Tuesday, August 16, 2011

Bersyukur Kita


Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan penuh keyakinan
dan  keikhlasan  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  juga
meninggalkan  segala  laranganNya,   Mudah-mudahan  kita  menjadi
insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat
di akhirat.


Firman Allah swt yang bermaksud:
''Dan  jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada
kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesunguh-
nya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(An-Nahl:18)
 
Dari ayat tersebut jelas menunjukan bahawa Allah swt telah mengurnia-
kan  berbagai-bagai  kenikmatan kepada hamba-hambaNya di dunia ini,
nikmat  kesenangan,  kemakmuran,  keselamatan,  kesejahteraan dan 
bermacam  lagi  nikmat  yang  tidak  terkira banyaknya. Tetapi apakah 
kita mensyukuri nikmat tersebut, 
 
Firman Allah swt yang bermaksud:
"...Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya 
menyembahNya semata-mata."
(An-Nahl:114)
Syukur  adalah  merupakan pujian, ingatan dan terima kasih kepada Allah
terhadap  pengurniaan  nikmat  kepada hamba-hambaNya, Sebagai tanda
syukur, seseorang hamba itu hendaklah taat mengerjakan segala suruhan
dan  perintah  Allah swt serta meninggalkan dan menjauhi segala larangan
dan  tegahanNya,  kita sebagai  hamba  hendaklah  sentiasa reda dengan
qada'  dan  qadar  Allah.  Amalan  bersyukur  kepada  Allah  itu hendaklah
dilakukan melalui tiga perkara:
 
Pertama: Melalui hati, dengan cara mengiktiraf dan mengakui sepenuhnya
bahawa  semua  nikmat-nikmat tersebut adalah kurnia dan pemberian dari
Allah swt.
 
Kedua: Melalui  lisan,  iaitu  menzahirkan  di dalam  kehidupan  seharian 
dengan  memuji-muji  Allah  serta  memperbanyakkan  mengucap syukur
kepadaNya.
 
Ketiga:  Melalui  perbuatan  iaitu  berlaku  taat  kepada Allah yang mana
menggunakan  segala  nikmat-nikmat  yang   dikurniakan  pada  tempat-
tempat yang diredaiNya.
 
Allah  tidak  akan  mengubah  segala  bentuk  nikmat  yang telah di-
kurniakan  kepada  hamba-hambaNya  di dunia  ini  selagi  nikmat 
tersebut  digunakan  pada  jalan  yang diredhaiNya, Nikmat itu akan
berkekalan  selagi  mereka  taat dan bersyukur kepada Allah, tetapi
sebaliknya  jika  mereka  kufur  nikmat, menderhaka dan meninggal-
kan  segala  suruhan  dan   perintahNya  dan   melakukan  segala
larangan  dan  tegahanNya,  maka  buruklah  balasan  di dunia dan 
juga di akhirat.
 
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Balasan  yang  demikian  itu  ialah  kerana  sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal:53)

 
--
Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

No comments:

Post a Comment