Tuesday, January 31, 2012

Nikah Itu Umpama Mendirikan Masjid

Pernahkan anda mendengar pepatah mendirikan masjid ? Pernahkah anda mendalami maksud tersirat di sini ? Atau mungkin anda menerima ini sebagai pemanis bahasa semata mata . InsyaAllah hari ini ana ingin berkongsi pendapat tentang perumpamaan ini . Harap dibetulkan andai tersilap di mana mana .
Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah .
Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat .
Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah .

Langkah pertama ialah dengan memastikan tapak yang sesuai untuk didirikan sebuah masjid . Di sini lah kontraktor , ahli kaji tanah , arkitek dan para engineer memainkan peranan . Mereka akan pastikan tahap keselamatan untuk kawasan tanah tersebut . Mereka akan pastikan kualiti tanah tersebut . Cukup mampatkah tanah itu ? Cukup suburkah tanah tersebut ? Atau jika didirikan masjid di situ akan membawa petaka kepada muslimin muslimat seandainya tanah itu terjerumus ? Atau mungkin tanah itu perlu disuburkan dahulu untuk tempoh masa tertentu bagi menjamin kualitinya ? Mereka tidak mahu masjid ini runtuh suatu hari nanti . Baiklah . Mereka di sini umpama ibu bapa kita , atau penjaga yang bertanggungjawab ke atas diri kita . Merekalah yang akan melihat dan menilai tahap persediaan kita , tahap kematangan kita . Mereka jugalah yang menilai seandainya sudah tiba masa untuk kita bernikah . Mereka tidak mahu terburu buru dalam hal seperti ini kerana khuatir pernikahan yang terjalin akan musnah kerana faktor umur yang tidak sesuai .
Langkah seterusnya ialah mendirikan tiang asas . Tiang merupakan peranan utama dalam sesetiap bangunan . Untuk membina dinding , kita memerlukan tiang . Untuk menaikkan bumbung , kita juga memerlukan tiang . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan tiang dengan agama serta ilmu kita . Sudah cukupkah ilmu kita untuk bernikah ? Sudah bersediakah si suami untuk menjadi suami soleh dan si isteri untuk menjadi isteri yang solehah ? Seandainya masih ragu ragu , usahlah dibina lagi masjid itu . Kerana ia hanya akan meruntuhkan bumbung dan dinding yang terbina . Tianglah memegang tanggungjawab yang paling besar . Ini bermakna , agama dan ilmu lah memainkan peranan yang sangat penting . Tiada agama , tiada ilmu , runtuhlah hubungan tersebut .

Bumbung . Di sinilah mereka berlindung dari hujan dan panas . Bumbung dapat dikaitkan dengan jaminan untuk kehidupan dalam hubungan pernikahan . Sudah pastilah si suami perlu mempunyai jaminan kewangan untuk menanggung kehidupan berumahtangga . Dengan ini , makan pakai tempat tinggal dan keperluan asas yang lain dapat dipenuhi . Seandainya mereka mendapat zuriat , zuriat ini juga terjamin masa depan mereka . InsyaAllah .
Bagaimana pula dinding ? Cantiknya dinding itu apabila kena dengan warna catnya dan kukuh kualitinya . Maka , ramai yang akan tertarik dan pergi ke masjid tersebut . Kerana dindinglah yang menjadi perhatian utama , bukan tiang , bukan tapak juga bukan bumbung . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan dinding dengan penerimaan orang lain , persepsi orang lain . Seandainya orang tidak merestui juga membenci hubungan anda , jangan sesekali berputus asa . Jangan bersangka buruk . Sentiasalah berbaik sangka . Lihat semula , adakah cantik dinding yang kita bina ? Adakah sesuai dengan reka bentuknya ? Adakah warnanya sesuai ? Jika tidak , perbaikilah kembali keadaan masjid tersebut . Kaji semula keadaan tapak , kukuhkan lagi tiang dan carilah atap yang betul betul melindung bagi mendapat dinding yang betul betul cantik .

Seandainya masih lagi belum mampu untuk memenuhi semua keperluan ini , pendamkan dahulu hasrat mulia anda . Kuatkan dahulu diri anda , layakkan anda untuk semua ini , berusaha , berdoa dan bertawakkal lah kepada Allah . InsyaAllah niat yang baik akan sentiasa dirahmatiNya .
Berimpianlah anda untuk membina sebuah masjid seperti Masjidil Haram yang teguh , tersergam indah dan tak henti henti dikunjung muslimin muslimat yang beriman , tanamkan dalam diri anda , cabar diri anda , insyaAllah anda mampu . Bersedialah dengan persediaan terbaik untuk mendapat hasil yang terbaik . InsyaAllah .
Buat  renungan bersama .
Redha dan yakinlah dengan Allah .
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar .

Kerana Baitulmuslim Itu Perkongsian Bukannya Pemilikan

Saya teringat beberapa analogi penting yang diberikan dalam buku 'Men are From Mars, Women are From Venus'. Bagi pelajar IPT yang  menggemari blog Saifulislam.com pasti mengenali buku ini.
Kisahnya adalah psikologi. Antara dua makhluk yang berlainan, tinggal dalam satu perjanjian teguh yang dinamakan pernikahan. Buku ini banyak mengajar akibat apabila komunikasi yang tidak berkesan berlaku. Juga kegagalan suami atau isteri memahami gerak tingkah laku pasangannya. Semuanya boleh jadi satu kelebihan andai masing-masing pandai mengendalikan.
Saya ambil contoh, dalam salah satu bab yang diceritakan dalam buku ini adalah bagaimana lelaki perlu memahami cara sudut wanita menafsir hadiah yang telah diberikan pada mereka.
Penulis buku tersebut mengatakan, apabila seorang suami membawa isteri dan anak-anaknya melancong dan telah berhabis banyak duit itu semua satu kecukupan. Tidak perlu memberi lagi hadiah lain dalam satu tempoh tertentu. Tetapi pandangan ini silap, andai kata suaminya memberikan sejambak bunga ros pada selang seminggu selepas tarikh bercuti ianya adaah sama nilainya di sisi seorang isteri.
Begitu juga sifatnya apabila seorang suami membayar wang ansuran bulanan. Jangan fikir isteri akan segera memahami dan tidak meminta apa-apa lagi, lalu memang apa-apapun suami tidak beli atau hadiahkan. Paling kurang hadiah sesuatu, atau belikan sesuatu walaupun perkara itu seremah sejambak bunga. Percayalah dengan komunikasi berkesan, maka kedua-dua akan faham dan saling bersama-sama untuk membaiki diri sendiri.
Berkahwinlah untuk banyak memberi berbanding menerima

Apabila ini telah ditetapkan dalam minda, insya-Allah kedua-duanya akan diberikan keberkatan oleh Allah Taala. Ingatlah perkahwinan yang dinilai dalam Islam jauh daripada tujuan perkahwinan yang digilai oleh pengikut nafsu. Ianya direntang oleh perjanjian teguh yang Allah sebutkan dalam Al-Quran sebagai 'Mitsaqan Ghaliza'. Apa itu 'Mitsaaqan ghaliza'?
Itulah perjanjian teguh yang disebut Allah di dalam kalam sucinya hanya pada 3 tempat. Dalam surah An-Nisa' ayat 154 ketika Allah mengangkat bukit Tsur di atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia dengan Allah Taala. Kedua, dalam surah Al-Ahzab ketika Allah Taala mengambil perjanjian teguh ke atas Nabi Muhammad SAW dan Rasul Ulul Azmi dan ketiga pada surah An-Nisa' ayat 21 tentang hubungan pernikahan.
Bagi seorang suami, apa-apa yang diinfakkan untuk isteri dan keluarganya adalah satu sedekah yang tinggi nilainya di sisi Allah Taala. Jika isteri adalah seorang yang suka meminta yang tidak patut, seorang suami seharusnya memahamkan melalui sikap dan tingkah laku mereka. Seseorang pernah menasihatkan saya, teguhkanlah perjanjianmu dengan isteri pada malam pertama perkahwinan. Tetapkan halatuju perkahwinan yang didambakan dan anak-anak yang bakal membesar dalam lingkungan didikan perkahwinan ini. Terangkan pada isteri, nantinya walau Allah Taala memberi rezeki yang banyak, tetapi itulah bukan tujuan pernikahan ini. Kerana cita-cita tertinggi itu adalah syurga Allah Taala, yang perlu sama-sama suami isteri cita-citakan. Dan demi cita-cita ini tidak mustahil Allah Taala berikan sedikit ujiannya.
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah ayat 155)
Bagi seorang isteri, jangan memungkiri perjanjian yang teguh ini. Kerana apabila seorang suami berbesar hati untuk memberikan mahar, bermakna mereka menghargai dirimu sendiri. Eratnya tangan suami mengenggam saat nikah begitulah teguhnya hati untuk menerima tanggungjawab ini. Berazamlah untuk banyak memberi juga, kerana perjanjian ini juga membantu kamu untuk meraih syurga.

Salah satu hak seorang suami terhadap isterinya adalah mensyukuri akan kebaikan yang dilakukan oleh suami dan tidak melupakannya. Namun, sayangnya ramai wanita yang tidak menghargai hak ini dan sewenang-wenangnya mengumpat dan mengeji suami di belakang. Ramai isteri yang dilayan dengan baik oleh suaminya, namun amat menyedihkan apabila si isteri menjumpai satu perkara yang kurang disenangi oleh suaminya atau suami membuat kesilapan sekali maka dengan mudahnya seorang isteri itu berkata, " Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan daripadamu."
Apa yang diperlukan adalah sekeping hati
Dalam diri seorang lelaki yang bakal menempuh hari-hari perkahwinannya, tiada lain yang pemberian seorang isteri, atau perkara yang paling menggembirakannya selain sekeping hati seorang isteri. Hati tulus yang sanggup dan bersedia berada di sisi mereka saat senang, dan tentunya hati itu bakal menguatkan di kala kesusahan. Hati yang berbunga saat sama-sama ketawa dan hati yang sama-sama bersimpati saat mengalami muram durja.
Inilah kemulian seorang isteri yang paling menggembirakan. Sehinggakan kebaikan ini tergambar dalam kata-kata Nabi SAW saat memuji Saiditina Khadijah,
"Dia adalah seorang wanita yang terbaik,kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keingkaran, dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhdapku, dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain"
Kerana Baitulmuslim itu menguatkan, maka suami isteri yang kuat dan sentiasa mencari redho Allah SWT akan menjadi permata berharga buat masyarakat dan meneguhkan ummat.

Awak Ada Laman Sosial?

Agak lama juga saya tidak menulis nota-nota berguna yang InsyaAllah boleh saya jadikan peringatan untuk diri dan pada yang lain-lain. Terpanggilnya saya untuk buat artikel ini pun sebab sudah tak dapat bendung kerisauan terhadap masalah yang satu ini. Masalah yang sangat-sangat kronik pada masa kini bagi saudara seagama yang hampir keseluruhannya mempunyai akaun di laman sosial.
Mungkinkah perbuatan saya untuk melihat-lihat gambar di Facebook mereka itu salah? atau mungkin juga salah bagi saya untuk memperlihatkannya kepada orang lain? kerana mungkin ada yang berpendapat saya melihat dan menunjukkannya tanpa izin si pemilik terlebih dahulu? bagi saya tidak sama sekali! Sebabnya sudah sah memang pemilik akaun itu yang memuatnaik gambar-gambar peribadi miliknya di Facebook yang mana kita tahu apa tujuan Facebook ini bukan iaitu tidak lain tidak bukan; Facebook helps you connect and share with the people in your life  di tambah pula lagi dengan ayat ini; It's free, and always will be. Cukup menarik bukan? Sudahlah boleh berkongsi dan berhubung, percuma pulak. Siapa tak mau kan?
Ya, oleh kerana mau berkongsi dengan orang-orang lain di dalam kehidupan kita itulah kononnya maka kita pun dengan percumanya berkongsi segala gambar-gambar kita. Maka bermacam-macamlah yang di upload dengan bangganya dan bermacam-macam perkara lagilah yang dikongsi seperti peristiwa, hobi, tempat yang dikunjungi dan tak kurang juga yang ambil peluang promosi perniagaan, buat pengumuman dan berkongsi info dan pengetahuan. Itu baru cakap pasal gambar, belum lagi yang berkongsi links,video, dan yang paling kelakar dialah yang paling update konon hinggakan perkara remeh macam baru beli Sardin setin pun nak ditulis di post! Tak kurang juga yang buat fitnah, mengumpat, meluahkan rasa kasih tak kesampaian dan melepas kegeraman pada orang yang dia tak puas hati! Maka dikongsikanlah juga dengan percuma segala dosa-dosa orang yang memulakan segala-galanya tadi!

Kadang-kadang saya tidak faham dengan orang-orang yang macam ni. Kalau yang dikongsi itu setakat hal-hal kecil dan sekadar ingin menambah pengetahuan tak apalah. Tapi sampai mengata orang lain, mengutuk, mengaibkan, provokasi, batu api  & pelbagai benda-benda negatif lagilah!
Jadi, bercakap dari perspektif seorang Muslim dan berdasarkan pelbagai sumber yang pernah saya cari maka di sini saya dapati pelbagai fakta macammana akaun di laman sosial seseorang Muslim itu boleh menjadi dosa yang berterusan. Astaghfirullahhalazim. Nauzubillah. Terutamanya bagi  kaum hawa yang mana agak berat..
Kita tahu kita boleh upload gambar & tunjuk kepada orang-orang yang kita dah add jadi kawan di laman social ini, tapi sedarkah kita bahawa kadang-kadang kita letak gambar-gamabr yang melampau sehingga melanggari adat dan tuntutan agama suci Islam? yang kaum perempuannya kalau letak gambar bukan main daring lagi tunjuk aurat, itu baru aurat, belum lagi menayangkan aksi dan ragam berpelukan dengan teman lelaki.
Bertepatan dengan Firman Allah SWT:-
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."( An Nur: 31 )
Bagi sesiapa yang pernah membaca Al-Quran iaitu pada ayat ini, sudah jelas Allah SWT berfirman dengan seindah-indah ayat dan selengkap-lengkapnya penyataan maha pencipta yang sempurna untuk memberi penjelasan kepada hambanya, tetapi dengan ayat ini sekali pun mereka masih boleh menafikan malah membezakan antara dunia dan akhirat. Mereka membidas bahawa dunia itu dunialah, akhirat lain cerita, ada pulak yang cakap kita taksub dengan agama dan ada pula yang cakap 'baik kau delete akaun Facebook kau sendiri!' saya cuma mampu tersenyum sahajalah bila kena balik. Tidak apalah yang penting kita dah sampaikan kan?


Memanglah kita tak sedar secara realitinya menunjukkan yang kita dedah aurat bergaul di antara bukan muhrim, tetapi konsepnya sekarang kita rakam & abadikan gambar-gambar itu lalu dengan bangganya tunjuk kepada orang  lain . Kalau selama ini depan ibu bapa ,keluarga & orang sekeliling kita memang tidak mendedah aurat malah menjaga adab, tetapi tiba-tiba upload gambar peluk-peluk dengan teman lelaki ataupun perempuan, dan yang lebih lucu boleh pula tukar-tukar status! singlelah, marriedlah, enggaged lah, divorced lah dan macam-macam lagi. Apakah maknanya kita mempamerkan aurat dan adab pergaulan kita bagi yang Muslim dan belum punya ikatan perkahwinan yang sah? tidakkah itu kita secara berani dan tanpa adab serta sopan telah berlaku biadap? mendedahkan keaiban dan juga kemungkaran kita tanpa rasa malu dan bersalah atas nama agama? menconteng arang ke muka keluarga? Mungkin kita dah tidak ada rasa hormat dan adab pada manusia di sekeliling kita atau keluarga, tapi beradablah pada Allah SWT! banyak lagi ayat Allah berkenaan benda2 ini tetapi ayat di atas bagi saya sudah cukup untuk menyimpulkan hampir kesemuanya. Pesan Rasullullah SAW yang mana di antaranya:-
Di dalam Sunan Abu Dawud Vol. 4, muka surat 370, Hadis No. 5273, diriwayatkan dengan kebenaran Nafih bahawa Muhammad Sallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
"Usah berjalan di antara dua lelaki ataupun di antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud]
Ini bermakna, secara umumnya umat Islam perlu mengelakkan dari membuat sebarang hubungan dengan pihak yang berlainan jantina, sama ada dengan sesama Muslim ataupun bukan Muslim. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian ke atas keadaan tertentu dimana di benarkan bagi lelaki bukan mahram dan seorang perempuan untuk berinteraksi, umpamanya bagi tujuan dakwah (mengajak kepada Islam). Walaubagaimanapun, jenis pergaulan yang dibenarkan pada keadaan ini, bukanlah bebas, dan ianya terhad mengikut aturan dan batasan-batasan tertentu yang dibenarkan oleh Syara'.  Kaum Muslim hendaklah memahami akan hukum-hakam dan batasan ini, sebelum terlibat dalam pergaulan atau interaksi itu tadi.
Apa yang cuba saya sampikan di sini adalah sekadar berpesan bahawa pergaulan yang melampaui batas adalah haram di sisi agama Islam. Apatah lagi dengan sengaja menghebahkannya menerusi Facebook. Sedangkan gambar-gambar intim lelaki dan wanita yang sudah berkahwin pun kurang elok di paparkan di khalayak umum dek kerana keintimannya yang teramat-amat, inikan pula bagi kita yang baru mengenal alam cinta monyet dan langsung tak ada ikatan sah di sisi agama Islam. Tapi dengan bangganya di upload dan di pertontonkan lalu orang-orang yang melihat pun comment! Tak kurang pula yang tak comment tapi mengeji dan mengata-ngata pada orang lain. Bukankah kita telah menyebarkan dosa? orang berdosa, kita apatah lagi berganda-ganda dosa. Kendati kita taat sekalipun sembahyang tapi selagi kita biarkan gambar-gambar itu berada di Facebook untuk tontonan orang ramai, maka dosa itu tetap akan berterusan.
Kalau ibu bapa yang nampak alangkah kesian nasib mereka dengan tak menyangka anak-anak yang dididik macam tu kesudahnnya. Iyalah, ibu bapa tidak ada Facebook jadi tak akan nampak lah kononnya..tapi tak dapat saya bayangkan betapa malu dan kecewa ibu bapa kita kalau nampak gambar anak-anak diorang macam ni kan? memadailah kita simpan gambar-gambar itu hanya untuk fail peribadi kita..itupun kalau dah nikah! kalau pun simpan gambar tu secara peribadi tapi intim peluk-peluk, bersentuhan dengan tiada ikatan sah, apa gunakan? Sesungguhnya Allah itu tidak buta! bukan apa kita tak maulah adab kita disamakan dengan orang-orang barat sebab di barat, wanita dilihat sebagai objek seksual dan perasaan hormat terhadap wanita di barat hampir tiada sama sekali.  Malahan, jika adapun rasa hormat itu, ianya lebih tertumpu kepada sifat fizikal luaran semata-mata.

Kadang-kadang tak dapat saya tahan kekecewan dan kesedihan apabila terlihat gambar-gambar orang yang dikenali malah rapat dengan kita di dalam keadaan yang ditegah oleh tuntutan agama Islam dan di pertontonkan. Seolah-olah memperlekehkan hukum dan agama Islam yang semakin hari sakit keadaannya sehinggakan ketika ada hari pembakaran Al-Quran secara besar-besaran kebanyakan umat Islam masih berat hati untuk membacanya walaupun hanya pada bulan Ramadhan! bibir hanya mampu tersenyum, tetapi hati sesungguhnya amat terguris, seraya doa pun di panjatkan kepada Illahi demi memohon hidayah dan keampunanNYA dengan harapan agar saya dan yang lain-lain diberi kesedaran dan kekuatan.
Oleh kerana saya ada saudara seagama dan sekandung maka sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memperingatkan..bak kata orang "a very gentle reminder!" Mudah-mudahan kita terpelihara dari dosa-dosa besar dan kecil dan paling penting terpelihara dari fitnah Dajjal! Sesungguhnya saya sekadar hamba Allah SWT yang sangat2 kerdil dan lemah, segala yang buruk datang dari saya dan yang baik datang dari Allah SWT!
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."  [At Taubah 9:71]

Monday, January 30, 2012

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya.

 Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk
 
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 
“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 
(H.R. Atthabarani)
Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 
“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”
Sujudlah kepadaNya tanpa alasan
Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”
Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 

Sunday, January 29, 2012

Mulianya Wanita

Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa'-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

 Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya "Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah".
 Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.
Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.
Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

Kekuatan Untuk Terus Bersabar

Pernah suatu hari seorang sahabat nabi yang bernama Khabab ibnu 'Arat R.A datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada baginda dengan soalannya, " bilakah kita akan menang wahai Rasulallah?"
Sahabat nabi yang bertanya ini sebenarnya telah mendapat seksaan dan ujian yang teruk. Badannya dipanggang sehingga diriwayatkan lemak di badannya mencair dan menitik ke lantai.
Akibat tidak tertahan dengan seksaan yang diterima maka beliau bertanya kepada Baginda bilakah masanya Islam akan menang mungkin dengan harapan agar Islam segera dinaikkan dan umat Islam terus menjadi dan dihormati.
Namun itu tidak terjadi. Rasulullah akhirnya memujuk beliau dengan lembut tetapi tegas melalui kata baginda, "Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji."
Bersabarlah, sesungguhnya umat-umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji.
Apa perasaan kita mendengarkan kata-kata seperti ini?
Bukankah kata-kata ini juga sebenarnya ditujukan kepada kita?
Tdakkah ada dalam diri kita sedikit kekuatan untuk terus bersabar menghadapi kesusahan hidup dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah?
Sesungguhnya kehidupan dunia bagi seorang muslim sememangnya ibarat penjara yang memenjarakan jasad dan pergerakannya. Kerana dunia ini sementara, dijadikan Tuhan hanya untuk menguji hamba-hambaNya siapa di kalangan mereka yang baik amalannya.
Maka bersabarlah dengan kesusahan melaksanakan suruhan Allah kerana sesungguhnya syurga Allah dan redhaNya sedang melambai-lambai untuk membahagiakan anda di sana.
Marilah beristighfar dengan penuh kesedaran.

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-Tinggalkan

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"
"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."
"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."
"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."
*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"
"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
*** PENONTON TERCENGANG! ***
"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"
"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
 Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. 
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."
"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami? 'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?
Dah bagi kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"
*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )
*** TUKAR CHANNEL BALIK ***
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."
*** BLACKOUT, TUTUP TV ***

Saturday, January 28, 2012

Siapa Guru?

Penulis terdetik memilih tajuk ini apabila timbul kesedaran bahawa suatu hari nanti hal inilah yang bakal di lalui dan 'title' inilah yang bakal dibawa sepanjang diizinkan Allah lagi-lagi bergelar guru agama atau ustazah. Saya terkenang seorang guru yang mana sarat ilmu di dada, pernah mengajar matapelajaran Fikah di sekolah suatu ketika dahulu..
Sungguhpun Ustaz tersebut ada kekurangan fizikal iaitu bergen ' albino' yang menyebabkan pandangannya terbatas dan rambutnya putih serta kulitnya kemerahan dan pergerakannya jua penuh hati-hati. Hatta untuk melihat kitab perlu didekatkan matanya pada bahan bacaan. Apa yang mengagumkan saya ialah.. " Ilmu itu di dalam dada, bukan di dalam perenggan..". Ini jua ungkapan rentetan daripada kuliah Tafaqquh Fiddin yang saya ikuti semalam yang cukup baik sekali. Kembali pada kisah Ustaz tadi. Dalam pembelajaran kami, beliau ingat setiap baris perkataan yang terkandung dalam kitab Fikah tersebut( yang saya lupa tajuk kitabnya apa). Hanya sesekali apabila terlupa pangkalnya akan dibukanya kitab itu dengan segenap keupayaan yang ada meskipun beliau seakan perlu merapatkan matanya pada helaian isi kitab tersebut. Ustaz tidak perlu lama-lama. Kerana semuanya berada dalam ingatan! Subhanallah..Apabila teringatkan hal ini juga saya teringat. Pernah sekali dua saya dan rakan sekelas terlewat masuk kelas tersebut. Kami secara senyap-senyap (kononnya) masuk kelas supaya tidak disedari Ustaz tentang kelewatan kami. Tapi... rupa-rupanya tidak. Pendengaran Ustaz begitu tajam. Beliau tahu kami kelewatan dan terus bertanya " Dari mana?".
Sungguh! Ilmu itu di dalam dada, bukan sekadar di dalam perenggan atau ayat tapi biarlah ilmu itu mampu disampaikan kepada orang lain juga untuk kebaikan bersama. Siapa itu guru? Seorang yang sentiasa menyampaikan ilmu dan membimbing murid dan anak didiknya juga. Apabila ini didalami betul-betul, penulis berasa betapa besarnya peranan seorang guru pada generasi akan datang. Oleh itu seorang guru apatah lagi seorang guru agama perlu mempersiapkan pelbagai elemen ilmu dalam diri sebagai bekalan nanti. Alhamdulillah jua kerana masih lagi Allah bagi kesempatan untuk diri menimba seberapa banyak ilmu yang berada di bumi kampus ini. Dan Alhamdulillah jua kepada Allah yang memberi taufiq dan hidayah untuk diri sentiasa mencari dan menampung kekurangan diri yang ada.
Seorang guru jua bukan sekadar bercakap tetapi jua mendidik, menegur dan memperbetulkan sikap. Guru yang baik adalah yang mempunyai ciri kepimpinan. Guru yang tiada ciri kepimpinan akan sukar untuk menyampaikan pembelajaran kepada pelajar (seperti yang dinyatakan dalam kuliah Kepimpinan dalam Organisasi). Seorang guru perlu menjadi role model yang utama di sekolah tidak kira dari peringkat Pengetua, Guru Besar dan seterusnya. Guru yang berjaya jua ialah guru yang berjaya mempengaruhi pelajarnya melaksanakan pembelajarannya. Kebiasaannya ini adalah antara sifat guru yang disayangi pelajar iaitu apabila guru jua mempunyai perasaan kasih sayang dan ikhlas dalam mendidik dan mengajar.

Saya teringat sebuah lagi kisah yang pernah diceritakan oleh Naqibah Usrah (memanggilnya Ummi) saya di sekolah dahulu iaitu suatu ketika di dalam dewan kuliah sebuah Universiti di luar negara, seorang 'Muallim' sedang berdiri memberikan kuliah kepada pelajarnya. Setelah itu Muallim itu bertanya kepada seluruh pelajarnya yang berada di dalam kuliah tersebut. " Siapa yang tidak faham dengan kuliah saya tadi, sila angkat tangan". Hampir keseluruhan pelajarnya mengangkat tangan menandakan mereka tidak faham dengan isi kuliah yang disampaikan oleh Muallim mereka. "Baiklah saya akan ulang sekali lagi penerangan saya." lalu Muallim tersebut pun mengulangi kembali kuliahnya. Setelah itu ditanya lagi soalan yang sama kepada pelajarnya. Kali ini separuh pelajarnya yang masih tidak faham. Lalu tanpa putus asa beliau sekali lagi mengulangi kuliahnya buat kali ketiga pada hari tersebut. Kali ini beliau rasa cukup berdebar menanyakan kembali soalan tadi setelah 3 kali menerangkan perkara yang sama kepada pelajarnya. Namun untuk kepastian, beliau bertanya jua pelajarnya dengan nada yang cukup berdebar...
" Erk..Kali ini ada lagi tak yang masih belum faham dengan pembelajaran hari ini?" sambil melihat segenap ratusan pelajar yang berada di depannya itu. Tiada yang mengangkat tangan..Muallim tersebut berasa lega dan berniat menamatkan kuliahnya setakat itu sahaja...Tiba-tiba! Seorang pelajar mengangkat tangannya lalu berkata " Saya masih belum faham Ya Muallim..". Sementelah dengan itu Muallim tersebut terduduk di kerusi. Beliau terdiam seketika lalu tanpa diduga, beliau terasa sebak dan menangis di meja kerusi syarahan tersebut. Seluruh kelas bingit seketika apabila melihatkan suasana tersebut dan masing-masing bertanya kenapa dengan Muallim...
Lalu pelajar terakhir yang mengangkat tangan tadi pun terus meluru mendapatkan Muallimnya.
"Ya Muallim! Maafkan saya kerana telah membuatkan Muallim bersedih dengan ketidakfahaman saya ini"
Lalu Muallim itu berkata kepada pelajarnya itu dengan nada sebak " Kamu tidak bersalah wahai anak didikku. Tetapi akulah yang bersalah kerana disebabkan hatiku yang tidak bersih telah menghijab ilmu itu untuk masuk ke hatimu yang suci bersih itu.."  Oh tidak wahai Muallim yang dihormati lagi dikasihi. Akulah yang bersalah kerana hatikulah yang tidak bersih kerana telah terhijab untuk ilmu itu masuk dan kejap ke dalam dadaku ini Ya Muallim di kala orang lain telah dapat menerima ilmu tersebut sedangkan aku seorang sahaja yang belum dapat menerimanya. Kamu tidak bersalah Ya Muallim.." Muallim itu pula yang berkata... " Tidak! Oh tidak! Aku yang bersalah...Aku yang bersalah.." berterusan begitulah.
Apa yang di dapati dari kisah ini? Masing-masing ada penilaian sendiri. Siapa itu guru?

Keindahan Islam Berasaskan Kasih Sayang

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit". (Riwayat at-Tabrani)
Islam Mementingkan Kasih Sayang
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.
قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُل لِلّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ
Katakanlah: ""Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?""Katakanlah: "Kepunyaan Allah"". Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman
( Surah Al-An'am 6 : Ayat 12)

Culture Shock!

Culture shock!
Dari tajuk di atas, pasti ramai yang mengetahuai maksud 'culture shock' . situasi ini selalunya dikaitkan di kalangan para pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)tidak kisah samada IPTA ataupun IPTS. Kebanyakan pelajar seolah- olah suka dan mudah terpengaruh dengan budaya yang wujud ini lalu terikut-ikut untuk bersaing dan menjadi salah seorang yang tidak mahu ketinggalan dalam 'Budaya' ini.
Jenis- jenis  'Culture Shock' yang  diadaptasi oleh pelajar  IPT sekarang:
•       Bercinta – boleh dikatakan kebanyakan pelajar tidak mahu ketinggalan untuk mempunyai girlfriend / boyfriend , jika mereka tidak mempunyai teman 'istimewa' mereka akan dilebel sebagai ketinggalan zaman dalam erti kata lain tidak laku. Sebenarnya pemikiran ini wujud dalam kamus mereka yang  hatinya sudah membatu kerana lupa akan cinta pencipta mereka. Harus peka dengan tujuan utama untuk menimba ilmu bukan mengikut nafsu.
•       Cara berpakaian – ini dapat dilihat dari segi pemakaian para pelajar terutama sekali mahasiswi (perempuan) .  pemakaian moden adalah tidak dilarang , akan tetapi si pemakai harus berwaspada daripada mendedahkan aurat dan kalau si pemakai bukan dari kalangan yang menutup auratnya dia sepatutnya menghormati para pelajar lain . Ada juga yang sangup membelakang kan agama demi nampak cantik / seksi .
Mark: Hey Lina awak nampak cantik dengan legging tu
Lina : Ye ke
Mark : you don't know your beautiful .....
Hati yang disangka kuat, sebenarnya mudah luluh dengan pujian dari kaum Adam .
Di sini kita tahu bahawa Allah sebenarnya menguji iman hambanya. Fikirkanlah berapa ramai yang sanggup transform selepas termakan pujian seperti ini. Memang ramaikan.
•       Seks bebas- perkara ini bukan saja berlaku diluar kampus malah didalam kampus juga. Tanpa perasaan malu , pelajar tidak lagi mengetahuai batas yang perlu mereka ikut lalu terjerumus dalam kancah maksiat yang berleluasa ( menjadi ikutan pelajar lain). Sebenarnya banyak kes seperti ini terjadi di Malaysia hanya kes ini mugkin di rahsiakan oleh pihak institusi sendiri demi menjaga nama baik dari tercemar.  Wallahualam .
"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri"
•       Politik- sejak kebenaran berpolitik dikalangan para mahasiswa  dibuka, ramai yang bersetuju dan ada pula yang tidak. Sudah pasti sebelum diwujudkan , pihak kerajaan memikirkan kesan yang akan terjadi dan bersedia untuk menagani isu ini. Politik dikalangan mahasiswa mudah mempengaruhi seseorang pelajar lain yang pada mulanya tidak mempunyai hasrat untuk berbuat sedemikian ( isu rusuhan pelajar yang semakin menjadi- jadi) seolah-olah menuntut ilmu bukan lagi tujuan mereka . kebebasan berpolitik seharusnya diguna sebaik mungkin jangan sampai merosakan diri sebagai mahasiswa.
Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.

•       Gay / lesbian – ramai yang bersuara kerana terkejut , tetapi ramai juga yang merasakan isu ini sudah lapok. Yup , ini bukan perkara baru dan NO ini bukan suatu amalan mahupun budaya yang patut diikut oleh pelajar kita terutama sekali yang beragama Islam. sudahlah budaya songsang ini memusnahkan akhlak  dan agama seseorang pelajar , jangan pula diajak yang lain untuk ikut serta. Nau'zubillah .

Seseorang yang berilmu , punya kesabaran
Dan  tahu menggunakan ilmunya untuk mencari penyelesaian
Bukan menambah masalah yang sudah ada.
Fikir-fikirkanlah.
Sebagai seorang muslim seharusnya kita tahu batas- batas sebagai seorang pelajar yang patut dijaga agar maruah diri dan keluarga tetap dipelihara. Perkara diatas bukan saja wujud di Negara kita, tetapi di Negara lain juga. Bagi pelajar yang berada di luar Negara, adalah tanggungjawab mereka memelihara nama baik Negara , biarpun berada jauh di perantauan.
Tidak perlu saya nyatakan kes – kes yang banyak berlaku berhubung culture shock yang berkait dengan pelajar Malaysia kita diluar sana.
Diharap yang ringkas ini mampu dijadikan panduan agar dijauhi dari serangan culture shock .
Ingat virus ini mampu merebak dan anda mungkin terjebak. Hati- hati.
Segala yang dikongsi di atas hanyalah untuk tujuan dakwah dan harap maaf atas segala kesalahan .

Lelaki Dan Perempuan, 2 Reactant Dan 1 Product

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" Surah An-Nur : ayat 30

Situasi kejadian itu berlaku pada hari yang panas. Encik Haba yang suka mengigit kulit manusia tidak segan-segan melantak juadah yang terpampang di depan mata. Peluh merembes bersama lysozyme yang memeluk mikroorganisma di liang roma .
Kelihatan lelaki yang mula menaiki tangga. Mungkin , hendak pulang ke kolej kediaman. Ya , itu situasi tipikal. Luar biasanya ialah segala perincian yakni setiap saat yang berlaku dalam situasi ' seorang pelajar yang ingin pulang ke kolej kediaman . '
Matanya ditampal ke lantai .
Pada saat mahu menaiki tangga , terdapat selautan perempuan bukan mahramnya di hadapan dan juga di belakang . Memandangkan perjalanan menaiki tangga itu agak panjang dari segi jarak dan masa (berjalan di belakang perempuan , memang begitu =_=") , Mata harus tumpu ke hadapan untuk mengawal jarak antara jasad. Risau juga jika terlanggar dengan bukan mahramnya, nanti dikata mengambil kesempatan pula .
Kagum aku apabila lelaki itu mahu menunjukkan raut muka yang sabar, pandangannya sentiasa mencerun ke bawah. Namun , merisaukan aku berkenaan memandang ke hadapan. Misal kata, tiba-tiba seorang perempuan itu menekan brek kaki tanpa melihat cermin sisi dan cermin belakang. Pasti lelaki itu bakal menjadi calon balingan kasut tumit tinggi perempuan .
Alhamdulillah, segalanya normal dan tiada apa-apa yang berlaku yang boleh memberi kecemasan. Sungguh aku kagum dikala melihat seorang lelaki itu berusaha bersungguh-sungguh melindungi matanya memandang yang haram .
Nabi berpesan kepada 'Ali ibn Abu Thalib, "Wahai 'Ali, janganlah engkau ikuti sebuah pandangan dengan pandangan (berikutnya). Yang boleh bagimu hanyalah pandangan pertama, sementara pandangan berikutnya tidak boleh".

Muslimah pernahkah engkau mendapat surat cinta ?
Entah kenapa aku berasa sedikit geram . Alangkah sepinya hidup seorang perempuan itu tanpa rasa mereka pernah mendapat surat cinta. Bertintakan dakwat yang maha agung dan dihantar oleh junjungan besar nabi umat akhir zaman .
Antara kalian ( perempuan ) dalam keadaan nazak , aku juga tidak menolak antara kami (lelaki) juga terkulai layu. Apa yang buatkan aku sedikit geram ialah apa yang kalian fikir sehingga kalian langsung tidak berasa bimbang dengan fitrah lelaki seperti kami .
Fitrah lelaki yang aku cuba sampaikan ialah berikutan pandangan mata kami yang agak sukar dikawal melihat kalian. Berlebih lagi apabila mata kami mula diselubungi dengan kejahatan nafsu .
Reaksi kimia yang asalnya reactant menghasilkan product 'nazak'
Godaan nafsu + bisikan syaitan (c)
Pandangan mata lelaki (aq) + perempuan yang kurang kasih sayang (s)------------------> perempuan dan lelaki akan menjadi nazak (g)
(aq) - pandangan mata yang dicipta untuk fokus ke al-Quran
(s) - syahwat yang menewaskan pandangan mata ke arah yang baik
(c) - catalyst ; pemangkin , mempercepatkan reaksi
(g) - gas api neraka yang bakal dihidu
Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.".
Muslimah, engkau tah , lelaki walaupun akalnya sembilan dan nafsunya satu, tanpa ilmu yang diredhai Allah dalam hatinya, dia pasti tumbang dengan kalian. Catalyst ; pemangkin itu pandai bertindak balas dengan setiap suhu dan persekitaran yang fleksibel tanpa pemangkin itu dimusnahkan hasil daripada reaksi kimia .
Oh, jika begitu maka salahkan lelaki yang tidak menundukkan pandangan daripada kami ?
Jangan salahkan dan menuduh kami lelaki kerna menjadi seorang lelaki . Ya , akui yang kami mempunyai sedikit ilmu yang diredhai Allah , tapi bantulah kami dengan menghalang pandangan kami kepada kalian . Segelintir kami yang berakal sembilan yang lemah longlai ini , ada yang tidak mampu menahan cerita hati mereka . Cerita hati yang digaul dengan nafsu syahwat .
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina" [hadis dari Abu Musa al-Asy'ari]..
Bantulah kami daripada menggunakan sembilan akal kami untuk tidak berbuat jahat kepada kalian . Rangsangan mata kami terhadap kalian bertindak menghantar cas-cas eletrik ke saraf neuron untuk dibiak yang bukan sedikit , bertrilion sel-sel neuron bercambah untuk kami sentiasa berkreatif dalam melakukan dosa kepada kalian .
Jangan biarkan kreativiti dalam skil kejahatan kami merosakkan kalian. Salah satu kreativiti dosa kami yang membunuh maruah kalian . Sebuah maha karya agung yang dibantu oleh pembantu makmal kejahatan serba boleh ; encik syaitan yang sentiasa direjam . Salah satu kebijaksanaan baru maha karya agung jahat kami !
Doa perlindungan ;
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعالْعَلِيمُ
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa        kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya".
Adakah hanya cukup sekadar berdoa kepada Allah , meminta perlindungan daripada kejahatan sambil kalian menyembur separuh botol minyak wangi , menyelak tudung ke belakang , memakai pakaian yang kalian fikir itu masih tidak ketat lagi .
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Bacalah surat cinta yang tuhan kalian berikan . Bukankah kalian beriman dengan tuhan yang satu . Segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam , maha pemurah dan maha pengasih dan menguasai hari pembalasan .
Adakah kalian yang sudah membaca isi surat cinta itu mahu menafikan luahan cinta daripada penulis yang tidak mengantuk dan tidak tidur ?
"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."  Surah al-Ahzab : ayat 59.
Hiasilah mata kami dengan pemandangan yang comel , bukannya kalian menghiasi mata kami dengan bahasa tubuh dan pakaian kalian yang membangkitkan syaitan yang tidak malas-malas meresap dalam haemoglobin sel darah kami .
Comel yang kalian selalu sebutkan , berfesyen begitu dan begini ; bertudung yang tidak menutup dada , berbaju t-shirt lengan pendek mahupun yang berlengan panjang ditambah dengan lilitan yang ketat , pakaian yang jarang .
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.."


Kami diam. Ya , kami akui ada antara kami suka muslimah begini , tampak lebih comel dan begitu suka memuji kalian .
Namun , hakikatnya kami lelaki yang dhaif (lemah) sentiasa lupa dan berbuat silap . Adakah pujian antara kami yang sering kami 'like' ataupun 'comment' itu seiring dengan 'like' dan 'comment' Allah dan Nabi Muhammad kepada kalian ?
Bayangkan ; andai Rasulullah masih ada , apakah kata-kata yang baginda tuturkan tika baginda berjalan di hadapan kalian yang berpakaian begini ?
"Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." [HR Abu Dawud].
Ya Allah, bantulah kami daripada menyekat pandangan kami daripada memandang yang haram , yang pasti mendekatkan kami ke lembah kejahilan . sekiranya , mereka enggan membantu kami dalam memperelokkan akhlak kami , kepada engkaulah tuhan sekalian alam , sebaik-baik pemberi pertolongan kepada kami . ampunkanlah kami .
Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
"Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..'
" lelaki yang baik ( lelaki yang memegang tangan kalian hingga ke syurga ) akan mencari apa yang Allah kata baik . kalian kata nak cari lelaki baik , maka kenalah jadi apa yang Allah kata baik . ( sama juga dengan lelaki ) " - Mr Paracetemol

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka"  Surah An-Nur : ayat 31.

p/s : Aku tulis post ini sebab aku sayang kepada kalian ; bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anak kami.. tulisan ini pasti kerna Allah . mudah-mudahan diterima baik oleh kalian dan diri penulis sendiri .

Selawat,Senang Bukan?

If Rasulullah (PBUH) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? We say we love him, but then, why do we astray from his way?".
Siapa Rasulullah ini? Utusan Allah? Nabi akhir zaman? Pemimpin ummah? Ya, semua jawapan anda betul. Tapi yang paling penting, Rasulullah SAW ini merupakan kekasih Allah. Kekasih Allah tahu? Bukan kekeasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, tapi kekasih Allah. MashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? Dibandingkan kita dengan Baginda SAW seolah-olah langit dan bumi.
Tapi, tahukah kita siapa yang Rasulullah ini cinta selain daripada Allah Taala? Siapa yang Baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? UMATNYA! Dan siapakah umatnya itu? Ya, KITA! Kita semualah umat yang bertuah itu.
'Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)" suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat" jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami" celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.'
Allah, sweet bukan Rasulullah ini. Masakan tidak, di hadapan sahabat-sahabat yang mencintai Baginda sepenuh hati, Baginda mengaku kita ini saudara-saudaranya. Baginda cakap Baginda amat rindu pada kita. Padahal, sekalipun Baginda tidak pernah berjumpa kita.
Cuba anda bayangkan, suatu hari tiba-tiba saya pergi pada anda dan katakan;
'saya rindu sangat dengan cucu kamu'
Apa perasaan anda? Padahal anda belum berkahwin, anak pun masih tiada, cucu apatah lagi. Tiba-tiba saya dating dan katakan saya rindu pada cucu anda. Apa perasaan anda? Sama ada anda kata saya buang tebiat atau anda kata saya mengigau di siang hari.
Tapi itulah Rasulullah. Rasulullah tidak kenal kita semua, berjumpa apatah lagi, tapi Baginda mengaku Baginda rindukan kita. Kita bagaimana?
Semasa Baginda hampir wafat, di saat-saat sakaratul maut Baginda, nama siapa yang Baginda sebut?
'Ummati! Ummati! Ummati!'
Siapa Ummati yang diulang-ulang itu kalau bukan kita? Malah Rasulullah berdoa pada Allah, Rasulullah berkata kalaulah boleh Baginda mahu menanggung segala kesakitan sakaratul maut kita kerana Baginda dapat merasakan betapa sakitnya kematian itu. Allah. Sehingga ke tahap itu kecintaan Rasulullah terhadap kita. Renung sejenak, bila kali terakhir kita berselawat pada Baginda?
"Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku"

Benar, Rasulullah sudah wafat, tapi Baginda telah meninggalkan sesuatu untuk kita. Sesuatu yang kalau kita ikut, kita tak akan sesat selama-selamanya. Itulah al-quran dan sunnah Baginda.
"ala, itu nabi.zaman dahulu kala, zaman kuno.buat apa nak ikut apa yang dia buat?"
Tapi bila part mahu kahwin lagi satu,
"ala sayang, bolehlah abang kahwin lagi satu. Abang tengah nak ikut sunnah Rasulullah ni."
Patutkah kita mengikut sunnah Baginda yang satu ini saja sedangkan sunnah yang lain kita tinggalkan? Tidak malukah kita?
Bukti kecintaan Rasulullah ini sangat banyak. Disebut-sebut dalam hadith Baginda, malah di dalam al quran sekalipun dinyatakan betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita.

"Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya."(riwayat al-Darimi).
"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (riwayat Bukhari dan Muslim).
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.  (9:128).

Allah. Hebatnya cinta Rasulullah pada kita bukan? Kenapa kita masih sombong dan bongkak, malas mahu berselawat pada Baginda? Tidak mahukan kita balas cinta Kekasih Allah ini?
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku"


Selawat, senang bukan?

Apabila Awan Baik Bercinta

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)
Aku berjalan kaki. Berjalan di atas tanah yang dihiasi dedaun kering. Hampir semua dedaun kering itu menjerit kesakitan apabila dipijak walaupun cuma tekanan daya yang perlahan. Berjalan dengan muka kosong dan pening kepala. Mungkin aku tersalah tidur sekali lagi .
Aku duduk di bangku kayu bersama teman imaginasi aku yang sukakan awan. Hairan. Entah kenapa sudah berumur lapan belas tahun tetapi masih lagi ada teman imaginasi .
Hairan juga sebab dia betul-betul sukakan awan. Aku masih lagi belum berani persoalkan kegemarannya berkenaan awan .
Ketika itu , mata teman imaginasi aku semakin liar menangkap awan di langit biru. Tangannya diregang ke atas , memicit langit untuk meraba awan yang laju bergerak . Gembira .
Namun , saat awan yang berbintik merah berlari laju ke telinga aku , terasa satu aura keberanian yang menyelaputi jasad . Muka yang kosong menjadi bernombor . Itu tandanya aku mahukan bicara
Awan itu lelaki baik ? 
Aku terdiam . Muka yang bernombor daripada nilai tempat belasan menjadi nilai tempat puluhan ; persoalan semakin berganda dan aku mahu dengar bicaranya .

Ketika berusia kanak-kanak , aku bermain satu permainan perempuan yang dikenali sebagai 'masak-masak' . walaupun sekarang aku rasa yang nama permainan 'masak-masak' itu memang tak ada kaitan dan hanya sedikit sahaja bahagian memasak itu dalam permainan ini .
Misalnya, seorang isteri hanya akan memasak sarapan kepada si suami dan anak-anaknya pada waktu pagi sebelum keluar daripada rumah.  Apabila si suami pulang ke rumah, si isteri hanya berbasi  'sudah pulang ?' atau 'abang , penat ya ?'
Aku cadangkan bahagian memasak itu perlu dijalankan lima kali sehari dalam permainan ini demi meneruskan warisan permainan yang kian pudar kepopularannya .
Permainan ini lebih kepada kehidupan seorang suami bersama isteri dan anak-anaknya. Yang pasti ini cuma olok-olok .
Tanpa skrip yang hebat pun, aku dapat rasa yang aku telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang betul-betul bertanggungjawab kepada isteri palsu dan anak-anak yang palsu . Erk dan juga watak lelaki yang menyayangi kucing peliharaan jadian yang tak bermisai .
Persoalan mula terpancar mencari identiti diri . Bagaimana aku boleh fikir yang aku rasa telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang baik dalam permainan masak-masak ini ?
Adakah disebabkan pujian daripada adinda Aisyah yang mengatakan aku ini seorang suami palsunya yang bertanggungjawab? namun , yang penting tika itu hati aku betul-betul berbunga . senyum .
Aku sudah menjadi lelaki baik ketika berusia kanak-kanak. Patutlah ramai mahukan aku sebagai suami palsu mereka. Wah , beruntunglah kepada sesiapa yang diam-diam dipanah arjuna aku .

Dan masa mula berjalan dengan cemburunya, meningkatkan garisan kedut dunia. Aku semakin dewasa, melihat awan-awan yang hanya simbolik ketenangan. Aku hairan dengan istilah lelaki baik yang disamakan dengan awan .
Sudahlah teman imaginasi aku menayangkan wayang memori tentang zaman dulukala , Aku pula kebingungan dengan awannya tetapi aku masih lagi tersenyum .
Aku masih dalam acara perseorangan 
Aku masih sendiri, tiada pasangan. Gelaran lelaki baik aku sudah jelas luput ditelan zaman. Cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan kepada si perempuan. Falsafah lelaki baik zaman kanak-kanak hilang ditiup angin moden. Aku bukan lagi lelaki baik, muka dingin .
Teman imaginasi aku tersenyum comel. Senyuman yang menenangkan persis awan putih di tapak tangannya yang jinak. Dengan basmalah , dia mengatur kata-kata baik .
Lelaki baik itu seperti awan 
Lelaki baik itu sudah tentu seorang yang tenang. Walaupun laju dia bertindak , dia tetap tenang. Dan juga perlahannya dia beraksi , ketenangan tetap terpamer di setiap inci jasadnya .
Ketenangan itu simbolik awan. Mereka yang melihat awan pastinya akan turut tenang . Apabila lelaki baik itu berjalan, atmosfera ketenangan akan hadir menyelimuti manusia-manusia sekelilingnya .
Aku tidak hairan dengan falsafah ini . Malah, aku sudah jangkakan sedikit kata-kata baik daripada teman imaginasi aku. Awan dan lelaki baik ialah simbol ketenangan .
 Apabila awan bercinta 
Apabila seseorang lelaki baik itu bercinta, tak ubah seperti awan yang bercinta. Aku hairan yang bukan sedikit. Kening aku naik perlahan . Dia sambung kembali .
Awan itu isipadunya ialah wap air yang ketumpatannya rendah. Isipadunya sangat besar . Dengan izin tuhan , dia terapung-apung dan sangat ringan terbang di langit . Kagumnya ciptaan tuhan ini , sifatnya yang sangat cintakan bumi .

Cinta si awan kepada si bumi ialah dengan melepaskan isipadunya yang sarat dengan wap air yang tidak terkira banyak nilainya kecuali dengan pengiraan yang maha bijaksana yang serba tepat. Cintanya dicurahkan dengan membasahi bumi ; menyucikan jasad kotor .
Namun , cinta si awan kepada si bumi sangat mahal nilainya. Sifatnya yang gemar terapung-apung ; melarikan diri daripada bumi yang di bawah. Hadirnya cinta si awan itu hanya apabila isipadu airnya sudah mula berat ; berteriak menyahut panggilan graviti untuk bercumbu dengan cinta si bumi .
Apabila nilai isipadu wap air hujan itu telah disahkan oleh piawaian tuhan yang satu, jasad awan jatuh ke bumi dalam bentuk sejuta manfaat kepada si bumi untuk menyelimutkan ketenangannya di atas langit. Itu cinta awan kepada si bumi yang cukup indah hikayatnya
Lelaki baik itu gemar larikan diri 
Sama seperti awan dan apabila seorang lelaki baik itu bercinta, datangnya cinta itu berbisik ke hatinya , lelaki baik itu lari. Lari dengan wajah yang tenang, menjarakkan diri daripada cinta seorang perempuan .
Lelaki baik itu terapung-apung dengan rendah diri, mengumpul ilmu untuk meningkatkan isipadu imannya ; tidak mahu menyentuh kulit halus si perempuan dan tidak akan sama sekali menghidupkan rindu yang lama kelamaannya berputik kepada zina hati .
Lelaki baik mendekatkan diri kepada cintanya dengan akad nikah
Datangnya seorang lelaki baik itu kepada cinta seorang perempuan. Membawa harapan yang isipadunya cukup sarat untuk dicurahkan fitrah yang dicipta Tuhan yang maha Esa .
Kontrak persetujuan tuhan ditandatangani untuk mendapat keizinan daripadaNya maka tersulamlah cinta yang diberkati tuhan antara lelaki baik dan pasangan fitrahnya .
Aku kagum. Kagum dengan falsafah awan putih yang berada di tangannya .
Bukan sedikit kagum itu sehinggakan hati ku mula membesar dengan semangat mahu memenuhi isipadu iman dengan wap-wap ilmu pengetahuan dan mencipta ketumpatan rendah diri agar aku bisa melarikan diri daripada cinta seorang perempuan .
Ingat aku, awan tidak selalu serupa dan suka terbang jauh, mungkin malu dengan cinta, ia akan berani dekati cinta apabila tiba satu saat yang dia sudah bersedia kongsikan air hujannya .

Lelaki baik itu pemalu ? yang pastinya dia lelaki yang tahu malu dengan tuhannya .
Dan apabila lelaki baik itu bercinta......aku bersalam dengan awan . Masih lagi senyum sampai sekarang :)

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Dimana Subuh Kita?

Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.
Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Tuesday, January 24, 2012

Tidak Pernah Ku Harapkan

Ya Illahi,
Tidak pernah kuharapkan,
Selain dari keredhaanmu buat diri ini.
Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,
Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.
Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,
Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.
Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.
Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi.

Indahnya Sabar

ada suatu hari, burung-burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira.. indahnya pemandangan yang dilatari sawah padi yang menghijau saujana mata memandang.
Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. Subhanallah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.
"Termenung apa tu Usop?!" Pak Jabit menegurnya.
"Tiada apa-apalah Pak Jabit, sedang melayan hati yang lara je ni.."
"Laaa tengah sedih ke? Kenapa? 'Ce cite ce cite'," soal Pak Jabit sambil tersengih melihat gelagat Usop.
"Panjang 'cite'nya Pak Jabit.. Saya cuba pendekkan ye.. Saya sebenarnya benar-benar terguris dengan sikap Hussien. Hussien telah memburuk-burukkan diri saya kat orang kampung meskipun saya selalu bersangka dan berbuat baik pada dia. Pernah dulu, orang kampung ada yang memburuk-burukkan nama Hussien tetapi saya sebagai seorang kawan menafikan tohmahan-tohmahan itu.. tetapi sekarang.. hm.. 'sabor jelah'," balas Usop menceritakan hal yang membuatkan hatinya kecewa.
Pak Jabit terus mendekati Usop sambil membawa beberapa ikan yang berjaya ditawannya.
"Usop, tersenyumlah! Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira.
Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tidak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini.
Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya Usop mesti tak kecewa.
Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;
"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."
Baikkan Allah?"
Usop mengangguk tanda setuju..
"Tidak seperti manusia. Kadang-kadang macam situasi Usop ni. Seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit, tetapi apapun Usop, tidak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu kerana angin pun akan terus berhembus ke depan dan air pun terus mengalir ke depan..
Jadi lagi baik Usop sabar dan terus tabah. Pandanglah ke hadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan segala-galanya pun ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepada-Nya. Nabi Muhammad S.A.W yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya.
Inikan pula kita yang hanyalah seorang hamba-Nya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap sajalah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah.
Jangan bersedih, kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkan pelbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu?
Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan sahajalah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tetapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kitalah yang perlu dan sangat kita gundahkan.
Insya-Allah apabila Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia?" Sambung Pak Jabit untuk menenangkan hati Usop.
"Terima kasih Pak Jabit! Alhamdulillah tenang hati saya mendengar nasihat Pak Jabit ni. Tidak macam doktor pencen, macam ustaz Pak Jabit ni." Ujar Usop sambil tersenyum memandang Pak Jabit.
"Sama-sama.. bukan ustaz.. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit belajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah pada kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. 'Doktor hati' yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit belajar agama. Ini tak... Asyik-asyik 'english education je'... ok?"
"Baiklah Pak Jabit, insya-Allah akan saya usahakan."
"Hmm.... tapi kan usop..," Pak Jabit melontarkan satu persoalan.
"Tapi apa? 'Ce cite ce cite'..,"soal Usop penuh penasaran
"Hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. Terkadang rasanya sikap Hussien itu ada juga dalam diri ini. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana pun dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah.
Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, dianugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi pada kita.
Tetapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurga-Nya.. Ya Allah, bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalu-malunya.."
"Hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyaklah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah.." Sambut Usop mengiakan celoteh Pak Jabit.
"Sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tidak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. Lepas ni jom siap-siap pergi berjemaah magrib di masjid.." ajak Pak Jabit.
"Insya-Allah. Baiklah Pak Jabit.. 'thanks' bebenor lah ye," sambut Usop sambil tersenyum simpul.