Melakar kenangan
Terindah
Duhai yang bergelar
Sahabat
Taman ilmu yang
Telah berlalu
Bersama naungan
Kasih guru
Hari ini sahabat
Taman ilmu yang berlalu
Semakin mekar
Subur
Haruman kecintaan
Pada gedung itu
Tanpa batas
Kau melangkah gagah
Meredah ombak
Perjalanan
Mencari harta tanpa
Nilaian emas permata
Duhai Syabab
Kaulah sahabat
Kuharap kau tidak akan
Pernah jemu
Mencari dan meneroka
Taman-taman ilmu
Diseluruh pelusuk
Perjalanan
Sahabat
Kau Syabab
Tanpa nama
Muncul bagi kerlip bintang
Mengharapkan ingatan
Seorang teman
Tanpa salam terhulur
Kau terus bermain
Dengan waktu
Jelasnya aku
Tidak pernah lupa
Pada kenangan
Taman ilmu sekarang
Terdetik dihati
Tanpa bicara
Engkaulah sahabat
Syabab tanpa nama
Duhai sahabatku
Syabab tanpa nama
Namamu tersirat simpulan
Makna yang indah
Ku doakan
Biarlah ia sentiasa
Menjadi cerminan
Buat dirimu
Syabab tanpa nama
Moga kau selalu
Kasih dan cinta
Pada dua kekasih
Yang bersemi dijiwa
Mendukung tanpa bantah
Menjaga tanpa lelah
Ingatlah sahabatku
Syabab tanpa nama
Teguhkan azam
Dalam diri
Supaya tak hanyut
Pada arus lautan
Takkan hilang bersama
Gelombang
Takkan berubah
Ibarat pantai
Teguhlah seperti karang
Moga kau mampu
Menjadi mutiara di
Samudera kehidupan
Kerana kaulah sahabat
Syabab tanpa nama
No comments:
Post a Comment