Penyelewengan seksual ataupun kecurangan yang membabitkan suami dan isteri bukan lagi satu isu yang baru. Terlalu banyak masalah seumpama ini dipaparkan dalam akhbar dan juga majalah pada masa kini.
Kecurangan ataupun penyelewengan seks dalam rumah tangga boleh dielakkan sekiranya pasangan suami atau isteri mempunyai kehidupan seksual yang harmoni dan dinikmati bersama. Antara sebab yang membabitkan kes kecurangan suami isteri adalah kerana bosan, tidak puas, kesepian, ingin mencuba dan bermasalah dalam seksual.
Bagi membina kehidupan seksual yang harmonis bersama pasangan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam rumah tangga.
- Keterbukaan dalam membicarakan masalah dan ketidakpuasan seksual. Ia bagi membolehkan suami dan isteri berkongsi masalah dan mencari jalan penyelesaian bersama.
- Ciptakan kelainan bagi mengelakkan kebosanan. Rutin hubungan seksual yang sama setelah bertahun-tahun hidup bersama mungkin menimbulkan kejemuan. Carilah kelainan dalam persekitaran, gaya hubungan intim dan sebagainya untuk menarik perhatian pasangan.
- Sentuhan dan kemesraan. Urutan atau belaian mesra selain dari di bilik tidur amat penting untuk mengikat pasangan. Selain dari membangkitkan mood untuk hubungan intim, ia juga akan mengeratkan lagi hubungan.
No comments:
Post a Comment