Kita sekarang sedang berada di dalam satu bulan yang penuh rahmat, bulan untuk memohon keampunan, bulan dimana syaitan telah dirantai kaki nya, bulan dimana ganjaran pahala dilipat kali ganda atau pun bolih juga di panggil bulan Allah memberi bonus pahala...
Didalam satu hadis Nabi bersabda yang maksudnya
"Setiap amalan anak Adam digandakan pahala. Satu kebaikan bersamaan dengan SEPULUH seumpamanya sehinggalah kepada TUJUH RATUS kali ganda". Lalu Allah Ta'ala bersabda (hadis Qudsi). "Melainkan PUASA, kerana sesungguhnya ia(puasa) bagiKu dan Aku lah yang berhak memberi ganjaran pahala dengannya. dia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya dan makan minum nya keranaKu. Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan. satu kegemnbiraan di saat ia berbuka, dan satu kegembiraan lagi di saat ia bertemu Tuhannya. Dan bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau Harum Kasturi."
Juga dikatakan amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan wajib/fardhu. seperti solat sunat di bulan puasa diberi pahala seperti solat fardhu. Manakala Amalan fardhu diberi ganjaran sehingga 70 kali ganda, mengikut ikhlas hatinya. Bayangkan kalau sehari semalam kita solat wajib 5 kali, kalau 70 kali, bermakna sudah jadi 350 (TIGA RATUS LIMA PULUH). Seolah-olah kita bersolat 350 kali sehari semalam!!! Inilah saham yang tak rugi-rugi. Yang menjadi masalahnya, disebabkan kita tak nampak, maka ramai orang tak merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya.
Jadi apa yang patut kita lakukan didalam bulan Ramadhan ini?
Perbanyakkan lah amalan seperti membaca al qur'an. kalau di bulan biasa, kita tak pernah pun buka al-quran tapi dalam bulan ini usahakan lah kita baca sehelai sehari, bacalah satu juzuk di bulan puasa supaya dapat khatam menjelang habis ramadhan. Kalau akhbar yang sampai berpuluh mukasurat boleh habis baca, takkan tak boleh korban masa untuk baca al Qur'an jauh lebih afdhal daripada baca akhbar. Silap hari bulan , baca akhbar dapat dosa. Tapi kalu baca al Qur'an dapat sah dapat pahala, Insya Allah.
Perhidupkan malam ramadhan. Sabda Nabi yang maksudnya,
"Barangsiapa yang mendirikan (malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keredhaan Allah, akandiampunkan dosanya yang telah lalu." Banyakkan solat tarawikh secara berjamaah. tak payahlah berbalah dalam soal cabang iaitu bilangan rakaat solat sama ada 8 ke, atau 20? Buat lah mana-mana yang rasa selesa dengan ertikata dapat buat dalam keadaan tenang dan penuh kerehatan, kerana solat tarawih itu sendiri bermaksud kerehatan.
Banyakkan qiamullail iaitu bangun malam. buat solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan lain-lainnya. mintalah daripada Allah apa-apa yang kita kehendaki asalkan tidak bercanggah dengan syarak sudahlah. Sesungguhnya Allah suka mendengar rintihan doa hambaNya. Yang jemunya kita, bukan Tuhan . Tuhan tidak pernah jemu mendengar dan menjawab doa hambaNya.
Perbanyakkan bersadaqah kerana amalan ini tersangat lah dipuji dan disukai ALLAH , lebih-lebih lag di bulan Ramadhan. Kalau boleh, lagi baik kalau sadaqah kepada anak yatim. Carilah anak-anak yatim untuk diberi bantuan terutamanya dalam menyediakan keperluan makan minum seharian serta menjelang sambutan aidil fitri. Hubungkanlah tali silaturrahim antara sesama insan. Antara yang baik, dikukuhkan lagi. antara yang renggang, dibaikpulihkan. Sabda Nabi yang maksudnya, "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)."
No comments:
Post a Comment