Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda bahawa seekor semut telah menggigit seorang Nabi. Kemudian Nabi tersebut memerintahkan supaya dibakar sarang semut tersebut. Lalu dibakar dan terbakarlah sarang sebut bersama sekalian semut di dalamnya. Maka Allah mewahyukan kepadanya, "Adakah hanya kerana seekor semut menggigitmu maka engkau memusnahkan keseluruhan umat yang sentiasa bertasbih kepada Tuhannya?" -Hadis Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, An-Nasaai dan Ibn Hibban.
Melalui hadis yang ringkas ini, jelaslah bahawa membunuh semut dengan sengaja adalah dilarang sebagaimana dilarang membunuh haiwan lainmelainkan jika binatang atau serangga tersebut membahayakan contohnya lipas, tikus, ular dan sebagainya.
Di dalam hadis ini juga Rasulullah sebenarnya mahu menegaskan bahawa semua haiwan termasuk haiwan sekecil semut turut bertasbih kepada Allah S.W.T. Maka siapalah kita untuk membunuh mereka sesuka hati tanpa sebab?
Sebelum disyariaatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W hukum membakar sarang haiwan adalah dibenarkan namun setelah disyariaatkan oleh Rasulullah S.A.W, perbuatan tersebut termasuk di dalam antara perbuatan yang dilarang dan tidak disukai oleh Allah.
No comments:
Post a Comment