Wednesday, June 1, 2011

Membina Rumah Di Akhirat Kelak


Soal hidup atau mati hanya ditentukan oleh Allah SWT sejak di Luhul Mahfuz lagi. Kita tidak pasti, mati pada bila, di mana, petang atau dan malam, namun mati itu memang ada berketetapan
Rumah Di Akhirat
Firman Allah Swt: Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (Surah Ar-Rahman : 60)
Tiada "Rumah" di akhirat kelak seandainya kita tidak bersiap sedia membinanya di dunia ini. Ini adalah antara usaha kita, keputusannya tetap di dalam kekuasan Allah swt secara mutlak, dan Allah swt Maha Adil dalam membalasi setiap tindakan kita.
"Rumah", tiada lain adalah tempat ketenangan, kebahagian, perlidungan, kerehatan, dan untuk kegembiraan. Tiada rumah lain yang sebegitu di akhirat kelak kecuali syurga.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!
Dari Muhammad bin Labid ra katanya: Ketika Usman bin Affan bermaksud hendak merombak masjid (Madinah), orang ramai tidak setuju. Mereka lebih suka membiarkannya sebagaimana adanya. Maka berkata Usman bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, maka Allah akan membuatkan untuknya rumah seperti itu di syurga". (Hadis Riwayat Muslim)
وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.
(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 201) 

No comments:

Post a Comment