Semua orang ingin berjaya. Orang kaya ingin berjaya. Orang miskin ingin berjaya. Ahli perniagaan ingin berjaya. Guru ingin berjaya. Doktor ingin berjaya. Cuma kejayaan yang ingin dicapai mereka itu adalah berbeza.
Menurut Kamus Dewan:
Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita
Menurut Pandangan Ahli Falsafah:
Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam hidup tanpa mengganggu hidup orang lain.
Kejayaan membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, kejayaan merupakan keinginan yang telah tercapai seperti kaya, mashyur, dan pangkat. Bagi sesetengah individu pula makna kejayaan ialah kedamaian, keluarga dan kepuasan hati. Seterusnya ada juga individu merasakan diri mereka telah mencapai kejayaan dengan berkhitmat sebagai ahli sukarelawan, guru atau mubaligh.
Ciri-ciri orang berjaya yang disebutkan di dalam Surah Al-Mukminun :
1. Beriman kepada Allah
2. Menunaikan solat dengan khusyuk
3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia
4. Mengeluarkan zakat
5. Menjaga kehormatan diri
6. Menunaikan amanah dan janji
7. Menjaga waktu-waktu solat
Allah tidak menilai berjaya atau binasa seseorang itu pada pada pangkat atau ijazah yang dimilikinya akan tetapi ketaqwaannya. Jika ilmu yang dicari dan kejayaan yang diperolehi hanya sekadar untuk kepentingan duniawi, sesungguhnya ada perkara yang lebih penting darinya.
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ 1 ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ 2 وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ 3 وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ 4 وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ 5 إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ 6
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(Surah Al-Mukminun 23: Ayat 1-6)
No comments:
Post a Comment