Usia bukanlah kayu pengukur untuk mengetepikan
kredibiliti seseorang menjadi majikan. Banyak pengalaman juga bukan jaminan
untuk meletakkan seseorang di kedudukan tertinggi dalam sesebuah syarikat.
Ketika ini, banyak jawatan tertinggi dalam
organisasi diduduki generasi muda. Ramai bersetuju sekiranya meletakkan
generasi muda dalam syarikat, ia bakal membawa perubahan dan idea baru selain
dianggap mereka lebih bertenaga dan peka dalam bidang diminati.
Berbeza dengan era sebelumnya, generasi Y zaman
sekarang lebih berdaya saing dan sanggup berdepan dengan apa juga risiko.
Mendalami isi hati mereka yang bergelar ‘bos’ pada usia muda secara tak sedar
memotivasikan penulis sendiri untuk menguruskan kehidupan seharian.
Cabaran
Bagi pandangan beberapa generasi muda yang memegang
jawatan tinggi, pelbagai cabaran bersangkut-paut ketahanan mental dan fizikal
perlu ada untuk menguruskan kakitangan khususnya yang usianya jauh lebih tua
daripada diri sendiri.
Mereka berpendapat, sikap terbuka dan perlu kerap turun padang dapat mewujudkan kelompok rakan pejabat lebih mesra seterusnya dapat mengelakkan daripada berlaku ketegangan dalam suasana kerja.
Namun begitu, tak dinafikan akan wujud konflik antara kakitangan. Mereka berpendapat, menguruskan kakitangan lebih sukar daripada menyiapkan kajian ketika waktu pengajian. Ia perlukan teknik dan ketangkasan untuk berjaya menyesuaikan diri supaya organisasi tidak akan terumbang-ambing dek kerana salah laku majikan sendiri.
Rasa janggal
Antara yang diutarakan termasuklah perasaan janggal apabila kakitangan seusia abang atau kakak sendiri membentangkan laporan kerja. Walhal jika kebiasaannya, pihak bawahan sering dikaitkan dengan individu lebih muda namun persepsi itu kini harus dikikis dan diganti dengan sikap profesional dalam kerjaya.
Ideologi baru
Diketahui umum, kakitangan yang sudah lama bekerja akan berasa selesa dengan sistem sedia ada walaupun digunakan berpuluh tahun lalu. Kedatangan golongan atasan baru dengan membawa sistem kerja berbeza sedikit sebanyak akan mewujudkan konflik antara majikan. Perasaan ego, tidak mahu terima kritikan akan menjurus kepada konflik dan ia menjadi lebih rumit apabila membabitkan ‘bos’ muda.
Bagaimanapun, pandai berinteraksi dan menjadikan kakitangan bawahan bukan hanya sebagai rakan sepejabat antara perkara asas yang perlu dititikberatkan untuk rapatkan jurang antara majikan dan staf bawahan.
Anak muda akan sentiasa mengikut emosi. Itu lumrah, tinggal lagi pihak yang lebih berpengalaman perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyalurkan tenaga anak muda ke jalan yang betul.
Kurang hormat
Kurangnya rasa hormat kerana menganggap majikan seusia adik oleh staf bawahan secara tidak langsung akan cetuskan rasa tak puas hati sesama sendiri. Justeru, akan wujudlah komuniti yang akan membangkang apa juga idea baru dikemukakan majikan.
Pendekatan yang dilakukan majikan dengan selalu turun padang dapat mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak. Hormat mereka tetapi tahu menilai tempat dan situasi kerja dapat meyakinkan kakitangan bahawa dia adalah majikan terbaik untuk mengetuai syarikat.
Peluang dan masa depan
Sanggup menggalas tanggungjawab sebagai majikan pada usia muda adalah satu perkara yang sangat positif dan perlu diberi pujian. Ini menunjukkan bahawa anak muda mahu dibabitkan bersama dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri sendiri.
Disebutkan dalam sebuah kajian mendedahkan bahawa majikan Malaysia lebih gembira daripada pekerjanya di tempat kerja, namun begitu kedua-duanya secara dasarnya lebih gembira berbanding negara membangun seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Selain itu, kajian itu turut mendapati bahawa pekerja muda lebih menikmati kerja mereka berbanding golongan yang dilahirkan pada tahun antara 1946 dan 1964. Walau apapun hasilnya, golongan ‘bos’ muda mahukan perkara ini dirasai kedua-dua belah pihak sama ada golongan atasan atau bawahan.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah anak muda mungkin meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara tidak betul. Malah ada yang terlalu radikal sehingga membawa kepada salah faham antara pekerja.
Mereka berpendapat, tindakan ini fikir tidaklah membawa keuntungan kepada sesiapa malah menambah rasa tidak percaya sesama kakitangan. Dengan memberi peranan yang lebih besar, maka rasa tanggungjawab anak muda kini dapat disalurkan pada perjuangan yang lebih membina.
Lapan tip bekerja dengan majikan lebih muda
1. Ingat dengan siapa anda bekerja
Apabila bekerja dengan majikan yang lebih muda di mana boleh dianggap sebagai adik mestilah ada rasa saling hormat menghormati dan saling bekerjasama untuk mencapai satu tujuan. Hal ini adalah satu prinsip penting jika anda berada dalam posisi yang sama. Hormat adalah satu prinsip yang perlu dipegang oleh seseorang yang mempunyai majikan yang lebih muda walaupun majikan itu sebaya umur anak anda.
2. Jangan cuba berlagak dengan majikan muda
Perkara ini sering kali terjadi apabila kerap kali timbul perbincangan, ketika anda menerima sebuah laporan tahunan daripada orang yang lebih muda daripada anda. Secara tidak sabar anda pasti akan mempunyai sedikit keraguan untuk menerima laporan majikan muda dan memberikan pandangan yang tidak sepatutnya. Walaupun dia masih muda, jangan sesekali mempertikaikan kebolehan mereka dengan umur semata-mata.
3. Tunjukkan usaha anda
Tidak perlu berasa ragu dengan usaha yang mereka tunjukkan untuk menangani masalah yang berlaku di dalam pejabat dan usaha mereka untuk mendekati pekerjanya. Pengalaman anda itu akan meningkatkan daya kepemimpinan dan prestasi seorang majikan muda.
4. Bekerja secara kumpulan
Majikan yang muda dan baru bermula bekerja pasti inginkan tunjuk ajar daripada pekerja lama yang lebih tahu berkaitan selok-belok hal di dalam pejabat. Pekerja lama pula haruslah menunjukkan sikap bertanggungjawab dan membantu mereka ketika di perlukan. Janganlah mengukur umur semata-mata, ingat walaupun mereka lebih muda banyak idea dan buah fikiran mereka yang mampu diketengahkan dan menarik untuk ditonjolkan.
5. Jangan ambil hati
Jika bekerja dengan majikan yang lebih muda, jangan mudah terasa hati dengan mereka dan tidak sesekali melawan kata-kata mereka dengan mempertikaikan soal umur atau siapa lebih lama bekerja dengan majikan itu. Mereka adalah orang yang patut dihormati walaupun ada sikap mereka yang kurang disenangi.
6. Menerima idea mereka
Apabila orang muda memberikan idea, kebanyakan orang yang lebih berusia atau sudah lama bekerja di syarikat itu berasa tidak mahu mendengar idea dan pandangan yang dilontarkan oleh mereka. Jadi memang sangat penting bagi seorang pekerja mendengar dan meneliti dulu idea majikan atasan.
7. Berikan seberapa banyak pandangan
Bekerja dengan majikan yang lebih muda tidak sama dengan majikan yang lebih berusia. Jadi sebagai pekerja, cubalah berikan idea yang bernas dan wajar kemudian kemukakan kepada mereka semasa bermesyuarat agar majikan yang muda itu dapat jadikan panduan.
8. Berikan kekuatan
Majikan yang muda semangatnya tidak sama dengan majikan yang berusia. Pekerja haruslah memberikan kekuatan buat mereka untuk mengemudi syarikat agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pekerja adalah kekuatan kepada jatuh dan bangun sesebuah syarikat.

No comments:
Post a Comment