Berikut adalah 10 fakta-fakta tentang otak yang perlu anda ketahui
10|
Berat otak manusia yang masih hidup ialah 1.3-1.4 kilogram. Tekstur otak pula seperti tofu.
9|Saiz otak semakin kecil mengikut zaman. 5000 tahun dahulu manusia mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada manusia zaman sekarang. Tidak diketahui kenapa. Ada teori mengatakan otak semakin cekap jadi tidak perlu mempunyai saiz yang besar. Ada juga yang mengatakan saiz tengkorak yang semakin kecil (berbanding 5000 tahun dahulu) kerana diet kita yang semakin ‘lembut’ dan tidak memerlukan rahang yang besar.
8|Otak adalah organ yang memerlukan tenaga paling banyak; 20% bekalan oksigen dan 25% glukosa. Berat otak hanya 2% daripada berat badan.
7|Semakin banyak sulcus, semakin pandai seseorang itu.
6|“Kita hanya menggunakan 10% otak kita untuk berfikir” tidak benar.
5|Otak dilindungi oleh blood-brain barrier, penyekat yang hanya membenarkan molekul tertentu sahaja untuk memasuki otak.
4|Otak bermula dari ‘sebatang’ tube, yang kemudian berkembang menjadi otak yang anda lihat sekarang.
3|Otak remaja tidak berkembang sepenuhnya. Oleh sebab itulah perangai mereka sedemikian.
2|Sel-sel otak boleh bertukar-tukar fungsi dan bentuk; bergantung kepada keadaan sekitar seperti kecederaan atau stroke.
1|Dari segi daya pemikiran otak, lelaki dan perempuan adalah sama. Kedua-dua jantina mempunyai kemampuan pemikiran otak yang sama. Tiada perbezaan antara jantina yang mempengaruhi kepandaian seseorang itu. Ia bergantung kepada cara kita mengaplikasikan kepada daya pemikiran tersebut ke tahap optimum.
No comments:
Post a Comment