Monday, May 30, 2011

Dunia Ini Kecil Sahaja


Sememangnya kehidupan kita ini hanya pinjaman semata-mata, dan mati itu hanya dipisahkan dengan satu garisan kecil sahaja, yakni Dunia.
Nilai Dunia
Dalam sahih Muslim, diriwayatkan daripada Jabir ra:Sesungguhnya Nabi saw telah melalui sebuah pasar, sedang orang ramai berada di kedua-dua tepi Banginda (mengiringinya). Baginda lalu berhampiran seekor kambing yang bertelinga kecil dan telah mati. Baginda pun mengambil anak kambing itu, lalu memegang telinganya. Lantas Baginda bertanya:
"Siapakah di kalanagan kamu yang suka memiliki kambing ini dengan harga satu dirham?"
Mereka menjawab, "Kami tidak suka ia menjadi milik kami dengan apa-apa tukaran pun. Apakah yang boleh kami buat dengannnya?".
Baginda bertanya kembali: "Adakah kamu suka menjadi milik kamu?"
Mereka pun menjawab, "Demi Allah, kalau ia hidup sekalipun, ia masih mempunyai kecacatan ,kerana ia bertelinga kecil. Apatah lagi ia telah mati".
Lalu Baginda bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya dunia lebih hina pada padangan Allah berbanding kedudukan kambing ini pada pandangan kamu"
وَمَآ أُوتِيتُم مِّن شَىۡءٍ۬ فَمَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَزِينَتُهَا‌ۚ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰٓ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?
(Surah Al-Qasas 28 : Ayat 60) 

No comments:

Post a Comment