Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.(Surah Luqman : Ayat 10)
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An'am: 101)
Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga. Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu
هَـٰذَا خَلۡقُ ٱللَّهِ فَأَرُونِى مَاذَا خَلَقَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦۚ بَلِهَـٰذَا خَلۡقُ ٱللَّهِ فَأَرُونِى مَاذَا خَلَقَ ٱلَّذِينَ مِن دُونِهِۦۚ بَلِ ٱلظَّـٰلِمُونَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ ١١
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata. (Surah Luqman : Ayat 11)
Gunung-Ganang sebagai pasak di bumi seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran Kalamullah
Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen. Tumbuhan mengeluarkan oksigen, maka bersamalah kita menjaga alam sekitar ciptaan Allah Swt.
No comments:
Post a Comment