Wednesday, June 22, 2011

Racun TV


Apa sudah jadi dengan rancangan di televisyen sekarang. Boleh dikira dengan jari sahaja rancangan yang berunsurkan islamic.
Dari kecil lagi anak-anak telah dididik dengan program nyanyian dan pencarian bakat sebagai bintang televisyen. Sepatutnya ketika itulah mereka diajar mengaji, diajar ilmu agama untuk bekalan ketika dewasa nanti. Supaya mereka tahu membezakan yang haq dan batil. Supaya yang haram dan halal dapat dibezakan.
Ketika inilah ibu bapa sangat penting dalam pembentukan anak-anak. Menjauhkan anak-anak dari perkara yang lagha. Membawa mereka kepada perkara yang menyihatkan hati dan fikiran. Bukan tidak boleh lansung, tetapi tapislah apa yang boleh ditonton dan tidak.
وَإِن جَـٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَا‌ۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِى ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفً۬ا‌ۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُڪُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Surah Luqman 31: Ayat 15)

No comments:

Post a Comment