Lagi tentang hati.
Saya kira, kita tidak akan dapat berhenti berbicara soal hati walau berjuta kali mengenainya dibincangkan. Hati tetap hati. Daging yang menentukan baik buruk segala tingkah. Dan untuk membuat daging yang satu itu menjadi 'pemimpin' kepada kerajaan bawahan, maka haruslah sentiasa digilap dan digilap.
Dan kelembutan hati seseorang itu akan mempamerkan 'wajah' empunya.
Betapa ramai manusia yang menderita akibat kekerasan hati. Betapa ramai manusia yang tidak mempedulikan kehendak hati yang paling dalam. Saya jadi takut memikirnya.
Keinginan manusia untuk searus dengan peredaran zaman yang semakin canggih atau suasana sekeliling membuatkan kadang-kadang manusia lupa dan merasa tidak perlu pada tatatertib dalam agama.
Ada pula sebahagian manusia akan jemu atau secara kasarnya menyampah dengan sedikit tazkirah yang didengari. Kenapa ya? Kerasnya mereka.
Bagaimana boleh seperti itu?
Yang pasti, ajaran agama itu tidak membuatkan penganutnya mundur dan tidak mengikut arus pertukaran zaman demi zaman. Hanyasanya manusia itu sendiri yang lupa daratan kerana apa dirinya hidup dan bumi siapa yang sedang dipijaknya kini.
Saya paling takut apabila hati semakin gelap. Hati yang merajuk pada Tuhan. Yang yang menyalahkan takdir. Hati yang tidak mahu bergantung kepada Sang Khaliq.
Bagaimana boleh kadang-kadang manusia boleh bertindak diluar logik akal manusia yang lain? Yang mungkin tiada seorang pun dari orang di sekeliling pernah terfikir akan tindakan yang dilakukan?
Hati yang gelap. Kesesaatan yang tiada kesudahan.
Sehinggalah dia tersungkur dihadapan Tuhan!
Duhai empunya para hati yang asalnya suci bersih.
Semoga ALLAH merahmati.
Sumber Text: Cinta Ilahi Dot Com
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Surah Ali-Ankabut 29: Ayat ke 2)
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Surah Ali-Ankabut 29: Ayat ke 2)
No comments:
Post a Comment