Saturday, July 23, 2011

Sampaikanlah Kami Kepada..


Alhamdulillah.. Segala kepujian tertinggi diutus buat Pemilik bagi segala pemilik, yang Mencipta dan menjadikan segala sesuatu. Yang berada di langit mahupun di bumi. Hanya Dialah Allah.. Rabbul Jalil.. Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Indah.
Syahru Ramadhan adalah bulan bagi pencinta ibadah. Pecinta ganjaran dengan dibukakan segala pintu kebaikan lalu ditutup segala pintu kejahatan. Ruang serta peluang bagi para hambanya mengejar segala kemanisan di dalam ibadah.
Kehadiran dan kedatangan Ramadhan ini bisa membuatkan kita berfikir sejauh mana tahap dan kesediaan kita di dalam menyambut bulan yang penuh mulia ini. Adakah seperti bulan-bulan Ramadhan yang lepas? Mudahan-mudahan kali ini membuahkan sedikit kenikmatan serta penghayatan di dalam beribadah.
Mudahan-mudahan Ramadhan kali ini mampu mengubah akhlak dan mengembalikan Iman yang semakin pudar dan samar. Ya Allah bantulah kami di dalam mencari cinta dan redha-Mu. Amin...
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185) 

No comments:

Post a Comment