Sunday, June 26, 2011

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat mengadap Allah SWT.

"Wahai Rabb Yang Maha mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." jawab Allah SWT singkat.
"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" Tanya para malaikat lagi.
"Aku akan mencipta gunung ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus mencipta gunung ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang diperbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung ganang, kemudian para malaikat bertanya lagi.


"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat dari api, Ya Rabb?" Tanya malaikat lagi.
"Ada! Yakni air yang yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iatu angin, kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi, Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan. 
[Hadis Qudsi]

No comments:

Post a Comment