidur anda.
5. Biasakan dengar muzik pada waktu malam - Percaya atau tidak, dengar muzik boleh mengalihkan perhatian anda dari terus rasa mengantuk. Jangan pula dengar muzik yang lembut dan sayu sebaliknya dengarlah muzik yang rancak dan “bising” untuk membuatkan anda terus berjaga pada waktu malam.
6. Bercerita atau bersembang dengan rakan - Pasti ada rakan sekerja yang juga bertugas pada waktu malam. Ajak mereka berborak dan berbual mengenai cerita seram pada waktu malam. Pada waktu malam, pasti banyak kejadian menakutkan yang pernah berlaku pada anda. Jika anda bercerita pasal topik itu, anda akan rasa hilang mengantuk kerana bunyi bunyi pelik yang hadir
7. Bersiar siar di luar untuk seketika - Jika anda seorang perokok, elakkan menghisap rokok pada waktu malam sebaliknya keluarlah bersiar siar untuk mengambil udara segar. Percaya atau tidak, udara yang nyaman boleh membantu anda untuk terus fokus pada kerja malam. Selain itu, cuba basuh muka anda dengan air untuk mengelakkan anda rasa mengantuk.

No comments:
Post a Comment