Sahabat sesungguhnya tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Penyayang. Sifat penyayangnya begitu besar. Buktinya dikurniakan kita pelbagai nikmat sehinggakan kita sendiri tidak terhitung akan nikmatnya.
Namun, kita sebagai hamba Allah sering leka akan hal ini.
Apabila kita diberikan ujian, kita dengan mudah mengatakan Allah itu kejam. Sedangkan kita tidak tahu,diberikannya ujian pada kita untuk menguji siapa yang paling beriman antara kita.Sesungguhnya Allah tidak menguji hambanya melainkan apa yang termampu untuk ditanggungi oleh hambanya sendiri. Hal ini saja mebuktikan Allah itu tidak kejam seperti yang dituduh oleh hamba yang tidak mahu menggunakan nikmat akal yang dianugerahkan olehnya untuk berfikir akan hikmahnya diberikan ujian.

Sahabat, tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun sesugguhnya. Allah S.W.T dengan begitu mudah memaafkan hambanya yang banyak melakukan kesalahan terhadapnya. Dia yang melahirkan dalam diri hambanya sifat untuk saling memaafi, maka mengapakah kita tidak percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun.
Dan jika kalian percaya mengapa apabila engkau telah jauh tersasar dari jalannya mengapa mudah saja kalian berputus asa dari rahmatnya? Apakah tidak ada keyakinan dalam dirimu akan sifat Ghaffar-Nya. Disini ingin saya coretkan satu kisah yang akan membuatkan kamu tidak bisa lagi menafikan bahawa Allah itu Maha penyayang lagi Maha Pengampun.
Diceritakan bahawa seseorang telah diperintahkan masuk ke dalam neraka.Setelah sepertiga perjalanan, dia menoleh kebelakang sambil meneruskan perjalanan.Setelah separuh perjalanan, dia menoleh lagi dan melakukan lagi perkara yang serupa setelah dua pertiga perjalanan,
Lalu Allah S.W.T berfirman,"Bawa kembali orang itu ke sini!" Allah S.W.T bertanya,"Mengapa engkau menoleh sampai tiga kali? "Lalu orang itu menjawab,"Setelah aku sampai sepertiga perjalanan,aku teringat akan firman-Mu:"Dan tuhanmu Maha Pengampun lagi penuh rahmat"(Al Kahfi 18: 58).
Oleh kerana teringat akan firman Allah inilah maka dia menoleh dengan penuh pengharapan agar bisa mendapat keampunan dan rahmat-Mu.
Setelah orang itu sampai ke dua pertiga perjalanan,orang itu teringat pula akan firman-Allah" Katakan,hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"(Al-Zumar 39: 53).Maka semakin bertambahlah harapanku untuk mendapatkan maghfirah dan rahmat-Mu!" Allah S.W.T kemudian berfirman,"Pergilah engkau, sesungguhnya Aku telah mengampunimu!"
FIRMAN ALLAH S.W.T :
"DAN SESIAPA YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN ATAU MENGANIAYA DIRINYA,KEMUDIAN DIA MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH,TENTU DIA MENDAPATI BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG".
"DAN SESIAPA YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN ATAU MENGANIAYA DIRINYA,KEMUDIAN DIA MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH,TENTU DIA MENDAPATI BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG".
Berdasarkan kisah yang di atas benarkan apa yang telah saya katakan, bahawa Allah itu sememangnya Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dengan mengetahui hal ini janganlah kita sesekali berputus asa dari rahmatnya.
Walau sebesar manapun dosa yang telah kita lakukan walau sejauh manapun kita tersasar dari jalan kebenaran kta tidak boleh berputus asa mengharap keampunannya.Malah kita harus berterusan berdoa agar kelak kita akan diampuni oleh-Nya dan bertaubatlah atas dosa yang kita lakukan,kerana Allah juga Maha Penerima Taubat.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment