Friday, August 12, 2011

Suasana Ramadhan di Tanah Palestin

Bagaimana Warga Tebing Barat, Palestin, menyambut Ramadhan tahun Ini? Ayuh mari kita selusuri ketabahan warga Palestin didalam suasana Ramadhan yang mereka rasai penuh kemiskinan. Semoga timbul rasa keinsafan di hati kita masyarakat Islam di Malaysia.


Warga Tebing Barat, Palestin, menunggu untuk melepasi pos sempadan Qalandia dalam perjalanan menuju Masjid Al Aqsa untuk beribadah, Jumaat (5/8). Pos Qalandia, yang dijaga Israel, berada di sempadan Ramallah di Tebing Barat dan Jerusalem.

 

Anak-anak Palestin membaca al-Quran di bulan Ramadhan di Salem, berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat.



Seorang pekerja menyiapkan roti yang akan diedarkan sebagai tajil di Gaza City, Rabu (3/8).


 

Beberapa orang kanak-kanak tertidur, sementara lainnya membaca al -Quran, di Masjid Al-Furqan di Gaza City, Selasa (2/8). 

 

Sebuah lampu Ramadhan raksasa berdiri di sudut Gaza City. Merupakan tradisi di sini untuk menghiasi bulan Ramadhan dengan lampu-lampu hiasan yang digantung di rumah. Setiap Ramadhan, warga Gaza berlumba-lumba membina lampu Ramadhan raksasa.

 

Kanak-kanak Palestin bermain dengan bunga api untuk merayakan bulan Ramadhan di Gaza City, Isnin (1/8).

 

Wanita Palestin dan anaknya menjalani pemeriksaan oleh askar Israel di pos sempadan Qalandia, Jumaat (5/8). Warga Palestina berasal dari Tebing Barat berbondong-bondong menuju Masjid Al Aqsa di Jerussalem pada Jumaat pertama Ramadhan untuk melakukan ibadah.

No comments:

Post a Comment