Kalau kita dengar kawan putus cinta, ekspresi kebiasaannya adalah diam dan berfikir baik, buruk dan sebab. Itu jalan terbaik untuk kita lakukan jika mereka luahkan perasaan. Namun pernahkah kita fikir mengapa perasaan itu boleh ada sedangkan sebelumnya sudah bermati-matian berjanji kononnya untuk hidup hingga akhir hayat.
Alasan selalunya khusus untuk pasangan muda remaja adalah sudah tiada keserasian. Putus atau cerai adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Betul ke?
Banyak perlu kita ambil kira dalam soal keserasian antara dua pasangan. Latar belakang pendidikan, pekerjaan, taraf kehidupan, kepercayaan, dan personaliti adalah antara perkara yang perlu kita fikirkan dalam mencari pasangan. Ada yang kata, biasanya pasangan itu berlawanan dan memang bagus begitu.
Kalau si lelaki pendiam, si teman wanita banyak cakap. Kalau si isteri penakut, si suami pula berani orangnya. Lebih kurang macam itulah. Bagaimanapun, itu hanya pandangan yang akhirnya melekat menjadi stigma sedangkan ia bukanlah satu fakta sahih.

Percayalah, persamaan itu penting. Perbezaan yang wujud antara kamu dan pasangan haruslah perbezaan yang saling melengkapkan kekuatan hubungan. Contohnya, kamu seorang yang bijak matematik tetapi tidak pada teman wanita.
Tetapi si dia bijak dalam menguruskan hal pengurusan dan itulah yang melengkapkan kamu berdua sekiranya merancang untuk membuka sebuah syarikat atau perniagaan bersama.
Satu perbezaan yang berkualiti dalam kata lain. Jujurnya kalau melihat daripada kebarangkalian perselisihan faham yang acap kali berlaku dalam sesebuah hubungan itu adalah kerana terlalu banyak perbezaan dan bukannya persamaan.
Pada sesiapa yang rasakan sedang bercinta, tolonglah beri perhatian. Perhatian bukan untuk kerja atau teman, sebaliknya pada kekasih hati kamu. Apalah ertinya cinta dan bercinta tanpa adanya perhatian. Malah hubungan cinta tidak bermakna kalau kamu jiwang setiap masa.
Tidak salah jika kamu ingin meluahkan betapa kasih dan cinta pada si dia tapi percayalah, jika kamu tiada topik lain ingin dibincangkan selain soal hati dan perasaan yang masing-masing sudah pun tahu, lama-kelamaan kamu akan rasa bosan.
Jika kamu masih tidak bosan, mungkin si dia yang tak tahan. Psikologi manusia, apabila didedahkan dengan sesuatu berulang, lama-lama jadi muak dan jelak.
Paling hangat direkodkan menjadi punca utama kebanyakan pasangan remaja adalah kerana ego. Kalau sudah namanya manusia, tidak kiralah lelaki atau perempuan, ego itu pasti ada. Apa membezakannya adalah sama ada ego itu tinggi atau rendah.
Kata orang, ego lelaki lagi tinggi daripada perempuan. Tapi ada juga dalam percintaan di mana orang perempuan lebih ego daripada lelaki. Walau apa pun kebenarannya atau keadaan yang berlaku, ego itu biarlah bertempat. Mempunyai ego bukan satu kesalahan kerana ia memang sudah semula jadi. Apa yang salah adalah mempunyai rasa ‘macam bagus’ dalam diri yang menyebabkan ego itu tinggi.
Orang yang rasa ‘macam bagus’ ini biasanya tidak mahu mengaku kelemahan diri. Jadi, kamu pun mungkin sudah tahu orang macam ini tidak makan nasihat.
Kurang matang atau bersikap keanak-anakan juga antara alasan pasangan remaja sanggup melupakan janji cinta atau lebih kronik sanggup bercerai-berai. Bercinta biarlah dengan orang yang matang dan paling penting, matang dalam percintaan.
Kalau fikirannya pun masih kebudak-budakan lagi, apalah yang kamu mahu harapkan darinya? Carilah matang, ada matlamat dan cita-cita.
Hubungan percintaan bukan perkara main-main. Fizikal dan mental perlu diambil kira. Soal inginkan kesempurnaan dalam pasangan hingga akhirnya mengundang rasa tekanan juga antara punca selain sensitif tak bertempat hingga membuatkan pasangan muak dan bosan.
Merajuk, menjauhkan diri, marah adalah antara tindakan mengikut hati yang mungkin terjadi jika kamu mengikut kata hati dengan membuta-tuli. Kerana sikap kamu begitu membuatkan si dia beralih mencari kebahagiaan lain. Jangan sensitif sangat kerana semua benda dan perkara boleh diselesaikan.
Bina keserasian kembali
Serasi atau keserasian adalah perkataan yang mudah disebut dan sedap didengar. Namun untuk membinanya, ia tidak semudah itu kerana ia membabitkan dua hati dan berbeza perasaan dalam mencari satu titik persamaan yang boleh membuatkan mereka membuat keputusan sama.
Apabila sesebuah hubungan itu bermula namun di pertengahan pelayaran itu mula terbit rasa tidak serasi, tiada persefahaman dan kurang sayang, mula ada antara kamu atau kekasih hati yang melatah dan cuba berpatah balik. Mula mengundur diri dalam percintaan atau mula memutuskan perhubungan walau sudah lama bercinta.
Sayangkan perhubungan indah yang tercipta atas dasar suka sama suka terputus begitu saja? Bagaimana, mula rasa tidak serasi sedangkan selama ini kamu dan dia serasi bersama. Serasi itu apabila kamu dan dia saling menerima persamaan atau perbezaan antara dia dan kamu.
Mencipta keserasian memang bukan mudah tapi apabila kita belajar menerima kekurangan dan perbezaan dalam minat serta pendapat pasangan kita itu adalah satu keserasian yang hebat dalam perhubungan. Ia hanya memerlukan kita membuka jiwa dan hati seluasnya untuk melihat setiap inci pasangan kita.
Jangan sekali jatuh hukum atau membandingkan dengan orang lain kerana setiap manusia ini ada baik buruk dan kelebihan kekurangan masing-masing.
Pasti ada perbezaan pendapat dan minat namun untuk mencapai keserasian kita perlu menerima dan memberi. Belajarlah memberi kefahaman buat pasangan dan belajarlah menerima kekurangan atau perbezaan antara kamu dan dia.
Jika semua minat kamu dan dia sama itu bukan serasi namanya tapi persamaan. Banyak persamaan bersama pun tak semestinya pasangan itu serasi dan kadangkala ia akan jadi hambar kerana tiada kepelbagaian dalam cinta dan hubungan itu.
Ingatlah mencari sesuatu kebahagiaan itu perlu dan mencipta kebahagiaan itu juga mesti.
Alternatif terbaik
Masalah ini pasti pernah berlaku dalam setiap kehidupan remaja terutama bagi mereka yang baru saja bercinta buat kali pertama. Kekok, tidak biasa dan sebagainya menyebabkan kamu tidak dapat mendalami perasaan dan jiwa pasangan.
Sebenarnya hubungan ini boleh diselamatkan kalau kena dengan cara. Gen Y ingin berkongsi tip bagaimana kamu boleh mengatasi masalah ini.
1) Buat sesuatu menarik bersama - Jika kamu lakukan sesuatu yang mencabar, menarik bahkan aktiviti yang menakutkan sebenarnya boleh memberikan ruang untuk kamu mengenalinya dengan lebih dekat. Kebanyakan aktiviti yang biasa dilakukan seperti menonton wayang, makan di restoran kadangkala tidak dapat memberikan kamu banyak maklumat mengenai pasangan.
Lakukan aktiviti yang memberikan pengalaman baru. Kemungkinan untuk kamu menjadi serasi adalah lebih tinggi.
2) Berbincang sesuatu diminati - Si dia mungkin sukakan sesuatu yang mencabar manakala kamu adalah sebaliknya. Usah risau kerana pokok pangkalnya kamu perlu bercakap mengenai topik yang sesuai dibincangkan bersama. Luahkan saja apa saja minat kamu dan mungkin si dia berkongsi dua atau tiga perkara yang sama.
3) Tenangkan diri dan fikiran - Memang betul, kebanyakan mereka yang tidak serasi sebenarnya berasa kekok dengan pasangan. Perasaan malu itu sebenarnya menghalang kamu dari mengenali si dia dengan lebih dekat. Cuba ubah diri kamu dari kekok kepada seorang yang lebih terbuka.
Mungkin cinta pertama membuatkan kamu rasa segan silu tapi cuba buang perasaan itu jauh-jauh. Sebelum berjumpa, tenangkan diri dan yakin yang kamu bukan seorang yang pasif.
4) Ingat keserasian bukan segala-galanya - Tidak semua pasangan serasi mempunyai kesudahan yang baik. Kalau nak diikutkan, keserasian itu tidaklah begitu penting jika kamu dan si dia ikhlas dalam bercinta. Mungkin keserasian itu boleh dipupuk cuma memakan masa.
Oleh itu, kamu perlu bersabar dan dekati dia dengan lebih dekat. Selami jiwanya dan banyakkan berkomunikasi agar kamu boleh cipta suatu keadaan yang intim bersamanya.
5) Jadikan ia kesudahan yang baik - Jika kamu tidak yakin yang kamu boleh bercinta dengan pasangan dan mungkin selama-lamanya pun tidak boleh, maka apa yang perlu dibuat adalah mengakhiri hubungan. Tapi, ia tidak semestinya kamu dan si dia tidak berjumpa sesudah itu.
Kalau boleh, jadikan hubungan itu sekadar kawan tanpa ada istilah ‘teman rapat tapi mesra’. Selain itu, jika dia bertanyakan jika kamu mahu lagi mengadakan temu janji, katakan tidak padanya dan berterima kasih kerana sudi keluar dengan kamu.

No comments:
Post a Comment