Friday, June 17, 2011

Maaf Aku Tidak Boleh...


Sudah hampir sebulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi . Terlalu banyak perbezaan yang aku dapati disini jika hendak dibandingkan dengan alam persekolahan dahulu. Sedang aku sibuk mengemas nota dan buku-buku yang bersepah di atas meja, tiba-tiba kedengaran daun pintu bilik aku diketuk berkali kali. Selepas itu, kelihatan sebatang tubuh sudah berdiri sambil tangannya masih ditombol pintu.
"Assalamualaikum Firza, awak perasan tak ada poster tampal kat depan blok kita?" Tanya Ain yang masih berdiri di depan pintu bilikku.
"Waalaikumsalam. Oh, Ain masuklah.Poster apa?" Ain masuk dan terus merebahkan punggungnya ke katil seraya berkata,
"Alah, tentang Majlis Tinta Kasih Kolej hujung minggu depan. Mereka perlukan orang sebagai team teater untuk persembahan majlis tu nanti. Jom kita masuk Firza ! awk kan pandai berlakon, sy nak jadi belakang-belakang tabir je ."
"Boleh lah juga . Sudah agak lama saya tak berlakon teater," jawabku dengan penuh minat.
"Cantik ! nanti sy hantar nama kita pada AJK," jawab Ain dengan penuh semangat.
Riak kegembiraan bersinar di wajah Ain membuatkan aku turut menempiaskan senyuman.
Aku merebahkan diri ke katil. Tidak lama kemudian mindaku teringat pada peristiwa yang berlaku dua minggu selepas aku bergelar seorang mahasiswi jurusan senibina.  Jurusan ini agak susah bagiku.  Mata pelajarannya  juga susah difahami.  Mungkin aku belum biasa dengan keadaan pembelajaran di Universiti yang jauh berbeza dari sekolah. Oleh kerana terlalu stress memikirkan masalah ini, aku sering memerapkan diriku di dalam bilik. Ain yang merupakan kawan sekolah aku juga mengambil jurusan dan universiti yang sama denganku turut perasan dengan apa yang berlaku pada diriku ketika itu.
"Firza kenapa sy tengok awk asyik diam je?" Tanya Ain dengan nada risau.
"Tak tahulah Ain, saya rasa sangat lost dan tak tenteram belajar disini. Saya rasa macam tidak boleh carry on mengambil jurusan Senibina ni," jawabku lemah.
"Sabar lah Firza, Baru seminggu kita belajar . Lama-lama nanti biasa la tu. Jangan ikutkan sangat perasan awk tu. Awak pasti boleh," Ain memujukku lagi.
"Apa kata maghrib ni kita pergi surau? Saya dengar ada pengisian agama malam ni  kat surau. Mana tau awk lebih tenang dan tenteram lepas tu,"ajak Ain dengan penuh bersemangat.
Aku mengangguk tanda bersetuju dengan ajakan Ain. Ada baiknya juga sekiranya aku pergi ke surau dan mendengar ceramah agama. Sekurang-kurangnya sejuk sikit hatiku mendengar tazkirah yang bakal diperdengarkan di surau malam itu. 
Malam itu aku ke surau bersama Ain, benar sangkaanku pengisian tazkirah malam itu amat menenangkan jiwa dan membuat hati aku lebih tenang. Kekacauan dan kekosongan jiwa terisi dengan ubat rohani . Teringat antara isi pengisian tersebut "Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat." dan ketika majlis itu, ustaz tersebut juga ada menyatakan mengenai seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA  ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:
" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."
Selepas pulang dari surau aku telah tanamkan azam dalam hati untuk sering berkunjung ke majlis ilmu. Semangatku seperti ditiup kembali dan dicas dengan sentimen-sentimen positif.  Niat aku untuk menukar jurusan sebelum ini juga mati begitu sahaja. Mungkin ada hikmah disebalik kesusahan yang aku alami selama ini.  Malam itu aku merawat rohani dengan membaca  Al-Quran terjemahan yang baru aku beli dua hari yang lalu. Itulah Al-Quran yang pertama aku beli dengan duit poket aku sendiri. Aku meneliti setiap terjemahan surah Al-Baqarah.
Apabila tiba di ayat ke-216, Tiba-tiba titisan-titisan jernih mengalir membasahi pipiku.
"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(2 : 216)
Allah lah yang menciptakan kita dan Dialah yang mengetahui setiap keperluan hambaNya dan Dia juga lah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita. Sedangkan kita pula asyik merungut dengan kesusahan yang begitu sedikit yang kita hadapi. Ayat ni telah menyedarkan aku untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Ramai lagi orang di luar sana yang berkeinginan untuk memasuki Universiti tetapi mengalami kekangan wang dan sebagainya. Sedangkan aku telah berkali-kali mengeluh ketika perjuangan baru bermula.
Peristiwa itulah yang menjadi turning point dalam hidupku dan sejak daripada itu aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan mengunjungi majlis-majlis ilmu di kampus seperti ceramah , usrah dan halaqah.  Disitu jugalah aku dan rakan-rakan menemui kak Iffah yang merupakan naqibah dan menyertai kumpulan usrah yang dikendali olehnya.  Hampir setiap minggu kami akan berusrah dan membincangkan sesuatu tajuk . Banyak juga perubahan yang berlaku dalam diriku dan sedikit demi sedikit dan aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan hidayah Allah yang sangat berharga ini. Aku lebih tenang sekarang.
Krinnnngggg.........Krinnnggggg !!
Deringan telefon bimbit yang agak kuat mematikan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan nama Ain  tertera di skrin telefonku.
"Assalamualaikum Firza, Jom pergi makan. Kawan yang lain dah tunggu di kafe", Ain mengajakku turun makan ke kafe.
"Waalaikumussalam. Baik  5 minit lagi saya turun," Jawabku kepada Ain.
Aku mematikan telefon lalu bingkas bangun  dari katil menuju ke tandas dan bersiap turun.
Malam itu setelah selesai berusrah bersama kak Iffah,aku kembali ke bilik. Aku mengambil telefon bimbit yang sengaja aku tinggalkan. Di skrin telefon bimbitku terpamer satu pesanan ringkas .
"[Salam Tinta Kasih] Tahniah ! Anda dipilih untuk menyertai team teater kami. Sila sahkan penyertaan dengan datang ke mesyuarat pada pukul 10 malam ini. Sekian ."
Lebih kurang satu jam lagi mesyuarat tersebut akan bermula. Ketika itu aku sedang duduk di meja belajar dan membuat sedikit tugasan yang diberikan oleh pensyarah siang tadi. Jam di meja belajarku menunjukkan lagi 5 minit sebelum pukul 10 malam. Beberapa minit kemudian, aku bangun dan bersiap-siap untuk turun ke bilik mesyuarat kolej.
Seminggu sudah berlalu.  Hampir seminggu aku dan rakan-rakan menghabiskan banyak masa dengan latihan teater. Setiap malam kami akan mengadakan latihan. Hubungan kami dan ahli kumpulan teater tersebut saban hari menjadi semakin rapat. Kebanyakan lelaki yang terlibat dalam teater tersebut berpewatakan agak lembut dan mereka lebih selesa bergaul dengan perempuan berbanding lelaki . Mungkin disebabkan itu, aku dan rakan-rakan jadi rapat dengan mereka berbanding dengan lelaki lain.

Selepas tamat persembahan tersebut, kami sering mengulangkaji pelajaran , makan dan ke kelas bersama-sama. Kami sudah seperti sahabat  karib. Kemana sahaja bersama-sama malah "outing" juga bersama-sama. Jika salah satu dari kami dikacau atau diganggu , kami semua akan pertahankan rakan kami yang diganggu itu. Aku sangat sayangkan persahabatan ini, jika satu hari tidak bergurau senda dengan mereka terasa hari itu seperti tidak lengkap.
Pada satu petang , Zaid salah seorang dari mereka menelefon aku,"Assalamualaikum, Korang free tak petang ni? Jom kita lawan tennis. Hafith dengan Mirza pun ajak sekali ni.
"Waalaikumsalam. Bolehlah. Kitorang pun tengah borak-borak je ni. Bosan juga,"Jawabku.
Selepas saja waktu asar , kami terus bersiap-siap dengan track bottom dan berkasut sukan terus bergegas ke gelanggang. Aku juga sudah tidak sabar nak berentap dengan Zaid dan yang lain.
"Korang warm up dulu tau, pastikan kita dapat kalahkan mamat-mamat tu," Semangatku membuak-buak untuk menang.
"Jangan risau Firza, kita mesti menang lagi kali ni. Diorang bukan pandai sangat pun main tenis ni." Zalfa menjawab dengan selamba.
  Aku tergelak mendengar kata-kata Zalfa yang selamba
Perlawanan sengit berlaku antara kami berlapan dan kemenangan berpihak pada kumpulan aku ,Zalfa, ain dan Lisya. Aku memandang sinis penuh makna pada kumpulan yang kalah dan bersuara, " Zaid Malam nanti jangan buat-buat lupa pula!."
Aku tersenyum sinis dan berlalu pulang bersama rakan-rakan yang lain. Kelihatan muka Zaid agak bengang kerana sudah tiga kali kalah dalam perlawanan tennis, tetapi dia tetap mengukir senyuman  apabila aku menyindirnya .
Makan malam pada malam itu ditaja sepenuhnya oleh Zaid dan rakan-rakannya. Kami bergelak gembira malam itu. Sambil sindir menyindir tentang perlawanan petang tadi. Riuh rendah kafe tersebut dengan suara kami berlapan. Pelajar-pelajar lain yang sedang menikmati juadah makan malam di sekeliling meja kami juga kadang kala mencuri pandang kearah meja kami. Mungkin kami mengganggu ketenangan mereka untuk makan.
"Eh sekarang da pukul 9.50 lah.", Tiba-tiba Lisya bersuara sambil matanya memandang kearah jam tangan casionya.
"Kenapa kalau dah pukul 9.50 Lisya?", Aku bertanya penuh hairan.
"Eh Firza, awak tak ingat ke? Kan malam ni kita ada usrah pukul 10. Hah lupa la tu," Jawab Lisya seakan cuba mengingatkanku semula.
"A'ah lah. Tu lah gelak sakan sampai terlupa. Jom lah kita pergi. Lagi 10 minit je. Zaid, kami gerak dulu ye.  Ada hal"
Kami berempat bingkas bangun dan meninggalkan meja yang masih riuh rendah dengan suara "Zaid and the geng".
Malam itu , mata aku susah untuk dilelapkan. Fikiranku berlegar-legar memikirkan perbincangan kami semasa usrah tadi. Tajuknya "Batas Pergaulan".
"Kak Iffah , Kalau lelaki tu lembut dan dia banyak berkawan dengan perempuan macammana? Tak boleh ke kita berkawan rapat?", Aku bertanya dengan penuh tanda tanya.
"Walau dari perwatakan atau lahiriahnya ada sedikit "keperempuanan" tetapi batinnya tetap lelaki dik. Tetap bernafsu pada kaum wanita. Takkan lah nanti dia akan berkahwin dengan lelaki pula. Hukumnya tetap sama seperti lelaki ajnabi yang lain." Jelas kak Iffah ringkas tetapi aku dapat memahaminya.
Aku tak boleh terus begini. Mungkin selepas ini aku dan rakan-rakan perlu jarakkan hubungan persahabatan dengan Zaid dan rakan-rakannya. Betul kata Kak Iffah, walau apa pun alasannya, mereka tetap lelaki. Mereka tetap ada perasaan terhadap wanita. Aku terasa malu dengan diri sendiri dan Allah s.w.t. Mungkin hubungan rapat kami berlapan  boleh menimbulkan fitnah oleh orang sekeliling kami terutamanya rakan-rakan sekelas.
Esoknya aku berbincang dengan semua rakan-rakanku , Ain, Lisya dan Zalfa.  Mereka pun berperasaan seperti aku juga. Kami berasa sangat serba salah . Tiap-tiap minggu kami mengikuti usrah tetapi di luar kami tetap bergaul mesra dengan lelaki ajnabi.  Kami sangat menyesal atas apa yang berlaku. Rupa-rupanya banyak mulut yang sudah mengatakan perihal kami berlapan.
"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami yang baru melangkah mencari sinar iman ini Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami Ya Allah. Amin."
Malam itu adalah kertas peperiksaan terakhir kami pada semester pertama ini. Alhamdulillah, Aku dapat menjawab dengan tenang begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Dalam perjalanan keluar dari dewan, kami terserempak dengan Zaid dan rakan-rakan. Sudah kebiasaannya mereka akan menunggu aku dan rakan-rakan selepas habis kelas.
"Firza, kenapa laju sangat nak balik. Jom lah "open table" (pergi makan) malam ni. Dah habis exam kan," Tegur Zaid lantang dari jauh.
"Maaf Zaid, Aku tak boleh, " Aku menjawab dengan nada perlahan dan aku rasa sudah cukup membuatkan Zaid faham.
Sedih meruntun hatiku dikala itu. Sudah satu semester kami sering bersama dan bergelak ketawa. Pelbagai masalah kami akan kongsi bersama. Segala kenangan bersama terimbas di layar minda ku ketika itu, datang silih berganti. Tetapi aku perlu kuat dan tabah. Sekarang , aku perlu relai semua ini untuk menjaga ikhtilat sesama mukmin. Aku dan rakan-rakan juga perlu sedar yang kami sudah ditarbiah. Sampai sahaja di bilik, aku menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat taubat. Aku meminta ampun kepada Allah s.w.t atas segala kekhilafan diri selama ini. Aku memohon agar Allah memberi aku dan rakan-rakanku kekuatan untuk terus istiqamah menjaga diri dari lelaki yang bukan mahram kami. Moga Allah memperkenankan doa kami. Amin..

No comments:

Post a Comment