Sunday, July 31, 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Beberapa hari lagi menjelang,tibalah bulan Ramadhan.Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?Ini yang perlu kita teliti dan fahami.
Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan.Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.Di kala zaman Rasulullah  seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknyasering lalai dan lupa.Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini.Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan.Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ?Di mana keindahan nya?Adakah ia terletak pada makanan.Atau ganjaran pahalanya?Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.

Saturday, July 30, 2011

Menepis ancaman syaitan

Syaitan adalah makhluk Allah daripada kalangan jin yang diciptakan dari api. Manakala Iblis adalah salah satu nama dari kalangan syaitan. Rasulullah SAW menyatakan, “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam (manusia) diciptakan dari apa yang telah dijelaskan kepada kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, 14/273, no. 5314) 


Detik mula kesesatan syaitan adalah apabila ia takbur lagi ujub dengan penciptaan dirinya, mempertikaikan perintah Allah dengan mendahulukan logik, menghina ciptaan Allah, serta ingkar dengan kebenaran dan enggan sujud kepada Adam. Allah SWT berfirman, “Wahai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama-sama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab, “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk.” (Surah al-Hijr, 15: 32-33)

Syaitan merupakan tentera Iblis yang sesat lagi menyesatkan. Bahkan ia adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga hari kiamat serta akan dihumban ke dalam jahannam bersama-sama para pengikutnya.

Allah Taala berfirman, “Keluarlah dari Syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah terkutuk. Dan sesungguhnya laknat ke atas engkau tetap akan menimpa sehingga hari kiamat.” Iblis menjawab, “Ya Tuhan-ku, maka berilah tangguh kepadaku sehingga hari kebangkitan.” Allah berfirman, Maka engkau termasuk yang diberi tangguh sehingga ke suatu waktu yang telah ditentukan.” Iblis berkata, “Wahai Tuhanku, disebabkan Engkau telah memutuskan bahawa aku ini sesat, maka aku berjanji akan memperindahkan (segala bentuk kemungkaran) kepada Adam dan keturunannya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.” (Surah al-Hijr, 15: 34-39)

Di ayat yang lain Allah SWT berfirman kepada Iblis, “Pergilah! Kemudian sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka, maka sesungguhnya neraka jahannamlah balasan untuk kamu semua sebagai balasan yang mencukupi. Desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu, dan kerahkanlah para pendukung kamu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka. Dan bersama-samalah dengan mereka dalam urusan harta dan anak-anak, dan berikanlah janji kepada mereka.” Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu-daya semata-mata. (Surah al-Isra’, 17: 63-64)

Demikian serba ringkas petikan penjelasan kesesatan syaitan dan janji mereka kepada Allah SWT untuk menyesatkan manusia ke lembah kesyirikan. Hanya mereka yang mukhlis (ikhlas) akan mendapat perlindungan dan jaminan Allah dari ancaman jerat-jerat syaitan.



Menolak gangguan syaitan



Selain syaitan dari kalangan jin secara hakiki, syaitan juga wujud dalam kalangan manusia dari sudut sifat. Iaitu sifat menghasut manusia kepada kejahatan dengan perkataan-perkataan indah yang memperdaya. Serta dengan cara mengada-adakan sesuatu (dalam agama) yang kelihatan indah supaya orang tertarik lalu menjadi sesat. Allah SWT berfirman, “Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia. Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (Surah al-An’am, 6: 112)

Sebagaimana disebutkan dalam banyak dalil al-Quran dan al-Hadis, syaitan tidak akan mampu mengancam umat manusia selagi mereka ikhlas dalam mengikuti dan menegakkan agama Allah. Pada hari ini, keikhlasan dalam beragama begitu sukar ditemui. Sehingga pada hari ini ada yang mengamalkan agama semata-mata kerana mahu meraih kerjaya, harta, kerana bertaqlid kepada tuan guru, demi parti politik, demi mendapat kedudukan, dan demi memperjuangkan aliran atau kelompoknya semata-mata.

Keduanya, syaitan tidak mampu menggugat orang-orang yang memiliki iman dan ketakwaan yang teguh. Sebaliknya syaitan mudah menguasai orang-orang yang tidak menjaga diri dari kesyirikan serta suka mengikuti perangai dan jejak langkah syaitan. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya syaitan itu tidak memiliki sebarang kekuasaan terhadap orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang melakukan kesyirikan kepada Allah dengan sebab hasutan mereka.

(Surah an-Nahl, 16: 99-100)

Di antara contoh perangai dan jejak langkah syaitan yang disebutkan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah adalah mendahulukan akal dari naqli, bersikap takbur, ujub, sombong, suka mengeluarkan bunyi ketika menguap dan tidak menahannya (atau menutupnya), makan atau minum dengan tangan kiri, suka membazir, membuang masa, sengaja tidak menutup makanan, sengaja keluar ketika waktu senja, suka bersendirian, suka menimbulkan perselisihan, dan suka memecah-belah perpaduan umat Islam.

Ketiga, syaitan menjauhi orang yang sentiasa berzikir mengingati Allah SWT. Iaitu dengan zikir-zikir yang dianjurkan atau disyariatkan oleh Allah SWT, sama ada melalui Kitab-Nya atau sunnah Rasul-Nya SAW.

Terdapat beberapa bentuk zikir yang disunnahkan dalam rangka menepis ancaman dan gangguan syaitan. Iaitu dengan membaca basmalah, isti’azah atau ta’awwudz (doa-doa memohon perlindungan kepada Allah), dan mengamalkan ayat-ayat atau surah-surah tertentu dari al-Quran sebagaimana anjuran as-sunnah.

Nabi SAW bersabda, “Apabila seorang lelaki masuk ke rumahnya lalu dia berzikir kepada Allah ketika dia masuk dan ketika dia makan, maka syaitan pun berkata (kepada kaumnya), “Tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam untuk kamu semua.” Apabila dia masuk tanpa berzikir kepada Allah ketika dia masuk, maka syaitan pun berkata, “Kamu semua akan mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak berzikir ketika makan, maka syaitan pun berkata, “Kamu semua akan mendapat tempat bermalam berserta makan malam.” (Hadis Riwayat Muslim, 10/293, no. 6762)

Sebagai contoh, dijelaskan dalam hadis yang lain, di antara zikir (atau doa) ketika hendak makan adalah membaca basmalah, manakala setelah makan pula dengan mengucapkan hamdalah (pujian kepada Allah). Zikir di ketika hendak tidur pula antaranya dengan membaca ayat al-Kursi, atau surah al-Ikhlas dan al-Mu’awwidzatain (surah an-Naas dan al-Falaq).

Demikianlah Allah dan Rasul-Nya mengajarkan kepada kita bagaimana menepis ancaman dan mengusir gangguan syaitan yang terlaknat. Malah dalam beberapa hadis yang lain Nabi SAW turut menjelaskan kaedah tuntas mengusir atau menjauhkan syaitan dari menghuni rumah-rumah kita. Bukan dengan kenduri doa selamat, bukan dengan ritual “pagar rumah”, bukan dengan menabur air garam, bukan dengan meniup asap kemenyan, bukan dengan menggantung ayat-ayat al-Quran tertentu, bukan juga dengan majlis bacaan Yasin, apatah lagi dengan memasang tangkal-tangkal.

Tetapi Nabi bersabda, “Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan itu melarikan diri dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim, 4/182, no. 1300)

Selain itu, Nabi turut menjelaskan boleh juga dengan mengamalkan bacaan ayat al-Kursi di setiap waktu pagi dan petang, membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, dan juga dengan memperbanyakkan membaca al-Quran di rumah secara umum di samping berusaha bersungguh-sungguh mengamalkannya. Perlu kita fahami bahawa syaitan tidak takut sedikit pun dengan al-Quran, tetapi syaitan amat takut dengan orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran. 

Ramadhan Nanti


yaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.
Telah terukir juga terzahir dibibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang pernuh noda.
Dosa, bila diungkitkan tentang neraka,
Lalu di selitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari tuhan.
Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.

Kenapa Perlu Bersyukur?


Terdapat sebuah kisah yang diceritakan oleh kakak saya beberapa hari lalu...
Terdapat seorang lelaki yang alim dan warak di satu padang pasir yang berkata beliau mampu mendapat panduan Ilahi dalam mimpinya.
Maka datanglah dua orang lelaki menemui orang tua ini untuk bertanyakan pendapat mengenai masalah mereka.
Lelaki yang pertama adalah seorang yang sangat kaya-raya. Beliau berjumpa dengan orang tua ini dan bertanya kepadanya:
"Saya bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan rezekinya kepada saya yang tidak henti-henti. Saya sudah cukup dengan apa yang ada dan tidak mampu lagi menanggung harta yang banyak ini. Namun jika boleh, saya ingin tuan bertanya kepada Tuhan, bagaimana saya hendak cukup dengan apa yang ada"
Kemudian lelaki itu pergi meninggalkan orang tua itu. Kemudian datang lelaki kedua.
Kali ini lelaki ini adalah seorang fakir miskin yang sering merungut. Dia berkata kepada orang tua itu
"Tuan, bolehkah tuan tanya kepada Tuhan, kenapa dia tidak memberikan saya rezeki, saya telah bekerja keras, berusaha siang dan malam, dan saya tidak mendapat rezeki yang sepatutnya. Tanya bagaimana untuk saya mendapat rezeki yang banyak ?"
Maka laki yang kedua pun pulang.
Selepas seminggu kedua-dua lelaki ini datang semula kepada orang tua itu dan bertanyanya. Apa jawapan yang diperolehinya.
Untuk lelaki yang kaya-raya itu, jawap orang tua ini "Tuhan memberi ilham kepada aku, supaya engkau bersyukur"
"Alhamdulillah syukur, syukur. Aku telah mendapat kaedah yang terbaik. Aku perlu lebih bersyukur. Alhamdulillah syukur"
Maka bertanya pula laki yang kedua, apa pula jawapan yang diberikan Tuhan kepada permasalahannya ?
Orang tua itu menjawab "Tuhan memberi ilham kepada aku, supaya engkau juga bersyukur"
Lelaki itu terus berkerut dahinya dan berkata "huh ? bersyukur ? apa yang aku dapat dengan bersyukur ? aku hidup susah, semua tidak kena dalam hidup ini, tidak ada apa untuk aku bersyukur. Bagaimana untuk aku bersyukur ?"
Inilah realiti orang yang bersyukur dan orang yang tidak bersyukur. Orang yang bersyukur akan mendapatkan 1000 sebab untuk bersyukur manakala orang yang tidak bersyukur hanya akan nampak negatif dalam kehidupannya.
Jika dibandingan perbezaan utama orang kaya dan orang miskin adalah bersyukur. Orang kaya mempunyai lebih banyak sebab untuk bersyukur berbanding orang miskin. Oleh itu untuk menjadi orang yang lebih bersyukur, anda perlu menjadi orang yang kaya dan bukan orang miskin.

Love Just The Way You Are, Muslimah


Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment  yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.
But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.
Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!
I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.

But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.

10 pulau terasing di dunia

1. Tristan da Cunha

Tristan da Cunha merupakan kumpulan vulkanik pulau terpencil di Lautan Atlantik Selatan, dan juga nama dari pulau utama kumpulan itu. Ini adalah kepulauan dihuni paling terpencil di dunia, berbearing 2.816 kilometer dari daratan terdekat, Afrika Selatan, dan 3.360 kilometer dari Amerika Selatan.

Ini adalah sebahagian dari wilayah luar negeri England dari Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha yang juga termasuk St Helena 2.430 kilometer di utara, dan khatulistiwa Ascension Island .Kumpulan pulau Atlantik Selatan menjadi satu yang jauh dari pusat diberikan agregat . Tristan da Cunha dikatakan lokasi "dihuni paling terpencil di Bumi. Ini mempunyai penduduk berjumlah 275 orang sahaja.


wilayah ini terdiri dari pulau utama Tristan da Cunha itu sendiri, yang meliputi kira-kira 7 mil dan mempunyai luas wilayah 98 kilometer persegi, bersama dengan Kepulauan Nightingale yang berpenghuni dan perlindungan mergastua yang dapat diterima dan Pulau Pulau Gough.

terselubung.blogspot.com


2. Kiribati

Kiribatiis sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik tengah tropika. Terdiri dari 32 atol dan sebuah pulau karang, meluas lebih dari 3.500.000 kilometer persegi, terletak di garisan khatulistiwa, dan bersempadan dengan International Date Line ke timur. 
Nama Kiribati adalah ucapan tempatan "Gilbert", berasal dari rantaian pulau utama, Kepulauan Gilbert. Kiribati merdeka dari Britain pada tahun 1979. Anggota Commonwealth of Nations, IMF dan Bank Dunia, dan menjadi anggota penuh PBB di 1999.Kiribati, sebuah pulau yang terletak di sempadan tanah timur planet ini, jauh dari peradaban adalah 2.665 km. 
Kiribati mempunyai cadangan terbesar laut dilindungi dengan pantainya yang indah. Di pulau terpencil ada air minuman, makanan dan kemudahan untuk pelancungan , Kiribatija paling mudah dihubungi oleh udara dari Honolulu.

terselubung.blogspot.com


3.Piticairn


Kepulauan Piticairn empat pulau vulkanik dalam terbentang luas Pasifik, yang disebut syurga "untuk terdampar" Makanan dan keperluan lainnya ke pulau kapal-kapal yang dikirim setiap kali prevaljuju hari dari 2.172 km untuk sampai ke pulau ini.
Nama rasmi Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, kumpulan dari empat pulau vulkanik di Lautan Pasifik bagian selatan. Kepulauan adalah wilayah luar negeri England yang terakhir berbaki di Pasifik. Empat pulau - bernama Pitcairn, Henderson, Ducie, dan Oeno - meluas di beberapa ratus mil laut dan mempunyai jumlah luas kira-kira 18 mil persegi. Hanya Pitcairn, yang kedua terbesar dan pengukuran kira-kira 2 mil, dihuni.


Kepulauan ini terkenal sebagai rumah dari keturunan pemberontak dan Bounty Tahitians yang menyertai mereka, sebuah peristiwa diceritakan dalam banyak buku dan filem. Kisah ini masih jelas dalam nama keluarga dari banyak pulau.

Dengan hanya 50 penduduk, Pitcairn ini juga terkenal kerana menjadi lingkungan kuasa penduduk di dunia. PBB Komite Dekolonisasi Kepulauan Pitcairn termasuk dalam daftar PBB Non-Pemerintahan Sendiri Territories. Kepulauan Pitcairn.

terselubung.blogspot.com


4. Paskah Island


Pulau Paskah adalah sebuah pulau Polinesia di Lautan Pasifik tenggara, di tenggara sebahagian besar pusat segitiga Polinesia. Sebuah wilayah khusus Chile dianeksasi pada 1888, Pulau Paskah secara luas yang terkenal dengan 887 patung-patung monumen yang masih ada, disebut moai.created oleh orang-orang Rapanui awal. 
Ini adalah kawasan Warisan Dunia dengan banyak pulau yang dilindungi dalam Taman Nasional Rapa Nui. Sejarah pulau telah mengalami jatuhnya ekosistem, dengan kepupusan banyak spesies prasejarah tersebut; peristiwa-peristiwa ini berkaitan dengan over-eksploitasi sumber daya di pulau itu. 
Secara geologi pulau yang mendasarinya adalah salah satu gunung berapi pupus. Pulau Paskah, 2.076 km dari, daratan dikenali dengan patung-patung batu besar kepala manusia. Meskipun jarak Chilea besar, ada penerbangan regular ke  Pulau Paskah. Di pulau ada sejumlah hotel dan berbagai kegiatan pelancung seperti menunggang kuda dan mendaki.

terselubung.blogspot.com


5. Saint Helena


Saint Helena adalah sebuah pulau asal vulkanik di Lautan Atlantik Selatan. Ini adalah sebahagian dari wilayah luar negeri England dari Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha yang juga termasuk Ascension Island dan pulau-pulau Tristan da Cunha. Saint Helena berukuran kira-kira 16 dengan 8 kilometer dan mempunyai penduduk berjumlah 4.255 orang.


Pulau ini memounyai sejarah lebih dari 500 tahun sejak pertama kali ditemui sebagai sebuah pulau tak berpenghuni oleh Portugis pada tahun 1502. Bekas tanah jajahan Britain kedua tertua, Saint Helena adalah salah sebuah pulau yang paling terpencil di dunia dan sepanjang beberapa abad kepentingan strategik penting untuk kapal berlayar ke Eropah dari Asia dan Afrika Selatan. 

Selama beberapa abad, England digunakan pulau itu sebagai tempat buangan tahanan, terutama untuk Napoleon Bonaparte, Dinuzulu kaCetshwayo dan lebih dari 5.000 tahanan Boer.

terselubung.blogspot.com


6.Attu


Attu adalah pulau terbesar di barat dan kumpulan kepulauan berhampiran Kepulauan Aleut Alaska, sehingga tempat paling barat tanah relatif ke Alaska dan Amerika Syarikat. Ini adalah lokasi pertempuran Perang Dunia II hanya tanah di tanah Amerika Syarikat, dan kawasan medan perang adalah US National Historic Landmark.


Attu Station, satu-satunya daerah di pulau berpenghuni, sebenarnya terletak di 52 ° 51 ' garis lintang utara, 173 · 11' garisan bujur timur, sehingga dengan satu definisi salah satu tempat  paling barat Alaska.
terselubung.blogspot.com


7.Galapagos


Kepulauan Galapagos yang merupakan kepulauan pulau vulkanik didistribusikan disekitar khatulistiwa di Samudra Pasifik, 972 km barat Ecuador benua. Ini adalah kawasan Warisan Dunia UNESCO: margastua adalah tempat yang paling terkenal.


Galapagos pulau dan perairan sekitarnya merupakan sebagian dari sebuah daerah, sebuah taman nasional, dan cadangan laut biologi. Bahasa utama di pulau-pulau adalah Spanyol. Pulau-pulau mempunyai penduduk kira-kira 40.000, yang merupakan keluasan  40 kali ganda dalam 50 tahun.


Kepulauan ini secara geologi muda dan terkenal kerana sejumlah besar spesies endemik, yang dipelajari oleh Charles Darwin sepanjang perjalanan dari Beagle. pengamatan-Nya dan koleksi berkontribusi pada lahirnya teori evolusi Darwin melalui pilihan alam.


Bagan navigasi pertama mentah dari pulau-pulau itu dilakukan oleh lanun laut Ambrose Cowley di 1684. Pulau-pulau individu setelah beberapa rakannya sesama lanun laut atau setelah para bangsawan Inggeris yang membantu menyebabkan pelanungan. Baru-baru ini, pemerintah Ecuador memberi sebahagian besar pulau-pulau nama Sepanyol.

Sedangkan Sepanyol adalah nama rasmi, banyak pengguna terus menggunakan nama-nama bahasa Inggeris yang lebih tua, terutama kerana itu adalah nama yang digunakan ketika Charles Darwin dikunjungi.

terselubung.blogspot.com


8.Cocos Islands


Cocos Island adalah sebuah pulau kecil yang terletak kira-kira satu mil dari hujung selatan Guam. Cocos Island kadang-kadang serupa dengan wilayah Pulau Cocos Keeling Australia, tetapi mereka sebenarnya banyak mil terpisah. 
Cocos Island Guam merupakan tempat yang popular bagi pengunjung untuk melarikan diri untuk hari ke kedai, ikan, luncur dan santai di pantai. Cocos Island Guam adalah salah satu alasan besar banyak yang bercuti ke Guam dan memberikan pemandangan yang sangat indah untuk apa-apa perjalanan.


Cocos Island mencerminkan sejarah orang-orang Chamorro serta pedagang Spanyol. Meskipun Cocos Island adalah kini menjadi daya tarik pelancungan utama, itu pernah menjadi tempat kemalangan kapal besar. Pada bulan Jun 1690 yang Neustra Senora del Pilar de Santiago Zaragosa selatan melanggar batu karang di Pulau Cocos.

terselubung.blogspot.com


9.Falkland Islands


Kepulauan Falkland adalah kepulauan di Lautan Atlantik Selatan, terletak kira-kira 300 mil dari pantai daratan Argentina, 700 mil dari daratan Antartika, dan 3.800 mil dari Afrika. Ada dua pulau utama, Falkland Timur dan Falkland Barat, serta 776 pulau kecil. Kepulauan adalah Overseas Territory pemerintahan sendiri dari Britain dan Stanley, Falkland Timur, adalah ibu kota.


Sejak berdirinya kembali pemerintahan Inggeris pada tahun 1833 Argentina telah mengesahkan kedaulatan. Dalam mendapatkan pengiktirafan ini, yang ditolak oleh para penduduk pulau, Argentina menginvasi Kepulauan Falkland pada tahun 1982. 
Ini mendorong diumumkan dua bulan sepanjang Perang Falklands antara Argentina dan Britain dan mengakibatkan kekalahan dan penarikan pasukan Argentina. Sejak perang, telah ada pertumbuhan ekonomi yang kuat di kedua perikanan dan pelancungan.

terselubung.blogspot.com


10.Xisha Island


Pulau Xisha, 329 kilometer dari daratan berdekatan bahagian Hainan, yang terletak di perairan Laut Cina Selatan. Diketahui bahawa spesifik jenis burung yang hidup hanya di pulau ini dan tanaman tropika jarang ditemui.

terselubung.blogspot.com