Solatlah..Jangan ditinggal walau satu waktu.....Solat lah yang akan dihisab dahulu, solatlah beza anatara yang hitam, putih dan kelabu....Solatlah Kawanku....
Cari nikmat dalam Solat..ia bukan bebanan...ia bukan untuk TUhanmu..tapi untuk diri KAMU.......
Matlamat hidup manusia adalah untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kebahagiaan itu pula akan dijamin datang apabila manusia mahu melaksanakan perintah dan suruhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Antara perintah dan suruhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang wajib ditunaikan ialah bersolat.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam solatnya; Dan mereka yang mejauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia”.
(Surah Al-Mukminun: 1-3)
Kebahagiaan dan kemenangan hidup itu hanya dapat dicapai oleh orang-orang yang beriman, orang-orang yang menjagasolatnya dan orang-orang yang menjauhkan dirinya daripada perbuatan sia-sia.
Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan merupakan suatu ibadat yang sangat penting dalam Islam. Malah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegaskannya dalam sabda Baginda yang maksudnya :
“Mahukah kamu Aku memberitahukan bahawa dasar (punca) segala urusan, tiangnya dan puncaknya? Aku menjawab: “Ya! Wahai Rasulullah”, lalu Baginda bersabda: “Dasar (punca) segala urusan adalah Islam (dua kalimah shahadat) dan tiangnya ialah solat dan puncaknya ialah jihad”.
(Hadis riwayat Al-Tirmizi)
SOLAT ITU WAJIB ditunaikan oleh setiap orang Islam. Orang yang menunaikan solat ini akan diberi ganjaran pahala kerana mematuhi suruhan Allah Subhanhu wa Ta‘ala. Hidupnya sentiasa mendapat nikmat dan rahmat dari Allah dan di akhirat nanti akan dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama dengan orang-orang soleh.
Biarlah faham apa yang dibaca..... Solat itu amat berat kawanku kecuali bagi mereka yang sedar mereka ini hamba....kecuali mereka yang tidak sombong dengan TUhan mereka..... Kalau manusia sanggup sombong dengan TUhan apatah lagi dengan manusia lain....... mengapa tidak solat kawanku??? Mengapa? Tidakkah kamu rasa ia keperluan atau nikmat dari TUhan....ia meredakan tekanan dan segala gelodak perasaan?
Solat...Solat...SOlat...Jangan ditinggal walau satu waktu.....
Ikhlas dari Sahabatmu......
No comments:
Post a Comment