Detik Bermula
'' Betul Krul...dia tu baik..aku taw sangat.,'' ujar Trah, rakan sekelas aku ketika di Tingkatan 4KE1. Trah yang menjadi orang tengah antara aku dan dia. Dialah yang memperkenalkan aku dengan si dia '' Betul ke Trah, aku risau la ,'' jawabku kurang yakin. Namun, pujukan demi pujukan akhirnya aku tewas. Aku mula berminat dengan si dia. Selaluku bertanyakan tentang si dia kepada Trah.
Saat Pertemuan
Dari maklumat aku tahu dia ada di sekitar daerah Kuantan. ''Akak nak keluar ni, awak nak ikut tak? , '' soal kakak aku. Hatiku berbisik sendirian, ini peluang aku tunggu ni. '' Okey!,''jawab ku ringkas. '' Awak nak pergi bandar buat apa, ? '' soal ibuku seperti mensyaki sesuatu pada aku. '' Urmm... ada hal sikit,'' ujarku. Dalam perjalanan aku menyatakan hasrat sebenar kepada kakak ku.'' Akak tak kisah ikut awak la, awak dah besar,'' . '' Singgah kat Giant ye,'' balasku dengan tersenyum. Di situlah saat pertama aku berjumpa dengan si dia. Tidak dapat aku lupakan. '' Ha macam mana?!, soal kakak aku . '' Esok hantar pergi bandar lagi boleh tak,?'' soalku.
Bermula kisah
Aku mula mengenali si dia dengan lebih rapat. Memang aku berasa sedikit kesunyian semenjak aku tamat dari pengajian di matrik. Tapi sejak kehadiran si dia, rasa kekosongan itu telah diisi sepenuhnya. '' Trah, betul lah ko cakap, dia tu okey sangat, '' mesej ringkasku kepada Trah. Sejak kehadiran dia, aku kian mengasing diri keseorangan seperti seorng yang mabuk bercinta. '' Tak apa, makan lah dulu nanti saya makan,'' itu jawapan yang selaluku beri kepada ibu.
Masa berlalu
Hampir sebulan aku berkenalan dengan si dia. Cepat sungguh masa berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini hubunganku agak dingin. Aku tidak pasti mengapa. Aku cuma berdiam diri. Apa yang telah aku lakukan? Salah aku kah? bisik hatiku bersendirian. '' Krul, ni ada surat awak ni,'' ibuku memanggil. Dari siapa? soalan bermain di fikiranku. Setelah ku amati surat tersebut, rupa-rupanya dari si dia. Isi kandunganny sungguh mendukacitakan hatiku. Hampir-hampir aku ingin memutuskan hubungan aku dengan si dia.
Surat kedua
Bulan berikutnya aku makin renggang dengan si dia."Krul ni surat awak lagi,'' ujar ibuku. Aku dapat merasakan itu surat dari dia. Kali ini dia menyatakan dengan nada agak keras untuk ku berjumpa dengan dia.'' Baiklah, ni peluang aku bersemuka dengan dia,'' kata hatiku.
Akhirnya
Aku menetapkan tarikh untuk berjumpa si dia. Aku berpakaian agak ringkas, tshirt hitam, seluar slack dan berselipar sahaja. Aku turut membawa surat yang dikirimnya. Entah mengapa hatiku sedikit berdebar. Mungkin ini kali terakhir aku berjumpa dengan dia. Setelah aku tiba di pintu Kuantan Parade, dari jauh aku memerhati. Aku melangkah perlahan sambil menundukkan kepala. Jantungku berdegup semakin pantas. Tanpa berkata sepatah, aku menghulurkan surat yang dikirimnya kepada si dia.Tiba-tiba dia bersuara '' Adik ni dah 2 bulan tak bayar bil ni.'' katanya. '' Ooo patutla broadband sy slow sgt2...Maxis Broadband...Rm48 ringgit 1.5GB..
No comments:
Post a Comment