Friday, February 11, 2011

FEWWIT : Bebas Dari Belenggu

Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan ALLAH S.W.T?

Yakinlah... andai kita mendekatkan diri pada-NYA, kita akan mendapat ilham untuk keluar dari belenggu keresahan.

Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.

Berhentilah berbicara tentang kegagalan lalu. Biarkan masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas.

Lakarkan kejayaan dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali.

Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk melakarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.

FEWWIT Datang Lagi!

Inilah yang akan dibicarakan dalam Forum 'Bebas Dari Belenggu' yang akan diadakan di Auditorium Utama, UIA.

Berbeza dari tahun-tahun sudah, konsep FEWWIT iLuvislam 2011 ditukar kepada perbincangan tajuk buku-buku terbaik di pasaran.

Forum ini akan dikemudikan oleh penyampai radio Warna Pagi IKIM.fm yang juga merupakan penyanyi nasyid, iaitu Saudara Sufian Amrin, atau lebih dikenali dengan nama Pian Saujana.

Forum ini akan menampilkan 3 orang panelis, iaitu Penulis Buku 'Bebas Dari Belenggu, yang juga seorang pakar motivasi, Dr. Azhar Sarip, editor akhbar majalah ILUVISLAM, Ustaz Saharom Abd. Aziz, dan juga pensyarah dari Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia UIA, Profesor Madya Dr. Alizi Alias.

Apa lagi menarik?

Menariknya, masuk adalah PERCUMA, dan penyertaan adalah terbuka kepada orang awam. Untuk lagi menarik, 300 penyertaan terawal akan menerima goody bag istimewa kami. Ooops! Ada lagi yang istimewa, teruskan membaca ke bawah.


No comments:

Post a Comment